emilinda

Saturday, March 14, 2020

The 3rd Place Cafe, Kota Damansara

March 14, 2020 0
The 3rd Place Cafe, Kota Damansara
Assalamualaikum dan hai korang! Baru-baru ni saya berkesempatan turut serta dalam sesi food review di The 3rd Place Café yang bertempat di Kota Damansara. Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke café ni. Awalnya saya fikir waze bawa saya ke tempat yang salah, sebab lokasinya kelihatan seperti di Kawasan kilang. Sebelum sampai ke café tu pun memang ada Kawasan jalan yang tengah buat construction, so lagi la saya fikir waze salah tunjuk. Tapi bila dah nampak pintu café baru yakin sikit.


Sebelum saya cerita lebih detail tentang menu-menu kat The 3rd Place Café, saya terlebih dahulu nak sentuh sedikit tentang suasana dan dekorasi dalam café. Ruangan kat The 3rd Place Café ni dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berlainan. Ada yang totally indoor, dan kalau nak fefeeling kat bahagian luar pun boleh. Suasana dan dekorasi café bagi saya memang selesa dan konsep café lebih kepada western dining yang kalau korang nak lepak-lepak chill dengan member sesuai sangatlah. Ruangannya pun cantik dan instagrammable.


Now saya nak sentuh pula bab menu. Okay, sebenarnya kalau nak cerita tentang menu kat The 3rd Place Café ni, banyak sangat menu yang ada. Tapi takdelah saya nak review kesemua menu yang ada kan. Yela, tak semua menu saya cuba pada hari berkenaan. So menu yang saya dah cuba je saya akan ulas.

Menu Sarapan Pagi 

Kalau ikut taste saya, bila nak sarapan pagi memang saya prefer menu yang portion besar dan mengenyangkan macam The Big English Breakfast ni. Dalam satu hidangan boleh rasa macam-macam perkara, kenyang pun kenyang untuk teruskan aktiviti pada hari berkenaan. For those yang suka makan salmon, maybe korang boleh cuba menu Salmon & Avocado untuk sarapan korang. Disebabkan saya bukan penggemar ikan salmon, makanya saya lebih memilih The Big English Breakfast.

The Big English Breakfast RM20

Salmon & Avocado


Pasta

Sebagai seorang penggemar pasta, setiap kali ke restoren/café yang menyediakan hidangan pasta, memang saya akan teruja nak cuba pelbagai jenis pasta yang ada. Dekat The 3rd Place Café ni saya berkesempatan merasa Seafood Aglio Olio dan Pasta Arabiatta. Kedua-duanya sedap, tapi hati saya lebih terpikat dekat Seafood Aglio Olio. Sedap! Terbayang-bayang ni kesedapan Seafood Aglio Olio kat The 3rd Place Café. Mungkin next time boleh repeat kot?

Seafood Aglio Olio RM24

Pasta Arabiatta RM18


Hidangan Utama Barat

French Confit Chicken tu not bad tau rasa dia. Bagi saya, hidangannya nampak simple dan tak fancy sangat, tapi at the same time rasa dia tu sedap. Crispy Spring Chicken pulak kalau makan panas-panas memang sedap, tapi kalau dah sejuk agak kurang sedikit. So korang tak payah nak beriya tangkap gambar sangat sampai makanan pun dah sejuk ye, hehe.

French Confit Chicken RM23

Crispy Spring Chicken with Mushroom Sauce RM21

Oh ye, Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree ni serious nampak sedap dan menggoda. Tapi lupa nak cuba, huarghhhh. Dah balik rumah belek-belek balik gambar baru rasa macam “Eh kenapa macam lupa nak cuba yang ni tadi?”.

Pan Seared Seabass With Sweet Potato Puree RM26


Hidangan Malaysia

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken – Yang ni sekali pandang memang nampak menyelerakan. Paling menyelerakan dia punya telur rebus tu, telur kuning dia menggoda betul. Siap dengan rendang ayam lagi tu. Portion dia agak besar bagi saya, so kalau dapat habiskan satu hidangan ni pun dah kenyang tersadai kot.

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken RM17

Honestly I am not really a fan of wonton noodles. Dari dulu sampai sekarang memang tekak kurang menggemari mi wantan. But for this Signature Fried Wonton Noodles, I give it a try lah. Saya cuba jugak sikit. Boleh la, not bad bagi orang yang kurang gemar mi wantan macam saya ni.

Signature Fried Wonton Noodles RM16


Sandwich

How I wish the café nearby my office got this kind of menu. Signature Club Deckers ni sedap kot. Sometimes kalau tengah sibuk buat kerja kat ofis tu dan tiba-tiba terasa lapar tapi taknak makan yang heavy sangat, menu macam ni la yang saya mahukan. Tapi tu lahhh, The 3rd Place Café ni jauh dari ofis saya.

Signature Club Deckers RM15


Japanese Dishes

They have a few types of ramen. But I don’t get to try any of it because masa tu perut dah kenyang sangat. Mungkin next time kalau saya ke café ni lagi, saya akan cuba. Tapi, dia punya gyoza sedap weyh. Ada dua jenis iaitu Chicken Gyoza dan Kimchi Gyoza. Dua-dua sedap.

Gyoza


Pencuci Mulut

I can’t say no to desserts. So I tried both Chocolate Churros and Banana Fritters. I loveee their Banana Fritters. Pisang dan coklat yang dibalut dengan kulit popia, lepastu digoreng. Bila kita gigit tu, terasa manis pisang dan coklat yang meleleh keluar dari kulit popia. As for the Chocolate Churros, pun sedap. Tapi yang ni seeloknya makan waktu panas laaagi sedap.

Banana Fritters RM12

Chocolate Churros


Minuman
Kat café ni ada sediakan minuman panas berkafein jugak. Semua nampak sedap, tapi disebabkan saya tengah pregnant dan tengah kurangkan pengambilan kafein, so I go for their cold pressed juice instead. Juice yang dah dibotolkan sesiap, sedap! Ada 5 jenis dan perisa berlainan.

Cold Pressed Juice RM12/each

Oh hampir lupa tentang Mushroom Cappuccino Soup ni. Serious yang ni sedap, kalau korang ke café ni korang patut cuba. Mushroom soup dia sedap! RM10 je.

Okay that’s all about some of the menus that I managed to try dekat The 3rd Place Café. Overall not bad lah café ni. For me harganya pun tak lah mencekik, masih reasonable. Kalau lokasinya lebih dekat dengan Kawasan rumah saya, rasanya saya akan kerap ke sini. Tapi sebab lokasinya dekat Kota Damansara, so yeah sekali sekala boleh la singgah.


The 3rd Place Cafe
(Signature Kitchen Building) Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, PJU 5 Petaling Jaya, Selangor
No telefon : 03-6286 7033

Thursday, February 27, 2020

Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

February 27, 2020 15
Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020

Assalamualaikum & hai korang! Sekitar bulan lepas ada member ajak saya join Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020. Alah, program motivasi untuk para usahawan atau bakal usahawan anjuran pihak Richworks. Rasanya ramai yang tahu pasal program ni, dan ramai yang memang pernah join Program Nak Ubah Hidup (NUH) ni pada tahun sebelumnya. Jujur cakap, saya rasa excited sangat bila member ajak join program ni. Yela, saya memang minat bab berniaga dan sejujurnya saya memang dah lama teringin nak join program anjuran Dr Azizan Osman ni. Selama ni duk baca perkongsian orang lain tentang luarbiasanya aura dan semangat yang mereka perolehi dari Program Nak Ubah Hidup (NUH) ni.


Sedikit sebanyak tentang Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ini. Ianya merupakan program 3 hari berturut-turut yang diadakan bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perancangan bisnes yang Berjaya dan menguntungkan. Beberapa tahun yang lepas saya pernah join program lain yang diadakan oleh Dr Azizan Osman (yang tu program separuh hari). Lepas je habis program tu memang semangat berkobar-kobar, motivasi diri rasa menjunam naik.



Jangan tak tahu, Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ini bukan sahaja dihadiri oleh warga Malaysia, bahkan turut dihadiri oleh peserta dari Brunei dan Singapura. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 13,000 orang. Dari pagi hingga ke malam, Setia City Convention Center (SCCC) dibanjiri oleh para peserta program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni.


Yang syoknya, untuk NUH 2020 ni ada penampilan istimewa Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada hari kedua berlangsungnya program.

Selama 12 tahun (2008-2020) pengalaman dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, ternyata semakin ramai orang yang tahu dan faham bahawa sebenarnya perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan kualiti hidup dan tahap pendapatan mereka. Tapi, nak mula berniaga ni kena lah ada ilmu yang betul di dada. Barulah perniagaan tu ada hala tuju yang pasti. Kebiasaannya apabila sesuatu pernigaaan tu tiada hala tuju yang pasti, ramai usahawan yang tidak mampu terus bertahan dalam perniagaan yang dimulakan. Dalam tempoh 3 tahun pertama, ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diimpikan.


Disebabkan perkara sebeginilah, Richworks International dan pengasasnya Dr Azizan Osman cuba menghulurkan bantuan. Dr Azizan Osman sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa. Beliau juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan dan disebabkan itulah beliau cuba bantu lebih ramai orang agar dapat mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Kalau dilihat dalam kalangan para usahawan tempatan yang berjaya zaman sekarang, ramai merupakan anak didik Dr Azizan Osman. Hasil bimbingan beliau, ribuan usahawan tempatan Berjaya mendapat hasil jualan di luar jangkaan. Rata-rata anak didik Dr Azizan Osman datang dari pelbagai pelosok negeri, termasuk usahawan dari luar bandar. Sesetengah dari mereka hanya bermula dengan produk/perkhidmatan yang biasa-biasa sahaja (seperti menjual baju kurung, kek, masak char kuey teow), tetapi mereka berjaya mandapatkan hasil jualan jutaan ringgit. Tak termotivasi ke kita dengan kejayaan orang lain?


Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty merupakan salah seorang anak didik Dr Azizan Osman. Didalam satu sesi forum, Eriyca Baiduri berkongsi kisah kejayaan beliau dimana beliau memulakan bisnes pada tahun 2017. Pada ketika itu, Facebook Live tengah trending. Pada awalnya Eriyca Baiduri hanya berkongsi tips-tips kecantikan menggunakan platform Facebook Live. Surprisingly, dalam masa sebulan followers Eriyca Baiduri terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Dari situ, Eriyca Baiduri mula menuntut ilmu marketing dalam salah satu program anjuran Richworks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program menthorship yang mendapat bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya, dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik mendadak kepada RM18.3 juta pada 2019. Melalui perniagaannya, Eriyca Baiduri mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Paling mengujakan, Eriyca Baiduri turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada top stokis beliau.

Satu lagi kisah usahawan berjaya dibawah didikan Dr Azizan Osman yang menarik perhatian saya adalah kisah Rosli Ismail dari Oli Collection. Pada awalnya Rosli Ismail hanya menjual cadar selama 20 tahun, tetapi pada satu tahap perniagaan beliau stuck dan seolah tidak mampu pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018, sales beliau menurun disamping mengalami pelbagai cabaran lain. Enggan berputus asa, Rosli Ismail mendapatkan bimbingan Dr Azizan Osman. Sebelum menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta dalam masa 20 tahun berbisnes. Tapi pada tahun 2019, sales beliau mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hamper ditutup sebelum ini.

Bila baca kisah-kisah yang inspiring macam ni, dapat saya simpulkan bahawasanya dengan adanya mentor, ilmu dan juga tindakan berterusan dari para usahawan, kejayaan pasti boleh dimiliki. Program sebegini bukan sahaja membantu usahawan mencapai jualan yang biasa-biasa, bahkan mendapat jualan yang luar biasa.


TENTANG AZIZAN OSMAN

Seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat kejayaan yang memberangsangkan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Antara topik dan pengisian program adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan


TITANIUM RICHWORKS

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun. Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RICHWORKS

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang. Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.


Untuk maklumat lanjut boleh layari https://nakubahhidup.com/ dan juga korang dah boleh menempah slot korang untuk program NUH akan datang. Jom tingkatkan potensi diri!

EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL

February 27, 2020 12
EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL
Sejak berbadan dua ni, banyak perubahan berlaku pada diri saya. Selain perubahan fizikal, dari segi tenaga pun rasa makin lesu. Jadi cepat penat dan asyik rasa tak bermaya. Biasalah kan sebab perubahan fizikal dan hormone. Tapi disebabkan saya ni seorang yang punya kerja hakiki setiap hari, tak boleh la nak layankan sangat rasa penat dan lesu tu. Takkan asyik nak menghilang dari ofis je kan? Nak tak nak kena jugak hadap kerja setiap hari. Bukan itu sahaja, saya juga mengalami masalah sembelit yang agak teruk, selain masalah penghadaman. Saya perasan masalah ni makin menjadi-jadi sejak masuk trimester ketiga ni. Berjalan nak ke ofis pun rasa mengah, jalan slow macam pingu dah bawak perut yang makin membulat hahah.


Kakak saya suggest suruh amalkan balik minum minuman tambahan Ephyra Premium. Katanya masa dia mengandungkan anak-anak dia dulu memang dia amalkan minum Ephyra selain supplement yang pihak klinik bekalkan. Memang sedikit sebanyak membantu untuk buat kita kekal bertenaga setiap hari disamping manfaat yang lain juga. Rasanya dah bertahun saya tak minum Ephyra Premium tu. Dulu stop consume sekejap atas kekangan kewangan. Kononnya nak start minum balik, tapi asyik bertangguh aje. Ini dah hujung-hujung kehamilan baru saya serious nak minum balik. Lagi pulak kakak saya cakap Ephyra ni kalau diteruskan pengambilannya selepas bersalin dan dalam tempoh menyusu, banyak manfaatnya untuk si ibu dan juga bayi. So saya usha la social media pihak Oceanlife sebab nak beli kan. Tapi rupanya pihak Oceanlife dah rebrand Ephyra Premium kepada Ephyra Plus. Kiranya ia masih produk minuman kesihatan yang sama, cuma ianya diberi nafas baru dan diperelokkan lagi. Packaging pun dah lain tau sekarang! Takde dah yang sekotak 30 sachet tu, semua dia buat 15 sachet je 1 kotak.

Kini dipaketkan dalam kotak lebih kecil

Manfaat baru Ephyra Plus masih juga sama seperti Ephyra Premium yang mengekalkan kombinasi lebih 10 bahan dari sumber semulajadi yang kaya dengan vitamin dan mineral termasuklah bahan tambahan baru iaitu L-cysteine. Yang penting khasiatnya tetap sama dan rasanya pun masih dikekalkan, masih rasa oren sugus yang sedap tu. Saya bagi suami saya minum jugak, dia pun suka sebab rasanya sedap. Apa yang lainnya Ephyra Plus ni berbanding Ephyra Premium? Selain dipasarkan dalam kotak kecil 15 sachet yang mudah dibawa ke mana-mana, saiz sachetnya juga diperkecilkan. Walaupun saiz sachet semakin kecil, tapi kuantitinya tetap sama 15g/sachet. Saya suka sachet kecil macam ni, senang nak selit dalam handbag.

Saiz sachet pun lebih kecil

For those yang tak tahu, Ephyra Plus ni diformulasi dengan lebih 10 bahan terbaik dari sumber semulajadi iaitu L-Cysteine (bahan terbaru), Astaxanthin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry (Cranberry extract, Bilberry extract). Acai Berry, dan Kolagen Ikan Laut Dalam. L-Cysteine yang merupakan bahan terbaru dalam formulasi Ephyra Plus ini merupakan salah satu agen utama antioksida dan ianya diekstrak dari sayur-sayuran hijau seperti brokoli, asparagus, kubis, dan sawi. Fungsi L-Cysteine adalah dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan kadar glutathione dalam badan. Penting ye untuk melindungi tisu badan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. L-Cysteine  digabungkan dengan Vitamin C dalam Ephyra Plus menjadikan ianya sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, meningkatkan metabolisma badan serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Ianya juga bagus dalam melawan radikal bebas bagi melambatkan proses penuaan sekaligus memberi keanjalan pada kulit.


Disebabkan Ephyra Plus ni turut sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung, berpantang dan menyusu, makanya saya memang bercadang nak teruskan pengambilan Ephyra Plus ni selepas dah bersalin nanti. Yela, produk Ephyra ni memang tak asing lagi pada saya dan kakak-kakak saya. Kami memang pernah consume Ephyra selama bertahun dan banyak manfaat positif yang kami dapat, so saya memang tak ragu-ragu untuk kembali amalkan minum Ephyra ni semula. Ephyra ni bukan untuk kaum hawa je tau, kaum lelaki pun sesuai juga amalkan.


So far sejak kembali amalkan minum Ephyra ni, saya selalu minum Ephyra pada waktu malam sebelum tidur. Sebenarnya boleh minum samada pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. 1 sachet Ephyra tu boleh bancuh dengan air sejuk atau air suam. Air panas tak boleh ye, dikhuatiri berkurangan khasiatnya. Tentu-tentunyalah saya suka bancuh dengan air sejuk, hihi. Dah la rasa dia sedap, bancuh pulak dengan air sejuk. Perghhh, segar rasa. By the way bila amalkan minum Ephyra ni, seeloknya kurangkan/jarakkan pengambilan kafein. Air masak memang disarankan minum dalam kuantiti yang secukupnya.



So apa perubahan yang boleh saya rasa sejak kembali minum Ephyra Plus ni? Pertamanya yang paling ketara adalah dah kurang sembelit, yeay alhamdulillah. Tahu sahaja lah, ibu mengandung dengan masalah sembelit memang sangatlah sinonim. Sejak kembali amalkan Ephyra ni, terasa lebih lawas pula. Masalah penghadaman pun makin berkurangan. Satu perkara lagi yang saya suka adalah dari segi tenaga. Pagi bangun dari tidur rasa lebih bertenaga nak teruskan rutin harian. Takdelah lemau dan lesu aje memanjang. Selalunya belum sempat tengahari dah mengadu tak larat kat suami. Now rasa lagi better. Orang kata elok untuk kurangkan morning sickness juga. Yang ni saya tak pasti sebab di trimester ketiga ni memang saya dah takde morning sickness dah. Moga-moga khasiat dari Ephyra Plus ni turut memberi manfaat kepada bayi saya dalam kandungan ni.


Memang sebelum ni saya ada banyak terbaca orang cakap elok minum Ephyra ni semasa mengandung sebagai persediaan untuk perbanyakkan susu badan. Siapa je tak nak susu badan yang banyak untuk si anak kan? Memang niat nak full breastfeed anak at least 6 bulan pertama. Moga-moga dipermudahkan. Masa berpantang pun orang kata elok minum Ephyra ni untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin disamping terus membekalkan tenaga kepada si ibu. Baby pun dapat manfaat jugak sebab kita menyusu baby kan. Bab kulit cantik, tak kusam dan berseri tu memang plus point lah kan. Siapa je taknak jadi cantik, kan? Hehe. Moga-moga saya terus istiqamah minum Ephyra Plus ni setiap hari sampai lah dah bersalin, dalam pantang, dan dalam tempoh menyusu.

Don’t worry, Ephyra Plus ni memang ada kelulusan KKM dan ianya diklasifikasikan sebagai makanan tambahan. Sijil HALAL dari JAKIM pun ada, dan  pernah mendapat anugerah Super Health Brand 2016 – 2018. Harga bagi sekotak Ephyra Plus (15 sachet) adalah RM88. Kalau untuk penggunaan sebulan, beli je 2 kotak terus dengan harga RM176.


Untuk maklumat lanjut :
Website : www.ephyra2u.com
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u / @ephyra.hq
Whatsapp : 0341417889 / 0197521665

Tuesday, February 18, 2020

Pregnancy Journey – Trimester Kedua Kehamilan

February 18, 2020 4
Pregnancy Journey – Trimester Kedua Kehamilan
Haiiii, kali ni nak sambung cerita tentang trimester kedua kehamilan. Member-member ramai jugak yang cakap bila dah masuk trimester kedua nanti, time tu memang bakal ibu akan start glowing sikit sebab dah mula hilang mual, dah makin berselera makan. So saya ni memang ternanti-nanti nak masuk trimester kedua. Tapi awal-awal trimester kedua macam frust sikit sebab masa tu mual makin teruk. Muntah-muntah dan pening-pening seolah berganda berbanding trimester pertama. Masa tu terfikir jugak, adakah saya antara insan terpilih yang akan merasai fasa morning sickness ni sehingga ke penghujung kehamilan? Tapi alhamdulillah bila masuk pertengahan trimester kedua, mual-mual tu dah mula hilang. Bila dah tak mual, selera pulak makin menjadi-jadi. Asyik lapar aje. Baru lepas makan pun asyik mengadu lapar kat suami. Suami sampai cakap, “Sayang ni membela ke?”. Bhahahah ye, sayang membela anak abang la kat dalam ni. Dah la asyik nak makan makanan manis dan sejuk je memanjang. Untuk yang kenal rapat dengan saya, mesti tahu sebelum ni saya sangatlah tak suka makanan manis. Tersangat tak suka. Tapi sejak mengandung saya jadi suka makanan manis. Tekak ni asyik nak yang manis aje.


Masuk trimester kedua ni baby bump dah mula nampak. Tapi mungkin sebab saya ni kecil orangnya, so tak ketara sangat. Lagi pulak pemakaian kita memainkan peranan jugak. Pergerakan baby pun saya dah mula rasa. Awalnya slow sangat, tapi lama-kelamaan makin ketara pergerakan baby terutama sekali waktu malam. Tersenyum-senyum je tiap kali rasa baby menendang, jadi tak sabar nak jumpa baby. Dari segi perubahan fizikal memang perut makin membesar la. Jeans memang langsung tak boleh pakai dah. Kena pakai seluar loose je. Baju pun dah makin banyak yang tak muat, sobs. Tiap kali nak iron baju untuk kerja, tiap kali tu la nak kena try sarung dulu kot-kot dah tak muat. Peningkatan dari segi berat badan tu takleh nak cakap apa la, tapi rasanya masih terkawal kot. Pipi pun dah makin membulat. Redha jela demi si anak.

Tarik Mengkarung
Masuk trimester kedua ni saya dah start kena tarik mengkarung. First time kena tarik mengkarung pada minggu ke 20. Sesetengah orang panggil simpul biawak. Sebenarnya dari trimester pertama kitorang dah duk google baca pasal tarik mengkarung ni. Husband pun memang almost setiap malam sebelum tidur akan tolong urutkan betis dan kaki, untuk elakkan tarik mengkarung. Tapi kena jugak. Mungkin saya kurang kalsium kot. Kelakar bila ingat balik kali pertama diserang tarik mengkarung. Tengah sedap tidur tiba-tiba je cramp kat labu betis. Terus panik jerit-jerit sebab sakit sangat. Laju je suami tersedar dari tidur dan tangkap kaki saya, pegang dan betulkan sesiket. Kejap je terus hilang rasa sakit tu. Esok paginya suami bantai gelakkan saya sebab reaksi saya tersangatlah panik. Ingat dah pernah kena sekali, lepas tu dah tak panik lagi dah. Tapi idok nyerrr, tiap kali kena tarik mengkarung, tiap kali tu la saya panik terjerit-jerit sakit. So far ada la dalam 4 kali kena tarik mengkarung.

Hemoglobin (Hb) Rendah
Masuk trimester kedua ni, saya dah start tukar supplement. Nurse kat KK start bagi Zincofer. Tapi serious tekak saya tak boleh nak terima Zincofer tu. Bau dia je dah tak tahan. Disebabkan saya ni buat check-up kat dua klinik (KK dan Klinik Myfamily Ampang), so  masa check-up dekat Klinik Myfamily saya bagitahu la doctor tu cakap nurse KK bagi Zincofer tapi tekak saya payah sikit nak terima Zincofer tu. Doktor kat Klinik Myfamily prescribe Obimin. Yang Obimin ni tak susah untuk saya makan, tapi masalahnya saya kerap pening kepala dan lesu bila makan Obimin ni. So atas saranan rakan-rakan, saya beli Iberet Folic kat farmasi. Mahal jugak ye Iberet ni, bhahaha. Tapi saya check harga dekat Shopee jauh lebih murah. Masa tu last minute kan, saya beli je kat farmasi berdekatan rumah. Dah makan Iberet pun, bila check-up kat KK tiba-tiba hb jadi 10.6 je. Tapi nurse kat KK tulis dalam buku pink 11.

Dari Obimin, bertukar ke Iberet

Bila next check-up dekat Klinik Myfamily, saya bagitahu la doctor bahawasanya bila makan Obimin saya jadi pening-pening. Bila tukar makan Iberet, hb saya jadi drop, dah jadi 10.6 . Memang test kat Klinik Myfamily pun hb saya rendah. Doktor cakap pelik jugak sebab Iberet ni kira dah kuat dose nya, biasanya okay je. Melainkan saya ni mungkin merupakan Thalassemia carrier. Saya sendiri pun tak pernah buat ujian Thalassemia, so saya tak tahu. My bad. Tapi bila saya cerita dekat kakak-kakak saya, oh rupanya memang dorang pun alami benda sama. Kakak-kakak saya memang Thalassemia carrier dan ada masalah hb drop tiap kali mengandung. So saya pun ada kemungkinan merupakan Thalassemia carrier jugak. Bila bagitahu doctor kat Klinik Myfamily, doctor suggest buat ujian Ferritin.

Keputusan ujian ferritin

Ujian Ferritin ni untuk menguji kandungan zat besi dalam badan kita. Sample darah diambil untuk ujian Ferritin. Kiranya kalau result ujian Ferritin normal, memang besar kemungkinan saya merupakan Thalassemia carrier. And yes, result ujian Ferritin saya normal. So doctor cakap kalau hb masih lagi drop dan memerlukan kesahihah, mungkin boleh usulkan dekat nurse KK untuk buat ujian Thalassemia. Tapi baru-baru ni saya ke KK, elok pulak hb saya. Itu mungkin sebab 2 3 hari sebelum check-up, saya pulun makan buah jambu batu dan hati ayam kot?

Gestational diabetes mellitus (GDM)
Memandangkan keluarga saya tiada sejarah kencing manis, makanya saya rasa agak lega la. Difikiran saya, bila takde history kencing manis ni makanya susah nak sangkut GDM. So pada kehamilan minggu ke 24, saya buat ujian MGTT buat pertama kalinya. Saya buat MGTT kat KK memandangkan ujian MGTT tu makan masa sikit, dan KK lebih dekat dengan rumah saya berbanding Klinik Myfamily. So macam biasa sehari sebelum minum air gula / ujian MGTT, malamnya tu saya dah kena start puasa. Dan kalau diikutkan sepatutnya minggu berkenaan saya dah kena stop makan makanan manis dah. Tapi silap saya, ambil mudah sikit bab pemakanan ni. Sehari sebelum ujian baru fikir stop makan manis. Start jam 10 malam saya dah puasa dan tak makan apa-apa sampai lah pergi ke klinik keesokan paginya. Setel ambil darah pertama kali, nurse suruh minum air gula yang disediakan. Saya tanya, lepas minum air gula boleh bilas dengan air kosong sikit tak? Tak boleh! Saya akur. Alhamdulillah Berjaya habiskan dan tak muntah. Lepas 2 jam menunggu, sekali lagi ambil darah untuk bacaan kali kedua. Setel ambil darah kali kedua, terus singgah kedai sebelah klinik tu makan roti canai sebab lapar sangat.

Minum air gula

Lebih kurang seminggu lepas buat MGTT tu, nurse KK whatsapp cakap result MGTT saya sangkut kencing manis. Bacaan kali kedua 8.1 . Huwarrggghhh! Tak expect weyh. Tak expect semudah tu sangkut kencing manis. So nurse suruh ke klinik keesokan paginya, kena start buat Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni kena buat setiap 2 minggu, dan hari yang kena buat BSP tu kena monitor bacaan BSP 4 kali sehari. Haaa, ambik tu. Siapa suruh tak jaga makan. Berbakul-bakul kena bebel dengan nurse. Esoknya saya ambil unplanned leave semata nak ke klinik buat BSP. Yela, saya takde glucometer sendiri kat rumah. Jenuh la nak ulang alik dari ofis ke klinik berkali-kali dalam sehari kan. Nurse cakap 4 kali buat BSP tu adalah pagi sebelum sarapan (malamnya kena puasa),  2 jam lepas sarapan, 2 jam lepas makan tengahari dan 2 jam lepas makan malam.


Mula-mula rasa down jugak la bila dapat tahu sangkut GDM ni. Nak makan lebih sikit pun takut bhahaha. Hari pertama saya buat BSP kat KK dan klinik komuniti berdekatan rumah. Kat KK takde cas apa-apa. Kat klinik komuniti kena cas RM1/sehari. Kat farmasi pun boleh tapi biasanya farmasi cas mahal sket, sekitar RM5 kot? Haritu jugak terus usha glucometer kat Shopee. Senang lepas ni buat sendiri je kat ofis/rumah. Saya beli jenama Accu-Check Instant S dekat Shopee dengan harga RM59.90 (termasuk 20 test strips, 10 lancets, 1 lancing device dan 1 kit). Mula-mula macam scary jugak nak cucuk sendiri jari tu. Yela salama ni kat klinik nurse yang tolong buat. Tapi alhamdulillah, okay je. Taklah scary mana pun. So far dah buat 2 kali BSP, dan semuanya bacaan masih dalam kawalan. Minggu ni pun kena buat lagi sekali.


Oh ye, hari pertama buat BSP tu nurse terus refer saya ke dietitian. Dah kena bebel satu round kat nurse, bersambung lagi kena bebel dengan dietitian, haha. Saya perasan yang kuat bebel bab pemakanan ni nurse la. Bila jumpa doctor, doctor okay je. Doktor just review je result BSP tu dan tanya apa yang saya makan biasanya untuk sarapan, lunch dan dinner. Doktor kat KK siap cakap lagi, “result BSP awak rendah sangat ni. Patutnya awak boleh makan lagi ni. Jangan takut nak makan. Ni saya rasa awak terlampau control dah ni sampai result BSP awak rendah sangat ni”. Haha okayyy, memang hari yang kena buat BSP, saya control sangat-sangat makan. Doktor kat Klinik Myfamily pun bila saya bagitahu result MGTT saya sangkut GDM, dia senyum-senyum sambil gelak kecil je lepastu cakap “apa perasaan awak bila tahu sangkut GDM? Takut-takut tak nak makan?”. Tiba-tiba rasa macam doctor-doktor okay je, nurse yang lebih-lebih bebel sekaligus buat kita rasa cuak. Tapi yela, untuk kebaikan kita jugak kan.

Macam dah panjang sangat dah pulak berceloteh. Saya stop dulu la, next time nanti saya cerita lagi. Thank you for those yang baca sampai habis.

Monday, February 17, 2020

Aloha Getha Roadshow – Koleksi Terbaru Aloha Getha Hawaii

February 17, 2020 14
Aloha Getha Roadshow – Koleksi Terbaru Aloha Getha Hawaii
Kebelakangan ni sejak makin banyak penyakit berjangkit berleluasa, saya dan suami memang kurangkan pergi ke tempat yang ramai orang. Mostly stay indoor sahaja. Weekdays pergi dan balik kerja, weekend kalau takde urusan memang duk rumah je. Tapi bosan jugaklah asyik kat rumah je kan, haha. So Sabtu hari tu saya ajak suami jalan-jalan ke Mid Valley kejap, cuci mata dan beli groceries sikit. Nak pergi jauh memang tak rajin bila dah sarat ni. Mid Valley dekat je dengan rumah, so kita pergi yang dekat-dekat je. Kebetulan masa lalu dekat Centre Court Mid Valley, nampak ada roadshow tilam jenama Getha. Dah alang-alang kat situ, kitorang singgah la kejap tengok-tengok. Rupanya Aloha Getha Roadshow tu dah hamper seminggu berada di Mid Valley, dan haritu merupakan hari kedua terakhir. Tujuan roadshow ni adalah untuk perkenalkan koleksi tilam terbaru dari Getha iaitu Aloha Getha Hawaii Collection.


So masa kat situ, ada beberapa station yang disediakan untuk kita explore tentang elemen-elemen yang diperlukan untuk dapatkan tidur berkualiti. Ada 5 station iaitu Sight (Penglihatan), Scent (Aroma), Sound (Bunyi), Touch (Sentuhan), dan Taste (Rasa). Kat setiap station tu akan ada staff yang beri penerangan tentang setiap elemen ni.

Salah seorang staff Getha tengah explain tentang pentingnya penglihatan yang baik ketika tidur. Well, I’m so impressed with their staff’s knowledge related to quality sleep. I guess I should read more about how to achieve quality sleep.

Spray yang macam ni might really helps us to get better sleep. Takdelah bilik bau kepam, dan bantal pun bau air liur basi kan? Haha

I am so impressed bila cuba pegang sendiri texture material yang digunakan untuk buat tilam dan bantal Getha ni. No wonder their price range is quite pricey compared to other brand, dah dia guna material yang sangat bagus. They use 100% natural latex! 

Entah la, dulu-dulu saya jenis tak kisah sangat tentang tidur berkualiti ni. Tapi sejak umur makin meningkat ni, saya sangatlah tercari-cari tidur yang berkualiti. Untuk diri saya sendiri sejak mengandung ni rasanya agak sukar nak dapat tidur berkualiti, terutama sejak dah makin sarat ni sebab baby asyik menendang je. So mommy pun asyik terjaga je, hehe. Bila melawat ke setiap station ni, I learn that if we have trouble to achieve quality sleep, we may need to try some method in order to help us get a better sleep. Contoh kalau kita selalu terjaga sebab bunyi bising orang berdengkur, why not kita pakai headphone masa tidur & pasang melodi-melodi yang menenangkan? I am seriously considering this method now sebab method ni memang bagus untuk ibu mengandung. Kalau tidur kita selalu terganggu sebab cahaya, kita pakai la eye mask masa tidur. Kalau rasa kita boleh tidur lagi nyenyak dengan adanya aroma yang menenangkan, then go for some aromatherapy scents.  Dua elemen yang saya selalu terlepas pandang adalah sentuhan dan rasa. Yes, dua elemen ni penting tau untuk kita dapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti. Mana tak nya, kalau tidur atas tilam dan bantal yang empuk, tak ke sentuhan lembut di kulit dan rasa selesa yang kita alami ni boleh menyumbang kepada tidur yang lebih berkualiti? Now it makes sense to me.

Test duduk atas tilam dia, mak aii rasa tak nak bangun. Selesa teramat, rasa nak beli je terus tapi tengok harga terus insaf mengenangkan baki dalam akaun bank sendiri haha. Moga-moga saya dan suami direzekikan rezeki yang melimpah ruah supaya dapat beli tilam Getha yang selesa ni.

Eh by the way for those yang pergi ke semua 5 station tu, lepas dah complete semua station then korang boleh redeem goodies bag. Last but not least boleh redeem air kelapa kat Coconut Station. Hilang dahaga minum air kelapa sejuk-sejuk macam tu.


Special promotion dekat Aloha Getha Roadshow ni, kalau buat pembelian RM8888, boleh dapat sepasang Aurum Pass untuk ke Getha Lux Suites bernilai RM300. Pembelian RM10000 ke atas boleh dapat FREE Samsonite luggage bernilai RM1399. Paling best kalau buat pembelian mana-mana tilam dari koleksi Hawaii series semasa roadshow ni, korang berpeluang menang trip percutian mewah 5D4N ke Hawaii, USA. Promotion ni dekat roadshow je tau, online takde promotion ni.

Bila dah rasa sendiri betapa lembut dan berkualitinya tilam dan bantal Getha ni, I am so in love. Masa kat roadshow ni they all ada buat aktiviti Getha Golden Egg Game tau! Cabaran dia kena lompat atas trampoline sebanyak at least 25 lompatan dalam masa 10 saat, then boleh pilih satu golden egg. Dalam golden egg tu ada tulis hadiah apa yang kita menang. I was a bit upset sebab obviously I can’t join this game sebab tengah heavily pregnant kan. Silap-silap tengah melompat boleh terberanak pulak. But then takpe, suami kan ada kat sebelah. Kita buat muka kesian, lepas tu request suruh husband join this game on behalf. Nasib baik suami kita sporting tau!

Para peserta terawal yang join Getha Golden Egg Game tengah tunggu giliran untuk melompat atas trampoline. Can spot my husband there, hehe.

Trampoline tak la besar sangat pun, tapi serious lembut gila trampoline ni sebab kat bawah dia tu guna tilam latex dari Getha. Sebab dia lembut sangat, so agak susah nak balance diri melompat atas tu.

My husband managed to do 33 jumps in 10 seconds! So dah pilih golden egg, tiba masa untuk pecahkan golden egg to see the prize that we win.

Yeayyy! We win a Getha Galaxy Latex Pillow worth about RM260.

A super happy wife sebab dapat bantal yang lembut ni. Lena la tidur lepas ni kann, hahah. Thank you husband, I love you as always!

Itu je nak cerita kali ni. Aloha Getha Roadshow dekat Mid Valley ni dah sampai ke penghujung dah pun. But fret not, dah nama pun roadshow. Roadshow ni akan bersambung lagi di lokasi yang berlainan iaitu :
Bangsar Shopping Centre (26 Feb – 1 March 2020)
1 Utama (24 March – 29 March 2020)

For more information, boleh refer https://www.getha.com.my/sleep/alohagetharoadshow/



So for those yang berdekatan boleh la singgah ke roadshow ni. Mana tahu bila dah tengok dan rasa  tu, korang pun macam saya jugak, terus fall in love dengan tilam dan bantal jenama Getha ni. Tak gitu? Hehe.

Last but not least, I don’t know which one is Getha mascot because both is so chubby bhahahah. 


Saturday, February 15, 2020

Pregnancy Journey - Buat Detail Scan di Klinik Myfamily by Mysonoworld

February 15, 2020 13
Pregnancy Journey - Buat Detail Scan di Klinik Myfamily by Mysonoworld
Assalamualaikum dan hai korang! Kali ni nak sambung cerita tentang kandungan pertama saya. Sebelum mengandung saya memang kurang ambil tahu tentang jenis-jenis ultrasound scan yang selalu orang duk buat semasa mengandung. Bila diri sendiri dah mengandung ni, barulah saya perbanyakkan membaca pasal scan kehamilan. Yela, nak jadi mak bapak orang ni memang kena banyak membaca, kena banyak gali ilmu yang baru. Hasil pembacaan saya, ada banyak jenis scan yang biasa dijalankan sepanjang kehamilan seperti 2D Growth Scan, 2D Detail Scan, dan 3D/4D/5D Scan. Tapi, kali ni saya nak fokuskan penceritaan kepada Detail Scan. Kenapa? Sebab dalam banyak-banyak jenis scan kehamilan ni, Detail Scan antara ultrasound scan yang paling penting sepanjang kehamilan kita. Kiranya kalau ada rezeki lebih, peruntukkan sedikit bajet korang untuk buat Detail Scan. InshaAllah tak rugi dan berbaloi demi si anak dalam kandungan tu, dan juga untuk persediaan kita nak menyambut si anak tu.


Okay, Detail Scan ni dalam Bahasa Malaysia kita panggil imbasan terperinci. Ianya bertujuan untuk melihat anatomi bayi dan untuk melihat perkembangan serta struktur bayi dalam kandungan.  Kiranya bila buat Detail Scan ni kita dapat kesan sekiranya ada perkara yang tidak normal tentang bayi dalam kandungan tu. Antara yang diperiksa semasa buat Detail Scan ni ialah organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati, paru-paru dan lain-lain lagi. Andai kata ada kecacatan pada anggota bayi, boleh dikesan seawal bayi dalam kandungan lagi bila kita buat Detail Scan ni.

Selalu jugak baca kes tentang ibu bapa yang dapat tahu kecacatan pada bayi semasa buat Detail Scan ni seperti bayi mengalami sumbing bibir dan lain-lain. Seboleh mungkin kita nak bayi kita sihat walafiat la kan. Tapi kalau ada sesuatu yang tak kena pada bayi kita, rasanya lagi bagus kalau dapat kesan seawal mungkin. So that kita boleh bersedia apa yg patut, termasuk mempersiapkan mental, fizikal dan kewangan kita. Takdelah bayi dah lahir baru kita terkejut. Terdapat juga sesetengah kes dimana hasil imbasan terperinci menunjukkan masalah kecacatan yang agak serius, dan setelah berbincang dengan pelbagai pihak akhirnya ibu bapa memilih untuk tidak melahirkan bayi tersebut. Waktu yg sesuai nak buat detailed scan ni ialah ketika kandungan 18 - 24 minggu. Kalau dah lebih 24 minggu masih boleh buat Detail Scan, tapi peratusan ketepatan imbasan tu berkuranganlah sebab bayi pun dah makin besar. Kebiasaannya Detail Scan ni dibuat dalam bentuk 2D.




Saya sendiri dah buat Detail Scan pada minggu ke 24 kehamilan, sambil-sambil buat check-up dekat Klinik Myfamily. Nervous tak masa nak buat Detail Scan tu? Sehari dua sebelum buat Detail Scan memang nervous sikitlah, sebab jadi duk terfikir-fikir sihat ke anak dalam kandungan kita ni? Tapi bila dah buat, alhamdulillah lega. Lega sebab hasil imbasan menunjukkan bayi dalam keadaan baik, tiada apa-apa perkara tak normal yang dikesan pada bayi.

Tengok tu, tidur aje kerjanya

Selain buat Detail Scan, haritu ada buat 3D/4D/5D Scan jugak. Teruja sungguh nak tengok baby gerak-gerak. Yang geramnya tiap kali scan mesti dia tidur, dan tangan letak kat mulut. So tak boleh nak tengok dengan jelas sangat muka dia. Tapi dapat tengok macam ni pun hati ni dah berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak tengok in real life, nak peluk cium gomol semua.

Geram tengok mulut dia bergerak-gerak

Detail Scan ni kitorang buat dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld Ampang. Disebabkan saya memang ambil pakej antenatal check-up kat klinik ni, so Detail Scan semua ni memang dah termasuk sekali dalam pakej antenatal yang saya ambil tu. Tapi kalau nak buat scan sahaja tanpa ambil pakej antenatal check-up pun boleh je kat Klinik Myfamily ni. Memang dah ada beberapa pakej scan yang boleh dipilih, serendah RM50 sahaja. Korang pilih yang mana korang rasa berbaloi dan yang bersesuaian dengan usia kandungan korang. Btw boleh follow Instagram @klinikmyfamily sebab dorang pun selalu kongsi maklumat tentang kehamilan, scan dan seumpamanya.


Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002