emilinda

Thursday, March 23, 2017

Beli produk LANCOME secara online di Sephora.

March 23, 2017 7
Beli produk LANCOME secara online di Sephora.

Cepat betul masa berlalu, dah nak masuk bulan April dah. Memandangkan bulan March merupakan ulang tahun kelahiran saya, awal-awal lagi saya dah fikir a few possible items yang akan saya beli untuk diri sendiri, kira macam hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Hahah, sedih gila kan beli hadiah untuk diri sendiri? Takdelah, tak sedih pun. Saya memang macam ni, tambah-tambah lagi bila dah makin berusia, makin matang. So saya fikir, why not saya appreciate myself more? Birthday setahun sekali, raikanlah diri sendiri tu sikit. Gitu, haha. Self-reward for growing up so well, and to encourage myself to be a better person. So, out of a few items yang saya list out, finally saya decide nak beli something yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. And of course, something yang dah lama saya nak, tapi agak berkira sikit nak beli selama ni. HAHAHA, baiklah saya mengaku saya kalau nak beli barang yang agak mahal, saya kedekut sikit. Lagi-lagi kalau benda tu hanyalah kehendak, bukan keperluan.

Saya buat keputusan untuk belikan make up palette untuk diri sendiri. Dah lama teringin tau. Tapi tak pernah beli sebab make up palette ni selalunya mahal, diluar kemampuan diri sendiri. Okay, tipu. Takde la diluar kemampuan pun sebenarnya, cuma macam yang saya cakap tadi la, agak berkira. Hahah. Selalunya duk beli yang seketul-seketul je. Kedekut katakan, hahah. So mula-mula saya survey dekat Sephora. Bila pergi dekat outlet Sephora dekat KLCC, saya pening sebab banyak sangat barang mekap. Distracted, end up lain pulak yang saya beli. Tak habis-habis duk beli lipstick je kejenya.

Bila balik rumah, saya try bukak website Sephora. Nak survey dengan lebih teliti, sebab masa kat kedai serious rasa taktau nak pilih. Survey punya survey, saya berkenan dekat satu eye shadow palette brand Lancome. Korang mesti pelik kenapa tak ambik palette yang ada lip cream, blusher & eye shadow sekali kan? First, kalau boleh saya taknak palette yang besar sangat sebab kalau besar sangat nanti confirm punya saya buat pekasam dalam almari. Second, sebab saya dah banyak lipstick & lip cream. So rasa macam membazir je kalau beli lagi. Blusher pun sama, saya dah ada a few blusher. So, saya decide untuk beli Lancôme CD Eye 2016 Audacity In London. Saiz dia takde la gedabak besar sangat, senang nak bawak ke mana-mana. Dah alang-alang duk survey online tu, saya decide untuk order kosmetik Lancome secara online je di Sephora Online. Senang, tak payah gigih pergi kedai lagi sekali. Kalau pergi kedai lagi sekali, mahunya terbeli benda lain lagi.


Baru tahu rupanya banyak jugak produk Lancome yang available untuk purchase online dekat website Sephora. Untuk kali ni saya order dua produk Lancome. Satu hadiah untuk diri sendiri, satu untuk emak.




Tak sampai seminggu pun, bungkusan dah sampai. Cepat pulak. Masa purchase tu, bajet boleh sampai sekitar sehari lepas my birthday. Sekali sampai awal pulak. Before purchase tu terfikir jugak selamat ke beli kosmetik online ni? Bukan risau selamat in terms of produk tu original atau tak. Beli dekat Sephora sah-sah memang original. Cuma risau condition barang tu nanti bila dah sampai. Almaklum la, kosmetik ni kang kalau dicampak-campak kang pecah pulak texture dia. Saya beli eye shadow, lagi la menangis tak berlagu kalau dapat yang dah pecah. But then alhamdulillah, bila parcel sampai tu, semua dalam keadaan yang tip top. Mana tidaknya, dia dah wrap dengan bubble wrap beberapa lapis sebelum masukkan dalam plastik untuk dihantar. Saya ulang sekali lagi, beberapa lapis bubble wrap okay. Means dorang memang betul jaga supaya customer dapat barang tu dalam keadaan elok. 




Macam yang saya cakap kat atas, ada dua produk Lancome yang saya purchase melalui Sephora online kali ni. Satu untuk diri sendiri, satu untuk emak.


Lancome CD Eye AUDA[CITY] in London

Ini la hadiah ulang tahun untuk diri sendiri tu, hahah. Huiii, sayang betul nak guna kahkah. Ini la dia perangai seorang Emi. Dah beli pastu sayang nak guna. Kalau korang refer gambar kat bawah ni, eye shadow palette saya ni ada 16 shades. Terdiri daripada 5 high-pigment matte shades, 7 soft shimmer creams, dan 4 top coats yang ada sparkle bling-bling sket tu. Suka pulak color-color dia, and texture dia pun macam okay. In terms of size saya suka sebab dia tak terlalu kecil dan tak terlalu besar, just nice. Boleh muat taruk dalam handbag. Senang nak bawak ke mana-mana. Illustration dekat packaging dia tu pun saya suka, nampak classy & smart.





Lancome Shine Lover Lipstick

Lipstick ni saya beli untuk emak. Saje la tiba-tiba teringat kat mak, beli untuk mak jugak. Nak gembirakan hati emak sekali-sekala, why not kan? Zaman remaja dulu mak yang duk belikan pencuci muka la, moisturizer la, lip balm la untuk anak dara dia ni. Now dah besar panjang, teringin belikan mak produk-produk macam ni. Ambik code color Unconventional. Rasanya color ni sesuai kot untuk emak. Kenapa tak beli eye shadow jugak untuk mak? Oh maaf, mak kita tak pakai eye shadow rasanya.


Honestly ni first time saya try produk Lancome. Next time nak usha dia punya foundation, eye liner dan blusher pulak. Ala sebenarnya semalam pun saya ada singgah Sephora dekat NU Sentral, usha produk Lancome yang lain-lain. Kebetulan pergi situ, singgah cuci mata sambil target yang mana pulak nak beli lepas ni, lol. Produk Lancome ni selain dari kaunter Lancome sendiri, boleh dibeli juga di Sephora. Nak lagi mudah, beli je secara online di Sephora Malaysia. Tak payah susah-susah nanti dorang deliver sampai ke pintu rumah. 


Shopping atau cuci mata produk Lancome DISINI.

Monday, March 13, 2017

Benang Hijau Membership Program untuk kaki shopping.

March 13, 2017 14
Benang Hijau Membership Program untuk kaki shopping.
Ingat lagi tak last week aku ada ceritakan tentang Benang Hijau Warehouse Sale yang diadakan di beberapa buah negeri tu. Kalau lupa boleh baca kat SINI. Sejak Benang Hijau duk buat warehouse sale ni, aku selalu la duk usha instagram Benang Hijau sebab nak tengok mana tau ada lagi yang berkenan dihati, so boleh la lelaju contact personal shopper untuk kirim. Hasil duk stalk instagram Benang Hijau saban hari tu, aku perasan something yang agak menarik. Selama ni aku tak perasan pun bahawasanya Benang Hijau ada membership card. Aku ni memang sejenis yang suka kumpul membership card. Macam-macam jenis membership card dah ada dalam purse aku. Yela, bila ada membership card ni kebiasaannya kita akan beroleh banyak manfaat termasuk discount! Jom aku ceritakan serba sedikit tentang Benang Hijau Membership Card.

Apa itu Benang Hijau Membership Card?

Kad keahlian Benang Hijau ni merupakan kad yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelanggan setia Benang Hijau. Nak tahu rupa Benang Hijau membership card, macam dalam gambar kat bawah ni ha.


Apa kelebihan mempunyai Benang Hijau Membership Card?

Seperti kad keahlian lain, semestinya kad keahlian Benang Hijau menawarkan kelebihan kepada para pemiliknya :
  1. Diskaun 10% untuk semua produk Benang Hijau.
  2. Automatik menjadi EJEN DROPSHIP Benang Hijau dan boleh promosikan produk Benang Hijau secara online. 
  3. Diskaun 20% untuk semua item pada hari jadi pemegang kad.
  4. Preview produk baru dan promosi khas untuk pemegang kad yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Macam contoh promosi untuk bulan March 2017, pemegang kad boleh dapat sehelai shawl percuma dari Benang Hijau.
Ini promosi untuk pemegang kad yang lahir pada bulan March.


Cara untuk dapatkan Benang Hijau Membership Card?

Tak susah la nak dapatkan kad keahlian Benang Hijau ni. Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja. Yuran pembaharuan setiap tahun pula RM10. Berbaloi-baloi kalau join jadi ahli sebab automatik jadi agent dropship, makanya boleh buat side income. 





Sungguh aku tak boleh nak move on la dengan warehouse sale Benang Hijau ni. Kenapa tak boleh move on? Sebab murah sangat dan cantik-cantik tapi haritu tak beli semua collection. Ni duk berkira-kira nak kirim dekat personal shopper untuk warehouse sale Benang Hijau dekat Kelantan next weekend. Koleksi Benang Hijau ni bukan setakat tudung aje yang lawa-lawa. Blouse dan jubah pun cantik sangat.




Kalau tak nak ketinggalan promosi atau info lanjut berkenaan Benang Hijau, boleh lah rujuk link di bawah:


Sunday, March 12, 2017

Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International

March 12, 2017 5
Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International

Rasanya semua orang tahu bahawasanya minggu lepas 8 March merupakan Hari Wanita Sedunia. Mungkin ada yang tak tahu. Tapi majoriti tahu la kot memandangkan dalam kehidupan seharian kita ni, kita dikelilingi oleh kaum wanita. Emak, kakak, isteri, adik, anak, sepupu sepapat dan saudara mara. Aku sendiri pun tak pasti kenapa 8 March dipilih sebagai Hari Wanita Sedunia. Tapi takpelah, tiap-tiap hari pun kita hargai insan yang bergelar wanita terutamanya kaum ibu dan isteri yang banyak berkorban demi keluarga. Bukanlah nak hargai kaum wanita hanya pada 8 March, cuma ianya dijadikan tarikh simbolik untuk meraikan kaum wanita seluruh dunia. Apa specialnya kaum wanita ni sampai ada sambutan Hari Wanita Sedunia bagai ni? Jangan tak tahu, besar peranan kaum wanita ni sebenarnya dalam kehidupan kita. Pentingnya peranan kaum wanita ni dapat kita lihat apabila setiap budaya yang berbeza ada pepatah tersendiri tentang kaum wanita iaitu :

  • Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
  • Behind every successful man is a woman
  • Wanita menjunjung separuh langit



Dalam dunia moden sekarang, kaum wanida seringkali dilihat mendahului lelaki dalam pelbagai aspek. Kaum wanita kini boleh dikatakan mampu berdikari sama seperti kaum lelaki. Sebagai sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan, Stellavingze International telah mengadakan sebuah majlis makan malam untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa meraka dan menerokai potensi diri dan berusaha memajukan diri, keluarga dan negara dari pelbagai aspek.



Antara jemputan wanita-wanita hebat pada majlis makan malam anjuran Stellavingze International ialah:
  • Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  • Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavinge International
Melalui ucapan Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail, peranan wanita amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.


Datin Azizan Bt Hj Shariff pula berkata wanita yang cemerlang adalah aset negara yang paling berharga. Beliau mengajak wanita di Malaysia untuk meningkatkan ilmu dan skill dalam mengecapi impian masing-masing. Majlis sambutan Hari Wanita Sedunia ini telah membuka mata ramai wanita khususnya yang hadir untuk menjadi lebih maju dan berjaya.

Senarai 4 Produk Terbaik di Dunia bagi Hilangkan Parut

March 12, 2017 20
Senarai 4 Produk Terbaik di Dunia bagi Hilangkan Parut
Sejujurnya bila usia makin meningkat ni, macam-macam inisiatif akan kita ambil untuk mencantikkan diri dan meningkatkan tahap keyakinan diri. Macam aku sendiri, tahap keyakinan diri tu rasa berkurang bila adanya kekurangan dari segi fizikal. Yela, benda yang nampak dilihat dengan mata kasar. Kekurangan dari segi fizikal ni banyak jenis, tapi yang aku nak sembangkan hari ni adalah parut. Yes, aku tahu ramai je yang mengalami masalah yang sama. Lagi-lagi kalau parut tu dekat bahagian yang mudah dilihat, serious boleh buat rasa rendah diri. Aku tengok orang lain ramai je yang jenis berparut dekat bahagian muka. Untuk diri aku pulak, alhamdulillah dekat muka takde problem sangat dengan parut bagai ni. Tapi bukan bermakna aku takde masalah parut. Ada, cuma ianya bukan dimuka. Parut yang bukan dimuka ni pun dah cukup buat keyakinan diri aku merudum tiap kali ada yang perasan akan parut aku tu.

Zaman sekarang ni kalau banyak duit senang je nak hilangkan parut. Boleh buat laser treatment. Tapi dah survey, mahal. Dengan keadaan ekonomi tengah tak menentu, semua benda pun mahal. So aku rajinkan diri buat some research tentang produk terbaik untuk hilangkan parut. Sekurang-kurangnya tak semahal buat laser treatment. Saja la aku tulis kat sini untuk rujukan diri sendiri pada masa akan datang. Setelah aku study dan baca review orang ramai, dalam banyak-banyak produk tu ada empat produk ni yang boleh dikatakan antara produk menghilangkan parut terbaik didunia. Memang menjadi pilihan ramai orang. Nak tahu produk apa yang aku maksudkan? Teruskan pembacaan.


1. Bio Oil

Rasanya produk Bio Oil ni memang tak asing lagi kat Malaysia ni. Iklan Bio Oil pun memang ada ditayangkan kat televisyen. Bio-Oil membantu memperbaiki kesan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata. Ia juga berkesan untuk penuaan dan kulit kering.


Aku sendiri pernah cuba produk Bio Oil ni masa zaman belajar dulu. Katanya kena guna sekurang-kurangnya 3 bulan. Gigih aku sapu tiap hari. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, Bio Oil ni okay la boleh kurangkan kesan parut bila digunakan secara berterusan, tetapi dia tak totally menghilangkan parut. Kiranya dia sekadar memudarkan parut, Tak tau lah kot-kot parut aku tu yang degil taknak hilang. Produk ni senang nak dapat, kat farmasi memang ada jual.


2. Dermatix

Yang ni pun dah tak asing jugak ni, sebab ada diiklankan kat televisyen. Dermatix menggunakan teknologi silikon untuk membantu mengurangkan kemunculan parut. Yang ni dalam bentuk gel. Sapu dekat bahagian tertentu dan biar je dia kering. Penggunaan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk nampak kesan.


Aku sendiri belum pernah cuba produk Dermatix ni. Tapi berdasarkan review orang lain, katanya okay jugak produk Dermatix ni. Dermatix ni pun senang dapat sebab ada dijual di farmasi.


3. Azanis Scar Serum

Azanis Scar Serum ni pun tak kurang famousnya. Heboh diperkatakan tentang keberkesanannya. Dirumus khas untuk menghilangkan atau mengatasi masalah parut. Azanis Scar Serum mengandungi 100% Vitamin-E semulajadi yang dirumus khas dari soya. Soya ni lebih kepada anti-oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik.


Aku belum pernah cuba produk Azanis, tapi ramai kawan-kawan yang dah cuba produk Azanis Scar Serum ni. Kata diorang, memang berkesan hilangkan parut. Kalau diteliti testimoni pengguna lain pun rata-rata berpuas hati sebab kesannya cepat dan berbaloi. Bila dengar sendiri dari rakan terdekat, rasa lebih yakin nak guna.


4. Mederma

Mederma ni aku kurang familiar sikit. Kata orang Mederma mampu mengurangkan kesan pelbagai jenis parut, termasuk parut jerawat, parut pembedahan, dan parut dari luka terbakar dan seumpamanya. Tempoh untuk hilang parut tu bergantung pada usia parut kita la. Tapi ada ramai jugak pengguna yang berpuas hati.


So far empat produk ni yang mampu convince aku. Nak beli, tapi tak tahu nak beli yang mana satu. Korang pernah guna yang mana satu? Boleh la share dekat komen. Mana tahu information korang tu dapat membantu. Produk menghilangkan parut yang terbaik di dunia, yang mana satu?

Wednesday, March 8, 2017

Murahnya shopping di Benang Hijau Warehouse Sale.

March 08, 2017 7
Murahnya shopping di Benang Hijau Warehouse Sale.


Cepat betul masa berlalu, dah pun bulan March. Rasa macam baru sekejap masuk tahun 2017. Sejak kebelakangan ni kalau weekend banyak habiskan masa kat rumah. Faktor usia mungkin, jadi malas nak keluar sangat. Rehat je kat rumah. Kalau keluar pun dengan family members atau beberapa orang rakan terdekat. Lagipun weekdays dah penat kerja, hari minggu memang seboleh mungkin nak berehat la. Last weekend gagahkan jugak diri pergi ke Bangi sebab nak ke warehouse sale Benang Hijau. Haaa gigih kan, semata demi nak 'menghabiskan duit'. Lol. Takpe, zaman ekonomi tengah teruk ni, kena bijak berbelanja. Shopping time sale kaw-kaw punya. 


Kalau dah dia cakap jubah boleh dapat dengan serendah RM50, blouse serendah RM20, haruslah gigihkan diri ni pergi kan? Warehouse sale ni dibuat dua hari di HQ Benang Hijau, Bangi. First time pergi HQ Benang Hijau. Selama ni duk pergi ke butiknya aje. Malam sebelum pergi tu dah gigih scroll Instagram Benang Hijau, duk aim baju mana yang nak beli. Esoknya tu bila dah sampai, excited tengok baju dan tudung murah-murah. Macam aku dah aim awal-awal nak beli yang mana, so bila sampai tu just tunjuk gambar kat staff Benang Hijau. Then dia tunjuk baju tu ada dekat rak mana. 




Yang bestnya bila Benang Hijau buat warehouse sale macam ni, bukan setakat boleh beli dengan harga super jimat, bahkan siap berpeluang dapat baju atau tudung PERCUMA bagi 50 pelanggan pertama. Yang ni aku tak dapat sebab aku takde la datang awal sangat, hehe. Tapi bukan tu aje, siap ada LUCKY DRAW bila buat pembelian RM150 ke atas. Yang ni aku layak join sebab tamak beli banyak makanya memang lebih RM150. Lelz. Pastu ada dapat mini calendar. Oh ye, bagi emak-emak yang datang situ untuk shopping, don't worry anak-anak boleh kasi main dekat Bouncy Castle. Alah, yang bouncer tempat budak-budak boleh main lompat-lompat tu. Anak-anak ralit bermain, emak pulak ralit shopping. Gittew. Nasib iols belum ada anak. Boleh shopping tanpa risau anak melalak mintak susu. Eh!






Inilah antara baju-baju yang dijual dengan harga yang super murah dekat warehouse sale Benang Hijau. Nasiblah kenangkan lama lagi nak menunggu next gaji, kalau tak lagi banyak aku rembat. Bila dah balik dan upload a few picture dekat Facebook, ramai member yang komen cakap nak kirim la apa la. Too bad, terlambat sebab masa tu dah sampai rumah dah pun. But don't worry, actually warehouse sale Benang Hijau tak berakhir kat situ sahaja. Warehouse Sale dekat Bangi last weekend merupakan lokasi pertama Benang Hijau Warehouse Sale Tour. Ada lagi warehouse sale ni dekat lima lagi lokasi yang lain. Kiranya Benang Hijau Warehouse Sale ni dia buat macam tour dekat beberapa negeri kat Malaysia. Yela, takkan nak buat dekat Bangi je kan? Kesianlah dekat orang lain yang tinggal jauh dari Bangi. Kan? Gigih tau aku scroll Instagram Benang Hijau sebab nak tahu dekat mana lagi dia buat warehouse sale ni. Kenapa? Sebab lepas dah balik rumah tu, rasa menyesal tak beli a few more design. Pendek kata rasa nak beli lagi, tapi Sentul dengan Bangi tu takdelah dekat sangat kan. Hahah. So aku punya plan adalah nak kirim dekat member aku yang stay dekat Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah or Pahang. Most probably aku kirim dekat kakak ipar aku yang kat Johor atau dekat member aku yang dekat Kelantan lah. Aku dah pengaruh dorang siap-siap sebab  nak suruh dorang pergi, so boleh la aku kirim. Sepanjang bulan March dan awal April ni memang every weekend Benang Hijau buat warehouse sale. Cuma lokasi je berbeza. Boleh refer gambar kat bawah ni untuk tarikh warehouse sale Benang Hijau dekat Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.


Apa je yang aku beli kat sana? Hmmm biarlah rahsia, kuikui. Takdelah, aku ada beli shawl, blouse, baju kurung. Cuma terkilan sikit tak beli jubah, isk. Murah kot. Balik rumah teringat-ingat. Dah la member kirim jubah. Dah beli untuk member, balik rumah kita pulak duk berkenan kat jubah member tu. Hahah. Takpe, ada lagi warehouse sale kat negeri lain. Boleh kirim dekat kawan yang nak pergi. Nak pergi sendiri jauh sangat la pulak.

Ikut hati takmo balik lagi. Tapi perut berkeroncong dah masa ni.

Oh haaa, bagi korang yang rasa tak berkesempatan untuk pergi ke Warehouse Sale Benang Hijau ni, jangan bermuram durja ye. Zaman sekarang semuanya mudah. Boleh kirim dekat member. Kalau member tak nak pergi, paksa jugak dia pergi. Kalau dia taknak pergi jugak, personal shopper kan ada. Siapa yang biasa guna khidmat personal shopper ni tahu la betapa mudahnya hidup ni tak perlu bersusah payah ke sana tapi masih mampu miliki baju idaman. Biasanya time sale besar-besaran macam ni memang ramai guna servis personal shopper sebab malas nak bersesak. Biar personal shopper yang tolong belikan. Kat mana nak cari personal shopper untuk sale Benang Hijau ni? Rajin-rajinlah usha Instagram Benang Hijau atau Facebook Benang Hijau. Benang Hijau ni accept debit dan credit card, so takyah risau la kalau cash tak banyak kat tangan time tu. 


Untuk maklumat lanjut pasal exact location Warehouse Sale Benang Hijau ni, korang boleh tengok dekat Instagram dan Facebook Benang Hijau. Takyah nak malas sangat. Rajin-rajinkan diri tu scroll Instagram dan Facebook Benang Hijau. Mana la tau dorang nak kasi surprise bagi extra discount ke kan? 




P/s : Sape yang nak pi warehouse sale ni, bagitau la ye. Boleh la kirim!

Wednesday, March 1, 2017

Xiaomi Redmi 4A kini di Malaysia!

March 01, 2017 13
Xiaomi Redmi 4A kini di Malaysia!
Haii! Apa kriteria yang korang pandang bila nak beli telefon? Lain orang lain keperluan dan lain minat, kan? Macam aku, selalunya aku akan lebih utamakan camera. Kalau camera phone tu cantik, hati aku dah tertarik dah. Sebab aku jenis yang tak suka nak usung camera digital or apa-apa camera bila ke mana-mana. Cukuplah bawak phone je ke mana-mana. So biarlah camera phone tu memenuhi keperluan bergambar aku. Kahkah. Tapi tengok jugak la kriteria lain. Dia punya performance, battery tahan lama ke tak, boleh dual sim ke tidak, cepat rosak ke tak.

By the way, last weekend aku berkesempatan hadir ke majlis pelancaran model telefon baru keluaran Xiaomi, iaitu Redmi 4A. Dah lama tak penuhi jemputan ke event macam ni, now rasa nak buat comeback. Gituhh, hahah. Sila muntah. Thank you Involve Asia for the invite. Honestly aku sendiri belum pernah jadi pengguna Xiaomi. Tapi rata-rata kawan yang guna phone Xiaomi bagi feedback positive. Sedikit sebanyak terpengaruh jugak especially bila dorang cakap camera phone Xiaomi lawa.


Majlis pelancaran Redmi 4A ni dibuat hari Sabtu, so dapat la join. Kalau buat weekdays, selalunya tak dapat join sebab kerja. Sampai awal haritu, kebetulan a few other blogger pun ada jugak. So takde la krik krik sangat. Sembang-sembang setelah sekian lama tak jumpa dorang. Okay, let me straight to the point lah. Banyak melalut cerita hal lain dah. Sebenarnya nak cerita pasal features Redmi 4A.





Yang bestnya Redmi 4A ada dual apps function. Dual apps function ni apa yang aku faham adalah korang boleh ada dua account dalam satu masa. Contohnya, dua akaun whatsapp running actively on the same phone at the same moment. Sama la apps lain pun, boleh ada dua account. Cool, kan? Tak payah nak logout, pastu login balik. Oh ye, phone ni didatangkan dalam variasi dua warna iaitu gold dan rose gold. Kalau aku, semestinya suka rose gold. Lawaaa.



Kat majlis pelancaran tu ada buat contest untuk pihak media dan blogger yang hadir. Kitorang kena selfie dengan phone Redmi 4A ni, then upload kat Instagram. Paling banyak like, menang phone Redmi 4A. And yeah, mestilah aku kalah kalau kriteria pemilihan berdasarkan jumlah like, hahah. 

Here goes my selfieee…

Ingat cun selfie macam tu? Hahah.

At the end of the event, ada lucky draw. Pun tak bertuah untuk hari tu. Kalau tak, dah bawak balik sebiji Redmi 4A dah. Pastu ada group photoshoot dengan semua yang hadir haritu. Normal lah, kitorang ni memang suka bergambar. Tak sah kalau tak bergambar ramai-ramai.


Kat mana nak beli Redmi 4A ni? Dah available kat pasaran Malaysia dah. Nak senang, beli je kat Lazada . Tak payah susah-susah pergi kedai. 

Ni semua suka bergambar ni, pantang jumpa haa :P



This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

Friday, February 24, 2017

Buat kacamata baru di Aris Optometrist, Bachok.

February 24, 2017 16
Buat kacamata baru di Aris Optometrist, Bachok.


Sedar tak sedar dah 10 tahun aku menjalani kehidupan seharian dengan bantuan kacamata. Dalam bahasa mudahnya, dah 10 tahun aku rabun. Mula dapat tahu diri ni rabun masa tingkatan Tiga. Dalam tempoh 10 tahun ni aku sendiri dah lupa berapa banyak spek yang aku tukar. Ada yang patah, ada yang pecah, ada yang tukar sebab nak tambah power spek.

Setahun dua kebelakangan ni, masalah silau mata aku bertambah-tambah. Mana tidaknya, kerja pun sehari-harian memang menghadap skrin laptop. Perasan mata makin teruk ni sebab asyik migraine. Bila jumpa doktor, doktor cakap mungkin disebabkan masalah silau mata tu. Yela, before ni aku kalau keluar jalan-jalan tak pakai spek pun. Pakai spek bila tengok tv or buat kerja je. Rela penglihatan terbatas semata-mata tak nak rasa buruk bila pakai spek, hahah. Tak sedar benda tu semua bagi kesan buruk dekat kesihatan diri. Bila dah kena bebel dengan doktor, makanya baru sedar. So nekad nak kena sentiasa pakai spek, dan cuba jaga kesihatan mata ni. Kenapa bila kita rabun tapi tak pakai spek, dikatakan tak elok? Sebab bila kita tak pakai spek, keupayaan mata kita untuk melihat dengan jelas tu kurang. So kita memaksa mata kita untuk melihat benda-benda dengan lebih jelas melebihi keupayaan mata kita. Kesian mata, hehe. Ramai yang suggest suruh pakai contact lens. But for my case, tak digalakkan la. Sebab power silau tinggi sangat. Power rabun tak sangat pun.


So aku nekad, nak kena bina keyakinan diri ni walaupun pakai spek. Jangan rasa buruk or hodoh bila pakai spek. Hello, siapa cakap perempuan pakai spek tak cantik? Cantik kot, lagi-lagi kalau confident. Tak gitu? Hahah. So dalam usaha nak bagi keyakinan diri tu meningkat, aku decide untuk buat spek baru. Yang lebih sesuai untuk dipakai oleh si gadis bertudung macam aku. Spek yang tak buat tudung aku senget benget. Spek yang tak buat aku rasa hodoh. So yeah, maka bila balik kampung last year menapaklah aku ke kedai cermin mata Aris Optometrist. Ni first time aku buat spek kat kedai ni.




First of all of course la optometrist akan check dulu tahap kerabunan aku ni. Then lepas tu baru pilih nak spek mana. Cik Mariam, optometrist kat situ bagi pendapat spek yang macam mana yang elok untuk tahap rabun dan silau yang macam aku ni. Dia bagi pendapat jugak tentang bentuk spek yang macam mana sesuai dengan bentuk muka kita. Pilih punya pilih, aku decide nak spek yang lebih besar dari spek-spek yang pernah aku buat sebelum ni. Yela, bila kanta spek tu besar, senang sikit nak nampak semua benda. Itulah logik pemikiran aku, hahah. Lagipun selama ni aku asyik pilih spek yang kanta dia kecik, konon taknak bagi tudung jadi selebet. Kali ni aku nak kelainan. So aku end up pilih spek yang kat bawah ni.



Masa tu aku balik kampung tak lama. Yela, tak dapat cuti lama. Kalau ikutkan spek ni boleh siap dengan cepat. Tapi memandangkan power silau aku ni agak tinggi, kena tunggu a few days baru siap. So cik optometrist cakap, takpe dia boleh tolong post kan spek tu bila dah siap. Kalau tiba-tiba bila dah pakai tu rasa  tak okay, boleh datang balik ke kedai. Alhamdulillah, bila dah dapat spek tu okay je. Terus iols pakai dengan penuh keyakinan. Gittew, hahah. Rasa luas je pemandangan bila pakai spek yang kanta besar ni.



Zaman aku sekolah dulu, area Bachok tak banyak sangat pun kedai spek. Tak banyak option la kiranya. Just ada a few je. Ingat lagi masa aku nak buat spek mata pertama aku dulu, gigih ajak mak pergi Kota Bharu. Demi seketul spek. Pastu bila spek dah siap, kena pergi lagi sekali untuk ambik. Leceh pergi jauh-jauh ni. Terima kasih mak. Isk. Gigihnya seorang emak nak bagi anak dia nampak dengan jelas apa yang cikgu ajar kat kelas. Masa tu selalu mengadu cakap tak nampak apa yang cikgu tulis kat blackboard. Now dah ada kedai kacamata yang menawarkan pilihan kacamata yang banyak untuk orang-orang Bachok dan kawasan terdekat. Tak payah nak pergi jauh-jauh nun ke Kota Bharu sana dah. Dah ada kedai kacamata yang bagus sekitar Bachok, Kelantan. Staff kat situ pun peramah je, layan customer elok-elok. Siap nasihat pasal penjagaan mata lagi. 

Thank you Mariam, atas layanan baik dan nasihat serta tips penjagaan mata.

Balik rumah siap follow instagram kedai spek Aris Optometrist ni. Tak rugi follow instagram kedai ni, sebab dorang selalu share pasal tips penjagaan mata, tips penjagaan kacamata, dan macam-macam info berguna pasal mata kita ni. At least sedikit sebanyak bagi kesedaran pasal penjagaan mata kepada kita semua ni. 


Confident je hakak pakai spek & shawl. Nampak manis je jugak. Oppss, hahah.


Oh ye, pasal issue keyakinan diri bagi yang pakai spek mata ni selalunya perempuan la yang ada problem ni sebab kitorang pakai tudung. Nanti tudung jadi selebet. Now aku dah memang sentiasa pakai spek ke mana aje aku pergi. Confident itu penting. Dan pandai-pandailah pilih spek yang senang digayakan dengan pemakaian tudung tu. Untuk aku, aku selesa dengan spek aku yang latest ni. Alamdulillah, sejak ikut saranan doktor dan optometrist supaya jangan segan nak pakai spek sebab memang rabun, masalah migraine aku dah banyak berkurang. Memang dah lama tak diserang migraine.

Tak segan silu dah nak pakai spek, sebab rasa macam okay je spek ni dengan muka sendiri. 



Untuk orang Bachok dan kawasan sekitarnya, kalau nak buat spek boleh ke Aris Optometrist. Recommended sangat-sangat.


Aris Optometrist
Lot 2526, Jalan Pejabat Tanah,
Kg Telok, 16300 Bachok,
Kelantan.
09-7780523

Instagram : @arisoptometrist