emilinda

Saturday, July 20, 2013

Mari-Mari Cultural Village, Sabah.

July 20, 2013 5
Mari-Mari Cultural Village, Sabah.


Last Monday , kami takde class . Infosys bawak kami pergi Mari - Mari Cultural Village . Haaa . . . dua minggu berturut - turut takde cuti , then bila dapat cuti , ada pulak aktiviti nya . Tapi nasib baik separuh hari je . Kat cultural village ni basically dia tunjuk pasal various tribe yang ada ka Sabah la . Malas nak story panjang - panjang . Layankan gambar je  k .



Photo
Kami . 14 orang . UTHM students . Infosys Batch 9 .

Masa dekat universiti , tak kenal sangat pun diorang ni . Bila dah kat tempat orang ni , barulah masing - masing jadi lebih rapat . Makan semeja , balik hostel sesama . Padahal ada sesetengah tu tak pernah bertegur sapa pun dekat universiti . Haha .



Rumah Panjang .

Ini kuih Jala . Diorang buatkan . Nampak rangup , malangnya tengah puasa =='

Mula - mula ingatkan diorang nak buat ape la dengan buluh kecik ni . Rupa - rupanya diorang hidang air dalam ni . Air pandan .

Me . 

Again , me . And friends . Tempat yang kitorang panjat tu adalah tempat diorang proses beras diorang .

Cantik kan gadis Bajau tu . Perempuan Bajau memang cantik kot . Bajau ke ? Entah . Dah lupa .


Mereka & wine yang dibuat secara traditional . Chinese , memang la tak puasa . 

This is my uni - mate , Lester .

This Lundayeh guy shows us demo on how Lundayeh tribe make vest using tree bark . Handsome, rite ? Heee
The most handsome guy kat situ la kot . Sume orang pun nak bergambar dengan dia .


Malas nak taip panjang - panjang , so printscreen je dari Instagram . Hoho . Baca jela captionnya tu kalau nak tahu ni apa .


Lokman , the leader in our group . Masa ni nak masuk ke perkampungan diorang , kena bersemuka denagn ketua diorang dulu . Masa ni jugak tetiba geng diorang datang ambush kami . Scari jugak la dengan gaya diorang teriak , gaya pemakaian dorang . Sampai ada yang menangis sebab terkejut . Wakaka :D . Not me la .


Guess which one is mine ? Yang tak cantik & corak entah pape tu . Huuuu . Orang lain semua dapat corak cantik . Aku punya tak tahu la nak cakap corak ape . 

Persembahan dari mereka . Tarian amenda ntah .

With double Wong . Wong Pui Yen  & Wong Zu Xien .

With our tour guide , Alan ,






Itu saja . Mengantuk sudah . Assignment tak siap lagi . T___________T .




Tata .



Sunday, July 14, 2013

Another three weeks to go .

July 14, 2013 4
Another three weeks to go .



Cepatnya masa berlalu . Dah dua minggu kat sini .Huuuuu . Puasa pun dah bermula . Such a tired & hectic life here . Masuk lab jam 8.30 pagi , boleh balik start jam 5 petang . Tapi most of the day kami akan stay kat lab sampai malam . T________T . Sebab tak boleh balik selagi tak siapkan dan hantar assignment . Setimbun assignment dibaginya . Individual assignment hokeyyy . Everyday . Dalam sehari kalau dikira , ada la dalam 10 - 15 soalan tentang coding . Pengsan nak siapakan . Selalunya pagi akan ada lecturer yang mengajar . Start tengahari masing - masing akan bertungkus - lumus siapkan assignment . Itu belum cakap pasal projek . Projek pertama kami , 5 orang satu group . Mesti siapkan dalam tempoh tak sampai seminggu pun . Kena buat attendance system guna c language . Malam ni deadline nya haaa . Haru nak menyiapkan nya . Nasib baik ahli group aku bukan semua yang beginner macam aku . Boleh la jugak bergantung harap . Sobsss .


Well , setakat ni belum ada cuti lagi . Takde weekend hokey . Takde langsung . Weekend pun kena ngadap PC memanjang . Lama - lama boleh jadi gila . Dah dua minggu takde cuti . Esok buat pertama kalinya cuti . Itu pun bukan cuti sangat pun . Cuti dari class & lab je . Tapi wajib  join trip pegi Mari - Mari Cultural Village . Pepagi hari lagi dah kena gerak . Nasib baik Infosys sponsor . Kalau tak memang tak la kan aku nak pegi sana . Entrance fee ada la seratus lebih sorang kalau tak silap . Sebab dah google siap - siap . Wakaka . Kalau kena guna duet sendiri , aku prefer buat shopping la . Muehehe :D 


Kita cakap pasal puasa pulak ye . Sedih . Seriously rasa sedih gila sahur & bukak puasa kat sini . Nak bukak puasa kat rumah . T_____T . Rasanya balik dari Infosys nanti , berat badan akan turun . Huuu . Jangan tanya kenapa . Satu je yang sukanya , kat sini bukak puasa awal :) Jam 6.35 dah bukak puasa dah . ZItu jela yang bestnya . Sahur pun awal . 



Wednesday, July 3, 2013

Here come Infosys.

July 03, 2013 3
Here come Infosys.
Now dah bermula Infosys. Ini hari kedua. What can i say bout UMS is, the facilities in UTHM is much much better compared to here. Seksa weyh dua hari kat sini. Camne nak survive 6 minggu . Air asyik takde je . Internet memang takde langsung kat hostel . Mati kutu la waktu malam . Toilet , washroom, hmmmm . Sorry to say . Aku memang tak boleh nak berlama - lama la mandi kat sini . Kotor dan macam - macam benda tak function well . Pi class jalan kaki jauh gila T_________T. Tetiba rasa bersyukur gila jadi student UTHM .
For the programme, memang penat Infosys ni . Kalau time dia mengajar , mengantuk . Haha . And the assignments , kau tak boleh balik selagi kau tak siapkan . And need to submit before 12 malam . Makanan ? Ok aku rindu makanan kat semenanjung .
Ok , enough for now . Curi - curi online kat class ni . Update via phone . Huhi . Next time will update again .
Stress . Nak balik !

Saturday, June 29, 2013

Sayonara uthm.

June 29, 2013 4
Sayonara uthm.




Esok pepagi hari lagi kena bangun , siap - siap , tarik luggage pergi Dataran Anggerik . Jam 6.30 bas gerak pegi KLIA . So , malam ni malam terakhir kat sini . Lepas tu , babai UTHM . Jumpa balik time konvo nanti . Beratnya hati . Berat hati nak bangun awal . Wakaka :P Bukanlah ! Berat hati nak pi Infosys walaupun dah tak boleh tarik diri lagi dah . Barang - barang dah siap packing . Satu beg besar , satu beg laptop . Itu pun dah puas sumbat barang - barang baru boleh zip beg tu . Bila try angkat , mak aiiii . . berat kemain lagi . Padahal rasanya sikit je barang . Ape yang beratnya ntah . Flight jam 11. 45 pagi . Huuu . . . nak balik !!!!



K lah , will update again soon . 


Noktah. Titik.

June 29, 2013 3
Noktah. Titik.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa !!



Finally , dah siap jilid pun thesis . A bit late la nak compare dengan kawan - kawan yang lain sebab awal - awal hari tu duk kalut dengan final exam . Tak sempat pi jumpa supervisor . Then bila dah jumpa , he told me to jilid yang tu je , tak payah ubah pape . Homaigoddd , so baik la Dr Farhan ni . Sayang lebih . Kalau tahu tak payah ubah , awal - awal lagi pegi hantar kedai tuk jilid . Hari selasa hari tu hantar ke kedai kat Parit Raja untuk jilid . Memula nak hantar kat kedai Double A , but then tetiba bila pegi hantar , that girl yang kerja kat situ cakap harga dah naik . Baru naik katanya , sebab before ni my friends pun jilid kat situ , biasa je harga . Tetiba je naik . Rasa macam tak patut pulak . Nak naikkan harga , tunggu la sem depan . Ni tak , harini harga lain , esok harga lain dah . So tak jadi jilid kat situ , i sent my thesis kat another kedai named TOP . Luckily masa hantar tu harga kat kedia TOP tu tak naik lagi . Esoknya kawan cakap harga kat kedai TOP pun dah naik jugak . 



So , tadi lepas Jumaat , bergegas ke bilik May Fong , mintak tolong dia sikit . Then bergegas pulak ke Parit Raja , ambik thesis . Lepastu bergegas lagi ke faculty untuk ambik tandatangan supervisor , then hantar kat ofis faculty . Memang terkejar - kejar la kan sebab jam 4.30 ofis dah tutup. Dah la hari ni panas terik. Sakit kepala dibuatnya . Dah setel hantar thesis , berkejaran pulak balik hostel sebab hari ni last hantar kunci bilik . Bayangkan tengah - tengah panas tu jalan kaka dari fakulti ke hostel sebab nak kejar masa . Kalau tunggu bas nanti lambat . Nasib baik sempat sampai before ofis hostel tutup . 



Overall , rasa lega sebab most of hal yang nak ekna setel dah pun setel . Alhamdulillah . 







p/s : dunno why sejak tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni , aku rasa aku dah TERover minat kat Izzue Islam la pulak . Walhal before ni aku tak tahu pun sape Izzue Islam ni . Now jadi minat teramat la pulak . Siap boleh senyum sensorang bila teringat dia . Wakaka , over  betul la kau ni Emi !