emilinda

Monday, March 22, 2021

Membeli Sambil Menyumbang – Beli Barangan Preloved Berjenama di Kedai BLESS.

March 22, 2021 2
Membeli Sambil Menyumbang – Beli Barangan Preloved Berjenama di Kedai BLESS.

Korang biasa dengar tak orang cakap dengan membeli juga kita boleh menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan. Ye, kalau nak menyumbang kita boleh je terus menyumbang direct kepada insan tersebut. Memang banyak je cara nak menyumbang. Tapi kalau korang nak tahu kat sekeliling kita ni ada banyak sangat pihak yang buat inisiatif tertentu untuk tolong kita sampaikan sumbangan serta bantuan orang ramai kepada yang memerlukan dengan cara yang agak berlainan. Kali ni saya nak cerita tentang satu kedai ni yang saya kira agak menarik. Kedai ni bukan kedai typical macam kedai lain. Sebenarnya saya sendiri pun baru je tahu tentang kewujudan kedai ni masa jalan-jalan kat Mid Valley haritu. Nama kedai yang saya maksudkan adalah kedai BLESS


Kedai BLESS ni ada banyak cawangan, tapi so far saya pernah berkunjung ke cawangan Mid Valley je. Itu pun secara kebetulan sambal jalan-jalan setelah lama tak jejakkan kaki ke Mid Valley dek kerana pandemic Covid-19 ni. Kedai BLESS ni merupakan kedai yang menjual barangan terpakai (preloved) & rejected items dengan kadar harga yang murah. Antara barangan yang dijual di kedai BLESS termasuklah pakaian, aksesori, dan buku. Apa yang uniknya tentang kedai BLESS ni? Okay, ini yang menarik saya nak cerita ni. 50% daripada setiap hasil jualan di kedai BLESS akan disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti anak pelarian Myanmar, Pusat Pemulihan Dadah, Orang Asli, mangsa banjir dan seumpamanya. Contohnya korang beli RM20 dekat kedai BLESS. RM10 dari duit yang korang bayar tu akan disumbangkan. Kenapa tak sumbangkan 100%? Kedai BLESS ni beroperasi sebagai perusahaan social, makanya pihak BLESS masih perlu bayar kos operasi dan juga bayar gaji pekerja. 50% untuk kos operasi & gaji pekerja, 50% lagi akan disumbangkan.



Satu lagi perkara tentang kedai BLESS yang buat saya rasa impressed ialah, pihak BLESS membuka peluang pekerjaan kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal, orang asli, pelarian, dan juga bekas penagih. How nice is that? Jujurnya saya sangat suka dengan inisiatif sebegini. Mereka juga berhak diberi peluang untuk hidup seperti insan lain, membina kerjaya & menjana pendapatan. 



Dari mana datangnya barangan preloved yang dijual di kedai BLESS? Ianya adalah hasil sumbangan orang ramai. Dekat BLESS ni dorang memang encourage orang ramai untuk dermakan pakaian/barangan yang masih dalam keadaan elok. Tapi kadang-kadang ada jugak yang diterima dalam keadaan tak berapa okay. Yang condition tak berapa elok tu tak dibazirkan, tetap dimanfaatkan juga. Barangan yang condition teruk & tidak boleh dijual akan dihantar ke organisasi-organisasi tertentu.


Barangan yang dijual di kedai BLESS dijual dengan serendah RM3 dan ke atas. Condition? Elok sangatlah lagi, branded pulak tu. Saya sendiri dah tengok sewaktu berkunjung ke sana. Memang condition masih tersangat elok. Berbaloi sangat dengan harga. Kedainya taklah besar sangat, tapi barangan tersusun elok. Even buku & toys pun ada jugak tau dijual kat sana. Kasut & handbag pun ada. Tapi haritu saya just beli beberapa helai seluar. Condition tip top okay! Macam baru. 4 helai seluar preloved berjenama yang saya beli hanya berharga RM100 sahaja. Itu saya dah rasa cukup murah. Rupanya bila ke kaunter untuk buat pembayaran, eh kena bayar RM50 sahaja. Why? Sebab tengah ada promosi 50% discount! Hehe, I’m so happy!


Apa yang buat saya rasa lebih gembira ialah bila saya tahu RM25 dari jumlah yang saya bayar tu akan disumbangkan kepada pihak memerlukan. Membeli sambal menyumbang. Mungkin RM25 tu bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang. Tapi bagi sesetengah indvidu lain, jumlah sebegitu sangatlah memberi erti buat mereka. Korang kalau ada ternampak kedai BLESS ni kat Mid Valley or dekat outlet lain, try lah masuk cuci mata. Mana la tahu kot ada yang korang boleh beli kat situ.

Tuesday, February 23, 2021

Terjebak Dengan Kain Lap Kayangan, Norwex!

February 23, 2021 7
Terjebak Dengan Kain Lap Kayangan, Norwex!

Baca tajuk pun dah tahu nak cerita pasal apa kan? Hehe. Saja la nak cerita macam mana saya boleh terjebak dengan Norwex ni. Korang yang belum terjebak lagi jangan nak yakin sangat cakap korang takkan terjebak ye. Awal-awal tahu kewujudan kain Norwex ni, saya sendiri pun pernah cakap "Eh memang idok ler aku nak beli kain lap mahal-mahal macam tu". Iye, pernah terdetik macam tu padahal masa tu saya tahu sikit sangatlah pasal Norwex ni. Masa tu apa yang saya tahu pasal Norwex ni ialah jenama kain lap dapur, dan harganya mahal - cecah puluhan ringgit untuk sehelai. Dengar je terus terdetik amboi mahalnya, takmau la beli! Gituhhh. Itu dulu la, sebelum terjebak haha.



Sekitar awal Oktober tahun lepas, masa tu Norwex start duk lalu lalang kat social media saya. Mulanya saya tak ambik port pun sebab rasa macam "aku takkan beli kain lap mahal macam tu". Amboi sangat mind set masa tu. Confident je kan. Tapi dalam beberapa orang kenalan saya yang duk share pasal Norwex, saya tertarik dengan posting-posting kawan saya Wani. Wani ni selalu post pasal Norwex dekat instastory dia. Saya suka tengok instastory Wani sebab nak tengok anak dia si Sofia yang comel tu. Tapi eh dia duk selit-selit cerita pasal Norwex. Mungkin sebab hari-hari duk tengok dia post pasal Norwex, terbit rasa minat terhadap kain lap Norwex ni. Rasa macam eh nak kena try jugak ni. Memang betul ke bagus kain ni? Masa tu dah pikir dah nanti nak try beli satu. Tapi masa ni tak bagitau sesiapa lagi. Follow rapat je tiap kali si Wani post pasal Norwex. Duk tengok Wani post pasal betapa best jadi consultant Norwex (especially part yang banyak dapat gift tu haha), jadi berminat. Pastu macam best je nampak Wani duk post promote kain Norwex ni secara santai. Sambil-sambil lap dapur, dia post gambar/video tengah lap dapur. Alahai, macam best tau. So sampai la satu hari ni saya dengan confidentnya reply instastory Wani cakap nanti nak join jadi consultant Norwex.



Start dari situ, Wani brief saya serba-serbi pasal Norwex. Dah approach Wani, baru lah saya bagitau husband tentang niat saya ni. Agak-agak apa reaksi suami? HAHAHAH. "Serious nak habiskan 300 lebih untuk kain lap?". Masa tu rasa macam sedih sikit la sebab kita dah excited kan. Pastu saya explain la kat suami, 300 lebih yang bakal saya bayar untuk Upgraded Starter Kit tu, bukan saya dapat sehelai kain je tau. Saya akan dapat 9 helai kain pelbagai jenis. Kain-kain tu kalau beli satu persatu harganya jauh lagi mahal. But then husband saya tak setuju. Gigih saya nak convince husband saya, hari-hari saya cerita kat dia pasal Norwex. Walaupun dia tak setuju, saya boleh je join. Duit sendiri kot. Tapi tak syok la buat something tanpa support dari husband kan? Hasil hari-hari duk berzikir pasla Norwex, suami saya cakap "Sayang kalau nak join, join jela. Tapi jangan cerita kat orang lain kita beli kain sampai harga 300 lebih. Dan andaikata kain tu langsung tak best, abang pejamkan jela mata ni. Abang tak sebut dah". Ni kira dia bagi green light lah ni. Agaknya kesian tengok bini ni tak lena tidur pikir pasal Norwex hahah. Iye, tak tipu. Husband dah pejam mata nak tidur pun saya boleh pi cuit dia then tanya "Abang rasa okay ke kalau sayang join Norwex tu?". Kahkah.



Lepas suami dah bagi green light, saya proceed register jadi consultant Norwex under Wani. Tapi saya tak ambil pakej Upgraded Starter Kit. Saya ambil Basic Starter Kit je - bayar RM95 dan dapat 3 helai kain travel size. Why ambil Basic Starter Kit instead of Upgraded Starter Kit? Sebab masih terngiang-ngiang ayat suami "Serious nak habiskan 300 lebih untuk beli kain lap?". Ye, walaupun dia dah bagi green light tapi ayat dia tu masih melekat kat ingatan saya ni haha. But then lepas dah register, saya agak menyesal tak ambil Upgraded Starter Kit. Kalau ambil Upgraded Starter Kit, dapat 9 helai kain pelbagai jenis & saiz. Barulah syok nak test & buat demo. Ambil yang Basic Starter Kit, dapat 3 helai kain travel size je. Lagipun kalau ambil Upgraded Starter Kit, kita dapat free 100psv. Bila dah jadi consultant baru faham betapa 100psv tu sangatlah penting & membantu untuk kita rank up dengan lebih cepat.



Alhamdulillah, join Norwex ni best rupanya. Banyak sangat benefit boleh dapat. Dan alhamdulillah jugak saya digerakkan hati untuk join under team yang sama dengan Wani. Team ni kitorang panggil The Dust Fairies. Nak join Norwex ni, support group memainkan peranan penting jugak tau. Kalau join team yang sendu bab group support, nasiblah ye. Macam team kitorang, memang saling support each other. Zoom meeting selalu ada untuk kongsi ilmu, tips, and to make sure that we're still on track! Upline pun semua baik-baik belaka. Dalam team kitorang ni, no one is left behind. As long as ada keinginan to fly high with Norwex, memang team members akan guide dari A-Z. Sama-sama grow orang kata. Saya sendiri pun alhamdulillah berjaya rank up to TA rank dalam tempoh sebulan pertama. Satu benda saya agak terkejut bila dah join bisnes Norwex ni. Sebelum join saya betul-betul fikir yang duk buat Norwex sebagai bisnes part time ni mostly suri rumah sebab dorang tak terikat dengan jadual kerja dengan majikan lain. But surprisingly dalam team kitorang mostly adalah individu berkerjaya. Yes, dorang sangatlah berkerjaya - ada yang kerja engineer, doktor, cikgu, eh macam-macam lah. But still, dorang ada masa buat bisnes Norwex as part time bisnes. I'm so impressed! Lagi impressed bila tahu how much they earned from Norwex on monthly basis. Bukan kaling-kaling ye. Nama je part time, tapi income dorang ribu-riban. Siapa nak bagi side income ribu-riban sebulan weyyyy? Duit hasil side income ni la boleh guna untuk shopping ke, belanja family ke, simpan untuk bercuti ke..



Btw kan suami saya awalnya macam tak terpengaruh pun dengan Norwex ni. Now dengan dia sekali pun dah terjebak dengan produk Norwex okayyy! Haha lepas dah try sendiri produk Norwex, memang dengan dia sekali tersuka. Katanya patutlah mahal, memang elok sangat produknya. Okaylah korang, rasa macam panjang pulak celoteh kali ni. Nanti next time saya sambung lagi cerita pasal Norwex ni. I have a lot nak cerita pasal Norwex tau. Because I am so in love with their products! Tapi nantilah dari semasa ke semasa akan saya ceritakan. Korang kalau rasa nak buat bisnes Norwex ni, jangan segan silu roger saya ye. Boleh klik link ni untuk whatsapp saya --> https://wa.link/ptgqk1 


Kot kalau korang nak cuci mata tengok produk Norwex, boleh tengok katalog Norwex kat sini : KATALOG NORWEX.


Thank you korang! Stay safe, bye!

Wednesday, February 17, 2021

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

February 17, 2021 12
Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Baru-baru ini saya ada buat Lotus Biscoff Cheesecake. Alah, kek yang pernah viral tu. Saya baru terhegeh nak buat, haha. Almaklum, musim PKP ni teringin nak makan macam-macam tapi tak boleh nak ke mana sangat pun. So end up saya order Lotus Biscoff spread & biskut kat Shopee. Main order je, time ni tak study lagi cara-cara nak buat. Bila dah nak buat, baru google sana-sini cari resepi yang agak-agak simple. Lepas tu olah sendiri mengikut bahan yang ada. Saja la nak share resepi Lotus Biscoff Cheesecake ni kat sini, senang lain kali kalau nak buat lagi refer je kat sini.


BAHAN-BAHAN

  • Biskut Lotus Biscoff (sekitar 25 keping atau lebih)
  • 5-6 sudu unsalted butter
  • 500g cream cheese
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 400g Lotus Biscoff spread smooth
  • Secubit garam
  • 250ml dairy whipping cream


CARA-CARA

1. First kita nak buat base dia. Hancurkan 25 keping biskut Lotus Biscoff, jadikan serdak. Saya blend kering je. Asingkan beberapa sudu untuk ditabur sebagai hiasan nanti.

2. Panaskan 5-6 sudu unsalted butter.

3. Gaulkan serdak biskut tu tadi dengan unsalted butter sehingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan bagi mampat. Tak perlu tebal sangat, ini hanya untuk base sahaja. Dah siap, sejukkan masuk chiller. 

5. Pukul cream cheese sehingga ringan texturenya. Saya takde mixer, so saya guna hand blender je. Cream cheese ni elok keluarkan dari peti ais sejam awal.

6. Masukkan 250g Lotus Biscoff spread. Gaul sebati.

7. Masukkan 3 sudu gula aising dan secubit garam (selamba badak je guna gula halus yang mak mertua saya guna untuk buat donut. Boleh la kot, elok je sedap kejadiannya). Pukul sehingga sebati.



8. Didalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga agak pekat. Tak perlu lama sangat. Again, hand blender to the rescue. Whipping cream ni make sure simpan dalam peti ais. Time nak guna baru keluarkan.

9. Whipping cream yang dah mengembang & pekat tu, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sehingga sebati.

10. Dah boleh tuang ke dalam loyang. Simpan balik dalam chiller selama beberapa jam.

11. Cairkan baki Lotus Biscoff spread untuk dituang ke atas kek, sebagai topping. Pandai-pandai korang lah. Boleh panaskan dalam microwave or atas dapur. Tapi saya nak mudah, saya rendam je balang Lotus Biscoff spread tu dalam air panas, boleh cair jugak.

12. Bila dah settle topping tu, boleh tabur serdak biskut yang kita simpan tadi tu ke atas kek, bagi cantik sikit. Nak cantik lagi, boleh letak biskut atas kek tu.


Simpan dalam chiller, sedia dinikmati bila-bila masa. Actually mostly orang buat sebiji kek bulat terus. Tapi for me, saya malas nak fikir macam mana nak transfer kek tu dari loyang ke bekas lain tanpa kek tu jadi comot, macam mana nak potong kek tu tanpa buat dia jadi comot, etc. So saya buat dalam bekas kecik-kecik macam ni. Taklah kecik sangat, tapi okaylah sebiji sekali hadap. Nak makan pun senang, hehe. Tak payah nak potong bagai. Dapatlah dalam 13 biji kesemuanya. Rasa dia? For me sedap, macam yang dekat kedai. Husband pun approved, cakap sedap. Cuma tu la, kos nak buat kek ni mahal la. Bahan-bahan dia mahal. Kek kayangan betul!

Thursday, January 28, 2021

Working From Home With Little Yusuff

January 28, 2021 15
Working From Home With Little Yusuff

Assalamualaikum korang. Thank you for those yang masih sudi baca blog ni (itu pun kalau masih ada lah, haha). Lama betul rasanya tak update blog bercerita santai-santai. Bukan saja-saja tak nak update, tapi terlampau sibuk. Ye, tak tipu memang sibuk. Kalau ikutkan memang banyak sangat benda yang nak diceritakan kat blog ni. Tapi tu lah, masa mencemburui. Gittew!


Okay kali ni nak nak update sikit how’s my current life. Sejak bersalinkan Yusuff di musim pandemic ni, kitorang stuck dekat kampung. My nature of work does allow me to work from home. Kiranya jenis kerja yang duk kat mana-mana pun masih boleh buat kerja as long as I have laptop & internet connection. Dan sejak musim pandemic memang company tempat saya kerja galakkan staff bekerja dari rumah. At first suka dapat kerja dari rumah. But then bila dah merasa sendiri ni barulah tahu ya Allah tak mudah ye bekerja dari rumah, apatah lagi bila ada anak kecik ni. Hazabedahhh wak. Kerja pulak menimbun, meeting pagi petang. Rasa takde life. Lagi susah bila work from home ni, people expect you to work  anytime 24/7. In other words, buatlah kerja siang dan malam pun. Terkejar-kejar buat semua benda, sampai rasa terabai diri & anak (maafkan mama Yusuff, mama try my best untuk keluarga kecil kita).



Memang terkejar-kejar nak buat semua benda. Pastu sebab kitorang stuck dekat kampung, hidup nomad sikitlah. Kejap kat rumah mak, kejap kat rumah mertua. Mostly kat rumah mertua sebab line internet kat rumah mak teruk sikit. Time sekarang pulak memang crazily hectic dengan kerja ofis, so sangat memerlukan internet yang stable. Thank you mak ayah & mertua banyak tolong. Atas ihsan mak ayah & mertua, ada la tempat berteduh. Masa Yusuff umur sekitar 4 bulan haritu kitorang ada balik KL. Around sebulan macam tu. Then kitorang balik kampung semula. Time tu kononnya nak balik seminggu dua je. End up stuck lagi kat kampung sebab kes Covid-19 banyak kat area Pantai Dalam (rumah sewa kitorang). Tak berani ambil risiko balik ke sana sebab blok bersebelahan blok rumah kitorang pun ada kes positive Covid-19.  Dan sekarang pun bersambung PKP dekat most of the state. Maka kami masih dikampung.



Stress, sedih semua ada bila kena work from home bersama anak kecil ni. I’m not saying that saya tak bersyukur, no. Just a fact that this situation memang sangat stress. Too hectic! I don’t really get to have proper sleep. Waktu makan, waktu mandi memang tak teratur. I have proper meals at least thanks to my mom & MIL. Allah je mampu balas budi baik mereka. Kalau bukan atas ihsan dorang, I guess most of the time I will eat Maggi or order foodpanda jela. Mana sempat nak masak? Meeting pagi petang. Pastu duk terkejar-kejar buat tugasan yang pelbagai tu. Makanan Yusuff pun nasib baik kitorang beli slow cooker. That really helps. Bangun pagi masukkan bahan, then sampai waktu makan tinggal kena blend & suap aje. Nak menyusukan Yusuff dah satu hal, memang terkejar-kejar. Yusuff so far fully breastmilk, dia allergic formula milk. So yeah, mama kena kental. Kadang sambil meeting pun terkial-kial sambil menyusukan dia. Can you imagine? It’s not easy, at least not easy for first time mommy like me. What I can say is, this pandemic betul-betul buat hidup saya caca-marba. I am thankful at least I have a supportive husband yang bila kita menangis mengadu, he’s willing to lend his ears & try his best to comfort us. Pasal menyusu Yusuff tu, sebelum ni saya ada pam susu & buat stok. So bila saya busy ada meeting, orang lain boleh tolong bagi dia susu. But then as he grows, tak sempat dah nak buat stok susu. Dia kerap menyusu dan dalam kuantiti yang banyak. Sampai masa nak pump memang tak dapat hasil sangat. So memang now direct breastfeed je. In a way, direct breastfeed lagi cepat sebab tak payah nak defrost susu, tak payah nak panaskan susu etc. But mama kena kental sikit la.


Nak tak nak terpaksalah hadap kan? Semua orang pun affected by this pandemic. Masih punya kerja & punya gaji bulanan di musim pandemic ni pun dah kira syukur sangat because so many people out there lost their job. Some don’t even have proper meal huhu. Moga segeralah penyakit Covid-19 ni hilang dari bumi yang kita diami ni, moga keadaan semua orang bertambah baik. Kalau nak cakap pasal stress, saya teramat stress dengan kerja saya sekarang. Tapi nak buat macam mana kan? Pujuk lah diri, orang lain lagi teruk dugaan hidup. Apalah sangat dugaan kita ni nak banding dengan orang lain kan? Lastly, I really hope that this pandemic phase cepat-cepat berlalu. It’s a painful phase for everyone. Not easy. I am physically, emotionally & mentally tired trying to survive during this pandemic phase. Let’s hope that Allah permudahkan semuanya dan kita semua diberi kekuatan nak hadap segala kesukaran yang mendatang.


Wednesday, December 23, 2020

Year End Sale, Jom Beli Barangan Tempatan di PGMall

December 23, 2020 0
Year End Sale, Jom Beli Barangan Tempatan di PGMall

Sedar tak sedar, tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Macam tu je kan tahun 2020 berlalu, tak terasa pun. Banyak masa dihabiskan kat rumah dek kerana wabak yang melanda dunia ni. Takpelah, nak buat macam mana kan, ada la hikmah disebalik semua ni. Dah hujung tahun ni korang tak terjebak shopping macam-macam ke? Almaklum, hujung tahun kan biasa banyak promosi best! Ye, tahu korang takde masa nak pergi ke mall atau kedai sangat sebab berjaga-jaga risau tanpa sedar dijangkiti wabak. Baguslah kalau korang ambil langkah pencegahan macam tu. Macam saya sendiri pun banyak duduk rumah je. Tapi shopping hujung tahun tetap onz! Hahah. Tak boleh ke kedai takpe, kitab oleh order online je. Jangan tak tahu, online pun banyak sangat promosi best-best dihujung tahu ni. Lagi convenient tak payah keluar. Lagipun saya perasan kadang beli online memang boleh dapat harga jauh lagi murah dari kat kedai. Hidup norma baharu, gaya membeli pun dah baru. Kali ni saya nak kongsi beberapa kedai yang saya duk usha untuk shopping hujung tahun ni. Kedai-kedai yang saya nak kongsikan hari ni menggunakan platform PGMall.


Bagi yang tak tahu, PGMall ni merupakan salah satu platform e-commerce no. 1 di Malaysia, ditubuhkan sejak tahun 2017 dan ianya merupakan platform e-commerce tempatan. Iye, support local ye. Ada je platform e-commerce tempatan yang bagus macam PGMall ni. Salah satu cara kita menyokong bisnes-bisnes tempatan adalah dengan cara membuat pembelian melalui platform sebegini. Jom support local! #BarangBaikBarangKita . Kalau korang check dekat Iprice, PGMall ni tersenarai antara top 3 e-commerce site dalam Iprice insight report


Satu lagi perkara yang saya suka tentang PGMall ni adalah kaedah pembayaran dia. PGMall ni menyediakan kaedah pembayaran & pilihan payment gateway yang pelbagai. For me this is a plus point, sebab lain customer lain preference dia bab kaedah pembayaran ni. Ada yang suka bayar melalui FPX, ada yang suka bayar melalui e-wallet and so on.


Hujung tahun ni memang is the perfect timing la kalau nak shopping dekat PGMall ni. Why? Sebab PGMall tengah buat pelbagai promosi best sempena Year End Sales (bermula 1 -31 Disember 2020). Siapa tak suka Year End Sales? Hehe, ye kita semua suka! Antara promosi yang ada ialah baucer diskaun sehingga RM30. Apply promo code je terus boleh dapat diskaun, hehe. Best kan? Selain diskaun, boleh dapat FREE SHIPPING jugak dengan pembelian minimum RM30. Sooooo nice!




Okay, tadi saya cakap nak kongsi beberapa kedai yang menarik dekat PGMall ni kan? Jom kita tengok top 5 kedai yang saya duk usha sejak seminggu yang lepas, hehe. Tinggal nak check out & buat payment je ni haaa. Takkan nak terjebak sorang kot? So saya ajaklah korang sama! Hehe.



Sejujurnya pada saya, kedai Indah Illahi ni agak well known when it comes to home appliances. Korang agree tak? Bukan dekat PGMall je, dekat platform lain pun kedai Indah Illahi ni agak famous dalam kalangan customer yang nak beli barangan elektrik. Saya pun pernah  beberapa kali beli barangan elektrik dari kedai Indah Illahi ni. Alhamdulillah, jadi berkali-kali tu sebab kadar harganya yang murah, dan servis tip top dari pihak kedai Indah Illahi. Penghantaran laju, pembungkusan elok. Kalau tak okay, takdelah orang repeat beli lagi. Betul tak? Ini pun saya duk usha nak beli microwave oven, cuma jenama & model yang saya nak tu takde pulak dijual dikedai ni. Kalau ada memang saya proceed beli dari kedai Indah Illahi ni je, sebab dah tahu servis dorang bagus.


Kedai Urban Home - https://pgmall.my/Urban-Home 

Kedai Urban Home ni pun duk jual electrical appliances jugak. Belum pernah beli dari kedai urban Home ni, tapi bila tengok item-item yang dijual, rasa tertarik pulak. Lagipun microwave oven yang saya nak tu ada dijual di kedai ni, hehe. Initially nak yang warna hitam, tapi yang ada kat kedai ni cuma warna silver je. Silver pun bolehhhh lah. Pastu duk usha jugak chest freezer kat kedai Urban Home ni, macam not bad jugak harga, mieheheh. Not now, nanti-nantilah chest freezer tu. But memang masuk wishlist jugak tu.

Agak-agak yang mana satu microwave oven idaman hati saya ye? Hehe


Kedai Trend Valley - https://pgmall.my/TRENDYVALLEY
Dah jadi mak orang ni memang tak boleh nak avoid dari usha barang anak la kan? Haha entahlah, bukak platform apa pun, mesti tak lupa usha barang anak. Typical emak-emak. And I’m so into organic baby items memandangkan Yusuff ni jenis extra sensitive alah macam-macam. Baju dan barangan baby kat kedai ni not bad jugak lawa-lawa & harga pun affordable. Tengah fikir nak proceed check out ke tak. Hihi.


Kedai Sarima Official - https://pgmall.my/sarimaofficial

Asyik beli baju anak je lately ni kan? Mak pun nak melaram jugekkk! Sepasang kebaya serendah RM49, so why not kan? Murah teramat dah tu. Dah lama rasanya tak beli baju baru untuk diri sendiri. Ni masih duk usha beberapa pasang baju dekat kedai Sarima Official, cantik. Dah la cantik, murah pulak tu. Patut beli berapa pasang ye?



Kedai Khang Shen Herbs - https://pgmall.my/Khang-Shen-Herbss

Don’t ask me why suddenly I usha kedai jual ubat-ubatan herbal ni, haha. Umur dah makin meningkat, and sejak ada anak ni selalu rasa tahap kesihatan diri sendiri ni makin menurun. Mungkin tak cukup rehat duk uruskan anak, rumahtangga & kerja at the same time..so tak betul-betul sempat nak jaga diri sendiri. For me, I personally believe that ubatan herbal memang sangat membantu untuk tingkatkan tenaga & improve tahap kesihatan diri. I really need this. But masih dilemma tak tahu which one should I start with. Korang boleh suggest tak?

Korang tak tergoda nak cuci mata dekat PGMall ni ke? Jomlah korang, support local with #BarangBaikBarangkita di PGMall. Kalau korang first time nak beli dari PGMall ni pun don’t worry, platform ni senang nak guna & senang nak navigate. 

So korang tunggu apa lagi? Jom shopping SEKARANG!!! KLIK >>> https://pgmall.my/home


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dibawah :

Thursday, October 8, 2020

Lebih Jimat Beli di PGMall, Promosi 10.10 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia

October 08, 2020 6
Lebih Jimat Beli di PGMall, Promosi 10.10 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia

Sejak dunia dilanda pandemic Covid-19 ni, gaya hidup kita nak tak nak memang berubah. Banyak yang berubah, hidup dengan norma baharu. Kebanyakan masa memang habiskan kat rumah. Kalau takde hal penting memang tak keluar. Lagi pulak bila dah ada anak kecil ni, memang risau nak keluar ke sana sini. Saya pilih untuk stay indoor most of the time untuk lindungi diri dan kesayangan. Segala urusan selagi boleh diuruskan secara atas talian, memang saya uruskan atas talian termasuklah shopping. RIndu nak jejak kaki ke mall sebenarnya, tapi kena tahankan diri dulu. Shopping online pun okay jugak sebenarnya, in fact bila shopping online kita boleh berjimat sebab zaman sekarang ni bila shopping online banyak diskaun! That’s why even sebelum musim pandemic ni pun saya memang salah seorang online shopper. Bak kata husband saya, asyik-asyik parcel saya je yang sampai. Courier guy pun dah hafal jalan ke rumah kitorang, hihi.

Sejak musim pandemic ni, shopping online dah jadi macam hobi & rutin pulak bagi saya. Mana tidaknya, semua benda pun saya beli online. Makin banyak pulak platform shopping online yang saya dah mula explore & mula expert, hihi. RIP bank account! Salah satu platform yang saya mula berjinak-jinak guna sejak musim pandemic ni adalah PGMall. Sebenarnya nama PGMall ni tak asing pun bagi saya, dah agak lama saya tahu kewujudannya cuma saya agak lambat terjebak dengan PGMall ni. Sejak tahun 2017 lagi PGMall ni mula famous. It’sokay, better late than never. Not bad tau PGMall ni, rupanya ada banyak pilihan barangan dengan kadar harga yang bagi saya sangatlah menarik.

Kalau korang semak dekat iPrice (https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/) pun, PGMall terletak di kedudukan 3 teratas. Apa maksudnya tu? Maksudnya orang Malaysia memang ramai yang duk guna PGMall untuk shopping, sememangnya telah agak lama mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Dihati saya je lambat sikit dapat tempat hehe. Paling saya suka adalah PGMall ni ada option kaedah pembayaran yang banyak, macam-macam jenis eWallet & payment gateway dia terima. 


Proudly Local

Sejak bulan Julai haritu lagi sampailah Disember 2020 ni, PGMall ada buat kempen Proudly Local, bertujuan menggalakkan orang kita beli barangan tempatan terutamanya barangan keperluan rumah. Siapa lagi nak support barangan local kalau bukan kita kan? #BarangBaikBarangKita . Untuk kempen ni, PGMall ada sediakan kod baucer KBBM20 (RM20 OFF ,Min Spend RM50) dan KBBM30 (RM30 OFF , Min Spend RM100). Boleh jimat banyak sangatlah ni. Boleh refer SINI (https://pgmall.my/proudly-local-campaign ) untuk kempen Proudly Local.


Setakat ni saya duk shopping barangan rumah & keperluan anak dekat PGMall ni. Itu antara barangan yang bagi saya sangat berbaloi beli dekat PGMall, terutamanya barangan elektronik untuk rumah & dapur. Tapi kebelakangan ni sejak musim Covid-19, saya perasan trend beli emas online makin menjadi-jadi. So saja lah usha dekat PGMall ni ada jual emas ke? Ada uols! Memang ada, dan tawarannya pun memang tempting! Meh nak bagi mata uols terbeliak sikit hihi (tapi husband uols pun terbeliak jugak, sekali dengan dompet diorang pun terbeliak sama).


Aurora Italia 10.10 Sale

Special hanya pada 10 Oktober 2020 ni, korang boleh dapatkan Swarovski, barang kemas dan gold bar dengan promosi Fantastic Sales (potongan RM110 tanpa jumlah minima pembelian)! Beli sikit pun memang boleh grab promo ni. Best betul! Now korang dah boleh usha sesiap nak beli yang mana, 10 Oktober nanti tinggal check out dan bayar je. Selagi boleh dapat diskaun, kita usahakan dapat diskaun, tak gitu? RM110 diskaun tu banyak kot, bukan sikit. Untuk promo ni, boleh refer https://pgmall.my/Aurora-Italia-1 .

Yang murah-murah pun banyak je lawa-lawa weyh. Saya duk berkenan dekat earring Mickey Mouse tu, simple but nice. Charms Marvel pun ada okay!


PG Jewel

Kalau rasa takleh nak tunggu 10 Oktober, bermula 9 Oktober korang dah boleh check out barangan dekat store PG Jewel dengan promo Super Sales yang diadakan 9-11 Oktober 2020. Yang ni harga memang harga direct dari kilang. Kos upah serendah RM10, tak ke gila tu? Dah la boleh dapat FREE SHIPPING, lepastu 100 orang pelanggan terawal akan dapat mystery gift! Dah Namanya kedai emas, kot-kot free giftnya pun barang kemas, who knows kannn. Dah cepat, pi usha lekas - https://pgmall.my/PG-Jewel .



PG Gold Museum

Dekat kedai PG Sales Museum ni pun ada special offer dari 9-11 Oktober 2020. Kat kedai ni saya perasan dia punya design gold bar & gold coin lawa-lawa. Saya tahu kat luar sana memang ramai yang suka buat koleksi gold bar & gold coin. Time sale macam ni la boleh jimat banyak kan. Boleh tengok design yang ada, mana tahu ada yang berkenan di hati - https://pgmall.my/Gold-Museum .


K lah korang, saya nak sambung usha barang apa lagi nak beli dekat PGMall ni. Bak kata suami saya “Entah bila la duk beli barang ye, tahu-tahu je ada orang datang nak hantar barang!”. It’sokay abang, isteri abang ni beli barang-barang keperluan yang berbaloi dibeli. Jauh lagi jimat bila beli secara online ni berbanding beli offline. Beli online, macam-macam diskaun ada. Abang pun tak payah la susah payah queue dekat kedai untuk bayar, hehe. Meh la uols, kita shopping together kat https://pgmall.my/home !

So korang tunggu apa lagi? Jom shopping SEKARANG!!! KLIK >>> https://pgmall.my/home

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dibawah :

Saturday, July 11, 2020

JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe

July 11, 2020 17
JJCM Kelantan - Sepoi Sepoi Cafe

Assalamualaikum korang! Okay, kali ni nak kongsi tentang satu tempat makan best dekat Bachok, Kelantan. Sebenarnya ini kali pertama saya makan kat luar dengan suami sejak lepas lahirkan Yusuff. Almaklum, bersalin musim PKP, habis pantang pun masih jugak tak setel PKP. So memang duk kat rumah je, ulang alik dari rumah mak dan rumah mertua jela. Umur Yusuff dah 2 bulan lebih baru berkesempatan makan kat luar dengan suami. Itu pun niat asal bukan nak keluar makan pun. Just nak jalan-jalan ambil angin pantai gitu. Kebetulan pulak jumpa kedai tepi pantai ni, so we give it a try.

Konon nak bawak Yusuff jalan-jalan. Tapi Yusuff dari rumah lagi tidur, dah balik ke rumah semula baru bangun haha


Nama kedai ni Sepoi Sepoi Café dan lokasinya memang betul-betul kat tepi pantai. Kira sesuai sangatlah untuk chill lepak petang- petang sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu. Kedai ni kalau tengok dari luar memang tak fancy sangat pun, nampak macam kedai kampung biasa je. Ruangan dapur dibuat dari kontena. Meja dan kerusi pun biasa-biasa sahaja. Tapi menu yang disediakan lebih kepada menu western, dan harganya memang sangat berpatutan. Personally saya rasa harganya murah. Mungkin sebab terbiasa kalau kat KL menu-menu macam ni harganya mahal.

Spaghetti Tempura Buttercream (RM8.90)

Saya order Spaghetti Tempura Buttercream. My first impression bila tengok spaghetti tu, rasa macam tengah makan kat kedai hipster pulak. Sebab dia guna pinggan yang cantik dan presentation spaghetti tu memang menarik. Terus tanya husband “Abang, berapa harga spaghetti dia tulis kat menu tadi?”. This spaghetti cost me less than RM10, and it taste good! Dari segi portion okay, standard portion. Dari segi rasa, bagi saya sedap, memang kena dengan tekak.

Nice plating

Suami order Mee Ombak. Mee Ombak ni kira macam salah satu menu special kat situ la. And yes, sedapp! Next time kalau ke sana lagi saya memang nak order mee ombak ni. Basically mi ombak ni kuah dia ala-ala mi hailam kot kalau tak silap. Tak sama, tapi texture lebih kurang. Mi pulak dia balut dengan telur.

Mi Ombak (RM7)

Close up sikit

As for drinks, saya order Milo Tabur, dan suami order Nescafe. Tak pasti harga berapa. Milo tabur dia memang tak kedekut milo lah. Oh hampir lupa, kat situ ada jual beberapa jenis kek jugak. Saya order Kek Pandan Cheese Leleh. Awalnya saya fikir kek ni jenis yang dijual satu slice macam kek Secret Recipe tu. Rupanya tak, dia jual sebiji tapi tak besar sangat pun. Boleh la 3-4 orang makan sekali hadap. Harga dalam RM13 sebiji. I feel so jakun sebab tak pernah makan kek style cheese leleh macam ni, haha. Rasa dia not bad, sedap. Boleh repeat lagi next time.

Pandan cheese leleh

Husband sempat sembang-sembang dengan orang café tu. Katanya kedai ni dah beroperasi lebih kurang 2 tahun. Yang syoknya kat situ sebab suasana tepi pantai (Pantai Sri Telong if I’m not mistaken) yang tenang. Pantai ni tak crowded macam Pantai Irama Bachok dan pantai-pantai lain. Kira kalau nak santai-santai tu memang nice la. Kalau nak ke café ni, just waze je Sepoi Sepoi Café.

Ni haa kedainya

Repeat lagi tak next time? Yes, akan repeat lagi.

Friday, June 19, 2020

Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama

June 19, 2020 21
Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama
Terasa nak kongsi pengalaman dan detik-detik bersalinkan anak sulung saya, Yusuff Althaf kat sini. Buat kenangan. Nanti boleh baca balik lain kali.

Due date saya sepatutnya 24 April 2020. Tapi disebabkan saya ada GDM, so tak boleh postdate. Doktor suruh pergi serah diri 23 April kalau baby belum nak keluar lagi. Tak nak kena induce punya pasal, hari-hari saya duk pujuk baby suruh keluar awal. Sepanjang minggu-minggu terakhir tu memang takde tanda-tanda nak bersalin sangat pun. False contraction pun berapa kali je. Tapi dah dekat nak bersalin tu la makin menjadi-jadi craving ABC la, craving air milo kotak la. Nasib baik ada kedai yang jual ABC take away walaupun tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

19 April sekitar jam 4 pagi tersedar sebab duk rasa sakit. Sakitnya tak teruk sangat, kiranya masih boleh bertenang lagi la. Cuma kekerapan sakit tu dalam 5 minit sekali. So saya kejut suami. Dua-dua blur, dah nak bersalin ke? Takde air ketuban atau darah pun yang keluar. Hanya sakit semata. Dah try pergi toilet kot la itu sakit nak buang air besar aje ke. Tapi tak hilang jugak sakitnya. End up saya kejut kakak & mak tanya, sakit macam ni dah nak bersalin ke? Dorang suruh terus ke hospital. Lepastu tukar baju then kejut adik minta tolong drive kan ke hospital. Kot la kalau pergi berdua dengan husband je, kang husband terlebih panik susah jugak. Almaklum pengalaman pertama.

Sepanjang nak ke hospital tu ada 1 roadblock. Husband just bagitahu isteri nak bersalin, then polis tu tak banyak tanya dah. Husband ada bawak air mineral dan biskut konon nak suruh makan dulu alas perut. Tapi dah sakitnya makin menjadi-jadi, memang tak ingat nak makan dah masa tu.

Sampai hospital sekitar jam 5 pagi. Husband hantar ke area labour room then dia pergi setelkan urusan pendaftaran dan lain-lain. Adik pergi cari parking. Nurse dan doktor yang incharge check bukaan, rupanya dah 4cm-5cm masa tu. Tapi waktu tu ada satu masalah lain. Bila nurse check tekanan darah/blood pressure (BP), bacaannya tinggi. Nurse tanya, awak memang ada darah tinggi ke? As far as i know takde. Sepanjang duk pergi check up kat klinik selama ni pun okay je bacaan tekanan darah saya. Berkali-kali nurse dan doktor check BP, masih jugak tinggi. So dorang decide kalau bacaan tak turun jugak dorang akan bagi ubat (lupa nama ubat tu apa). And yes memang sampai masa nak bersalin pun tak turun lagi bacaan. Sepanjang duk tunggu bukaan tu, sakit memang makin menggila. Dari semasa ke semasa they all check bukaan. Nurse dah pesan, jangan teran lagi selagi bukaan belum 9/10cm. Sakit punya pasal memang nurse belum suruh teran pun saya dah teran. Masa tu memang tak ingat apa dah. Yang saya tahu, saya nak baby cepat keluar. Dahaga tu tak payah cakap la kan. Berkali-kali saya minta air, sebab dahaga teramat. Akhirnya sorang doktor ni bagi jugak minum air. Bila saya keep on mengadu sakit sangat, ada sorang doktor pelatih lelaki ni offer untuk sedut gas. Saya setuju je sebab tengah sakit kan. Dia cakap kejap saya pergi ambil ye. Tapi eh kejap tu dia datang balik. "Sorry puan, gas habis la".

Dia punya sakit nak beranak tu, berkali-kali la saya panggil nurse & doktor yang lalu lalang, saya cakap dah nak bersalin. Sakit sangat ni. Bila dorang check bukaan, "eh belum lagi ni. Tunggu kejap je lagi". Bila bukaan dah 9cm, baru ramai-ramai doktor dan nurse masuk untuk standby. Macam-macam kata semangat la dorang bagi, tapi masa tu condition saya dah macam tak keruan sangat dah, jadi macam mamai-mamai. Ditambah dengan kurangnya tenaga, so nak pegang kuat-kuat kat pergelangan kaki sendiri pun tak larat. Bergegar-gegar katil duk tahan sakit. Disebabkan pegangan tangan saya dekat pergelangan kaki asyik terlepas, they all pasang besi dekat katil tu untuk letak kaki saya. Sakit dan tak larat punya pasal, dalam mamai tu saya siap request "Takde cara lain ke nak keluarkan baby ni doktor? Operate jela doktor, sakit ni". Pastu salah sorang doktor lelaki ni tegur "Eh awak jangan mintak macam tu. Awak ingat senang ke bersalin operate? Bila operate ni tak mudah ye, ia datang bersama pelbagai risiko dan komplikasi. Puan boleh bersalin normal ni. Puan kena yakin, kami ada untuk tolong". Memang ramai doktor dan nurse masa tu. Semuanya nak bantu saya untuk proses lahirkan anak saya tu. 2 orang nurse tolong tekan perut saya nak bagi baby keluar. Dorang mintak saya teran tapi nafas saya pendek. Rasa teran dah kuat, tak keluar jugak baby tu. Tapi bila datang rasa sakit nak meneran tu memang saya teran jugak semampu saya. Doktor duk bagi semangat suruh teran lagi sebab katanya jantung baby masih kuat, dan kepala baby dah mula nampak. Tinggal saya nak kena teran bagi baby keluar.

Dalam duk meneran tu, sampai satu tahap saya rasa macam tak sedarkan diri sekejap. Kejap je, rasa macam tak dengar apa-apa, semua samar-samar tapi boleh rasa suasana dalam bilik tu sedikit kalut, ada ramai orang. Saya pejam mata. Sedar bila rasa hangat tubuh baby diletakkan atas perut saya. Dengar doktor minta peralatan untuk potong tali pusat baby. Masa tu saya tahu baby saya dah selamat keluar dah pun. Alhamdulillah, baby lahir jam 9.25 pagi. Penat, saya pejam je mata. Sakit dah berkurang sebab baby dah keluar. Masa tu dah tak ramai staf hospital dalam tu. Ada sorang nurse dan 2 orang doktor je. Boleh rasa doktor duk seluk dengan tangan. Saya tanya, doktor tengah buat apa tu? Doktor cakap dia tengah usaha untuk keluarkan uri, sebab uri saya macam susah sikit nak keluar. Selain diseluk, boleh rasa doktor tekan-tekan perut saya untuk keluarkan darah dan apa yang patut. Lama lagi ke doktor? Katanya lepas keluarkan uri, dia akan bersihkan darah then jahit luka. Baby saya macam mana doktor? Baby sihat, tapi akan ditahan untuk pemantauan dulu sebab kita guna vacuum tadi untuk keluarkan baby. Walaupun doktor dah bius, tapi memang rasa sakit umpama dijahit hidup-hidup ye. Saya sembang jugak la dengan doktor dengan harapan rasa sakit tu tak terasa sangat bila saya tak fokuskan pada kesakitan.

Lepas dah setel jahit luka, saya ditolak ke satu bilik lain untuk pemantauan. Diorang nak pantau bacaan darah saya dan lain-lain hal sebelum dimasukkan ke wad. Lama jugak la saya kat bilik tu sebab setiap kali nurse datang untuk check tekanan darah, bacaannya masih tinggi. Saya berhubung dengan suami hanya melalui whatsapp. Bagitahu dah selamat bersalin apa semua. Suami memang ada je kat kawasan hospital tu duk menunggu walaupun tak boleh teman isteri kat dalam. Nasiblah bersalin musim Covid-19 ni. Lepas bersalin memang rasa lemah sangat. Dah la masih ada rasa sakit walaupun tak seteruk sakit contraction sebelum bersalin. Nak ke toilet untuk tukar pad pun nurse yang tolong tolak guna wheelchair. Berkali-kali saya ke toilet untuk tukar pad sebab darah banyak sangat. Sampai naik pelik nurse yang bertugas. Kerapnya awak tukar pad? Saya senyum jela. Darah memang banyak, sampai melimpah merata-rata kat cadar. Berkali-kali jugak nurse tukar cadar.

Saya ni takde pengalaman bersalin. Ini pengalaman pertama. Jadinya saya memang tak tahu seberapa banyak darah akan keluar lepas bersalin. Macam mana rasanya lepas bersalin? So saya fikir rasa sakit yang saya hadap tu, dan kuantiti darah yang banyak tu adalah perkara normal yang dilalui oleh setiap wanita lepas bersalin. Serious saya ingat itu normal. Duk mengadu jela kat suami melalui whatsapp. Sampai la nurse yang incharge petang tu tolong tolak saya ke tandas untuk tukar pad. Dia tegur katanya muka saya pucat sangat ni. Lepas dah tukar pad, dia baringkan saya kat katil. Dia minta untuk check jahitan luka saya. Bila dia tarik pad yang saya pakai, darah memang banyak. Time tu muka dia dah lain sikit "Eh tak normal ni. Kejap ye saya panggil doktor". Sorang doktor perempuan datang, seluk dan tarik keluar ketulan darah beku. Memang banyak, penuh satu plastik. Tiap kali dia tarik keluar darah beku, memang rasa hangat je darah tu lalu keluar. Kebetulan ada beberapa orang doktor lelaki buat rondaan. Dorang duk discuss sesama dorang pasal darah beku tu. Salah sorang doktor lelaki tanya, tadi doktor mana yang jahit luka awak ye? Memang saya tak ingat la kan doktor yang jahit luka tu nama apa. Bila dikelilingi ramai doktor dan dari perbualan dorang tu kita tahu ada something wrong, memang rasa nak menangis. Cuak semua ada. Dari perbualan dorang katanya ada komplikasi yang dipanggil hematoma. Lebih kurang macam tumpah darah la kot. Doktor cakap suruh get ready untuk ke bilik bedah. Kena buka balik jahitan untuk keluarkan darah beku & fix apa yang patut. Tuhan je tahu perasaan saya masa tu. Sungguh, dengan keadaan lemah macam tu nak kena lalui proses buka balik jahitan bersihkan semua, memang saya dah fikir macam-macam. Ajal aku dah tak lama ke? Kalau ada silap sikit masa dorang buat tu nanti, what will happen to me? Memang susah nak kekal positif, suami pun tak disisi. Sempat saya tanya nurse, nanti doktor buat semua tu dia bius tak? Nurse cakap memang doktor akan bius.


Bermulalah dari situ saya ditolak ke pelbagai jenis bilik untuk persediaan sebelum masuk bilik bedah. Yela, dorang nak scan tengok lepas tu entah apa lagi entah. Saya bagitau suami melalui whatsapp je. Masa ni rasa sedih, takut semua ada. Rasa rindu nak suami peluk tenangkan kita. Tapi melalui whatsapp jela boleh. Malam sekitar jam 9 lebih saya ditolak ke bilik bedah. Masa ni phone memang dah serah kat nurse untuk disimpan. Sayunya hati rasa masa tu. Sebelum pergi tak habis-habis whatsapp suami mintak maaf, mintak dia doakan.

Sampai bilik bedah, ada sorang doktor brief saya tentang prosedur yang dorang akan buat. Lepastu saya turunkan tandatangan untuk kebenaran. Awalnya dorang nak bius saya separuh badan dari pinggang ke bawah. Kira dalam separuh sedar la kot. Tapi end up dorang decide untuk tidurkan saya terus sebab katanya condition saya berisiko tinggi kalau bius separuh badan. Berkemungkinan boleh lumpuh lepas tu. Dorang bagi gas untuk saya sedut. Lepas 2 atau 3 kali sedutan, memang saya tak sedar pape dah. Saya hanya sedar bila sayup-sayup dengar suara diorang kejut saya "Puan, bangun puan. Tahniah puan, dah selamat semuanya". Dalam keadaan masih mamai, saya ditolak keluar dari bilik bedah. Masa tu baru terpandang muka resah gelisah suami yang duk menunggu kat luar. Rasa sebak, sedih sayu semua ada bila nampak suami. Sempat la jumpa kejap sebelum nurse tolak saya masuk ke bilik pemantauan tadi. Ayat pertama yang saya cakap kat suami adalah "Abang, nak air", tapi tak kedengaran sangat sebab tekak saya terasa perit sangat. Suami pandang nurse, nurse cakap "Belum boleh minum air lagi. Lepas beberapa jam baru boleh minum". Dah sampai ke bilik, saya tengok jam di dinding rupanya dah pukul 3 lebih. Punyalah lama saya kat bilik bedah. Apalah perasaan suami saya sepanjang menunggu tu agaknya.

Saya tidur sampai la sekitar jam 6 pagi nurse datang kejut sambil bagi air milo dan roti. Katanya dah boleh minum. Saya masih dipantau di situ, sampailah malamnya baru dimasukkan ke wad. Disebabkan komplikasi tu, dalam 5 hari jugak la saya kat hospital. Terlalu banyak darah yang hilang, so 3 pek darah ditransfuse. Sepanjang 5 hari tu memang nightmare la. Kedua-dua lengan saya sampai bengkak-bengkak dan sakit-sakit dek kerana terlalu kerap dicucuk untuk ambil darah, drip air, ubat dan transfuse darah. Hari ketiga baru saya dapat jumpa suami ketika waktu melawat. Dan haritu jugaklah baru saya larat jenguk anak kat NICU. Hari ketiga baru dapat tatap wajah anak sendiri. Itu pun ditolak oleh suami guna wheelchair. Tapi masa tu baby tengah tidur. Malamnya nurse dari NICU datang hantar baby ke katil saya. Katanya baby dah discharge, so baby boleh duk sekali dengan ibu dalam wad.

Sebaik sahaja baby dihantar ke wad untuk bersama saya

Baby ada jaundice, tapi tak teruk sangat

Pengalaman melahirkan anak sulung ni memang akan ingat sampai bila-bila. Bukan mudah rupanya nak lahirkan anak. Seolah-olah pergi berperang tapi belum tentu pulang dalam keadaan masih bernyawa. Isk, macam mana la mak hadap 9 kali beranak. Nasib saya bersalin ketika musim wabak Covid-19, so suami tak boleh teman. Yang tu saya memang awal-awal lagi dah redha dah suami tak boleh teman. Cuma bila proses bersalin tak selancar yang kita fikir, dan ada pulak komplikasi selepas bersalin. Memang masa tu rasa perlukan suami disisi. Alhamdulillah walaupun suami tak berpeluang teman dalam labour room, tapi suami banyak bagi support lepas bersalin. Sekarang bila pandang muka anak waktu dia tengah tidur, rasa berbaloi segala kesakitan tu. Tapi kalau nak suruh beranak lagi sekali, hmmm pikir banyak kali jugak tu bhahahah. Tunggulah Yusuff dah besar nanti. Lagi 3 atau 4 tahun ke. Bagi Yusuff besar dulu. Saya sendiri pun perlukan ruang dan masa agar lebih bersedia lepas ni.



By the way lepas dah discharge hari tu, ada tanya suami apa dia rasa masa duk tunggu saya kat hospital. Katanya macam-macam dia fikir, risau tu memang ada. Lagi pulak bila tahu ada komplikasi. Dah la nurse tak update pape pun. Dia tak tahu pun samada saya dah ditolak ke bilik bedah atau belum. Dia duk tunggu je kat luar area labour room. Bila dah lama sangat, dia tanya nurse. Nurse cakap dah kat bilik bedah. Barulah dia ke bilik bedah, tunggu kat luar sorang-sorang. Risau, takut semua ada katanya. Macam-macam kat fikiran masa tu.


Time ni dah balik ke rumah

Alhamdulillah semuanya selamat. Saya pun dah makin sihat, baby pun alhamdulillah sihat. Yusuff dilahirkan dengan berat 3.37kg , agak besar ye. Terima kasih untuk semua staff HUSM atas layanan sepanjang saya kat hospital. Terima kasih untuk nurse & doktor KKIA Taman Pantai Indah, Klinik Myfamily by Mysonoworld Ampang, Klinik Desa Telaga Ara, dan Klinik Kesihatan Gunong.

Saturday, March 14, 2020

The 3rd Place Cafe, Kota Damansara

March 14, 2020 0
The 3rd Place Cafe, Kota Damansara
Assalamualaikum dan hai korang! Baru-baru ni saya berkesempatan turut serta dalam sesi food review di The 3rd Place Café yang bertempat di Kota Damansara. Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke café ni. Awalnya saya fikir waze bawa saya ke tempat yang salah, sebab lokasinya kelihatan seperti di Kawasan kilang. Sebelum sampai ke café tu pun memang ada Kawasan jalan yang tengah buat construction, so lagi la saya fikir waze salah tunjuk. Tapi bila dah nampak pintu café baru yakin sikit.


Sebelum saya cerita lebih detail tentang menu-menu kat The 3rd Place Café, saya terlebih dahulu nak sentuh sedikit tentang suasana dan dekorasi dalam café. Ruangan kat The 3rd Place Café ni dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berlainan. Ada yang totally indoor, dan kalau nak fefeeling kat bahagian luar pun boleh. Suasana dan dekorasi café bagi saya memang selesa dan konsep café lebih kepada western dining yang kalau korang nak lepak-lepak chill dengan member sesuai sangatlah. Ruangannya pun cantik dan instagrammable.


Now saya nak sentuh pula bab menu. Okay, sebenarnya kalau nak cerita tentang menu kat The 3rd Place Café ni, banyak sangat menu yang ada. Tapi takdelah saya nak review kesemua menu yang ada kan. Yela, tak semua menu saya cuba pada hari berkenaan. So menu yang saya dah cuba je saya akan ulas.

Menu Sarapan Pagi 

Kalau ikut taste saya, bila nak sarapan pagi memang saya prefer menu yang portion besar dan mengenyangkan macam The Big English Breakfast ni. Dalam satu hidangan boleh rasa macam-macam perkara, kenyang pun kenyang untuk teruskan aktiviti pada hari berkenaan. For those yang suka makan salmon, maybe korang boleh cuba menu Salmon & Avocado untuk sarapan korang. Disebabkan saya bukan penggemar ikan salmon, makanya saya lebih memilih The Big English Breakfast.

The Big English Breakfast RM20

Salmon & Avocado


Pasta

Sebagai seorang penggemar pasta, setiap kali ke restoren/café yang menyediakan hidangan pasta, memang saya akan teruja nak cuba pelbagai jenis pasta yang ada. Dekat The 3rd Place Café ni saya berkesempatan merasa Seafood Aglio Olio dan Pasta Arabiatta. Kedua-duanya sedap, tapi hati saya lebih terpikat dekat Seafood Aglio Olio. Sedap! Terbayang-bayang ni kesedapan Seafood Aglio Olio kat The 3rd Place Café. Mungkin next time boleh repeat kot?

Seafood Aglio Olio RM24

Pasta Arabiatta RM18


Hidangan Utama Barat

French Confit Chicken tu not bad tau rasa dia. Bagi saya, hidangannya nampak simple dan tak fancy sangat, tapi at the same time rasa dia tu sedap. Crispy Spring Chicken pulak kalau makan panas-panas memang sedap, tapi kalau dah sejuk agak kurang sedikit. So korang tak payah nak beriya tangkap gambar sangat sampai makanan pun dah sejuk ye, hehe.

French Confit Chicken RM23

Crispy Spring Chicken with Mushroom Sauce RM21

Oh ye, Pan Seared Seabass with Sweet Potato Puree ni serious nampak sedap dan menggoda. Tapi lupa nak cuba, huarghhhh. Dah balik rumah belek-belek balik gambar baru rasa macam “Eh kenapa macam lupa nak cuba yang ni tadi?”.

Pan Seared Seabass With Sweet Potato Puree RM26


Hidangan Malaysia

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken – Yang ni sekali pandang memang nampak menyelerakan. Paling menyelerakan dia punya telur rebus tu, telur kuning dia menggoda betul. Siap dengan rendang ayam lagi tu. Portion dia agak besar bagi saya, so kalau dapat habiskan satu hidangan ni pun dah kenyang tersadai kot.

Signature Nasi Lemak Rendang Chicken RM17

Honestly I am not really a fan of wonton noodles. Dari dulu sampai sekarang memang tekak kurang menggemari mi wantan. But for this Signature Fried Wonton Noodles, I give it a try lah. Saya cuba jugak sikit. Boleh la, not bad bagi orang yang kurang gemar mi wantan macam saya ni.

Signature Fried Wonton Noodles RM16


Sandwich

How I wish the café nearby my office got this kind of menu. Signature Club Deckers ni sedap kot. Sometimes kalau tengah sibuk buat kerja kat ofis tu dan tiba-tiba terasa lapar tapi taknak makan yang heavy sangat, menu macam ni la yang saya mahukan. Tapi tu lahhh, The 3rd Place Café ni jauh dari ofis saya.

Signature Club Deckers RM15


Japanese Dishes

They have a few types of ramen. But I don’t get to try any of it because masa tu perut dah kenyang sangat. Mungkin next time kalau saya ke café ni lagi, saya akan cuba. Tapi, dia punya gyoza sedap weyh. Ada dua jenis iaitu Chicken Gyoza dan Kimchi Gyoza. Dua-dua sedap.

Gyoza


Pencuci Mulut

I can’t say no to desserts. So I tried both Chocolate Churros and Banana Fritters. I loveee their Banana Fritters. Pisang dan coklat yang dibalut dengan kulit popia, lepastu digoreng. Bila kita gigit tu, terasa manis pisang dan coklat yang meleleh keluar dari kulit popia. As for the Chocolate Churros, pun sedap. Tapi yang ni seeloknya makan waktu panas laaagi sedap.

Banana Fritters RM12

Chocolate Churros


Minuman
Kat café ni ada sediakan minuman panas berkafein jugak. Semua nampak sedap, tapi disebabkan saya tengah pregnant dan tengah kurangkan pengambilan kafein, so I go for their cold pressed juice instead. Juice yang dah dibotolkan sesiap, sedap! Ada 5 jenis dan perisa berlainan.

Cold Pressed Juice RM12/each

Oh hampir lupa tentang Mushroom Cappuccino Soup ni. Serious yang ni sedap, kalau korang ke café ni korang patut cuba. Mushroom soup dia sedap! RM10 je.

Okay that’s all about some of the menus that I managed to try dekat The 3rd Place Café. Overall not bad lah café ni. For me harganya pun tak lah mencekik, masih reasonable. Kalau lokasinya lebih dekat dengan Kawasan rumah saya, rasanya saya akan kerap ke sini. Tapi sebab lokasinya dekat Kota Damansara, so yeah sekali sekala boleh la singgah.


The 3rd Place Cafe
(Signature Kitchen Building) Lot 24, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, PJU 5 Petaling Jaya, Selangor
No telefon : 03-6286 7033