emilinda

Sunday, October 7, 2018

Lebih Sihat & Lebih Ruang Dengan Philips Viva Collection Airfryer XXL

October 07, 2018 20
Lebih Sihat & Lebih Ruang Dengan Philips Viva Collection Airfryer XXL
Siapa tak suka makanan bergoreng, kan? Lagi-lagi kalau deep fried. Ya Allah, nikmat betul. Dari keropok lekor, cekodok, nugget, sosej, ayam goreng, eh macam-macam lagi la. Tapi yang sedap tu la yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Mana tidaknya, goreng atas dapur dalam kuali yang penuh minyak. Tentu sahaja lah banyak kandungan minyak yang dah terserap ke makanan yang kita goreng tu. Lepastu tanpa rasa bersalahnya kita makan goreng-gorengan tu. Cukup masa, mengadu kenapa lemak makin bertambah. Helokkk sangat, hahah.

Disebabkan kesedaran tentang isu inilah, generasi sekarang dah makin ramai yang memilih untuk menggunakan air fryer berbanding menggunakan dapur gas. Kebanyakan makanan tempatan yang menjadi kegemaran ramai adalah makanan bergoreng. Kalau korang merupakan penggemar makanan bergoreng tapi dalam masa yang sama sangat peka tentang pemakanan, penggunaan air fryer merupakan solusi yang terbaik. Rasa enak yang sama tetapi cara yang lebih sihat. Penggunaan air fryer ni dah memang makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.


Menyedari tentang keperluan penggunaan air fryer ini, Philips telah melancarkan Philips Viva Collection Airfryer XXL. Haaa, kalau dah ada XXL tu, mesti korang dah terbayangkan saiz yang besar, kan? Tepat sekali. Saiz Philips Airfryer XXL adalah lebih besar berbanding airfryer lain. Saiznya yang lebih besar direka khusus bagi penyediaan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Dah tak payah dah masak menu yang sama berulang kali hanya untuk memenuhi selera semua orang. Dengan Philips Airfryer XXL, korang boleh memasak seekor ayam atau sehingga 1.4kg kentang goreng sekaligus. Senang kata, sekali masak cukup untuk 6 orang makan. Philips Airfryer XXL ini merupakan air fryer berkapasiti besar yang pernah dikeluarkan setakat ini.




Kenapa Philips Airfryer XXL dikatakan lebih menyihatkan? Kerana menggoreng menggunakan Philips Airfryer XXL mampu menyingkirkan sehingga 50% lemak dalam makanan (terutamanya daging) ketika tanpa menjejaskan rasa masakan tersebut. Ianya merupakan air fryer Philips yang pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak (Fat Removal Technology) yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikan ianya alat menggoreng yang lebih sihat berbanding menggoreng tradisional (menggoreng didalam minyak). Dilengkapi ciri Turbostar Berkembar (Twin Turbostar) yang terbaru, ianya menggunakan 2225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan. Tekniknya adalah udara panas dipusarkan di dalam seluruh ruang memasak air fryer dengan kuat bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak (Fat Reducer Lid) supaya boleh dibuang dengan mudah.


Untuk individu yang sentiasa sibuk, Philips Viva Collection Airfryer XXL sememangnya pilihan yang tepat. Mana tidaknya, selain proses memasak yang lebih mudah dan cepat, proses mencucinya juga lebih mudah. Ianya didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat yang boleh ditanggalkan agar ianya dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.


Dengan kuasa 2,225W, ianya  merupakan air fryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan korang memasak dengan lebih cepat . Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, air fryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna korang tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada korang memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, korang boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, korang boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan korang lebih kemudahan. Bonus buat pembeli kerana ianya didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga.


Dah cerita panjang lebar ni, mestilah korang nak tahu tentang harga pulak kan? Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan. Pastinya investment yang berbaloi untuk kemudahan dan kesihatan korang seisi keluarga. Kat mana nak beli? Boleh dapatkan di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, Wangsa Walk, Sutera Mall Johor Bahru, Gurney Plaza Pulau Pinang, Philips Experience Store di Menara Axis Petaling Jaya, dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara. Boleh juga dapatkan di Lazada https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Skim Thohir 2018 – Memudahkan Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

October 07, 2018 20
Skim Thohir 2018 – Memudahkan Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji
Kalau zaman belajar dulu saya tak ambik kisah sangat soal zakat. Almaklum, student lagi kan. Tak perlu bayar zakat pendapatan. Tapi isu pembayaran zakat ni mula saya ambil serious sejak saya dah mula bekerja. Yela, bila kita dah ada punca pendapatan sendiri, kena la tunaikan tanggungjawab bayar zakat. Tak boleh nak ambil mudah soal bayar zakat ni, barulah ada keberkatan dalam setiap rezeki yang kita dapat. Selalu terbaca, dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain. Bila kita tunaikan tanggungjawab kita bayar zakat, inshaAllah wang zakat tadi akan diagihkan kepada pihak yang selayaknya. Tapi soal nak bayar zakat ni kadang-kadang jadi agak rumit untuk sesetengah orang kerana tak semua orang tahu tentang proses pembayaran zakat yang sebetulnya. Ada sesetengah yang asyik menangguh pembayaran zakat sehingga akhirnya lupa.


Baru-baru ini saya terbaca tentang satu kempen khas yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP). Kempen yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai 2018 sehingga 31 Oktober 2018 ini dijalankan melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018). Rupa-rupanya ini merupakan tahun ke-3 kempen ini dilaksanakan. Kerana sambutan yang luar biasa diterima dari pihak majikan (swasta & kerajaan) pada tahun-tahun sebelumnya, maka kempen ini diteruskan lagi pada tahun ini.

Skim Thohir ini tidak lain tidak bukan diadakan bagi memudahkan kita semua melaksanakan pembayaran zakat pendapatan. Diharapkan dengan adanya Skim Thohir yang mempraktikkan potongan gaji untuk disalurkan sebagai bayaran zakat ini akan menggalakkan lebih ramai masyarakat kita menunaikan kewajipan berzakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta mahupun kerajaan dapat menunaikan pembayaran zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa sekaligus meningkatkan kutipan zakat untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan asnaf. Cara pembayaran dah dipermudahkan, apa lagi alasan untuk tidak membayar zakat, kan?


Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP turut menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.


Untuk melayakkan diri korang menyertai kempen ini, korang mestilah membuat potongan gaji zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir). Kat mana nak dapatkan borang ni? Korang boleh rujuk di portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my atau korang boleh jugak menghubungi talian zakat 1300 88 5757. Nak lebih jelas lagi korang boleh je 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP atau ke Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Selain itu, korang boleh juga merujuk hal ini kepada majikan di syarikat/organisasi tempat korang bekerja. Tak susah bukan?

Akhir kata, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

Untuk korang yang belum lagi buat pemotongan gaji untuk pembayaran zakat, cepat-cepat join Kempen Skim Thohir ni. Kempen Skim Thohir ni dah tak lama dah nak habis, sampai 31 Oktober 2018 je. Masih ada masa untuk yang belum tunaikan zakat lagi.

Pengalaman di Nights of Fright 6, Sunway Lagoon.

October 07, 2018 19
Pengalaman di Nights of Fright 6, Sunway Lagoon.
Baru-baru ni saya dijemput ke pelancaran Nights of Fright 6 (NOF6), Sunway Lagoon. Saya ni bukanlah sejenis yang berani, tapi saya sukakan cabaran. Suka nak takutkan diri sendiri. Kalau ada filem hantu tu, sengaja nak pi tengok waktu malam. Ada perkongsian pasal kisah seram pun sama, suka la duk baca. Tapi sebenarnya penakut, hahah. Takutkan diri sendiri, lepastu mula la terpekik-pekik sebab terkejut. Tapi bila dah habis fasa terkejut bagai tu akan rasa puas hati. Rasa macam ada keseronokan dalam ketakutan, hahah. Saya sorang aje ke yang macam ni?


Nights of Fright ni disambut setiap tahun bersempena musim Halloween. Dalam Bahasa mudahnya, Nights of Fright ni lebih kurang macam taman tema hantu. Kalau kat negara barat, benda ni dah memang jadi satu tradisi dah bersempena Halloween. Tapi sebab kat Malaysia kita tak sambut pun Halloween, makanya tak semua orang aware tentang festival of fear macam ni. Tahun ni merupakan tahun ke-6 Nights of Fright (NOF) diadakan di Sunway Lagoon, Malaysia. Tapi 5 tahun sebelum ni saya tak pernah pergi pun. Seawal jam 6.30 petang saya dah terpacak kat situ. Gigih ke sana lepas habis kerja. Tapi tak nak pergi sorang sebab takut, so ajak Ekin join sama haha. Nights of Fright 6 bermula pada 28 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad), dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Sebaik sahaja sampai, kitorang ke meja pendaftaran dan dapatkan devil’s horn dan bloodbag. Barulah feel sikit nak berdepan dengan hantu-hantu jadian sekalian. Cool gila bloodbag tu, nampak macam darah betul. Padahal dalam tu sebenarnya air minuman, hehe.


Memandangkan itu merupakan hari pertama, so berpeluang la kitorang tengok beberapa persembahan bersempena pelancaran Nights of Fright 6. Siap ada hantu menari-nari, hehe. Waktu dah masuk, kitorang bergerak dalam kumpulan. Almaklum, hantu merata-rata duk berjalan ke sana sini. Bukan setakat hantu je, karakter-karakter yang psiko pun ada jugak. Jangan terkejut kalau korang tengah berjalan tiba-tiba ada hantu yang datang dekat atau kejar korang, haha. Tapi bagi saya la, kalau korang tunjuk yang korang sebenarnya takut, lagi la hantu tu suka nak usik korang. So nak selamat, korang buat-buat cool dan berani je. Make sure berjalan dalam kumpulan, manalah tahu kot-kot terserempak hantu betul, kahkah. K gurau je. Apa yang ada kat NOF6 ni? Haa meh nak cerita.



1 Haunted Theatre
Boleh imagine tak korang masuk tengok wayang cerita hantu tapi at the same time rupanya cinema hall tu berhantu? Haa macam tu la kisahnya. Korang duduk kat kerusi dalam cinema hall tu dan akan dipasangkan cerita seram pendek. Tapi kat sekeliling korang kejap-kejap ada hantu muncul, melintas, merangkak. Ada berani? Haha.

7 Haunted House
Kalau masuk sorang-sorang memang idok lerrr, haha. Kitorang masuk secara berkumpulan (7-14 orang), lepastu berjalan dalam keadaan satu barisan pegang bahu orang depan. Lepas tu pakat duk terpekik-pekik bila hantu muncul secara tiba-tiba dan bila ada perkara mengejutkan. Yang duk depan sekali tu nasib la, haha. Kat bawah ni saya listkan ghosthouse yang ada di NOF6.



  1. Ghostbusters Halloween in New York - Kat Ghostbusters Halloween in New York, ada macam-macam jenis hantu duk berkeliaran. Hantu psiko, hantu yang nampak lucu, hantu yang scary gila. 
  2. Zombie Zoo - Bila masuk dekat Zombie Zoo, korang kena bersedia untuk diserang oleh zombie. Korang akan dapat tengok jugak zombie-zombie yang dah dikurung dan tengah struggle nak lepaskan diri.
  3. Horrorwood Studios – Dekat Horrorwood Studios ni lagi lah, dia macam rumah lilin tapi karakter-karakter patung lilin yang berupa hantu tu akan bergerak-gerak untuk menakutkan korang.
  4. Slaughterhouse 13 - Kat slaughterhouse ni macam creepy gila sebab ada banyak makhluk psiko tengah sembelih orang, get ready nak dapatkan mangsa sembelihan seterusnya. Maka berlarianlah korang semua hahah. Eh tapi real gila kot Nampak dorang duk sembelih, siap dengan kapak bagai. 
  5. Wendigo – The Legend in The Mist. Wendigo ni kira macam hantu paling legend la kat NOF6 ni. Wendigo ni dah la badan dia besar, pastu hodoh pulak tu.
  6. Phobia – Coulrophobia The Fear of Clowns. Ni bagus kalau korang jenis takut kat badut. Boleh jadi terapi nak hilangkan takut, kahkah. Yeke? Entahla. Saya tak takut kat badut, Cuma tak suka. Sebab macam annoying.
  7. Ghost Face – The Face to Make You Scream! Alive! In UV3D. Yang ni bila korang dah masuk, akan ada banyak gila muka hantu yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Oh yang ni sebelum masuk dorang akan bagi cermin mata 3D. 
Wendigo


Selain tu, ada beberapa pentas kat open area dan scare zones yang mempersembahkan scene-scene scary. Penderaan, hantu, macam-macam. Eh ada banyak lagi sebenarnya tapi kitorang tak sempat habiskan kesemua sebab perut dah lapar sangat. Terus pergi makan dulu. Kat dalam tu ada banyak jugak la tempat makan. We end up eating burger at Marry Brown. Penat campur lapar duk berlari-larian dengan hantu, haha.


Selain rumah hantu, ada 11 amusement rides yang boleh korang main kat situ jugak. Tapi kitorang sempat main 2 jenis ride je malam tu – Grand Canyon River Rapids dengan apa benda ntah satu lagi. Seronok betul, terjerit-jerit masing-masing nak elakkan dari terkena air sepanjang menaiki benda alah tu.


Overall pengalaman kali pertama ke Nights of Fright ni memang menyeronokkan. Tak serik, kalau boleh tahun depan nak datang lagi, hehe. So kalau rasa nak cabar diri korang sambil hilangkan tension bekerja tu, jangan lepaskan peluang ke Nights of Fright 6, Sunway Lagoon. Info lebih lanjut boleh dapatkan di www.sunwaylagoon.com . Tiket pun korang boleh beli secara online.

NOTE : Kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk ke Nights of Fright 6.

Monday, October 1, 2018

Pengalaman Kali Pertama Dimasukkan Ke Hospital

October 01, 2018 58
Pengalaman Kali Pertama Dimasukkan Ke Hospital
Sekitar 4 minggu yang lepas, saya dimasukkan ke ward. Seumur hidup saya ini merupakan kali pertama saya warded. Selama ni duk kerap demam jugak, almaklum antibodi makin lemah seiring pertambahan usia. Gittew, haha. Tapi selama ni duk demam pun masih terkawal lagi. Lepas makan ubat, demah dan berehat biasanya sehari dua dah okay. Tapi kali ni demamnya secara tiba-tiba sangat, dan makan ubat pun tak jalan. Suhu naik tinggi sangat, sendi jadi sakit-sakit lenguh-lenguh. Memang tahap menggigil dah.


Hari Khamis 30 Ogos 2018, pagi pergi kerja macam biasa. Memang sihat walafiat. Dari ofis pergi SJMC kejap buat medical check-up untuk tujuan kerja. Habis medical check-up tengahari tu dah start rasa seram sejuk, berpeluh-peluh dan kepala start rasa panas. Setel urusan kat SJMC terus gerak balik ofis. Bila dah kat ofis, dia punya seram sejuk dan tak larat tu makin menjadi-jadi. Tahankan diri je masa tu nak tunggu waktu balik. Sampai rumah, makan panadol then terus baring cuba untuk tidur sambil demah dahi guna tuala basah. Masa tu dah rasa macam mamai sangat. Ekin balik, dia tolong belikan makanan. Tapi tak sedar bila masanya terlelap, dah lepas Isya' baru tersedar dan makan sikit untuk alas perut.

Sepanjang malam tu memang tak boleh nak tidur. Asyik terjaga sebab badan rasa macam nak terbakar, terutama bahagian kepala rasa panas sangat-sangat. Bahagian badan lain pulak keep on rasa seram sejuk. Guna selimut rasa panas, tak selimut rasa sejuk. Dah la badan makin rasa sakit-sakit dan lenguh, tak larat. Kepala pun mula sakit. Memang struggle la malam tu. Tuala basah tu la yang membantu sedikit sebanyak melegakan rasa panas kepala tu.

Keesokannya 31 Ogos 2018, cuti bersempena Merdeka. Memandangkan dah demam ni, memang cancel habis segala plan. Pagi-pagi dah mencari klinik terdekat. Doktor cakap tengok pada simptom, macam denggi. Terus rasa gelabah. Dah la kat kawasan apartment tempat saya menyewa tu, memang hotspot denggi. Doktor bagi ubat demam dan sachet air garam untuk diminum. Katanya minum air sebanyak mungkin. Kalau esok tak okay lagi atau makin teruk, pergi je buat blood test kat mana-mana hospital. Sebab doktor cakap simptom tu macam denggi, so bila balik rumah memang rasa tak senang duduk. Mula la duk menggoogle pasal simptom denggi dan pengalaman orang lain kena denggi. Dalam masa sama makan ubat dan air garam yang doktor bagi. Tapi asyik keluar balik je. Dah start muntah-muntah. Makan je muntah balik. Faham tak perasaan bila kita lapar tapi asal kita makan je keluar balik? Badan rasa takde tenaga. Demam masih tak kebah. Dari petang lepas Asar bawak ke Subuh esoknya memang menggigil. Demam menjadi-jadi waktu tu. Seksa betul rasa. Selama ni selalu jugak demam tapi tak pernah seteruk ni. Badan rasa sakit-sakit.


1 September 2018, cadangnya petang sikit nak pergi buat blood test kat nearest hospital. Paling dekat kat situ Hospital Pantai. Tapi pagi tu rasa tak larat sangat. Duk berbungkus dalam selimut, boleh termenangis sorang-sorang. Jadi rasa sedih & hopeless gila. Demam teruk macam tu tapi family semua jauh. Nak demah dahi pun kena demah sendiri, rindu mak sobs. Instead of pergi hospital waktu petang, Ekin ajak pergi terus. Masa tu memang dia punya tak larat tu rasa nak serah diri suruh doktor masukkan kat ward je. Sebabnya demam paling teruk waktu malam. Rasa tak sanggup nak go through malam tu lagi dalam keadaan tak larat tu. Takut KO sensorang kat situ hahaha. Kalau kat hospital at least nurse akan check dari semasa ke semasa. Plus, masa tu memang saya dah tak larat nak minum air banyak-banyak dah. Bibir jadi kering dan berdarah. Mana taknya, minum air pun muntah jugak. So masa kat ER, doktor buat blood test. Sementara tunggu result blood test, doktor bagi iv drip. Bila habis 1 botol drip, saya dah jadi segar balik. Panas badan pun slowly berkurang. Oh by the way, start hari ketiga demam ni tekak mula rasa pedih. Telan air liur pun rasa pedih. Result blood test keluar, negative denggi. Tapi doktor cakap ada infection sikit. Lega gila rasa bila tahu bukan denggi. Memandangkan negative denggi, doktor cakap dah boleh balik. Tapi saya mintak untuk warded jugak, mintak dorang monitor dulu. Sebab apa? Sebab boleh agak demam tu macam on off. Suhu turun sikit sebab baru lepas drip. Kalau balik rumah, takut demam tu datang balik malamnya.

Once warded, doktor lain datang check. Doktor tu doktor pakar tekak, hidung dan telinga. Lepas check semua, dia cakap tonsil dah mula bengkak. Bila dia mention tonsil tu, now i understand apa punca sebenar demam ni. Tonsil tu la. Dulu tahun 2016 kalau tak silap, saya pernah demam secara berulang berkali-kali disebabkan tonsil bengkak. Tapi waktu tu demam tak seteruk kali ni. Kali ni sakit tekaknya tak sangat, tapi demam tu yang teruk. Selain tonsil bengkak, doktor cakap bahagian dalam hidung start bengkak sikit sebab sinus. This one is new to me sebab selama ni memang tak pernah tahu ada sinus.


Sepanjang kat ward tu memang dorang sentiasa drip. Drip air okay lagi. Drip antibiotik tu yang tak tahan. Rasa nak putus tangan time dia drip antibiotik. Tiap kali tengok nurse datang bawak antibiotik, memang rasa time tu jugak nak mintak discharge. Malam tu masih demam, cuma lebih terkawal sebab nurse sentiasa check dan bagi ubat dari semasa ke semasa. Lagipun sebab masukkan air dalam badan kan, so proses nak kebah demam tu lagi cepat. Selera makan masih tak okay. Makan sekadar nak alas perut. Tak berani nak makan banyak-banyak sebab memang muntah balik.

2 September 2018, hari keempat demam dan hari kedua kat ward. Pagi-pagi subuh lagi nurse check suhu. Katanya dah tak demam. Terus dia stop bagi ubat. Cuma drip je yang masih diteruskan. Masa tu tak tahu pun dia nak stop kasi ubat. Tertunggu-tunggu jugak nurse datang kasi ubat. Semalam boleh tahan kerap dia bagi ubat, tapi harini takde pun. And nurse tak datang check suhu dah pun. Around pukul 11 lebih pagi tu badan dah start panas balik. Tapi duk diam-diam situ jela sampai nurse datang bagi ubat. Sebab masa tu kita memang tak tahu pun doktor arahkan nurse stop kasi ubat. Kita ingat nurse busy huhu. End up around lepas Zohor saya dah tak tahan sangat dah. Badan dah mula menggigil balik masa tu. Terus panggil nurse "Nurse boleh tolong check suhu saya tak? Saya rasa macam demam balik". Dia check, "Aah, demam. Sekejap ye". Lepas tu dia keluar. Tapi lama gila keluarnya, dekat sejam. Marah pulak rasa time tu sebab kita yang duk menahan rasa gigil rasa sakit segala tu. So i hit the button again. Nurse lain datang, dia cakap "Kejap, ubat you on the way dah". 5 mins later ubat sampai. Rasa bersalah pulak buat muka kat nurse tu. Dia pun ikut arahan doktor jela logiknya kan? Actually masa tu rasa bengang sebab diorang terus stop bagi ubat once suhu dah okay tanpa bagitahu pun. Masa tu suhu okay mungkin sebab kesan ubat kan. At least nak stop bagi ubat pun, datang la check patient ni jugak dari semasa ke semasa. Bukan terus tak monitor langsung.

Malamnya masih demam. Menggigil-gigil. Ubat dan antibiotik diteruskan. Kali ni dia bagi antibiotik lain, lagi banyak kuantiti hahahaha. Sengsara betul nak habiskan drip antibiotik tu. Mintak tolong nurse slowkan aircond sebab sejuk sangat tahap menggigil. Tapi nurse cakap "Tak boleh. Awak kena remain dalam suhu macam ni. Kalau tak nanti panas balik badan awak. Kalau sejuk, awak selimut". Okayyy. Redha jela masa tu.


3 September, pagi tu dah rasa sihat dah. Sebenarnya takde la sihat mana pun. Tapi sebab dah tak nak duduk kat hospital, paksakan diri jugak makan dan minum banyak-banyak walaupun tak selera langsung, walaupun muntah balik. Sebab nak cepat-cepat balik. Paling tak tahan bab makan. Serious bila tak sihat, tekak dan hidung ni takleh nak terima makanan hospital. Baunya aje dah buat rasa nak muntah. Walhal kalau sihat, rasanya nampak sedap je makanan tu. Nasib baik ada insan-insan yang baikhati datang jenguk kita bawak makanan dari luar. Petang tu masa doktor datang, terus request nak discharged. Memang nekad nak discharged haritu jugak. Doktor macam keberatan nak bagi diacharge haritu. "Are you sure you dah sihat? Tak nak monitor lagi satu hari?". But i insist nak keluar haritu jugak, so yeah boleh balik hihi. Tapi banyak betul ubat doktor kasi, and dia bagi mc for the next day suruh berehat je kat rumah sampai dah okay sikit untuk masuk kerja. Disebabkan dah serik dan nak cepat-cepat sihat, memang saya makan ubat tu ikut aturan. Dan alhamdulillah, slowly makin sihat tapi seminggu jugak la nak betul-betul recover tu.

Betul la orang kata, bila kita dah merasa derita sakit barulah kita tahu menghargai nikmat sihat. Lepas fasa demam teruk kali ni, saya mula lebih menjaga kesihatan sendiri. Waktu makan saya jaga, waktu tidur pun jaga. Dan slowly nak amalkan gaya hidup sihat, banyakkan buat aktiviti-aktiviti sihat instead of terperuk kat rumah menghadap gadget. Now i feel healthier.

Oh by the way, staf dekat Hospital Pantai KL semuanya friendly, especially nurse. Mulianya kerja nurse ni, malam-malam pun tinggalkan family, berjaga kat hospital untuk jaga pesakit, hadap karenah pesakit yang macam-macam. Saya doakan nurse-nurse yang rawat saya sepanjang kat sana dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. And terima kasih banyak-banyak untuk kawan-kawan yang baikhati ada untuk saya waktu saya tak sihat. You know who you are. Almaklum mak ayah saya jauh, so menumpang jela perhatian kawan-kawan. My mom hari-hari call tanya. I know my mom very well, i guess she feel guilty sebab tak dapat datang jaga saya kat hospital memandangkan keadaan kaki dia yang masih belum fully recover masa tu. Takpe mak, anak mak dah besar hihi.

Monday, September 17, 2018

Althea Real Fresh Skin Detoxer – Segarkan Muka Dalam 10 Saat.

September 17, 2018 22
Althea Real Fresh Skin Detoxer – Segarkan Muka Dalam 10 Saat.
Althea Real Fresh Skin Detoxer – Pertama kali dengar tentang produk penjagaan wajah terbaru dari Althea ni, rasa teruja betul. Mana tidaknya, setiap produk yang dikeluarkan dibawah jenama Althea setakat ni semuanya tidak mengecewakan. Saya sememangnya pengguna rangkaian penjagaan wajah jenama Althea. Boleh baca perkongsian saya tentang produk Althea yang lain – Althea Petal Velvet Powder dan Althea Bare Essentials .


Berbalik kepada Althea Real Fresh Skin Detoxer, ianya merupakan hasil kerjasama Althea dan Get It Beauty iaitu salah satu TV show kecantikkan No.1 Korea. Althea Skin Detoxer ini didatangkan dalam dua variasi berbeza iaitu Rose dan Green Tea. Namanya aje dah menggambarkan kebaikan yang akan dirasai oleh kulit wajah kita. Althea Skin Detoxer ni merupakan pembersih 2 dalam 1 yang menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang segar, bertujuan untuk pembersihan yang menyeluruh bagi memastikan kulit kita memperoleh nutrient dan kebaikan lain.


Basically kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma berbeza dari segi variasinya sahaja. Althea Real Fresh Skin Detoxer – Rose di perbuat daripada kelopak dan ekstrak bunga mawar Perancis untuk menyempurnakan kulit wajah, manakala Althea Real Fresh Skin Detoxer – Green Tea pula dihasilkan daripada daun dan ekstrak teh hijau Jeju untuk membersihkan kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit, setiap satu dipaketkan dalam tube 150ml.


Close up sikit.

Bila buka penutup tube, semerbak aje baunya. Bau pun dah fresh sangat-sangat. Teksturnya agak pekat dan ada ekstrak kelopak mawar/teh hijau di dalamnya. Cara penggunaan pun sangat mudah, sapu je banyak-banyak kat muka (pastikan kulit muka dalam keadaan kering), lepastu biarkan dalam 10 saat. Lepas 10 saat, basahkan dengan sedikit air dan urut lembut secara membulat. Lepastu bilas dengan air bersih. Faham tak? Hahah tetiba rasa macam berbelit-belit je ayat.

Althea Real Fresh Skin Detoxer - Rose

Althea Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea

Jimat masa betul guna Skin Detoxer ni. Pakai waktu pagi sebelum bersiap ke tempat kerja pun sempat sangatlah. Masa cuci tu memang rasa berbuih-buih je muka. Dah la wangi, seronok betul. Bila dah habis cuci, kulit muka rasa segar, licin dan bersih. Serious, paling ketara bahagian pipi dan hidung. In love betul dengan Althea Skin Detoxer ni, terutamanya yang Green Tea sebab bau dia wangi sangat.

Harga setiap satu adalah RM43. Tapi kalau nak jimat, beli je satu set RM77, dua-dua variasi dapat. Lagi jimat dan puas hati. Boleh dapatkan di Althea.

Face Mask Pilihan Saya - Mary Kay Botanical Effect Mask

September 17, 2018 34
Face Mask Pilihan Saya - Mary Kay Botanical Effect Mask
Assalamualaikum dan hai.

Hari ni nak berkongsi tentang salah satu face mask kegemaran saya sejak beberapa tahun yang lepas. Tak dinafikan la kebiasaannya orang perempuan ni memang akan ada banyak jenis face mask dalam koleksi mereka (saya tak terkecuali). Tapi dalam banyak-banyak face mask tu, mesti ada beberapa yang boleh dikatakan item wajib ada bagi mereka. Yela, selagi kita tak cuba sendiri selagi tu kita takkan tahu tahap keberkesanan sesuatu produk kan? Macam saya sendiri ada banyak koleksi face mask. Tapi ada beberapa yang merupakan kegemaran saya. Pendek kata kalau dah habis tu, laju aje restock. Salah satunya adalah Mary Kay Botanical Effect Mask (Normal Skin).



Saya mula berjinak-jinak cuba produk Mary Kay sejak zaman habis belajar dulu. Dah banyak tahun dah. Waktu tu saya tengah praktikal. Terjebak pakai Mary Kay hasil hasutan kakak. Dari situ la mula suka Mary Kay Botanical Effect Mask ni. Sampai sekarang masih suka pakai mask ni. Pernah la stop pakai kejap sebab habis. Tak lama tu terus restock, sebab dah rasa keberkesanan face mask ni. 



Apa yang bestnya pakai Mary Kay Botanical Effect Mask ni? Haa walaupun nama dia mask, tapi dia bertindak dua dalam satu – face mask dan scrub. Kebiasaannya kalau rasa muka penat dan kusam, saya memang akan pakai face mask ni. Sapu seluruh muka dan biarkan sampai kering. Dah kering tu baru la cuci muka macam kita pakai scrub muka tu. Best rasa waktu cuci sebab tekstur dia memang macam face scrub. So bila kita cuci tu, rasa macam kulit disental-sental gitu hahaha. Melampau pulak rasanya guna istilah kulit disental-sental. Okay sebenarnya tak jumpa cari ayat yang sesuai. Disental-sental pun boleh, lol. Kadang-kadang tu pakai sebelum tidur dan biarkan sampai keesokan pagi baru bersihkan, haha.


For me memang rasa face mask ni efektif untuk kulit muka yang penat, lesu dan kusam. Serious lepas pakai ni, instantly muka rasa fresh. Face mask ni memang saya selalu bawa ke mana-mana. Pergi travel bawak, balik kampung pun bawak. Sebab rasa macam Mary Kay Botanical Effect Mask ni penyelamat untuk kulit muka yang penat. Sometimes bila saya baru balik dari bercuti, kulit muka jadi kering dan menggelupas. Haaa, time ni la bergunanya face mask ni untuk tanggalkan kulit-kulit yang dah menggelupas tu. 

Mary Kay Botanical Effect Mask ni korang boleh dapatkan dari mana-mana Mary Kay beauty consultant dengan harga RM80 (113g)

Friday, September 7, 2018

Pengalaman Menginap di WP Hotel, KL

September 07, 2018 28
Pengalaman Menginap di WP Hotel, KL
Kali ni nak cerita tentang pengalaman bermalam di WP Hotel, KL. Actually kisah ni dah agak lapuk. Almaklum, sejenis yang suka peram gambar dan story lama-lama. Dah free sikit baru godek-godek balik gallery, baru ingat nak story. Haha. Kisahnya, sekitar seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lepas, saya dan rakan sebilik membuat keputusan untuk menghabiskan waktu hujung minggu di WP Hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan tempat kerja kami ketika itu. Biasalah, rasa nak pergi bercuti rehatkan diri tapi taknak pergi jauh-jauh dan tak nak keluar dari KL. Almaklum, cuti hujung minggu je pun. Lokasi WP Hotel terletak berdekatan Chow Kit dan Jalan TAR. Memang dekat sangat pun, boleh jalan kaki je dari ofis. Sebenarnya dah lama duk usha hotel ni sebab ada infinity pool & view KLCC at the same time harga dia affordable, tapi asyik postpone je. Bila Ramadhan dah makin dekat, saya pun ajaklah Ekin habiskan hujung minggu kat sana sebelum memulakan ibadah puasa. Kira saja la nak chill nak relax kan.


Kami membuat tempahan hotel menggunakan aplikasi Traveloka. Almaklum, pengguna setia Traveloka, haha. Kami pilih Superior Room for 2pax, total price untuk  3 hari 2 malam ialah RM283.10. All payment kitorang dah setel sesiap masa booking. Masa booking online, request nak bilik yang ada view KLCC kalau available (gitteww,, hahah demand). Tapi masa check-in dia cakap jenis bilik yang kitorang pilih tu memang takde yang menghadap KLCC wakakaka termalu sendiri iols.

4 May 2018

Masa pergi kerja pagi tu kitorang bawak pakaian siap-siap. Kiranya after office hour je kitorang akan terus ke sana. Kata pun dekat dengan ofis kan, takkan la gigih nak balik rumah dulu. So dari ofis kitorang jalan kaki je. Dalam 5 minit dah sampai. Masa check-in, macam biasa kena bagi deposit RM50 (ke RM100 entah, lupa dah. Nak check out nanti tunjuk resit, dia kasi balik deposit tu). Lepastu masuk berehat kat bilik. Dapat bilik kat tingkat 3 kalau tak silap. No KLCC view for our room, we get parking building view instead mwahaha kbye. 

View from our room, lol

For our room, ada 2 single bed. Keadaan dalam bilik for me is nice. Memang la tak luas sangat, tapi takla sempit pun. Ada ruang untuk solat. In terms of kekemasan dan kebersihan tu, for me WP Hotel is good. Plug dekat meja ada, dekat tengah-tengah antara 2 katil tu pun ada. TV ada, mini freezer ada, tempat sangkut baju ada. Air-cond okay, lain-lain pun okay. And, I loveee cermin dekat bilik air dia. Stylee!!





Style kan cermin bilik air dia


Petang lepas Maghrib, kitorang keluar makan. Kat kawasan situ ada satu kedai nasi arab yang agak murah bagi saya. Keluar dari WP Hotel, lintas jalan sebelah kiri then jalan terus je sikit akan jumpa kedai nama Restoran Suria. Restoran ni kat deretan rumah kedai je, dan kalau tengok dari luar nampak biasa-biasa sahaja. Tapi bila dah masuk, ruang dia spacious dan makanan banyak pilihan dalam menu. So far saya pernah cuba nasi arab aje la. Harga nasi arab boleh dapat bawah RM10 untuk seorang.


Dah siap makan, kitorang terus balik ke bilik. Sebelum ke bilik, sempat menjengah ke infinity pool di rooftop. WP Hotel ni agak terkenal sebab infinity pool dia yang terletak di rooftop dan berlatarbelakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Waktu malam tak dinafikan memang cantik. Untuk malam pertama ni kitorang tak terjun kolam lagi. Cuma cuci mata lepak-lepak tengok pemandangan. Dah agak malam sikit kitorang balik bilik, tidur.


5 May 2018


Heaven je rasa weekend bangun lambat atas tilam empuk, pastu takyah nak rushing bagai. Rasa tak nak bangun. Mana nak sama dengan tilam kat rumah sewa yang tak seberapa tu oii. Hahah. Sesekali hujung minggu dapat merasa tidur kat katil empuk, terus tak nak bangun. Dah hampir tengahari kitorang siap-siap untuk keluar. Plannya nak ke Jalan TAR, cari beberapa keperluan raya yang belum setel lagi. Dari WP Hotel, boleh jalan kaki je ke Jalan TAR. Keluar dari WP Hotel, terus ke kanan. Lintas jalan beberapa kali sampai selepas dah lalu Tune Hotel, lalu Maju Junction, lalu Medan MARA, lalu Pertama Kompleks, then baru jumpa Sogo. Alah, tenaga muda ni tak rasa penat pun jalan sikit tu. Sebelum tu sempat singgah makan di Medan MARA. Nasib kurang baik, hari tu hujan. So tak boleh nak jalan sangatlah. Dah petang sikit sebelum Maghrib kitorang gerak balik hotel. Dah beli makan malam sesiap.

Oh ye area situ kena hati-hati sikit kalau petang atau malam. Lagi-lagi kalau korang tu perempuan. Masa kitorang tengah jalan nak ke hotel, rasa macam ada orang ikut. Pandang belakang tengok ada sorang lelaki berbasikal, nampak macam kurang betul. Dia ikut sambil cakap something (kurang jelas). Kitorang dah cuak masa tu sebab dia ikut dekat sangat. Kebetulan ada seorang perempuan kat depan kitorang. Perempuan tu marah-marah suruh lelaki tu blah. Then perempuan tu pesan, katanya jalan kat situ hati-hati. Dia dah biasa sebab dia memang orang situ. So kitorang cecepat balik hotel. Situ kan area Chow Kit, what do you expect? Ramai la orang pelik-pelik berkeliaran petang hari. Dah sampai bilik tu, kitorang makan dan rest. Tertidur. Bangun malam sikit, pi terjun kolam. Kebetulan masa tu tak ramai orang kat kolam. Berendam malam-malam memang best, sejuk je. Dah la view cantik.

6 May 2018


Maaflah suami dengan anak siapa ntah ni wakaka


Bangun pagi sebab nak terjun kolam sekali lagi. Wakakaka gigih kannnn. Yela harini dah nak check out. Pagi macam ni nampak la sikit nak bergambar pun hehe. Pada pemerhatian saya, ramai foreigner yang menginap kat situ. Kalau pergi ke rooftop, memang mostly foreigner yang duk berendam. 




Tengahari, kitorang dah siap-siap untuk check out. Perlu kembali ke realiti iaitu rumah sewa yang serba kekurangan, eh hahahahaa. For me, WP Hotel ni sesuai sangatlah dan berbaloi kalau korang nak percutian singkat hujung minggu di tengah KL. Yela nak bercuti jauh-jauh kang penat badan jugak nak travel. Cuti hujung minggu je pun. Kalau setakat nak rehat hujung minggu nak chill keluar dari rumah, boleh la ke WP Hotel ni. Sesuai untuk weekend staycation.

Biskut PinPin – 6 Perisa Kegemaran Kanak-kanak Dengan Mainan Percuma

September 07, 2018 21
Biskut PinPin – 6 Perisa Kegemaran Kanak-kanak Dengan Mainan Percuma
Kalau korang lahir dan membesar tahun 90an rasanya korang mesti ingat mainan Tora kan? Ingat lagi zaman kecik-kecik dulu kalau tak dapat Tora ni, tak nak keluar dari kedai hahah. Perangai sangat kannnn. Mana tidaknya, duk gilakan sangat mainan yang ada dalam kotak tu. Makanan yang ada dalam tu tak makan sangat pun biasanya. Tujuan utama beli tu sebab nak mainan. Kalau emak ayah dulu-dulu jadi susah hati tiap kali anak nampak Tora ni, zaman sekarang laaagi la banyak dugaan bila jadi ibu bapa. Macam-macam pesen mainan dan makanan yang jadi kegilaan kanak-kanak zaman sekarang. Eh bukan jadi ibu bapa je banyak dugaan, jadi makcik pakcik budak pun stress jugak tahu haha.



Dengan kewujudan pelbagai jenis mainan dan makanan lain kat pasaraya, saya ingat kanak-kanak zaman sekarang dah tak heran dah dengan mainan dalam kotak macam Tora ni. Eh sangkaan saya meleset rupanya. Waktu balik raya haji 2 minggu lepas, kemain lagi anak-anak buah duk mintak belikan biskut PinPin. Awalnya blur pulak saya apabenda ke biskut PinPin tu. Rupa-rupanya biskut PinPin tu konsep dia sama macam Tora. Dalam 1 kotak ada biskut dan ada mainan. Lagi menarik, biskut PinPin ni merupakan salah satu produk dari karakter kartun Upin & Ipin. No wonder la kanak-kanak suka. Kanak-kanak Malaysia mana je yang tak kenal watak Upin & Ipin kan? Makcik pakcik budak ni pun dah cukup hafal dialog Upin & Ipin dek kerana asal balik kampung je dorang duk pasang Upin & Ipin. Takde can makcik dorang nak layan drama.

Biskut Berperisa Mentega

Wafer Dengan Isian Vanila

Snek Jagung Dengan Isian Strawberi

Snek Jagung Dengan Isian Coklat

Wafer Dengan Isian Coklat

Biskut Coklat

Oh ye, sebab masa kat kampung haritu tak sempat nak belikan biskut PinPin ni kat dorang. Makanya bila dah balik KL ni baru sibuk cari biskut PinPin. Rupa-rupanya ada 6 variasi perisa yang berbeza : Biskut Perisa Mentega, Biskut Coklat, Wafer Dengan Isian Vanilla, Snek Jagung Dengan Isian Strawberi, Wafer Dengan Isian Coklat, Snek Jagung Dengan Isian Coklat. Alang-alang dah jumpa, grab semua perisa sekali untuk si Qaseh dan Qaira. Rasa dia not bad, memang sedap. Makcik budak pun boleh suka, apatah lagi budak-budak. Soal status halal biskut PinPin tu takyah risau, memang disahkan halal oleh Jakim.



Sebab curious sangat nak tahu mainan apa yang ada dalam kotak biskut PinPin ni, saya buka tengok sendiri. Dalam setiap kotak biskut PinPin, ada mainan percuma yang merupakan set blok berwarna-warni yang mana kalau korang kumpul banyak-banyak, bila combine semua sekali boleh menghasilkan rekaan blok yang besar dan menarik. Alah set blok yang macam lego tu, tapi yang ni saiz dia lebih kecil. Setiap set yang korang beli mengandungi set blok yang berbeza. Jadi jangan terkejut kalau anak korang mintak belikan semua perisa nanti, hehe.




Dah beli biskut PinPin tu, kotak jangan pulak terus dibuang. Sebab kat belakang kotak biskut PinPin, ada disertakan permainan yang menguji minda seperti cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan Upin & Ipin, soalan Matematik dan lain-lain lagi. Sambil makan, boleh la anak-anak menguji minda mereka dengan menjawab soalan di belakang kotak ni.




Kat mana nak beli biskut PinPin ni? Biskut ni senang didapati sebab ada dijual di Mydin, 7Eleven, KK Mart, BHPetrol, Eco Shop, Happy Mart dan lain-lain. Nak senang pergi je beli kat 7Eleven, hehe. Kalau korang nak cari info lebih lanjut tentang biskut PinPin ni, boleh rujuk ke Facebook dan Instagram dorang.

Facebook :

Instagram :