emilinda

Wednesday, July 25, 2018

Trend Majlis Perkahwinan di Homestay Kian Menjadi Pilihan

July 25, 2018 19
Trend Majlis Perkahwinan di Homestay Kian Menjadi Pilihan
Korang biasa dengar tentang pakej perkahwinan di homestay tak? Kalau pakej perkahwinan di banglo dan di villa saya dah biasa dengar.  Tapi pakej perkahwinan di homestay agak baru bagi saya. Kedengaran agak menarik. Mungkin konsepnya lebih kurang dengan pakej perkahwinan di banglo dan villa? Mungkin lebih kurang sama kot, cuma sedikit berbeza dari beberapa aspek. Yang pastinya, pakej-pakej sebegini memang tengah jadi tarikan buat para bakal pengantin tahun 2018 dan seterusnya. Dah jarang sangat dah orang buat kat dewan sekarang ni. Semua lebih memilih pakej yang memudahkan dan serba lengkap. Biasalah, kahwin sekali seumur hidup kannn. Kadang malas la nak buat majlis perkahwinan kat rumah sendiri sebab nanti jenuh la nak kemas rumah tu nanti. Nak buat kat dewan kang tak selesa pulak saudara mara nak berkumpul kan. Sebab tu kebelakangan ni ramai yang lebih memilih untuk mengadakan majlis di homestay. Bukan majlis kahwin je tau. Majlis bertunang, majlis aqiqah, seminar, majlis keraian dan sebagainya. Memikirkan hal inilah, maka team RNN Catering & Event Management dengan kerjasama pemilik homestay mengambil inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan ini.



RNN Catering & Event Management diuruskan sepenuhnya oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri catering dan  pengurusan majlis membuatkan mereka lebih teliti dan professional dalam mengendalikan setiap majlis yang dipertanggungjawabkan. Dengan mengambil kira pelbagai faktor, beberapa buah homestay dikenalpasti untuk dijadikan lokasi bagi majlis. Saya sendiri telah berpeluang hadir ke salah satu lokasi homestay yang bertempat di Kawasan Perindustrian Temasya, Glenmarie Shah Alam pada hujung minggu yang lepas bersempena majlis rumah terbuka anjuran RNN Catering & Event Management.



Cantik dekorasi di homestay tersebut. Keluasan kawasan pun sangat mencukupi, dengan jumlah bilik dan ruang yang luas. Memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi majlis apa sekali pun. Sebelum melangkah ke dalam homestay tersebut pun saya dah cukup teruja melihat rumah tersebut dari luar. Cantik tersergam. Soal keselamatan tak perlu bimbang, perlu melepasi security guard sebelum sampai ke rumah tersebut. Kawasan diluar pagar homestay juga cukup luas untuk para tetamu parkir kenderaan. Dekorasi di bahagian makan sangat kemas dan teratur. Tak lupa juga, ada sistem audio untuk alunan muzik sepanjang majlis berlangsung.


Apa yang untungnya jika korang memilih untuk melangsungkan majlis di homestay kelolaan  RNN CEM SDN BHD ni? Katakanlah jika korang nak kahwin, sekali sewa homestay ni terus boleh setelkan majlis berinai, majlis akad nikah, dan majlis bersanding. Tak perlu pening-pening fikir nak sewa beberapa lokasi berlainan. Kurang penat. Korang pun tak payah pening fikir nak kemas rumah lepas majlis selesai. Lagi pula, pemilihan lokasi homestay untuk majlis korang sangatlah strategik. Ruangan diluar homestay dan juga didalam homestay sememangnya luas. Boleh accommodate ramai tetamu. Selain ruang acara yang luas, homestay ini dilengkapi dengan 4 bilik.  Keluarga korang boleh menginap kat situ terus. Bilik pengantin pun pihak mereka yang hias sesiap. Bukan setakat bilik pengantin je, kat tangga pun dihias cantik dengan bunga-bungaan.




Haaa, yang penting menu yang disediakan memang sedap-sedap. Saya dah cuba sendiri hari tu. Menu yang pelbagai dan sedap. Pihak RNN Catering & Event Management Sdn Bhd akan bagi cadangan dalam pemilihan menu untuk majlis korang tu. Kiranya dorang akan provide beberapa set option menu makanan.



Oh ye, selain majlis perkahwinan, korang juga boleh mengadakan majlis lain kat homestay ni. Contohnya majlis aqiqah. Senang kalau buat kat homestay, tak perlu nak bersesak-sesak buat kat rumah sendiri. Lebih mudah dan selesa. Apa pendapat korang pula?

RNN Catering & Event Management Sdn Bhd
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir, Jalan Sentul, 51100 Kuala Lumpur.
Contact: 016-873 4032/ 012-325 2383

Email: sales.hotcatering@gmail.com

Lokasi Homestay:
Twenty 7 Temasya , 22 jln Doktor U1/67 Temasya Glenmarie Shah Alam


Tuesday, July 24, 2018

Nikmati Juadah Australia (Discover Australia) di Hotel Federal KL

July 24, 2018 1
Nikmati Juadah Australia (Discover Australia) di Hotel Federal KL
Kalau korang perasan sebelum ni saya ada ceritakan tentang Buffet Ramadhan di Restoran Kontiki,  Federal Hotel KL yang sememangnya merupakan salah satu buffet kegemaran saya apabila menjelang bulan Ramadhan. Baru-baru ni saya dapat tahu pihak hotel Federal turut menawarkan buffet yang bertemakan citarasa masakan Australia. Buffet yang diberi nama ‘Discover Australia’ ini hanya boleh dinikmati di Restoran Kontiki, Federal Hotel KL sehingga 29 July 2018 sahaja. Bukan sepanjang masa ada. Pakej buffet ‘Discover Australia’ di Federal Hotel KL ini telah pun bermula sejak seminggu yang lepas. Saya sendiri berkesempatan untuk merasai keenakan menu-menu masakan Australia ditemani suasana yang sangat selesa di Restoran Kontiki. Sesiapa yang pernah makan di Restoran Kontiki mesti tahu, suasana kat restoran tu memang selesa dan cantik. Bukan setakat selesa sahaja, bahkan tampak eksklusif!


Buffet citarasa Australia ini dibawakan oleh Federal Hotel KL dan The Grace Hotel Sydney, dan turut disokong oleh kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLS Meat & Livestock, serta Citibank. Salah satu tujuan kerjasama ini diadakan ialah untuk menggalakkan hubungan baik antara Malaysia dan Australia disamping mempromosikan keunikan juadah kedua-dua negara. Senang cerita, nak promosikan masakan Australia di Malaysia, dan nak promosikan masakan Malaysia di Australia. Gituuuu.





Oh by the way, sebenarnya kalau ditanya kepada saya sendiri, saya kurang arif tentang masakan Australia. Almaklum, belum pernah sampai ke Australia lagi. Bila dah ke buffet “Discover Australia” ni baru tahu rupa-rupanya negara Australia terkenal dengan menu barbecue dan makanan laut yang segar. Bab makanan laut tu memang tak dapat disangkal lagi, memang segar sungguh.




Rasanya tak perlu saya nak membebel panjang sangat kat sini. Korang layan ajelah gambar makanan yang sempat saya tangkap. Tak semua saya sempat tangkap pun. Almaklumlah, bila jumpa makanan terus campak phone ke tepi, haha.

Menu-menu ini disediakan oleh Chef Darren Ho yang dibawakan khas dari The Grace Hotel Sydney, dan Chef Tang Hou Chin dari Australia Culinary National Team. Selain itu. Chef-chef dari Federal Hotel sendiri turut bekerjasama dalam menyediakan masakan-masakan ini. Antaranya ialah Chef Law Weng Seng, Chef Tan Kok Siong, dan Chef Abdul Latif Mohamad Noor.




Walaupun Australia terkenal dengan barbecue dan makanan laut, tapi dekat  buffet “Discover Australia” ni turut dihidangkan menu lain seperti pencuci mulut dan sebagainya. Tinggal larat nak makan dengan tak je, hehe.






Crepe ni antara menu terakhir yang saya cuba. Yela, pencuci mulut. Nampak aje rupa tak semnggah sebab saya sapu sendiri krim dan taburan buah-buahan tu. Tapi, rasa dia ya Allah sedap betul. Siap bertambah second round. Nasib baik walaupun dah kenyang tetap gagahkan jugak cuba crepe ni. Ini wajib cuba tau kalau korang ke sini.

Crepe paling sedap pernah rasa

Korang kalau nak merasai sendiri masakan-masakan Australia, belum terlambat lagi. Pakej buffet “Discover Australia” ni akan berlangsung sehingga 29 July 2018.

Kat mana? Restoran Kontiki, Mezzanine  Level, KL Federal Hotel
Bila? 13 July – 29 July 2018 (hanya setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja)
Waktu ? 6 petang sehingga 10.30 malam
Harga? Dewasa RM148 / Kanak-kanak RM55 / Warga emas RM74

Tel : 03-21489166

Monday, July 16, 2018

Review Pengalaman menggunakan servis pindah barang TheLorry

July 16, 2018 25
Review Pengalaman menggunakan servis pindah barang TheLorry
Sejak balik ke KL selepas cuti hari raya Aidilfitri yang lepas, hidup memang rasa sibuk sangat-sangat. Tak sempat nak menulis di blog. Rasa macam 24 jam sehari tak mencukupi, dan hari minggu tak sempat nak berehat sangat pun. Penat berhari raya pun belum habis lagi, hehe. Datang KL, macam-macam hal kena setelkan. Pertengahan Julai ni ofis tempat saya bekerja akan dipindahkan ke Damansara. Disebabkan ofis akan berpindah, makanya saya dan rakan sebilik buat keputusan untuk menyewa di kawasan yang lebih dekat. Bukan apa, kalau tak pindah rumah memang jauh. Naik LRT (22 stesen) satu jam baru sampai ke stesen yang berdekatan dengan ofis. And for your info, I’m not really a morning person. Dan memang tak sanggup hari-hari nak habiskan satu jam pergi satu jam balik hanya dalam LRT. So pencarian rumah sewa baru bermula sekitar 2 minggu sebelum hari raya. Alhamdulillah, dipermudahkan pencarian. Jumpa 1 bilik untuk disewakan pada kadar yang lebih murah. Sewa bilik lebih murah tu kira bonus lah kan. Yang penting, rumah tu berdekatan dengan stesen LRT, laluan dari LRT ke rumah memang tak sunyi (penting, sebab sometimes saya balik malam kalau ada join event), jumlah penyewa kat rumah tu cuma 5 orang termasuk kami (not too crowded, masih selesa). Kemudahan area situ pun banyak. Dekat dengan mall, laundry, kedai, etc. Yang paling saya suka sangat sebab rumah tu dekat dengan pondok pengawal, dan terletak hanya di tingkat 1. Yeayyy, takyah naik lif (if you know me, saya sejenis yang takut naik lif sorang-sorang).

Gambar sekadar hiasan

Memandangkan barang-barang kitorang agak banyak, kitorang decide untuk ambil servis pindah barang. Actually kitorang takde perabot atau tilam pun nak dibawa ke rumah baru sebab kat rumah lama katil dan tilam memang disediakan. Yang banyak tu barang-barang harian je haha. Harap maklum, biasalah perempuan. Baju aje dah berkotak-kotak, pastu masih duk merungut takde baju nak pakai. Itu belum campur kotak-kotak kasut dan seumpamanya. Mula-mula terfikir jugak, banyak sangat ke barang sampai nak sewa lori bagai? Tapi bila combine barang saya dah Ekin (my roommate), banyak jugak sebenarnya. Plus, kitorang ambil servis ni sebab malas nak fikir angkat barang bagai. Kitorang cuma kemas masukkan dalam kotak, kemudian diorang yang punggah.

Masa tu kitorang survey nak ambil pakej The Lorry atau pakej Jembal Movers. Lebih kurang je pakej yang diorang tawarkan. Kalau ambil Jembal Movers, harga yang diorang quote tu dah termasuk dengan kos pekerja untuk angkat barang. Paling kecil diorang ada merupakan lori 1 tan. Lori 1 tan + 2 pekerja, RM300. Untuk The Lorry pulak, ada a few package. Kalau bukak website TheLorry, kita boleh pilih dan customize servis yang kita nak tu based on keperluan kita. Boleh pilih nak lori, van atau 4x4 vehicle. Lepastu boleh pilih nak berapa orang pekerja untuk angkat barang. Tapi  harga untuk lori dan harga untuk pekerja dikira asing tau. Kalau korang tak add on pekerja, memang korang kena angkat sendiri barang-barang tu keluar masuk lori. Driver just tolong hantar je. Basically harga yang kita bayar tu just untuk sewa lori dan pemandu je. Nak tak nak memang kena add on pekerja kalau tak nak angkat sendiri. Harga untuk seorang pekerja adalah RM104. Dan kalau ambil 4x4, takleh add on pekerja. Kena angkat sendiri barang-barang tu. So 4x4 dah terkeluar dari list kitorang. Masa tu either nak ambil van atau nak ambil lori 1 tan. Duk terfikir, lori 1 tan ni besar sangat ke? Tapi tengok harga tak banyak beza pun, cuma beza RM30 sahaja. Dah alang-alang tu baik ambil lori 1 tan kan? Takpe kalau terlebih besar, asalkan jangan tak muat je. Bajet macam banyak sangat je barang kan, haha. End up kitorang decide nak ambil lori 1 tan, add on 1 pekerja. Add on 1 pekerja je sebab kitorang rasa barang kitorang tak berat sangat pun, pakaian je dalam kotak-kotak tu. Bukan ada perabot pun. Padahal nak jimat, lololol. Nak diangkat dari rumah teres bilik tingkat 3, ke apartment tingkat 1. Okay la kan, hehe.


Survey dah awal dah. Tapi sebab sibuk dengan macam-macam urusan, sehari sebelum tarikh nak pindah baru kitorang kalut nak booking lori (which is very last minute). Disebabkan last minute booking, ianya dikira sebagai express booking , so kitorang kena cas extra RM31 (harga asal untuk lori 1 tan RM149, jadi RM180 sebab booking last minute). Padan muka haha.


Sebaik sahaja kita confirm booking, tak sampai sejam dah dapat panggilan daripada pemandu lori yang akan bawa barang-barang kitorang nanti. Pemandu yang kitorang dapat tu Indian. Dia call untuk confirmkan barang kitorang banyak ke tak. Bunyi suara dia macam risau je sebab kitorang add on seorang pekerja je. Petangnya dia call lagi tanya confirm ke nak 1 pekerja je. Maaflah, weols nak jimat lol. So saya bagitahu la, tingkat 3 yang saya maksudkan tu bukan rumah tingkat 3, sebaliknya rumah teres je. Bilik kitorang yang dekat tingkat 3. Dan kami bagitahu sesiap, takde perabot pun. Hanya kotak-kotak yang mengandungi barangan peribadi sahaja. Dah bagitahu macam tu baru dia macam lega.


Pagi esoknya kitorang dah tolong angkat barang-barang yang kecil letak kat luar rumah sesiap. Tinggal diorang nak kena angkat kotak-kotak baju dan lain-lain je. Kitorang request pukul 10 pagi. Pukul 9.30 pagi driver dah sampai. Tengok dia bawa 2 orang lagi bersama. Total 3 orang la. Lepastu Ekin cakap masa tengah angkat barang tu, uncle Indian tu membebel cakap barang kitorang banyak dan 1 pekerja tak cukup. Panik kejap saya, takut kena marah haha. Actually personally saya rasa 1 pekerja memang cukup je sebab barang-barang yang ringan sikit kitorang dah tolong angkat letak luar rumah sesiap. Tinggal kotak-kotak baju dan kotak besar sikit je yang kitorang sebagai perempuan tak larat nak angkat. Nasib baik diorang tak cas extra lagi, haha. Tengah kalut-kalut tu tak sempat pun nak tangkap gambar. Lepas lori dah gerak, kitorang pun terus gerak ke rumah sewa baru tu. Kitorang sampai sana, diorang memang dah sampai pun.


Itu jela nak kongsi pengalaman saya menggunakan servis pindah barang dari TheLorry. Perkhidmatan macam ni memang memudahkan urusan pindah rumah. Total kitorang bayar untuk servis pindah barang TheLorry ni RM284. Okay la, penat pindah rumah tu tak teruk sangat sebab diorang yang tolong angkat. By the way, diorang angkat elok je, takde barang yang rosak ke pecah ke patah ke. Beberapa perkara penting perlu korang ambil perhatian kalau nak guna servis TheLorry ni.

  1. Booking awal. Sila booking sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pindah kalau taknak bayar extra charge.
  2. Kalau rumah korang jenis apartment / kondo yang ada pengawal bagai, sebelum booking seeloknya korang confirmkan dahulu dengan pihak pengurusan tempat korang tinggal / tempat korang nak pindah tu, lori boleh masuk tak untuk tujuan pindah tu. Bukan apa, nak bagi smooth sikit urusan pindah barang tu. Sesetengah kawasan residensi tak bagi lori sewenang-wenangnya masuk kawasan tu. Atau mungkin ada prosedur nak kena isi borang dulu ke apa ke. 
  3. Tak pasti boleh bayar online ke tak. Tapi kitorang haritu pilih untuk bayar cash selepas semua kerja selesai. So sediakan cash secukupnya. Lepas habis punggah barang, baru bayar terus dekat driver lori tu. Then dia akan minta kita sign something, macam delivery report gitu.
  4. Oh ye, kalau korang nak pindah ke rumah bujang yang dah ada penghuni lain kat rumah tu, make sure korang dah bagitahu penghuni rumah tu sesiap bahawasanya akan ada orang hantar barang pada tarikh sekian sekian. Jangan jadi macam kitorang. Lupa nak bagitahu kat housemate baru. Bila those Indian guys ketuk pintu pagi-pagi cakap nak hantar barang, takut lah housemate baru kitorang tu hahaha. Sebab dorang tak tahu menahu pasal tu. Nak buka pintu pun was-was takut orang jahat. 


P/s : Sebenarnya kalau nak pindah barang untuk seorang, rasanya ambil van pun dah memadai. One of my officemate pernah ambil pakej TheLorry – van untuk pindah bilik. Muat je katanya. Siap pindahkan tilam dan katil sekali kalau tak silap. Kitorang je terlebih risau takut tak muat, sampai ambil lori 1 tan, haha.

Tuesday, June 26, 2018

Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

June 26, 2018 36
Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold
Sibuk beraya, sampai blog pun terabai haha. Maaflah, musim raya memang tak sempat nak buka blog pun. Macam mana raya korang? Saya baru semalam sampai ke KL dari kampung. Sibuk dengan persiapan raya diri dan keluarga dah satu hal. Lepas tu duk melayan tetamu, pergi ziarah saudara-mara, dan juga memenuhi jemputan majlis perkahwinan rakan-rakan. Musim raya ni ramai ambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Mood raya pun tak habis lagi ni. Kita sambung beraya di KL ye, hehe. Ada tangkap gambar banyak-banyak tak musim raya ni? Selagi phone tu tak habis battery, selagi tu la pakat duk bergambar. Ye tak? Memory phone tu penuh dengan gambar raya je nanti.

Dah alang-alang masih dalam musim raya dan masih rajin nak pakai lawa-lawa, apa kata korang join Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold ni. Alah, sambal-sambil nak pergi beraya tu korang wefie dulu. Mana la tahu kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tak salah mencuba, kot-kot boleh menang besar!


Hanya dengan beberapa langkah, korang berpeluang untuk memenangi Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold yang berlangsung bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 (penyertaan ditutup jam 10 malam). Dah lama rupanya peraduan ni berlangsung, tapi saya baru perasan sekitar minggu lepas. Tempoh penyertaan tinggal tak sampai seminggu pun lagi. Penyertaan last minute pun mana la tahu kot-kot lagi bertuah kannnnn. Cara penyertaannya mudah je.

  1. Beli Jus Hidayah Gold.
  2. Bergambar beramai-ramai (wefie) bersama Jus Hidayah Gold. Make sure ada Just Hidayah Gold dalam wefie korang tu.
  3. Download aplikasi QR reader, lepastu scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Alah, ikut je langkah yang terdapat di website www.seraimas.my
  5. Jangan lupa sertakan slogan “Saya sertai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana ….” (tidak melebihi 50 patah perkataan)
  6. Upload gambar wefie raya bersama Jus Hidayah Gold korang tu dekat aplikasi yang korang dah download tadi tu.

NOTE : Pastikan hantar penyertaan sebelum tarikh tutup, baru lah berpeluang untuk menang. Yang lambat memang tak dilayan. Kornag bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar yang korang guna untuk penyertaan tersebut. Info lebih lanjut tentang terma & syarat peraduan ni korang boleh semak di https://seraimas.my/peraduan/  . #WefieRayaJusHidayahGold


Kat mana nak beli Jus Hidayah Gold ni? Haa bagi yang dah memang biasa minum Jus Hidayah Gold ni, takde masalah la kan. Bagi yang tak biasa, korang boleh dapatkan di took-toko jamu berdekatan, atau di website Seraimas (www.seraimas.my) / facebook Seraimas (https://www.facebook.com/seraimasHQ) . Untuk peraduan ni, korang boleh hantar penyertaan sebanyak yang mungkin dengan syarat setiap penyertaan mestilah mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan gaya paling kreatif. Pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi Seraimas HQ.

HADIAH
Tempat Pertama : Gold Bar 20g + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Kedua : Gold Bar 10g + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ketiga sehingga Kelima : 1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas

Seraimas Herbs


Serai Mas Herbs Sdn Bhd ni dah ditubuhkan sejak 2005 lagi. Melalui syarikat ini, Pengarah Urusan Syarikat iaitu Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan juga kecantikan yang bermutu tinggi. Antara produk keluaran SeraiMas adalah Losyen Terapi Anggun Dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Itu antara produk terawal mereka. Dah makin mendapat tempat dihati orang ramai barulah Seraimas memperkenalkan beberapa lagi produk iaitu Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas.

Jus Hidayah Gold

Jujur saya cakap, dalam banyak-banyak produk Seraimas, Jus Hidayah Gold merupakan produk yang paling saya tahu. Mana tidaknya, selalu keluar iklan kat tv. Pastu selalu gak tengok dalam Instagram Imam Muda Asyraf. Almaklum, Imam Muda Asyraf merupakan duta produk Jus Hidayah Gold dan sangat terkenal dengan tagline “Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal”. Eh ada yang tak tahu siapa Imam Muda Asyraf? Amboiii sangat. Nampak sangat duk tengok tv rancangan yang lagha-langa je, haha. K gurau je. Imam Muda Asyraf ni merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Sekarang ni Imam Muda Asyraf mengacarakan program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program Hidayah Talk ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.


Okay berbalik kepada Jus Hidayah Gold. Jus Hidayah Gold ni adalah minuman kesihatan yang menggabungkan 23 jenis herba dan makanan sunnah antaranya: Madu, buah tin, kismis, kurma merah, apricot, delima, lada pintal, cengkih, buah pala, senduduk putih, mahkota dewa, habbatus sauda,, mengkudu, dan teja lawang.

Soal kesihatan tubuh badan ni, orang kata lebih baik mencegah sebelum terkena. Produk yang berasaskan herba alam semulajadi macam Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta mengubat penyakit.


Seraimas beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor. Produk-produk keluaran Seraimas sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ini, boleh usha kat website Seraimas ye.

Website: www.seraimas.my
No telefon: +6012 7848364


Friday, June 8, 2018

Buih Mandian 2 Dalam 1 Muka & Badan Dashing.

June 08, 2018 5
Buih Mandian 2 Dalam 1 Muka & Badan Dashing.
Punyai 2 orang abang dan 2 orang adik lelaki, jenama Dashing sememangnya tak asing pada diri saya. Kalau balik kampung, dalam bilik air penuh tu bersusun barangan penjagaan diri dari jenama Dashing. Bukan setakat pencuci muka sahaja, bahkan pewangi dan deodorant pun sama. Pendek kata, jenama Dashing ni memang dah sinonim sangat dengan kaum Adam.

Baru-baru ni Dashing ada mengeluarkan produk baru lagi iaitu Buih Mandian 2 Dalam 1. Kenapa 2 dalam 1? Sebab ianya bukan sahaja boleh digunakan di seluruh badan, tetapi juga di bahagian muka. Mudah kan? Tak payah nak beli dan bawak banyak jenis toiletries. Waktu mandi nak terus cuci muka pun senang.  Jangan kata orang lelaki, kaum perempuan pun suka jugak ni kalau ada produk penjagaan diri 2 dalam 1 macam ni. Sangatlah memudahkan.


Lagi satu, bila adanya produk penjagaan diri 2 dalam 1 macam ni secara tak langsung boleh buat kaum lelaki lebih menitikberatkan soal penjagaan diri. Bukan apa, saya tahu memang ramai je kaum lelaki jenis yang tak ambik tahu sangat soal nak cuci muka bagai ni. Sesetengahnya pencuci muka pun takde. Bila ada Buih Mandian 2 Dalam 1 Dashing ni, senang la. Baru la muka pun Nampak bersih sikit. Bersih dari jerawat dan lain-lain. Buih mandian ini mampu membersih muka dan badan secara menyeluruh bagi memastikan kesegaran diri.

Buih Mandian 2 Dalam 1 Muka & Badan Dashing ini didatangkan dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Ianya diformulasi  dengan wangian Dashing eau de toilette (EDT), jadi selain memberikan kesegaran ianya juga memberikan haruman maskulin yang kekal lama untuk kaum lelaki. Tak payah nak risau dah kalau-kalau badan berbau. Mandian aje dah bau wangi macam perfume.


COOL – Dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk, ianya sesuai untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang.
ACTIVE – Gabungan Nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber, ianya pelengkap untuk jejaka yang bergaya lasak  dan  mempunyai gaya hidup yang aktif.
ULTIMATE KICK – Haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan moden.
HATTRICK – Gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber, wangian Hattrick merupakan simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki.


Harga? RM17.90 sahaja untuk 700ml. Boleh dapatkan di kedai-kedai berdekatan.

Hidangan Meriah Raya di Kenny Rogers Roasters (KRR)

June 08, 2018 19
Hidangan Meriah Raya di Kenny Rogers Roasters (KRR)
Bulan puasa ni asyik duk makan dekat bufet Ramadhan aje. Kalau tak bufet Ramadhan, beli kat bazaar Ramadhan. Gantung kuali sangat, haha. Saya bukan malas nak masak, cuma keadaan kat rumah tak mengizinkan untuk memasak buat masa sekarang. Tunggu dah pindah rumah lain nanti baru start masak balik. Time tu mungkin pergi kerja pun bawak bekal sebab ofis baru nanti tak tahu la cafenya dekat atau jauh. Sebenarnya rindu jugak nak makan hasil air tangan sendiri walaupun skill memasak tak seberapa pun, haha.


Okay, sebenarnya nak cerita. Sekitar last week saya sempat berbuka puasa dekat Kenny Rogers Roasters (KRR) di Berjaya Times Square bersama beberapa orang rakan. Berzaman weyh tak pi Times Square, haha. Pergi weekdays, lepas kerja terus ke sana sebab kebetulan ada prize giving ceremony oleh pihak KRR dekat outlet tu. Sebelum ni KRR telah menganjurkan Fortune Saranghaeyo Contest dan tiga orang pemenang telah pun dipilih. Eh tak tak, saya bukanlah pemenangnya haha. Saya pergi tengok je. Bertuah la badan kalau menang jugak sebab hadiahnya flight ticket 4D3N ke Korea weyhhhh! Tahniah buat para pemenang. Saya memang tak la menang sebab tak sempat join pun contest tu. Mereput kat Malaysia jela jawabnya.

Pemenang : Tempat pertama Encik Mohd Amin bin Hadarih, Tempat kedua Encik Zahar bin Amir, Tempat ketiga Suzan binti Vincent

Oh by the way, berbalik kepada berbuka puasa di Kenny Rogers Roasters (KRR). Rupa-rupanya KRR ada menu baru bersempena musim perayaan ni. Korang rasa apa menu barunya? Haaa kali ni KRR menampilkan hidangan tradisional dengan sedikit sentuhan moden melalui sajian terbaru Meriah Raya. Sajian Meriah Raya ni available sehingga 31 July 2018.



Menu yang klasik tetapi unik dari KRR ini berupa ayam masak merah berserta Kenny’s Nasi Tomato. Sebab bazaar dekat kawasan rumah saya takde jual nasi tomato Ramadhan kali ni, makanya saya excited sangat bila tengok KRR ada menu nasi tomato. Ada beberapa option yang customer boleh pilih dengan harga serendah RM15.50 dan ke atas.


KRR Riang Ria Muffin tu not bad. Warna hijau, ada rasa pandan dengan kombinasi inti kelapa yang direndam dengan brown sugar. Eh complicated sikit nak explain bab rasa ni, haha. Nak tahu kena pergi rasa sendiri.


Tak lengkap makan tanpa air kan? Kang tercekik tak ke haru. Ada 2 jenis air yang baru  diperkenalkan sekaligus dengan menu Meriah Raya ni iaitu Kenny’s Sirap Bandung dan Kenny’s Frizzy Rose.

Kenny’s Sirap Bandung

Kenny’s Frizzy Rose


NOTE : Korang kalau jenis yang tak selesa nak berbuka kat luar, kot-kot tak nak rushing pergi solat ke, atau tak selesa nak makan kat tempat awam sebab ada anak kecil, don’t worry. Korang masih boleh menikmati keenakan juadah KRR Meriah Raya ni dengan pakej KRR Meriah Take Home hanya pada harga RM59.90 sahaja. Boleh jimat RM23. Pakej ni termasuk 1 Kenny’s Whole Chicken ATAU 6 Ayam Masak merah, 4pcs Riang Ria  Muffin, 2 side dishes, 1 1.5L Coca Cola, dan 1 i.Care Bag bernilai RM10.

Thursday, June 7, 2018

Buffet Ramadhan - The Federal KL Meraikan anak-anak Rumah Nur Kasih Bestari di Restoran Kontiki.

June 07, 2018 14
Buffet Ramadhan - The Federal KL Meraikan anak-anak Rumah Nur Kasih Bestari di Restoran Kontiki.
Ramadhan kali ini, saya sekali lagi berpeluang berbuka puasa di salah satu restoran di The Federal Hotel KL iaitu Restoran Kontiki. Sekitar dua tahun lalu saya pernah berbuka puasa buffet di sini. Buffet Ramadhan di Restoran Kontiki merupakan salah satu buffet Ramadhan yang saya gemari berbanding buffet Ramadhan lain di Kuala Lumpur. Kenapa? Teruskan pembacaan. Oh ye, tujuan saya berbuka di Restoran Kontiki pada hari tersebut adalah bertujuan untuk turut sama meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari. Majlis berbuka puasa untuk kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari ini merupakan inisiatif dari pihak The Federal Hotel KL dan Hotel Capitol KL.



Comel-comel je tengok kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari. Polos je semuanya. Menimbulkan rasa insaf dan syukur dalam diri ni. Kalau kita rasa hidup kita susah, ada yang lebih susah dari kita. Dan kenikmatan hidup serta kegembiraan kita, seharusnya kita kongsikan bersama insan sekeliling kita, apatah lagi kanak-kanak. Besar pahalanya menggembirakan kanak-kanak. Kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan The Federal Hotel KL.

Sedikit maklumat tentang Rumah Nur Kasih Bestari. Rumah Nur Kasih Bestari menempatkan 50 orang anak-anak dalam lingkungan umur 6 sehingga 16 tahun. Mereka adalah anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan juga kanak-kanak istimewa (OKU). Diasaskan pada Disember 2006 oleh Puan Nurul dan rakan-rakannya, Rumah Nur Kasih Bestari kini diuruskan oleh Puan Zahrati. Rumah Nur Kasih Bestari beralamat di No 20 Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, Segambut, 51200 KL. Sumbangan dan bantuan untuk mereka dari orang ramai sangat dialu-alukan.

Tengok nasi daging ni aje dah terbuka selera

Dari kiri : Fried Yee Mee, Paru Goreng Berempah, Hati Ayam Goreng Berkicap, Ayam Paprik, Mussel Masak Pedas Asam

Berbalik kepada buffet Ramadhan di Restoran Kontiki. Paling saya suka kat buffet Ramadhan di Restoran Kontiki semestinya variasi juadah yang disediakan. Siapa tak suka makanan kan? Tambahan pula kalau makanan tu sedap. Buffet Ramadhan yang dibawakan oleh Restoran Kontiki ini bertemakan Juadah Kampung. Terdapat lebih dari 100 juadah kampung disediakan disini. Selain juadah kampung, ada juga disediakan makanan selera tempatan yang sememangnya digemari ramai.

Dari kiri : Daging Kicap dan Kacang Pis, Ikan Goreng Serai, Sambal Udang Petai, Pucuk Manis Lemak Keledek, Potato with Chopped Parsley

Dari kiri : Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille, Roasted Duck with Quick Orange Sauce, Spaghetti Bolognese, Fried Squid with Dried Chili, Braised Beancurd with Seafood

Aneka salad

Dari kiri : Rojak Sotong Kangkung, Lok-lok, Otak-otak dan keropok, Tau Fu bakar, Lebanese Pita Bread

Aneka kerabu


Dari menu utama, sup, appetizer, kerabu, side dishes, BBQ , desserts…semuanya sangat menyelerakan. Dalam gambar yang saya tunjuk ni belum kesemua lagi. Hanyalah sebahagian dari apa yang ada di buffet Ramadhan tersebut. Oh ye, lagi satu perkara penting. Suasana kat Restoran Kontiki ni sangat selesa. Susun atur meja tak terlalu crowded dan jumlah para pengunjung yang diterima setiap hari tidaklah terlalu ramai macam sesetengah buffet Ramadhan. Rasanya pihak Restoran Kontiki menekankan aspek keselesaan para pengunjung, sebab tu mereka tidak tamak menerima jumlah pengunjung yang terlalu ramai setiap hari. Kita nak berjalan ke sana-sini ambil makanan pun rasa selesa. Dekorasi restoran berkonsepkan minimalist moden dan tampak mewah. Memang suasana kat restoran tu terasa mewah dan eksklusif. Sesuai untuk gathering berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga corporate dinner.


Aneka deepfried di BBQ Station




Dessert banyak betul pilihan

Sushi pun ada

Lemang

Susun atur hidangan pun memang Nampak kemas dan memudahkan para pengunjung. Juadah kampung, dessert dan appetizer dihidangkan di bahagian dalam restoran. Manakala di bahagian luar restoran pula disediakan BBQ station dan gerai-gerai untuk menu lainnya. Betul-betul bersebelahan restoran tu terdapat kolam renang. Best kan berbuka puasa berlatar belakangkan pemandangan dan suasana macam ni. Kawasan sekeliling restoran ni memang bersih dan cantik. Instagrammable sangat! Boleh tangkap gambar banyak-banyak upload kat Instagram. Saya tak banyak sangat tangkap gambar suasana restoran sebab bila tengok makanan, hati saya jadi tak keruan sampai lupa nak tangkap gambar sekeliling.

Harga buffet Ramadhan di Restoran Kontiki, The Federal KL
Dewasa : RM138
Kanak-kanak : RM35
Warga Emas : RM69


Sangat menyelerakan menu buffet Ramadhan di Restoran Kontiki ni kan? Lokasi pun tengah-tengah Bukit Bintang, sangat senang nak ke sini. Habis kerja terus ke sini dengan rakan-rakan. Saya sendiri pun seronok berbuka puasa sambal gathering dengan rakan blogger yang lain. Sempat bergambar bersama sebelum pulang. Eh korang kalau nak berbuka puasa di restoran Kontiki, sempat lagi ni buat tempahan. Boleh buat tempahan di 03-21489166 atau email ke fnb@federal.com.my .


THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur