Sebelum ni saya pernah tulis pengalaman saya menginap di KL Journal Hotel selama 2 hari 1 malam. Dalam penulisan tersebut ada saya ceritakan tentang restoran Kedai Kopi Journal yang terletak di tingkat bawah Hotel KL Journal. Kali ini saya nak ceritakan pula tentang pakej buffet Ramadhan yang disediakan di Kedai Kopi Journal, Hotel KL Journal pada tahun ini. Biasalah kalau dah bulan Ramadhan ni, memang tercari-cari pakej buffet Ramadhan yang berbaloi dan lain dari yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berbuka puasa di Hotel KL Journal. Tema buffet Ramadhan yang dibawakan oleh Hotel KL Journal kali ini ialah “Selera Malaya”.
Memandangkan tema yang dibawakan kali ini ialah Selera Malaya, makanya Hotel KL Journal menyediakan variasi hidangan klasik dan moden Malaysia untuk memenuhi selera warga Malaysia. Antara contoh hidangan ialah kari kepala ikan, ikan pari asam pedas, rending daging, ayam kapitan & percik, kambing masak kurma, soto ayam, tom yam seafood, otak-otak Muar, kuih-muih, kaunter Lok-lol, kaunter ulam-ulaman, rojak buah, pasembur, keropok, chocolate fountain dan lain-lain lagi.
Apa yang menarik dan luar biasa sikit kat buffet Ramadhan di KL Journal Hotel ni? Haaa, yang menariknya bagi saya adalah ruangan “Lok-lok Stop”. Dekat Lok-lok Stop ni, terdapat lebih dari 30 pilihan skewer yang boleh dipilih. Saya sememangnya penggemar skewer. Memang duk aim skewer ni je dari awal sampai, lol.
Bila pergi dekat bahagian kuih-muih, terus teringat suasana kampung. Tak tahu la kenapa, haha. Mungkin sebab pilihan kuih-muih yanga da tu memang kuih-muih tradisional sangat. Macam kuih yang mak selalu buat. Rindu pulak kat mak.
Kalau nak rasa suasana berbuka puasa dengan dikelilingi juadah-juadah yang memang Malaysia sangat, boleh la pertimbangkan untuk ke KL Journal Hotel. Harga buffet Ramadhan di KL Journal Hotel adalah RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 6-11 tahun). Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.
Untuk maklumat lebih lanjut atau nak buat reservation berbuka puasa kat KL Journal Hotel, boleh contact pihak restoran hotel di (+603) 2110 2211 atau boleh email ke fbm@kljournal.com .
Memandangkan tema yang dibawakan kali ini ialah Selera Malaya, makanya Hotel KL Journal menyediakan variasi hidangan klasik dan moden Malaysia untuk memenuhi selera warga Malaysia. Antara contoh hidangan ialah kari kepala ikan, ikan pari asam pedas, rending daging, ayam kapitan & percik, kambing masak kurma, soto ayam, tom yam seafood, otak-otak Muar, kuih-muih, kaunter Lok-lol, kaunter ulam-ulaman, rojak buah, pasembur, keropok, chocolate fountain dan lain-lain lagi.
Apa yang menarik dan luar biasa sikit kat buffet Ramadhan di KL Journal Hotel ni? Haaa, yang menariknya bagi saya adalah ruangan “Lok-lok Stop”. Dekat Lok-lok Stop ni, terdapat lebih dari 30 pilihan skewer yang boleh dipilih. Saya sememangnya penggemar skewer. Memang duk aim skewer ni je dari awal sampai, lol.
Bila pergi dekat bahagian kuih-muih, terus teringat suasana kampung. Tak tahu la kenapa, haha. Mungkin sebab pilihan kuih-muih yanga da tu memang kuih-muih tradisional sangat. Macam kuih yang mak selalu buat. Rindu pulak kat mak.
Kalau nak rasa suasana berbuka puasa dengan dikelilingi juadah-juadah yang memang Malaysia sangat, boleh la pertimbangkan untuk ke KL Journal Hotel. Harga buffet Ramadhan di KL Journal Hotel adalah RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 6-11 tahun). Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.
inquiries@kljournal.com