emilinda: news
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Thursday, October 17, 2019

Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM

October 17, 2019 3
Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM
Siapa je yang tak kenal jenama AFY Haniff kan? Jenama ni sangat sinonim untuk bahan pencuci & pewangi rumah. Suri rumah atau emak-emak biasanya memang tahu sangatlah jenama AFY Haniff ni. Boleh dikatakan hampir setiap rumah sekarang ni ada sekurang-kurangnya satu produk AFY Haniff. Rumah mak saya sendiri pun tak terkecuali. Mana tidaknya, produk AFY Haniff terbukti berkesan dalam menghalau serangga. Bukan itu sahaja, baunya pun wangi sangat. AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd yang diasaskan pada tahun 2006 menghasilkan produk detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai sebagai bahan utama. Terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga, produk AFY Haniff kini telah berjaya berada di lebih 2000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.


Dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir, baru-baru ini pihak AFY Haniff telah menghasilkan kerjasama pertama bersama pihak McDonald’s dalam usaha menjayakan aktiviti gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald yang bertempat di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Misi utama pihak AFY Haniff menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati dan bantuan kepada para pesakit dan waris terdekat pesakit di bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Dengan kehadiran pihak AFY Haniff, sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada para pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti yang dijalankan ini sesungguhnya diharapkan dapat menceriakan lagi hati para pesakit dan keluarga pesakit yang terlibat.



Bertarikh 24 September 2019, aktiviti gotong-royong tersebut bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang. Seawal jam 9 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas serta lawatan ke Rumah Ronald McDonald. Seterusnya, pihak AFY Haniff berbelanja barangan keperluan untuk kegunaan para penghuni Rumah Ronald McDonald. Antara barangan yang dibeli adalah perkakasan elektrik, peralatan memasak, stok makanan kering dan juga makanan basah.


Menginjak waktu tengahari, aktiviti diteruskan pula dengan acara memasak beramai-ramai untuk santapan tengahari. Kemeriahan terasa apabila sesekali aktiviti sebegini diadakan. Kemuncaknya adalah aktiviti membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald dengan menggunakan sepenuhnya produk AFY Haniff (termasuk menyapu sampah, mengemop lantai, menyembur fabrik pewangi di langsir dan cadar, mencuci pinggan mangkuk dan seumpamanya). Antara produk AFY Haniff yang digunakan termasuklah pembersih lantai, spray pewangi, pewangi fabrik, pencuci pinggan mangkuk, dan pelbagai lagi produk keluaran AFY Haniff.



Sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff juga turut diberikan kepada para penghuni disana untuk mereka manfaatkan dalam penggunaan seharian. Selain sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff, pemberian sumbangan wang secara ‘kilat’ juga turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian sumbangan wang yang diberikan secara mengejut pada ketika itu diharapkan dapat membantu meringankan beban serta menggembirakan hati keluarga pesakit. Pesakit yang merupakan anak kepada penerima sumbangan ini sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta dikala usianya hanyalah 5 tahun. Kemalangan dalam usia yang sekecil ini, kecederaan yang dialami oleh pesakit agak serius dan diharapnya berkat doa dari semua, pesakit akan segera pulih seperti sedia kala.

Sumbangan wang

Alhamdulillah, inisiatif sebegini mungkin kelihatan kecil bagi kita yang kat luar ni. Tapi sebenarnya memberi makna yang sangat besar untuk para penghuni Rumah Ronald McDonald dalam menghadapi hari-hari berdepan sakit yang dialami oleh mereka. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan keriangan dalam diri para pesakit serta keluarga mereka. Tentu sahaja mereka gembira apabila ada pihak yang sudi meraikan mereka. Alangkah bagus jika terdapat lebih banyak pihak yang tampil dengan inisiatif sebegini di masa akan datang.

Berbalik kepada rangkaian produk AFY Haniff. Seingat saya pada awal kemunculan AFY Haniff, rangkaian produknya taklah banyak macam sekarang ni. Tapi dek kerana keberkesanannya dan memang mendapat sambutan menggalakkan dari para pengguna, dari tahun ke tahun jenama AFY Haniff semakin berkembang dan makin mendapat tempat dihati para pengguna. Bukan suri rumah dan emak-emak aje yang duk guna produk AFY Haniff ni. Tapi para pelajar yang tinggal kat asrama pun ramai yang guna. Nak halau serangga dari bersarang dalam bilik asrama, serta nak wangikan bilik memang AFY Haniff la yang jadi pilihan. Harganya pun tak mencekik, memang harga mampu milik.


Akhir kata, saya sebagai orang awam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AFY Haniff atas inisiatif membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald ni. Ushaa sebegini memang membuka mata masyarakat untuk lebih cakna terhadap golongan yang dalam kesusahan. Untuk maklumat lanjut (dan gambar-gambar) tentang program kebajikan ini yang dianjurkan oleh pihak AFY Haniff, korang boleh rujuk di media sosial AFY Haniff.


Sunday, April 21, 2019

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik

April 21, 2019 15
Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik
PETALING JAYA, 16 April 2019 – Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).


Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.


Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”


Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”


Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.

Tuesday, April 9, 2019

Tuah Promosikan Produk di Facebook Live , Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Bernilai RM500 Ribu

April 09, 2019 31
Tuah Promosikan Produk di Facebook Live , Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Bernilai RM500 Ribu
Siapa je yang tak mahukan majlis perkahwinan yang grand dan mewah kan? Kalau tanya saya, saya pun nak. Tapi kena fikir soal kos dan bajet la pulak. Lain kisahnya dengan Siti Suriani atau lebih mesra dikenali sebagai Siti Jamumall. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perkahwinan Siti Jamumall yang pada asalnya dirancang secara kecil-kecilan sahaja akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang grand dan mewah kerana mendapat tajaan perkahwinan bernilai sehingga RM 500 000 dari hampir 100 vendor! Bertuah sungguh Siti Jamumall ni. For those yang biasa duk layan live dekat Facebook, mesti kenal siapa Siti Jamumall ni kan? Kecik molek, manis orangnya. Siti merupakan adik founder JamuMall.Com merangkap host bagi Facebook Live Jamumallcom . Alah, si gadis comel molek yang selalu duk buat live review di Facebook tu.


Ramai artis dan vendor-vendor perniagaan tempatan yang memilih untuk mempercayai Jamumall.com sebagai platform bagi memperkenalkan dan mengetengahkan produk-produk mereka. Kalau korang follow Facebook Jamumallcom , korang tentu terbiasa dengar dan tengok Siti ni berceloteh dekat Facebook live dalam mempromosikan produk-produk yang dipasarkan melalui platform Jamumall.Com . Kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk tersebut, sebaik sahaja Siti mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin, banyak sungguh pihak vendor yang pernah berurusan dengan Jamumall.com menawarkan tajaan untuk perkahwinan Siti.



Sewaktu ditanya berkenaan tajaan yang diterima ini, Siti jelas merasa sungguh terharu dengan reaksi positif dari vendor-vendor yang pernah bekerjasama dengan Jamumall.com . Ternyata usaha Siti selama 3 tahun duk buat live di Facebook bagi membantu mempromosikan produk usahawan tempatan membuahkan hasil dan dihargai oleh para vendor. Merasa sungguh bersyukur, Siti dan pasangannya berharap agar dilimpahkan rezeki bagi pihak vendor yang dah berbesar hati menaja majlis perkahwianan mereka.


Saya sendiri turut dijemput ke majlis perkahwinan Siti dan pasangannya, Syafiq pada hari Ahad yang lepas, 7 April 2019 bertempat di Laman Kayangan Shah Alam. Sebaik melangkah ke dewan perkahwinan, saya merasakan sangat kagum dengan dekorasi dan suasana perkahwinan yang gah itu. Pelamin dia memang idaman sangatlah! Katanya dekorasi pelamin & hiasan dewan adalah hasil creativity pihak Weddings by Emma. Jarang sangatlah saya ke majlis perkahwinan yang serba mewah macam ni. Dah la Siti Jamumall ni seorang yang humble dan tak sombong, dijemputnya semua orang ke majlis perkahwinan dia. Kiranya sesiapa sahaja nak datang pun boleh. Perkahwinan mewah konsep terbuka gitu, takde diskriminasi. Orang ramai memang dialu-alukan hadir.



Kek pengantin yang bertingkat bagai tu adalah tajaan dari Mad About Cake. Serious weyh, kek aje dah lawa gila. Kalau saya, sayang kot nak potong & makan hahah. Persalinan pengantin adalah tajaan dari Dlia Jane Bridal Collection. Lawa teruk weyh! Masa pengantin sampai dan berarak nak ke pelamin, nampak jelas detailing baju pengantin perempuan. Lawaaaa…siap ada beberapa orang bridesmaid tolong angkat gaun yang meleret-leret tu.

Waktu saya melangkahkan kaki ke dewan, saya segera disapa oleh beberapa orang staff Jamumall.com dan diberikan doorgift yang saya kira sangat mewah dan meriah. Yela, biasa kita pergi wedding dapat doorgift satu atau 2 sahaja. Tapi hasil tajaan pelbagai pihak, setiap tetamu diberikan doorgift yang pelbagai. Kat bawah ni antara doorgift yang saya dapat dari majlis perkahwian Siti Jamumall. Jujur saya sebagai tetamu merasa sangat teruja dan gembira bila dapat doorgift meriah macam ni. Sepanjang berlangsungnya majlis, majlis diserikan dengan persembahan muzik live dari  Mata Mata Band.


Antara penaja-penaja lain yang turut menaja perkahwinan Siti adalah Ana Zahra Beauty, Seri Lady Empire Resources, Zacthira Navillioniza, Luxe Essencia Resources, Gallery Bawal, Irahsukri, Pretty Aini, Scarf by Mehrun, Art Creation Printing, dan lain-lain.

Otak-otak dari Azlan Otak-otak (019-2149465)

Pasembor Kambing dari Joker Cendolz


Mi kari dari Chef Nar Kitchens

Dari segi makanan pula memang sedap-sedap. Pelbagai sungguh menu di majlis perkahwinan Siti Jamumall ni. Antara vendor yang terlibat menaja makanan di majlis perkahwinan Siti adalah Aiskrim Viral @noranoor , Aiskrim Colek , Icely Aiskrim Potong, mee kari dari Chef Nar Kitchens , laksa johor dari Rumpun Selera, Pasembor kambing panggang dari Joker Cendolz, Apam balik The Veggiess, Satay Ros , Azlan Otak-otak (019-2149465). Meriah sungguh dengan makanan, tak termakan tetamu dibuatnya.


Selamat pengantin baru diucapkan buat Siti Jamumall dan pasangannya Syafiq. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh onak duri. Moga keduanya saling bertolak ansur dan sayang menyanyangi. Salah satu pakej honeymoon Siti dan pasangan ditaja oleh Arwana Resort.