emilinda: movie
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Review Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal – Best! Wajib Tonton Seisi Keluarga.

March 11, 2019 18
Review Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal – Best! Wajib Tonton Seisi Keluarga.
Sekitar minggu lepas saya dijemput ke Majlis Tayangan Perdana Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di GSC Mid Valley. Jangan cakap korang tak kenal Upin & Ipin pulak. Tak payah duduk kat Malaysia la kalau tak kenal watak kembar animasi no. 1 di Malaysia ni, hehe. Watak Upin & Ipin ni memang dah tak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa di Malaysia. Bukan kanak-kanak je yang layan animasi Upin & Ipin ni tau, tapi orang dewasa pun ramai je yang layan. Untuk pengetahuan korang, filem animasi Upin & Ipin yang terbaru bertajuk Keris Siamang Tunggal bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mac 2019. Filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh tiga pengarah muda berbakat iaitu Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu).


Barisan pelakon suara 

Antara pelakon suara yang membintangi filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini adalah Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. File mini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Selain dihadiri oleh penerbit, pengarah, pelakon suara, karyawan industri dan pihak media, majlis tayangan perdana file mini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, YB Dr Mazlee (Menteri Pendidikan). Majlis turut diserikan dengan persembahan mantap Ernie Zakri & Fakhrul Razi. Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju-Laju, manakala Fakhrul Razi pula menyanyikan lagu Keris Sakti. Kedua-dua lagu yang didendangkan merupakan OST bagi filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal.


Sempat saya rakamkan sedikit nyanyian Ernie Zakri

Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini menelan kos hampir RM20 juta dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Lepas dah tonton sendiri filem ni, saya sebagai anak Malaysia merasa bangga dan terharu dengan hasil kerja anak-anak tempatan kita, mampu menghasilkan filem animasi yang hebat dan tidak mengecewakan, setanding filem animasi antarabangsa.



Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini mengetengahkan pengembaraan Upin & Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng yang diberi nama Inderaloka. Sepanjang berada di kerajaan Inderaloka, mereka berjumpa pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, Pak Belalang, emak si Tanggang, dan juga Batu Belah Batu Bertangkup.  Serious bila tengok cerita ni saya terimbau kisah-kisah dongeng yang pernah saya dengar ketika zaman kanak-kanak dulu. Tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yela, biasa kita tengok kisah dongeng orang Barat je yang masuk panggung wayang. Kali ni dalam satu filem, dihadirkan juga kisah dongeng nusantara. Paling saya suka sebab dalam filem ini, keris diangkat sebagai tema utama. Kita sendiri tahu keris memang sangat sinonim dengan orang Melayu zaman dahulu kala.


Lepas dah tengok filem ni, saya memang merasa kagum dengan progress filem animasi di Malaysia. Makin bagus! Bila tengok, rasa macam tengok filem animasi antarabangsa. Dengan pilihan lagu OST yang sangat catchy dan merdu. Sampai hari ini, lagu Buai Laju-Laju tu asyik terngiang-ngiang di telinga saya. Dari segi bunyi pun memang jelas. Waktu Upin & Ipin terpisah dan masing-masing saling terkenangkan antara satu sama lain, sedih pulak kita yang melihat ni.


Jujur saya sangat sukakan filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Sepanjang menonton filem ni saya memang enjoy dan terdapat banyak scene yang mencuit hati. Macam yang kita sedia maklum, dalam animasi Upin & Ipin memang ada mengetengahkan pelbagai nilai-nilai rakyat setempat di Malaysia termasuk perpaduan, kasih-sayang, hidup berbilang kaum , nilai persahabatan, dan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Pendek kata animasi Upin & Ipin ni memang banyak memberi nilai positif terhadap para penonton. Saya suka betul penggunaan peribahasa dalam filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ni. Secara tak langsung kita mampu mengetengahkan peribahasa Melayu. Dengar cerita filem ini akan turut menembusi pasaran beberapa buah negara luar juga. Saya kira ianya adalah inisiatif yang sangat bagus bagi mewar-warkan budaya & adat di Malaysia kepada negara luar.



Filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac 2019. Musim cuti sekolah tu. Apa kata korang bawa keluarga korang menonton filem ini. Memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan juga dewasa. Akhir kata dari hati saya, filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini memang berbaloi untuk ditonton di pawagam.

Saturday, February 23, 2019

Review Drama Korea - Memories of The Alhambra

February 23, 2019 13
Review Drama Korea - Memories of The Alhambra
Adulting is so damn tiring and due to hectic adult life, I don’t really have enough time for Korean dramas anymore. Tak macam zaman belajar lagi dah. Zaman belajar dulu drama Korea apa je tak layan, semua layan. Running Man pun tak missed setiap episode. Itu dulu la, zaman belajar. Now I feel so old and superbusy that I don’t have much time for Korean drama. So sad. Pernah jugak la curi masa sikit layan drama Korea apa ntah last year, tapi tak tengok sampai habis pun sebab tak sempat hahah. Drama Korea yang paling latest yang saya gigih tengok sampai habis adalah Goblin. Tak dinafikan drama Goblin memang terbaiklah. So masa previous CNY break, ada la waktu terluang beberapa hari and I decided to watch Korean drama “Memories of The Alhambra”. Masa scroll twitter ramai yang cakap ending Memories Of The Alhambra tak best. That makes me lagi curious. So i watched it.


Eh tapi sebelum tu awalnya agak keberatan nak tengok drama ni because I am not a fan of the main actor, Hyun Bin. Tak minat dia sejak drama Secret Garden lagi. I don’t know, in my eyes he look so gay whenever he smile. Maybe saya sorang je kot rasa macam tu. But I watched it anyway sebab ada Park Shin-Hye! Park Shin-Hye is one of my fav Korean actress.



Basically drama Memories Of The Alhambra ni tentang satu augmented reality (AR) game yang dicipta oleh seorang remaja lelaki, Jung Se-Ju. Jung Se-Ju ni adalah Korean yang tinggal di Spain. Dia nak jual game dia tu kat investor dari Korea. Ada 2 company Korea yang tahu tentang kewujudan AR game ni dan berlumba-lumba nak invest dekat game tu dulu. CEO kedua-dua company Korea ni merupakan kawan baik yang dah pun jadi seteru kepada satu sama lain, Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok. By the time Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok sampai ke Granada, Spain untuk berjumpa dengan Jung Se-Ju, Jung Se-Ju sedar yang game tu ada bugs. Ada something wrong dengan game tu. Game tu menyebabkan kematian. Jung Se-Ju pulak tiba-tiba hilang dari radar, tak boleh dikesan. So both Yoo Jin-Woo dan Cha Hyung-Seok tak sempat jumpa pun Jung Se-Ju. Tapi dorang dua-dua dah login masuk ke dalam game tu dan mula berperang antara satu sama lain. Sejak dari tu lepas satu, satu bug pada game tu. Untuk main game tu, pemain kena pakai contact lens yang memang untuk game tu. Tapi sejak kematian Cha Hyung-Seok, tiba-tiba watak-watak dalam game tu tetap muncul dan menyerang walaupun Yoo Jin-Woo tak pakai contact lens tu (termasuk watak hantu Cha Hyung-Seok yang keep on datang serang Yoo Jin-Woo no matter berapa banyak kali Yoo Jin-Woo bunuh Cha Hyung-Seok. Kira macam game tu seolah betul-betul terjadi kat alam nyata. Tapi orang lain tak nampak pun semua tu.


Okay, apa ulasan saya tentang drama Korea Memories of The Alhambra?

Confusing - Terlalu banyak flashback


Episod 1 sampai episode 3, rasa macam tak faham apa sangat. Rasa macam plot ceritanya tak disusun dengan cantik. Senang cakap agak confusing la jalan cerita dia. Memang blur sangat masa tengok episode 1 sampai episode 3. So bila kita tak faham cerita tu, kita akan rasa bosan dan mengantuk. Yes, saya terlelap masa tengah layan episode ke-3. Masuk episode 4 barulah saya mula faham serba sedikit jalan cerita drama tu. But overall memang agak confusing pun jalan cerita dia. For me cerita ni terlalu banyak flashback. Banyak jugak scene sama yang kita sebagai penonton rasa macam terpaksa tengok berulang kali sebab dorang keep on ulang tayang scene tu. Sampai ada another flashback scene inside a flashback scene.

Menakutkan


Bukanlah menakutkan macam kita tengok cerita hantu tu. Cuma bagi saya ceritanya agak menakutkan sebab realiti dan games seolah secara magicnya bercampur. Part watak Emma tu, yang tu serious saya rasa scary. Scary weyh jadi Jung Hee-Ju bila tiba-tiba ada orang lain yang sebijik macam diri dia walaupun itu hanya games. Boleh bayang ke diri korang berdepan dengan orang yang tersangat mirip dan sama macam korang? Tapi saya adore sangat dengan penampilan watak Emma tu, nampak classy and wow sangat!

Tak banyak scene bercinta


Point yang ni saya suka. Cerita ni bukanlah dari awal cerita sampai habis cerita duk tunjuk scene bercinta bagai. Dah episod akhir-akhir tu baru ada tunjuk dorang bercinta, tu pun tak banyak sangat lah. Mostly memang cerita pasal duk nak level up games tu je.


Ending Tergantung

Yes, ending tergantung! Jaranglah kita tengok drama korea yang ending tak best kan? Haha. Penat nak habiskan semua episod sekali ending dia tergantung. For me i can accept sad ending because even in reality not everything leads to happy ending , tapi ending tergantung sangatlah menyakitkan hati.


Thursday, November 8, 2018

Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai

November 08, 2018 29
Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai
Semalam lepas kerja, saya ke Mid Valley untuk menonton filem Operasi X di panggung wayang. Gigih kan pergi tengok wayang hari bekerja? Haha. Awalnya saya fikir kalau saya pergi hari bekerja mesti tak ramai sangat orang macam hari minggu. Tapi eh, jangkaan saya meleset sama sekali. Penuh jugak 1 hall untuk filem Operasi X The Movie tu. Nasib baik awal-awal lagi saya dah beli tiket secara online, kalau tak mesti dapat seat yang tak best.


Kalau korang ingat la, hari tu saya ada kongsikan trailer filem Operasi X ni kat blog saya, dan ada saya utarakan keterujaan saya untuk menonton filem ini. Ikutkan hati hari pertama keluar kat panggung wayang dah nak pergi tengok. Tapi waktu tu saya masih kat kampung. Pagi semalam baru sampai KL, terus booking tiket untuk tengok filem Operasi X ni.


Filem Operasi X ini berkisar tentang ASP Redzuan (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang anggota polis yang hampir meninggalkan dunia siasatan jenayah setelah menyaksikan sendiri kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (lakonan Hairi Safwan). Memutuskan untuk membawa diri ke sebuah pulau yang tidak diketahui, ASP Redzuan turut menyembunyikan identitinya dari warga setempat. Disaat ASP Redzuan mula jatuh cinta akan keindahan dan ketenangan hidup di pulau, ASP Redzuan mendapat kunjungan mengejut dari Dato’ Mokhtar (lakonan Datuk Yusof Haslam) dan DSP Anwar (lakonan Rahhim Omar). Kunjungan itu bertujuan untuk membawa ASP Redzuan kembali ke dunia siasatan jenayah. Pada awalnya ASP Redzuan berkeras untuk terus tinggal di pulau, tetapi akhirnya mengubah fikiran demi membongkar siapakah dalang disebalik kematian Inspektor Aman. Disertai 4 orang ahli operasi yang memiliki kepakaran masing-masing, mereka memulakan operasi yang diberi nama Operasi X. Operasi X bertujuan untuk menumpaskan Geng Belut (lakonan Dato’ Awie), sindiket penyeludupan yang semakin berleluasa di rantau ini.



Lepas tengok trailer filem Operasi X, saya jangkakan watak Belut yang dibawa oleh Awie adalah watak yang serius dan kejam. Yela, watak ketua gangster kot! Memang teruja la nak tengok Awie bawa watak antagonis. Selalu asyik tengok Awie bawa watak jiwang dan komedi je. First impression bila tengok penampilan watak Belut ni, saya terbayang watak Kim Bong-Gu / John Mayer dalam drama korea The King 2 Hearts. So dalam bayangan saya, watak Belut ni merupakan ketua gangster yang pendek bulat, kejam, kesunyian, hati kering, psiko dan annoying. Tapi, rupa-rupanya watak Belut ni adalah ketua gangster yang dalam hati ada taman gitteww, haha. Hatinya mudah tersentuh dan sangat sentimental, tak macam gangster-gangster lain. Tak kering gusi sepanjang dalam wayang duk tengok scene kelakar spontan si Belut ni. Almaklum, kita dah terbiasa tengok Awie bawa watak kelakar. So bila dia bawak watak acah-acah serius macam ni pun, kelakarnya tu tetap ada. Asal keluar je scene Belut, memang satu hall bantai gelak! Dalam kelakar tu ada jugak scene serius. Contohnya scene Belut marah sangat sampai pecahkan gitar, terkesima orang kanan dia dibuatnya.



Untuk watak ASP Redzuan pulak, rasanya Aaron Aziz dah biasa bawa watak macam ni. Karakter polis yang komited dengan kerja, dan malu-malu kucing tak reti mengorat. Masa kat pulau tu si ASP Redzuan ni dah terjatuh cinta dekat Cikgu Ayu (lakonan Hanna Aqeela). Alahai, nak mengorat pun malu-malu kucing hahaha. Pastu time nak propose Cikgu Ayu, siap bagi pickup line sambil buat muka comel.


Watak-watak lain tu semua ada peranan masing-masing. Watak Bashah (lakonan Nasir Bilal Khan) dan Lady Lion (lakonan Rafizah Shima) sebagai orang kuat Belut, masing-masing ada kekuatan masing-masing dalam membawa watak. Selalu duk tengok Nasir Bilal Khan bawa watak orang tua yang warak (watak Pak Adi dalam Tanah Kubur), tapi alih-alih dalam filem Operasi X ni dia jadi orang jahat pulak. Terkezutttt kita, hahah. 4 orang ahli operasi iaitu Janggut si hacker (lakonan GBob), Nash pakar penyamar (lakonan Nashra ), Pablo yang hebat bertarung (lakonan Hairul Azreen), dan Ali Mat pemandu handalan (lakonan Hefny Sahad). Watak diorang berempat ni nampak je macam sekadar watak sampingan, tapi watak masing-masing diketengahkan dengan baik menerusi beberapa scene. Dialog diorang pun pesen sempoi dan kelakar yang spontan.



Eh tapi saya suka betul dengan elemen kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita ni. Bukan kasih sayang dengan pasangan bagai tu. Tapi elemen kasih sayang antara Belut dan adik dia, Mat Bong (lakonan Amerul Affendi). Nampak tau betapa sayangnya si Belut dekat adik dia tu. Dia punya sedih bila dapat tau adik dia dah mati, haishhh. Waktu Belut dapat tahu siapa sebenarnya yang bunuh adik dia Mat Bong, real betul nampak Belut punya rasa terkilan dan marah tu.  Amerul Affendi tu sesuai betul dia kalau bawak watak macam ni - kaki gangster, mat dadah, kaki perempuan (senang cerita, watak yang macam takde masa depan). Walaupun dia selalu bawa watak sampingan je, tapi memang suka gila tengok setiap lakonan dia. Nampak kesungguhan dia dalam menjayakan watak. Selain kasih sayang antara Belut dan Mat Bong, kita boleh lihat nilai persahabatan melalui keakraban ASP Redzuan dan kawan baiknya Inspektor Aman. Sedih gila scene Inspektor Aman mati kena tembak tu. Tak dapat terima hakikat dan rasa bersalah atas kematian kawan baik dia, sampai nak berhenti dari jadi polis. Lepastu siap flashback kegembiraan mereka waktu Inspektor Aman baru kahwin lagi. Isk, mata masuk habuk kejap.


Operasi X The Movie ni secara amnya merupakan filem aksi. Jadi memang ada la scene yang memaparkan babak aksi tembak menembak, pertempuran bagai tu. Memang teruja tengok babak aksi yang dibawa. Babak aksi yang diketengahkan tak keterlaluan pun, so sesuai juga untuk tontonan kanak-kanak. Lagi pulak ada watak Dato’ Yusof Haslam sebagai ketua polis, terus fefeeling tengok Gerak Khas, hehehe. Konflik kematian Mat Bong tu la yang memarakkan rasa marah Belut terhadap polis. Nak tahu siapa sebenarnya yang bunuh Mat Bong, korang kena tengok sendiri la. Kang tak pepasal saya kena marah sebab banyak sangat kasi spoiler, haha.


Nak kata filem Operasi X ni perfect tu tak la. Pada saya, ada aspek yang masih boleh diperbaiki untuk filem seterusnya. Contohnya dari segi CGI, ada la beberapa babak yang CGInya nampak kurang real. Tapi tak semua la, hanya beberapa. Salah satunya babak ketika lori meletup dan terbakar tu, Nampak kurang real. Selain tu, dari segi kawalan bunyi. Ada ketikanya sound macam terlebih kuat untuk beberapa scene. Selebihnya saya rasa filem ni secara keseluruhannya not bad. Memang syok layan bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak kering gusi weyh, tapi takdela dorang buat lawak bodoh yang entah pape dan dibuat-buat. Elemen kelakar yang dibawa dalam filem ni semuanya nampak bersahaja dan spontan.



Konklusinya, saya bagi 4/5 bintang untuk filem Operasi X. Jalan ceritanya bagus dan tak terlalu berselirat, ada pengajaran tersendiri. Jalan cerita dia tak slow macam sesetengah filem. Walaupun sarat dengan pengajaran, tapi filem ni tak terlalu berat untuk ditonton. Tak memerlukan korang berfikir pun. Just enjoy the show, sebab baru je nak sedih nak serius kejap-kejap kang confirm ada scene yang buat korang gelak tiba-tiba. Thumbs up untuk pemilihan pelakon bagi filem Operasi X ni. Barisan pelakonnya semua bagus-bagus! In fact, barisan pelakon ni la yang buat saya rasa nak tengok filem ni at the first place. Ternyata tak membazir duit saya beli tiket tengok filem ni. Berbaloi untuk tontonan! Saya sarankan korang pergi tengok sendiri filem ni di panggung wayang terdekat bersama keluarga masing-masing. Tak payah nak stress dengan kerja sangat, sesekali ajak keluarga / pasangan / kawan-kawan bersantai tengok filem macam ni pun bagus. Boleh release stress sekejap.

Saya sudah. Korang bila lagi?

Thursday, November 1, 2018

Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018?

November 01, 2018 27
Gandingan Awie & Aaron Aziz, Adakah Operasi X Bakal Jadi Filem Terbaik 2018?
Rasa macam dah lama betul tak pergi tengok wayang. Ewahhh, padahal baru je sebulan lebih tak pergi tengok wayang, hahah! Tahun 2018 pun tak lama lagi dah nak ke penghujung. Kalau diimbas balik sepanjang tahun 2018 ni berapa banyak filem tempatan yang saya tengok kat wayang? Rasanya tak banyak pun. Boleh kira dengan jari. Dek kerana kesibukan kerja hakiki dah satu hal, lepastu asyik terlepas tayangan je. Filem dah nak habis tayang kat panggung wayang, saya baru duk terkial-kial “eh dah keluar ke filem tu?”. Kesudahannya tunggu tayang kat Astro la jawabnya hahah. Tapi jujur saya cakap, sesetengah filem tak syok tengok kat tv. Tengok kat panggung wayang jugak baru feeling!


Baru-baru ni ada ternampak Aaron Aziz post kat Instagram, tentang filem terbaru lakonan dia. Curious, terus saya google dan cari trailer filem tu. Almaklum, Aaron Aziz ni pelakon berbakat yang boleh bawak macam-macam jenis watak, haruslah saya ambil peduli. Bukan saya je tau layan lakonan Aaron Aziz, tapi mak saya pun suka lakonan Aaron Aziz ni. Filem terbaru 2018 lakonan Aaron Aziz ini bertajuk Operasi X. Dream Pictures Production selaku penerbit melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018. Operasi X merupakan sebuah filem aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad. Bila dah tengok trailer filem ni, terus rasa tak sabar nak tengok filem Operasi X.


Tahu tak apa yang buatkan hati ni rasa melonjak-lonjak nak tengok filem Operasi X? Sebab barisan pelakon dia. Selain Aaron Aziz, turut ditampilkan dalam filem ni adalah Awie, Hairul Azreen, Datuk Yusof Haslam, Hefny Sahad, Gbob, Nasir Bilal Khan, Hanna Aqeela, dan beberapa lagi. Paling saya excited nak tengok gandingan Awie dan Aaron Aziz sebenarnya. Kalau tak silap saya ini merupakan kali pertama Awie dan Aaron Aziz digandingkan dalam satu filem. Lagipun selama ni saya duk tengok lakonan Awie dalam filem berunsur komedi & komedi seram je (selain lakonan Awie zaman muda mudi dulu). Macam tak boleh imagine pulak Awie bawak watak serius dan gangster dalam filem Operasi X ni. Korang rasa, adakah gabungan Awie dan Aaron Aziz bakal menghasilkan filem yang gempak? Korang tengok la dulu trailer filem Operasi X ni.


Dengar kata filem Operasi X ni bakal menjadi salah satu filem terbaik 2018. Tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya. Nampak gayanya nak tahu kena la pergi tengok dan nilaikan sendiri, betul tak?

P/S : Maaf, walaupun Awie dan Aaron Aziz masing-masing dah mendapat gelaran Dato, tapi saya tak terbiasa pulak letak gelaran tu kat depan nama diorang. Mungkin sebab dah terbiasa, hehe.

Friday, April 29, 2016

Filem Redha : Autism. I am different, not less.

April 29, 2016 0
Filem Redha : Autism. I am different, not less.



TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd


REVIEW :

Weekend haritu berkesempatan join screening filem Redha. Kebiasaannya kalau pergi cinema aku jarang tengok filem Melayu sebab mostly cerita cinta yang lebih kurang je jalan ceritanya macam drama kat tv. Takpun cerita aksi rempit2 dan seumpamanya, which is aku memang tak minat pun. Tapi filem Redha ni, seriously semua lapisan masyarakat patut tengok. Bukan cerita cintan cintun bf gf gaduh kena tinggal whatsoever. Banyak pengetahuan dan banyak pengajaran dalam cerita ni. Cerita ni bawak kita selami hati dan perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa autistik. Before ni aku sendiri kurang pasti tentang autism ni. Kiranya kalau aku terserempak kanak2 autism, mungkin je aku tak tahu pun kenapa dorang macam tu. Makin faham tentang autism ni selepas tengok filem Redha. Makin mengerti bahawa bukan senang jadi ibubapa yang dikurniakan anak syurga.

People, go watch it!

Tuesday, August 25, 2015

Movie : Disney PIXAR Inside Out

August 25, 2015 2
Movie : Disney PIXAR Inside Out


Heyyy, korang dah tengok movie Inside Out? Last Saturday aku bosan dan sangat jiwa kacau bila tak buat apa kat rumah. So i texted Lin. Lin ajak pergi tengok movie Inside Out ni kat The Mines. Memula Lin cakap either Inside Out atau Hitman. Kalau adik dia nak ikut jugak, we have to watch Inside Out la. Masa tu i don't really care cerita apa, as long as yang belum aku tengok. So, kitorang tengok Inside Out. At first aku langsung tak tahu menahu Inside Out ni cerita tentang apa. Yang aku tahu, ianya cerita kartun.


And yeah, aku rasa cerita ni sangat best. Bukan sekadar kartun untuk hiburan kanak-kanak semata. Orang dewasa pun boleh learn something very valuable dari cerita ni. Kalau budak-budak tengok maybe dorang tak akan faham sangat kot apa yang nak disampaikan melalui cerita ni. They will just enjoy the cute characters and all those animation, songs. Dorang dah besar sket, kena tengok balik baru faham. Cerita ni sangatlah bermain dengan emosi. Kalau aku tengok sorang-sorang, mahunya aku menangis. Dah la haritu hati ni memang tengah kacau sangat-sangat. Aku tak puas tengok cerita ni sekali. Aku plan nak pergi tengok lagi sekali, but this time i'm gonna watch it alone. Nak menjiwai cerita, ewahhh. Haha. Poyo je kan.


Bila tengok situasi Riley dalam cerita ni, aku rasa macam kehidupan setiap orang kat dunia ni tak senang pun. I mean, there are lots of things in their head, yang perlu dorang fikir, yang perlu dorang rasa. And they don't really get to choose what they wanna feel. Bila something happen, of course kita tak boleh elak dari rasa sedih or happy or marah or takut dan sebagainya. That's normal. Cuma ada individu yang mampu kawal emosi, dan ada yang tidak. Everybody is just the same. I bet dah besar panjang pun, even yang dah tua pun mostly memang mengalami masalah untuk control emotion. Hati rasa sedih, marah tapi akal menghalang. Bercampur-aduk segala emosi. That's why kadang-kadang kita buat keputusan yang salah dalam hidup kita. Sebab kita terbawa oleh emosi yang kadang-kala terlampau. 


Some people think sadness is not necessary in life. Aku sendiri pun kadang-kadang fikir kesedihan adalah satu element negative dalam kehidupan, dan tak perlu ada. Sebab selalunya sadness ruin our day. Haha. Tapi bila tengok cerita ni, ia menyedarkan aku bahawasanya kita sebagai manusia ni perlu untuk rasa sedih kadang-kala. Tak salah untuk kita rasa sedih. In fact, sadness plays such an important role in our life because sometimes we have to feel sad in order to feel joy and happy again.


And heyy, this is Bing Bong, Riley's imaginary friend. Bing Bong ni comel la, he's such a good and sweet friend. Bing Bong buat aku terfikir how does my imaginary friend looks like. Of course everybody have their own imaginary friends, tapi masa kecik-kecik dulu la. Dah besar panjang ni kalau masih ada imaginary friends, then that is scary. Haha. Bukan setakat imaginary friend aje, Riley ni siap ada imaginary boyfriend. Haha. Of course, aku pun pernah ada imaginary boyfriend. Tapi dulu la, zaman remaja dulu. Hahaha. Dah nama pun imaginary boyfriend, haruslah perfect gitu haaa. Hahaha okay ini lawak. Lawak bila aku kenangkan balik. Aku pun dah lupa apa kriteria imaginary botfriend aku dulu. How come la aku boleh ada imaginary boyfriend. Tapi kalau aku dulu biasanya imaginary boyfriend ni wujud bila kat sekolah aku ada minat someone tapi biasalah time tu mampu minat aje. Maka terinspirasi la imaginary boyfriend ni, tapi yang pastinya imaginary boyfriend tu akan lebih perfect berbanding budak yang aku minat tu. Hahah. Gittewww :P


Overall, this is a must watch movie untuk semua peringkat usia. Seriously, go watch this movie. 



Tuesday, August 11, 2015

MOVIE : Fantastic Four

August 11, 2015 1
MOVIE : Fantastic Four


Semalam aku bosan duk rumah so aku pergi tengok movie Fantastic Four. Takde pilihan cerita sangat buat masa sekarang. Mission Impossible pun aku dah tengok. So end up aku tengok Fantastic Four. Aku expect cerita ni best. Tapi tak melepasi expectation aku la. Biasa-biasa sahaja. Sekejap je dah habis cerita ni, 1 jam 40 minit.


Basically cerita ni adalah berkisar tentang bagaimana geng Fantastic Four ni boleh dapat super power yang dorang ada tu. Si Reed tu sejak kecik lagi berusaha untuk cipta teleport machine, untuk transport across the space. Setelah mesin tu berjaya dicipta, mereka berempat iaitu Reed, Ben, Victor dan Johnny buat keputusan untuk pergi sendiri ke tempat tu sebab diorang nak jadi orang pertama ke sana memandangkan diorang yang berusaha cipta mesin tu. Semasa kat sana, terjadi something yang menyebabkan Victor tak dapat diselamatkan. So dorang pulang bertiga sahaja dan mesin macam mengalami masalah sikit masa nak balik tu. Sue yang sedar tentang semua tu cuba nak kembalikan kawan-kawan dia ni secara manual tetapi dengan dia sekali terkena tempiasnya. Dorang berjaya pulang tapi mesin tu dah meletup dan masing-masing dah berubah dari segi fizikal. Dorang dapat kuasa luar biasa. Masa bapak Johnny meninggal kena bunuh dengan Victor tu, aku sedih gila rasa. Haha. Emo tak pepasal. Tapi kan, watak jahat keluar kejap je. Senang sangat dorang tewaskan watak jahat tu. Btw watak jahat tu adalah Victor yang disangkakan telah meninggal. Rupanya Victor masih hidup kat planet lagi satu tu dan dah bertukar jadi jahat.


Saturday, May 30, 2015

MOVIE : SPY

May 30, 2015 0
MOVIE : SPY


Sape dah tengok movie SPY, angkat tangannnn! Haha. Last week selepas pelancaran produk PERFECTO Popcorn, diadakan special screening filem Spy untuk kami para hadirin. Filem SPY ni genre aksi lawak.


Cerita SPY ni mengisahkan tentang Susan Cooper (Melissa McCarthy), seorang agen CIA yang bertugas sebagai pembantu kepada agen Bradley Fine (Jude Law). Sebagai pembantu kepada Fine, Susan Cooper ni hanyalah bekerja di pejabat dan tidak pernah bekerja/berdepan dengan situasi sebenar seorang agen. Means dia hanya jadi tukang cakap/informer yang bagitahu apa-apa info dekat Fine sahaja. Susan merasakan diri dia ni hanya layak bekerja di pejabat sahaja sebagai pembantu Fine dan takkan pernah bekerja sebagai agen yang sebenar. One day, Fine telah dibunuh oleh penjenayah Raina Boyanov (Rose Byrne), seorang penjual senjata pasaran gelap. Memandangkan Raina dah tahu tentang agen CIA yang lain, so Susan Cooper ni nekad nak keluar sendiri sebagai agen di lapangan untuk selesaikan kes tu demi nak balas dendam atas kematian Fine. Maka bermula la macam-macam penyamaran Susan Cooper demi menjayakan misi tu. Nak tahu kesudahan cerita ni sila tengok sendiri. Tak rugi, okay.



Lawak gila cerita ni. Tak kering gusi sepanjang kat dalam cinema tu. Dari awal sampai la cerita tu habis, memang tak lekang dengan aksi kelakar. Dorang punya lawak nampak cool je dan tak nampak macam lawak yang dibuat-buat. Watak Rick Ford (Jason Statham) pun lawak jugak, seorang agen yang agak panas baran dan suka bertindak sendiri tetapi end up apa yang dia buat selalu merosakkan rancangan Susan Cooper. Sesape yang belum tengok lagi tu dipersilakanlah tengok. Aku memula memang tak expect cerita ni best. Aku ingat cerita ni macam bosan gitu. Rupanya sangkaan aku meleset. Bila dah tengok sendiri ni, aku memang suggest la korang tengok cerita Spy ni. Terbaik!

Recommended sangat-sangat!


Monday, May 18, 2015

Kerana Dia Juga Cikgu.

May 18, 2015 0
Kerana Dia Juga Cikgu.


Baru lepas habis tengok telemovie sempena hari guru kat tv , tajuk Kerana Dia Juga Cikgu . Wuuuu , sedih betul tengok cerita tu . Bukan sedih pasal apa pun , tapi sedih pasal watak Hakim tu macam kesian gila . Parents busy sangat mengejar harta dunia . Kecik-kecik dah terabai macam tu . Hanya dilimpahkan dengan kemewahan harta semata . Pastu parents nak expect anak jadi orang berjaya , sedangkan mereka sendiri abaikan anak . Kanak-kanak ni bukan kemewahan harta yang mereka mahukan , tapi perhatian dan kasih sayang mak bapak tu yang penting dalam membentuk diri anak-anak . Kalau anak dah rasa terabai , macam mana dorang nak ada motivasi diri untuk berjaya dalam hidup ? Mostly aku perasan anak-anak yang terabai ni akan turn out jadi manusia yang takde hala tuju . Tak semua la , tapi kebanyakan yang aku tengok macam tu . Jadi takde motivasi diri , dan dorang tak nampak motivated lah senang cerita . Tak motivated untuk buat apa-apa dalam hidup . Kesian tau . Tak boleh nak salahkan dorang jugak . Tapi nak salahkan parents pun macam tak betul jugak sebab sesetengah parents tak berniat pun untuk abaikan anak , cuma desakan hidup tu mungkin . Tapi  ramai je yang walaupun hidup agak terabai , tetap end up jadi manusia berjaya . Motivasi diri tu yang turut mainkan peranan .



" Semua orang boleh ada anak , boleh jadi ibu bapa . Tapi tak semua ibu bapa boleh letakkan anak-anak sebagai perkara paling utama dalam hidup . "


Cerita Kerana Dia Juga Cikgu ni banyak bagi pengajaran jugak sebenarnya . Pengajaran kepada ibu bapa , pengajaran kepada anak-anak , pengajaran kepada pelajar , pengajaran kepada guru , dan pengajaran kepada masyarakat .


  • Ibu bapa , tak perlu la terlalu mengejar harta dunia sampai tanpa sedar dah mengabaikan anak-anak . Kasih sayang dan perhatian lebih diperlukan oleh anak-anak berbanding kemewahan .
  • Anak-anak , kadang perlu faham bahawasanya tak ada mak ayah yang tak mahukan yang terbaik untuk anak-anak . Cuma mungkin cara mereka berbeza .
  • Pelajar , kalau kita dah cuba tapi belum berjaya . Bak kata cikgu Adam , jangan putus asa . Cuba lagi sampai berjaya . Dalam dunia ni takde orang pandai dan orang bodoh . Yang ada adalah orang malas dan orang rajin .
  • Para guru , usahlah bezakan para pelajar sebegitu sekali . Jangan kerana pelajar tu berada di kelas corot , kita pandang negatif . Setiap orang berhak dilayan dengan baik . Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik , tapi juga membentuk sahsiah dan jati diri pelajar agar menjadi manusia yang berguna .
  • Masyarakat , tugas mendidik bukan hanya pada guru semata . Tapi merupakan tanggungjawab semua orang . Semua orang perlu memainkan peranan dalam memanusiakan anak bangsa .

Ewahhh , gitewww . Feeling-feeling jadi pengulas telemovie . Hahah . Macam belajar subjek Bahasa Melayu KOMSAS pulak , senaraikan pengajaran dari cerita yang terdapat dalam novel KOMSAS . Hihi . 

Teringat pulak masa aku sekolah rendah dulu . Mak ayah pun sibuk cari duit untuk besarkan anak-anak jugak . Tapi walaupun mak ayah aku ada 9 anak , kesibukan dorang cari rezeki takdelah sampai abaikan anak-anak . Alhamdulillah . Aku bukan dari family yang senang . So dari kecik pun tak dimewahkan dengan kebendaan . Dapat result exam bulanan bagus pun mak ayah takde la nak bagi hadiah pun . Cukuplah diorang menjaga keperluan seharian dan keperluan pembelajaran kami . Iskkk , sebak tetiba . Terima kasih , emak ayah . Tapi ada jugaklah masanya aku memberontak . Haha . Memandangkan result exam bulanan aku sentiasa baik masa tu , so aku selalu la memandai sendiri request dekat mak if result UPSR aku membanggakan , nak suruh mak ayah bawak pergi jenjalan KL ke , Cameron Highland ke . Almaklum la , kitorang bukan family senang . Memang membesar langsung tak keluar dari Kelantan pendek kata . Tapi mak tak janji pape pun . Aku sendiri je yang memandai buat janji sendiri . Apa yang mak cakap masa tu adalah , " Belajar rajin-rajin dulu . Nanti dah besar , dah berjaya nanti jangan kata KL , luar negara pun boleh pergi tau . " . Masa tu terus nangis tak puas hati , dan bertekad kononnya exam nanti nak buat cikai-cikai je bagi result teruk . But the end of the day , untuk apa-apa exam sekalipun aku tetap buat yang terbaik semampu aku . Sebab bila kita dah buat semampu kita dan end up result kita mampu buat mak ayah kita senyum , itulah reward yang sebenar-benarnya untuk diri kita . Tak ternilai sangat bila kita tahu bahawasanya mak ayah kita berbangga dengan usaha kita . Kata-kata mak aku tu , sampai sekarang aku ingat . Walaupun sekarang aku takde la berjaya macam orang lain  , tapi aku yakin satu hari nanti aku akan betul-betul berjaya jadi seperti apa yang aku mahu . Belum masanya lagi . InshaAllah .

Btw kan , at the end of this story , si Hakim dapat 5A in UPSR dan ayah dia terus offer nak bagi ganjaran iphone la , nak bagi ipad baru la . Omg seriously parents zaman sekarang memang suka meraikan kejayaan anak-anak dengan kebendaan kan ? Tak salah pun , tapi actually aku kurang setuju tau dengan cara ni . Boleh nak reward anak-anak dengan gajet bagai ni , tapi macam kurang sesuai la dengan si Hakim tu yang baru 12 tahun . Makin addicted la budak itu terhadap yang namanya gajet . Hahaha . Banyak lagi kot reward yang mak ayah boleh kasi selain gajet macam tu . Tapi kalau dah awak awak sekalian parents kat luar sana lebih memilih untuk meraikan kejayaan anak-anak dengan gajet dan kebendaan , takpe la . Masing-masing ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak . Tak gitu ? Aku sendiri sekarang ni belum pun ada anak , tapi aku sendiri sebagai seorang anak sememangnya kurang setuju dengan cara sebegini . 






Guru yang paling banyak memberi impak dalam kehidupan aku , yang paling banyak berjasa pada aku adalah emak dan ayah aku sendiri . Yes , kerana mereka juga guru bagi kami anak-anak mereka . Selamat Hari Guru , emak ayah ! I love you to the moon and back , walaupun tak selalu diungkap . 



Emosi pulak entry kali ni .


Monday, September 22, 2014

The Maze Runner.

September 22, 2014 3
The Maze Runner.



Hey uolsss . Weekend haritu aku pergi tidur kat rumah Nad . Saje la , rindu kawan . Ewahhh , kembang semangkuk kalau Nad baca ni . Haha . Pastu semalam before aku balik , kitorang pi Wangsa Walk , tengok The Maze Runner . Bestttt , aku suka cerita ni , Banyak saspn jugak la cerita ni .

Mostly watak - watak dalam cerita ni aku suka la kecuali si Gally tu . Ishhh , nyampah . Biasa la , watak antagonist memang selalu dibenci . Haha . Annoying gila kot watak Gally tu . Newt aku suka , muka dia macam comel - comel je .


Selain dari watak utama , Thomas , aku paling suka si Minho tu . Macam cool aje aku tengok si Minho sepanjang dalam cerita tu kecuali time mula - mula yang dia tinggal Thomas & Alby dalam maze tu . Tapi yang tu jela yang tak cool . 


Eleyh , cool konon . Mengaku jela Emi , engkau tu memang berhantu sket dengan jejaka - jejaka Korea ni . Yang tak handsome pun boleh nampak handsome . Pengaruh cerita Korea betul . Haha . Tak sabar pulak nak tunggu sambungan nya . Confirm akan ada sambungannya ni cerita The Maze Runner . Takkan habis cenggitu je kan .


Okay lah , yang mana belum tengok lagi tu dipersilakan tengok cerita The Maze Runner ni .


Wednesday, August 13, 2014

Teenage Mutant Ninja Turtles

August 13, 2014 0
Teenage Mutant Ninja Turtles



Assalamualaikum si cantik dan si hensem sekalian :)


Banyak betul entry tertangguh . Dari sebelum raya hingga la entry raya , pastu entry lepas raya semua tak sempat nak karang lagi . Tak sempat weyh . Sesungguhnya 24 jam sehari memang tak cukup . Itu belum ditambah tolak dengan perasaan hati yang berbolak - balik antara nak tetapi malas . Yela , nak update entry tapi malas . Lepas esok , esok . Pastu esok lagi . Gambar - gambar raya haritu pun tak sempat nak tengok lagi . Busy benau kau ye Emi . Entry ni takmo panjang - panjang , later next - next entry aku story kisah yang banyak - banyak tertangguh tu k . Kali ni just nak update pasal movie Teenage Mutant Ninja Turtles .

Last weekend sempat la aku curi sedikit masa keluar dengan Nad . Saja la nak release tension . Lagipun dah lama sangat tak jumpa Nad . Nama je duduk tak jauh mana . So last Saturday kitorang pergi Time Square . Memang aim nak tengok wayang pun . Pastu nak jalan - jalan beli baju sesiket . 


Bagi aku cerita ni best . Lawak .Sape je tak pernah layan cerita Ninja Turtle yang kartun punya time kecik - kecik dulu kan ? Haaa . . aku layan je . Aku memang suka . Paling aku suka adalah dorang punya nama . Comel , dan bagi aku nama dorang tu comel yang unik . Raphael , Michaelangelo , Donatello dan Leonardo . Bila panggil nickname dorang terus rasa macam comel nya la hai dorang ni . Itu je nak cerita . Aku memang taknak kasi sinopsis ke atau bagitau jalan cerita ke sebab aku malas . Korang pi lah tengok sendiri , okay . 


Regards ,
cik busy