emilinda: hotel
Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Sunday, July 30, 2017

Cadangan Lokasi Percutian Berbaloi di Suria Cherating Beach Resort.

July 30, 2017 13
Cadangan Lokasi Percutian Berbaloi di Suria Cherating Beach Resort.
Hai semua orang!! Tadi duk belek-belek gambar lama kat laptop ni. Terjumpa gambar-gambar masa ke Cherating dua tahun lepas. Punya la lama duk peram gambar kan, hahah. Konon masa tu nanti nak share story serba-sedikit kat blog, tapi kesudahan terperam je gambar-gambar tu dalam laptop. Sebagai pencinta pantai, haruslah tak menolak bila kakak ajak ke Cherating. Tak tahu la kenapa, tapi dari dulu memang sangat suka suasana pantai. Rasa macam suasana pantai sangat menenangkan hati, boleh release tension dari kesibukan kerja dan masalah lain. Macam Cherating ni memang terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih. Bagi yang suka akan percutian di tepi pantai dan nak lari sikit dari kesibukan bandar, Cherating is one of the best & nearest place you can head to.


Bagi yang tak tahu, Cherating ni terletak di Kuantan, Pahang. Dulu selalu confuse ingat Cherating ni terletak di Terengganu, lol I’m so noob when it comes to location of places & their geographic features. Masa kelas Geografi dulu, banyak tidur kot. Tapi Cherating ni tak jauh dari Kemaman, around 12km away. So kebiasaannya orang kalau dah ke Cherating ni mesti tak lepaskan peluang untuk ke Kemaman, makan keropok lekor. Same goes to us, masa tu gigih pergi cari keropok lekor, sata, ikan celup tepung, otak-otak dan pais ikan. Makanan yang paling famous kat Kemaman semestinya sata, otak-otak dan pais ikan. Makan waktu petang disertai air kelapa, perghh memang best. Disebabkan penduduk kat Kemaman ni ramai yang merupakan nelayan, so banyak juga hasil laut yang diproses dirumah lalu dijadikan frozen food. Boleh beli sata & otak-otak frozen yang dah dipaketkan, bawa balik ke KL. Simpan dalam peti ais, time nak makan tinggal goreng atau bakar je. Tengah taip ni tiba-tiba terbayang kesedapan keropok lekor. Isk, Nampak gayanya nak kena ke sana lagi ni.


Antara perkara pertama yang korang kena buat bila nak pergi bercuti adalah pastikan survey tempat penginapan dulu, cari mana yang okay. Booking siap-siap, baru tak kelam-kabut. Masa kitorang pergi ke Cherating dulu, kitorang menginap di Suria Cherating Beach Resort. For me, overall resort ni memang best dan selesa untuk percutian. Be it family vacation, romantic vacation, or even short getaway with bestfriends..this Suria Cherating Beach Resort is good enough. Ruang untuk park kereta memang banyak, no worries. Front desk 24 hours, and the staff memang peramah & very helpful. Location resort ni memang betul-betul dekat dengan pantai. Dari tingkat bilik kitorang memang boleh nampak pantai terus. Waktu petang boleh jalan kaki ambil angin di tepi pantai. Kalau nak buat family day pun sesuai sebab ada ruang lapang untuk buat pelbagai aktiviti. 


Dari segi kemudahan lainnya, ada disediakan bilik karaoke, meeting room, playground, restoran, swimming pool. Kalau suka buat outdoor activities, pun ada jugak. Antara tempat & aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang di Cherating adalah boleh ke Limbong Art, Santuary Penyu Cherating, Firefly and Mangrove Exploration, sukan ATV, pingpong, memancing, paintball, jungle trekking, dan macam-macam lagi. Paling best aktiviti pergi makan la, hahaha just kidding! Kalau tak silap ada dua jenis bilik yang boleh dipilih kat sini, can choose either beach view or garden view.

Haruslah join sekaki mandi dekat swimming pool, mana boleh tengok orang mandi je. Kita pun nak buat aksi kuak lentang gak.

Bilik yang kitorang menginap dulu bila buka tingkat je boleh nampak both swimming pool & beach. Very near to the beach. Tidur waktu malam suka biar je tingkap terbuka sebab nak dengar bunyi ombak. Bilik yang kitorang menginap tu ada 2 single bed, dan sangat selesa. Memang stay berdua je pun dalam bilik tu. Dalam bilik of course ada air-cond, mini regrigerator (boleh simpan sata & otak-otak frozen yang kitorang beli tu, kekeke), tv, hair-dryer. Wifi pun ada, tapi tak pasti la pulak laju atau tak sebab masa tu guna mobile data sendiri je. Iron turut disediakan, tapi kena request kalau tak silap. Lupa dah, almaklum dah agak lama. For the toilet, condition toilet okay. Ruang dalam bilik tu for me okay sebab kalau perasan sesetengah bilik hotel agak sempit, takde ruang nak bentang sejadah. But for this Suria Cherating Beach Resort, masih ada ruang yang mencukupi untuk bentang sejadah kat bahagian depan katil tu. 





Itulah serba sedikit tentang Suria Cherating Beach Resort yang dapat di kongsi dengan korang.. Ini sekadar perkongsian la. Kalau datang bercuti kat Cherating, memang recommended untuk menginap di Suria Cherating Beach Resort ni. Pernah terbaca somewhere, resort ni merupakan salah satu penginapan yang terbaik di Cherating. Pasal harga tu tak pasti la pulak sebab iols pergi dua tahun yang lepas, hahah. Mana la ingat dah. Tapi tadi ada la saja usha current price penginapan dekat Suria Cherating Beach Resort ni dekat Traveloka. Lagi suka refer harga dekat Traveloka sebab harga dekat Traveloka selalu lebih jimat sebab kerap ada promotion. Bukan booking hotel aje, kalau nak booking flight pun memang selalu beli dari Traveloka. Sesiapa yang biasa beli kat Traveloka mesti faham kenapa kita suka beli kat situ kan? Haha Traveloka memang kerap kasi discount code. I'm a happy customer! So kalau nak booking penginapan dekat Suria Cherating Beach Resort atau mana-mana lokasi dengan kadar terbaik, highly recommended untuk booking online melalui Traveloka. Jomlah booking sesiap!

Sunday, October 18, 2015

Media Hotel, Petaling Jaya

October 18, 2015 1
Media Hotel, Petaling Jaya

First of all, this is not a paid review. Aku share tentang hotel ni sebab aku pernah menginap kat hotel ni for about 23 days. Saje la nak share pengalaman dan pendapat tentang hotel ni. Mana la tahu boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang mencari hotel sekitar Petaling Jaya.

Aku paling ingat muka brader yang dekat kaunter depan ni, sebab muka dia sangat flawless. Haha

Aku takde la saja-saja datang menginap kat Media Hotel ni. Last month aku ada training selama 23 hari dekat Ara Damansara. Bagi peserta training yang berasal dari luar KL, pihak company ada sediakan accomodation. 


Aku dapat bilik yang macam dalam gambar kat atas ni. Deluxe Family King tak silap. Ada satu katil single dan satu katil king size. Bilik ni actually untuk 3 orang. Tapi memandangkan maybe tak cukup bilik ke apa ntah, kitorang kena stay 4 orang dalam bilik ni. Makanya pihak hotel tambah lagi satu katil single kat sebelah katil single yang sedia ada tu.

Inilah rupa bilik kitorang setelah ditambah satu lagi katil single.

Bilik ni takde la crowded sangat untuk 4 orang. Okay je, selesa. Apa kemudahan yang disediakan? TV, peti ais, penghawa dingin, wifi of course ada. Bilik air pun tak kongsi dengan bilik lain la. Private bathroom lengkap dengan water heater. Dalam bilik ni ada 3 plug. Iron ada dekat hallway, tapi memandangkan one of my roommate bawak iron so kitorang biasa iron baju dalam bilik je. Aku dapat bilik kat level 3, tapi okay la sebab ada je lif. Takyah nak panjat tangga sangat.

Meja solek. Kitorang stay sana dalam tempoh yang agak lama, so normal la segala benda kitorang lambak kat atas ni. Hahah

Don't worry pasal cermin, memang cukup. Takyah berebut nak menilik muka masing-masing. Banyak je cermin. Pintu bilik air pun cermin jugak.

Suasana kat sini okay la. Kedai makan takde sangat, tapi ada restoran hotel yang menyediakan breakfast untuk guest setiap hari. Kedai runcit pun ada sederet dengan hotel ni, 99 Speedmart. Nak beli pape senang. Aku ingat lagi first day kat hotel ni, kitorang macam ada dengar bunyi macam orang mengaji dan berzikir guna microphone tau. So kitorang ingat ada masjid yang dekat dengan hotel ni. Tapi bila dengar betul-betul, kitorang macam "Eh surah apa yang dorang baca laju sangat tu?". Oh, rupanya kuil, bukan masjid. Hihi. Kadang-kadang malam pun kuat jugak bunyi dari kuil tu. Agak mengganggu jugak la actually. 



Yang penting, condition bilik air bersih. Kalau pergi mana-mana pun toilet tu antara perkara pertama yang kita tengok. Bersih ke tidak. Everyday dorang akan buat morning call ke setiap bilik. Kitorang stay kat hotel ni waktu malam je pun. Pagi-pagi dah bangun, breakfast then terus ke Ara Damansara untuk training. Biasanya lepas Maghrib baru sampai ke hotel. Penat-penat memang terus fengsan kat katil jela jawabnya. Haha. Room service macam biasalah, everyday memang ada. Towel pun ditukar setiap hari. 


Breakfast yang disediakan pihak hotel alhamdulillah lah bagi aku okay je. Everyday menu ditukar-tukar. Dan, dia variety kan menu la. Dalam satu hari tu, takde la dia sediakan satu menu je. Contohnya kalau hari ni dia sediakan nasi lemak, ada jugak disediakan menu lain seperti roti bakar atau roti canai. Air pun sama. Yela, ada sesetengah orang tak makan certain menu. 

Alhamdulillah aku dapat room mates yang sporting semuanya, senang nak ngam. Ena, Ida dan Yanti. Dalam tempoh yang singkat kitorang boleh jadi rapat, macam dah lama kenal. Last day nak berpisah pun sedih.


Media Hotel
Unit A-3-01 Block A Tropicana Merchant Square
No 1 Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3 Petaling Jaya,
46050, Malaysia
+603 7885 8440