emilinda: hobby
Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Gubahan Hantaran Perkahwinan - Pink Putih

November 10, 2014 5
Gubahan Hantaran Perkahwinan - Pink Putih


Salam ,

Peringatan awal . Entry ini adalah cerita yang dah teramatlah basi . Basi sangat - sangat dah . Haha . Tapi takpe aku keraskan hati aku , aku nak cerita jugak dekat blog ni ha . Cerita ni masa raya puasa 2014 . Dah berbulan - bulan la jugak .

Ini first time dalam hidup aku gubah barang - barang hantaran perkahwinan . Memang aku suka buat benda - benda macam ni . Tapi tak berpeluang . So haritu abang aku nak kawen , aku pepandai pi volunteer untuk gubah hantaran dia . Masa volunteer tu langsung tak fikir lagi nak gubah camne . Time tu aku memang excited gila . Dah la volunteer nak gubah hantaran , pastu pi volunteer pulak nak incharge pasal doorgift . Kemain kau ye , orang lain nak kawen kau yang excited terlebih . Haha . So nak dijadikan cerita , memandangkan aku ni bekerja , kekangan masa memang jadi problem sangat - sangat . Sebulan nak majlis , baru start buat doorgift . Doorgift pulak semuanya DIY . Dah tahu busy tapi nak jugak buat sendiri sebab excited terlampau . Lol . Lain entry aku cerita pasal doorgift . Doorgift tu agak banyak , so agak lambat siap . So yang gubahan hantaran tu memang langsung aku tak buat lagi . Agak cuak jugak bila abang aku asyik tanya pasal gubahan hantaran dia . Haha . Nak sedapkan hati aku cakap la yang gubahan tu nanti buat bila dah kat kampung sebab kalau buat siap - siap kat KL , takut rosak masa dalam kereta otw balik kampung . Hari last kat KL before balik kampung ,abang aku punya risau sampai tahap dia pi teman aku pegi cari bahan - bahan untuk gubahan .



Kat kampung baru aku start buat . Itu pun sehari before majlis akad nikah baru aku buat kalau tak silap . Sebab bila dah kat kampung , macam - macam pulak keje yang kena buat . Dengan ramai orang nya . * ah , alasan ! Kihkih * . Aku mula rasa cuak , abang aku lagi la cuak sebab hantaran tak siap lagi . Sekali lagi dia bawak aku pegi kedai cari bahan - bahan untuk gubahan kot - kot tak cukup . Makanya sehari sebelum majlis akad nikah sehinggalah hari majlis persandingan kat rumah pengantin perempuan , memang bersengkang mata la aku buat benda alah tu semua . Itu belum campur dugaan anak - anak buah aku datang kacau bawak lari riben la , bawak lari gunting la . Terus jadi singa makcik korang ni .

Bekas cincin . Bila abang aku tanya katne nak letak cincinnya ? Aku terus macam , "Eh , tak nampak macam tempat letak cincin ke yang bentuk love tu ? Buruk benau apa aku gubah ? "

Korang rasa kotak apa ni ? Haha . Kotak ni actually aku beli kat Sogo . Aku rasa macam menarik pulak kalau letak duit hantaran dalam kotak ni . Bosan pulak asyik letak duit hantaran dalam album . Kotak ni actually macam kotak untuk letak accessories gitu ha . Pastu bila aku tunjuk kat abang aku , dia cakap " Ni bukan kotak make up ke ? Takkan nak letak duit dalam ni ? *dalam nada risau bercampur nak gelak* " . Erk , krik krik *facepalm* . Hilang keyakinan diri kejap . Tapi bila balik kampung , one of my sister cakap okey je letak dalam ni . Cantik je . so aku teruskan jugak guna kotak ni .

Haaa camni la kat bahagian dalamnya . Ikat duit tu denagn ribbon , pastu letak dalam kotak ni . Kat bahagian bawah sebelum letak duit tu , aku letak benda alah yang color pink yang macam rambu - rambu tu . Aku agak , mesti kotak ni akak ipar aku dah buat jadi kotak letak accessories atau pun kotak buat simpan surat - surat cinta zaman sekolah dulu . Kekeke :D

Beg dan kasut . Aku rasa macam beg ni over pulak dia punya saiz . Besar sampai tahap bila aku letak dalam bakul ni , dia terbalik . Padahal aku yang beli bakul saiz kecik . Muahaha .

Skin care products .

Perfume .

Ini telekung kalau tak silap aku . Lupa dah . See ? Betapa lamanya gambar - gambar ni aku perap dalam hard disk . Sampai dah lupa . Haha

Ini jubah . Time tu aku dah tak tahu nak buat apa dengan jubah ni . Dalam keadaan tersengguk -sengguk nya  . Mak aku masuk bilik , suruh aku tido . Aku cakap ada yang tak setel lagi . Jubah ni tak tahu nak gubah camne . Then mak aku yang buatkan gubahan untuk jubah ni . Cantik pulak bila dah siap . Hehe . Tenkiu emak ..

Buah - buahan .

Ini bunga pahar eh orang panggil ? Aku pun tak sure . Yang ni bukan aku yang buat . Sape ntah yang buat . mak sedara aku ke orang kampung ntah yang buat .

Last but not least , coklat ni kakak aku yang buat .



Alhamdulillah , first time tau buat gubahan hantaran ni . Nasib baik jadi jugak walaupun orang lain buat lagi cantik . Hello , ni first time buat kot . Okay sangat la ni . Haha perasan . Btw aku yang gigih hasut abang aku suruh pilih color pink putih untuk gubahan hantaran . Tema wedding tu actually macam pink + turquoise tak silap aku . 





Penat jugak nak kawen rupanya ye . Banyak habis duit , banyak habis tenaga . Banyak benda kena fikir . Lepas je setel majlis abang aku tu , aku terfikir pulak pasal wedding aku nanti yang entah bila dan entah dengan sape . Wakaka . Rupanya nak kawen ni kena plan dari awal . Pelamin lagi , doorgift , hantaran , catering , candy buffet , photographer , photobooth , blablabla . Nak tentukan color tema lagi . Wedding aku nanti semua aku nak buat sendiri . Especially gubahan dan doorgift , photobooth , guest book . Masak je taknak buat sendiri . Lol . Setahun sebelum majlis dah kena mula buat semua tu so that tak kalut sangat . Tapi kan , camne kalau nanti aku kenal je bakal suami aku tu then terus setuju nak kawen dalam masa terdekat . Bila masa nya nak prepare semua benda alah yang aku duk angan - angankan ni ? *krik krik* . Dah , sila stop berangan stop pikir benda yang belum ajdi lagi .


K bai !









Wednesday, July 16, 2014

TEASER : Doorgift Kahwin

July 16, 2014 1
TEASER : Doorgift Kahwin


Dalam kesibukan kerja dan kesibukan preparation untuk raya , aku jugak sedang sibuk dengan projek kahwin ni . Banyak lagi tak setel . Pasal doorgift ni , ini baru sikit . Kata pun teaser . later lepas dah habis majlis semua , aku akan buat satu entry pasal doorgift segala bagai ni . For now memang kesuntukan masa sangat . 

Kerja ofis melambak [ kerja sendiri + kerja orang lain lambakkan kat kita ]
Preparation raya [ baju , kasut , duit raya bla bla bla ]
Kerja kahwin [ doorgift + hantaran ]
Order dari customer [ Pretzel + Ephyra + Customized hand painted bag ]

Rasanya aku dah cukup busy sangat sekarang . masa tak pernah cukup . 



Oh ya , pasal kerja kahwin ni . . . jangan salah faham . Ini bukan wedding aku . tapi wedding abang aku . Orang lain yang nak kawen , aku yang terlebih excited siap volunteer nak incharge pasal doorgift & hantaran . pastu mula la tak cukup tangan . 



Till then , babai readers . 

Wednesday, May 7, 2014

simple deco for hello kitty birthday party.

May 07, 2014 2
simple deco for hello kitty birthday party.

Ini cerita basi . Dah sebulan yang lepas punya cerita . Baru rajin nak story mory . Hahah . Basi ke , tak basi ke i don't care , nak cerita jugak . Last month birthday anak sedara aku , Qaseh Izz Zara . First birthday uols ! So akak dan abang ipar aku decide nak buat birthday party . Tema hello kitty . Anak sorang baru kan , apa salahnya. Tkade la buat birthday party meriah sangat . Just ajak adik beradik yang stay KL , pastu kawan - kawan kakak dan abang ipar aku je . Semangat sangat nak buat entry ni sebab nak cerita pasal deco - deco birthday party tu . Iols buat sendiri dengan kakak iols , tahu tak . Alah deco sesiket je . Tak tido malam duk buat kerja deco - deco ni sebab kebetolan minggu tu kitorang busy dengan macam - macam hal . Ah malas nak story panjang - panjang , layan jela gambar .






Itu je gambar yang ada dalam fon aku ni . Comel kan botol air mineral camtu ? Beli terus dari kilang . Then buat labelling sempena birthday si kecik ni . Antara menu hari tu adalah roti jala - tempah , kek - tempah secret recipe , bihun sup - buat , puding - buat , koktel buah - buat , nugget , dadih - buat , pretzel - buat , gula - gula , candy , jelly , coklat .

Si gadis birthday girl :)