emilinda: fesyen
Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Monday, May 6, 2019

Jakel Barulah Raya - Beli Baju Raya di Jakel Shah Alam

May 06, 2019 20
Jakel Barulah Raya - Beli Baju Raya di Jakel Shah Alam
Lumrah rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam, menjelang bulan Ramadhan aje semua pakat sibuk. Selain sibuk persiapkan siri untuk beribadat di bulan mulia ini, masing-masing turut sibuk buat persiapan hari raya Aidilfitri. Antara persiapan hari raya Aidilfitri yang dimaksudkan termasuklah pakaian baru dan kuih-muih juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Kalau bab pakai pakaian tradisional sebagai baju raya, nama Jakel memang tak asing bagi rakyat Malaysia. Kalau nak cari baju raya, nak cari langsir, nak cari karper,, memang Jakel la antara gedung tekstil yang dipercayai ramai sejak bertahun-tahun. Ada sebab kenapa gedung tekstil Jakel ini menjadi pilihan ramai saban tahun.



Material Berkualiti, Harga Mampu Milik
Tak dapat dinafikan lagi, ini antara sebab utama ramai yang tetap memilih untuk membeli baju raya di gedung tekstil Jakel. Material yang berkualiti, sedap dipakai dan tidak panas sememangnya penting supaya kita kekal selesa di hari raya. Almaklum, nak beraya seharian ke sana sini kannn. Jahitan baju di Jakel pun memang kemas dan setiap baju yang dibeli di Jakel kebiasaannya masih elok walaupun setelah beberapa tahun. Walaupun kualitinya tip top, tapi harganya memang mampu milik!




Duta Raya Dalam Kalangan Selebriti Popular

Ayda Jebat

Tiap kali musim raya hamper tiba, memang tak sah kalau tak Nampak muka Dato Aaron Aziz dan Nabil Ahmad kat banner dan iklan-iklan promosi hari raya Jakel. Paling lama bertahan menjadi duta raya Jakel rasanya Dato Aaron Aziz la. Gedung Jakel ni memang memilih ramai selebriti popular sebagai duta untuk mempromosikan rekaan baju raya Jakel. Antaranya ialah Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Lara Alana, Yusuf Iskandar, karakter Upin & Ipin serta ramai lagi selebriti setiap tahun. Setiap selebriti mewakili rekaan-rekaan yang tersendiri. Kiranya setiap selebriti akan mempunyai beberapa design kolaborasi antara mereka dengan Jakel. Terbaru, tahun ini pihak Jakel turut membawakan Abam Bocey sebagai duta baru Jakel raya.

Dato Aaron Aziz

Abam Bocey

Berkonsepkan Kekeluargaan
Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya yang bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Contohnya, koleksi Schawalara melambangkan keluarga yang memiliki anak perempuan, manakala koleksi Hairul Hanis Yusuf melambangkan keluarga dengan anak lelaki. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel mengahsilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan sesuai digayakan seisi keluarga.




Rekaan Moden Kontemporari, Selesa & Mesra Pengguna
Pelbagai variasi rekaan yang moden dikeluarkan oleh pihak Jakel saban tahun. Koleksi baju melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus untuk memberi keselesaan dan kekemasan. Masih mengekalkan potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket, koleksi baju melayu Nabil Ahmad pada tahun ini tampil lebih menarik dengan perincian zip disisi baju (bahagian pesak) dan dipergelangan tangan (sleeve) bagi memudahkan mengambil wudu’.


Koleksi baju melayu Awal Ashaari masih dikekalkan dengan focus lebih kepada potongan, warna dan kualiti fabric bagi membantu para jejaka beraya dengan lebih yakin dan bergaya. Untuk koleksi baju melayu Hairul Azreen pula, ianya diperkemaskan dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat dua pilihan untuk  koleksi baju melayu hairul Azreen iaitu leher teluk belanga dan leher bulat.

Cantik kan koleksi Ayda Jebat ni?

Tak lupa juga koleksi kurung moden yang sangat menarik untuk kaum hawa. Boleh pilih dari koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat atau Hanis Zalikha. Saya sempat melihat sendiri perincian koleksi baju kurung moden Ayda Jebat yang ternyata turut mempunyai zip dibahagian lengan. Tentunya ianya menjadi lebih wudu' friendly. Untuk koleksi kanak-kanak pula boleh pilih dari koleksi Yusuf Iskandar, Lara Alana atau Upin & Ipin.

Lelong Besar-Besaran Sehingga Malam Raya



Setiap tahun bersempena menyambut bulan Ramadhan dan hari raya, Jakel sememangnya akan memberikan tawaran harga istimewa kepada setiap pelanggan yang berkunjung. Siapa tak nak beli baju raya dengan kadar HARGA RUNTUH kan? Potongan dari pihak Jakel sehingga 85% untuk koleksi baju raya lebaran kali ini. Jualan yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup rendah kepada para pelanggan. Ketika tempoh promosi ini, harga baju melayu boleh didapati dengan harga serendah RM99 dan lebih menarik lagi para pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain sampin berserta butang baju melayu dengan setiap pembelian baju melayu. Baju kaum hawa pula boleh didapati dengan serendah RM100, manakala untuk kanak-kanak pula serendah RM39.




Boleh Beli Secara Online di WWW.JAKELSTORE.MY
Haaaa, saya tahu ada antara korang yang memang teringin nak beraya dengan koleksi baju dari Jakel tapi sangatlah malas nak bersesak-sesak kat kedai. Melihat kepada situasi ini, istimewa pada tahun ini pihak Jakel akan membuka jualan secara atas talian (online) untuk memudahkan urusan pembelian. Belian secara online akan mula dibuka pada 10 Mei 2019. Pembelian secara online boleh dibuat di www.jakelstore.my .


Saya sendiri sempat ke butik Jakel Shah Alam semalam untuk mendapatkan baju raya. Ramai betul orang kat situ. Kedai belum buka lagi orang dah berpusu-pusu kat depan kedai. Mana tidaknya, pihak Jakel menawarkan baucer baju melayu PERCUMA dengan pembelian baju melayu bernilai RM150 untuk 100 pelanggan terawal. Selain itu, duta-duta Jakel raya turut hadir semalam untuk turut sama mempromosikan dan menjual koleksi raya masing-masing dengan harga runtuh. Saya sudah beli baju raya untuk tahun ini, korang bila lagi? Hehe.

Tuesday, June 5, 2018

Shopping Raya di Yasss Raya 2018, Quill City Mall.

June 05, 2018 20
Shopping Raya di Yasss Raya 2018, Quill City Mall.
Sekejap sangat masa berlalu. Tak lama dah lagi Syawal nak menjelma. Sebagai warga Malaysia yang beragama Islam, tak dinafikan menjelang Syawal ni la kita tak lepaskan peluang untuk shopping persiapan raya. Kemeriahan shopping pakaian baru tu lebih terasa bila menjelang Syawal. Alah, bukan yang beragama Islam sahaja. Kehidupan kat Malaysia ni, setiap perayaan memang diraikan oleh semua kaum. Sama la juga dengan Hari Raya Aidilfitri. Bukan yang beragama Islam aje yang excited cari baju raya dan kuih raya tau. Yang tak beragama Islam pun sama. Sebab waktu perayaan macam ni la kita nak merasai suasana kemeriahan beraya bersama keluarga dan rakan-rakan. Seronok bila hari raya diraikan bersama semua kenalan tak kira kaum. Seawal beberapa bulan sebelum Syawal lagi kebiasaannya orang ramai dah mula shopping untuk hari raya. Tapi kemeriahan raya lagi terasa bila shopping di bulan Ramadhan.


Perkara pertama yang selalu orang duk kalut beli menjelang Syawal ni adalah baju raya. Saya sendiri tak terkecuali. Sakan ke sana sini untuk shopping pakaian raya. Dari bazaar dan gerai-gerai sehingga la ke mall dan butik. Semua saya terjah selagi boleh. Baju raya pun tak nak kalah, berpasang-pasang haa. Almaklum, raya kan sebulan. Jika korang masih mencari-cari busana mengikut trend terkini untuk digayakan sepanjang musim perayaan nanti, saya cadangkan korang ke Quill City Mall. Kenapa? Haaa sebab kat Quill City Mall sekarang sedang berlangsungnya Yasss Raya 2018! Yasss Raya 2018 merupakan one stop centre yang menawarkan 1000 pilihan koleksi hari raya dari lebih 40 buah gerai jualan. 


Di Yasss Raya 2018, para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan busana hari raya yang menarik dari jenama-jenama terkenal oleh selebriti ternama Malaysia seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.RTW, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan banyak lagi. Gerai jualan untuk Yasss Raya 2018 ini akan berada di Main Entrance dan Main Atrium Quill City Mall sehingga 12 Jun 2018.


Selain membeli-belah keperluan hari raya, para pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan selebriti seperti Yaya Zahir, Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad, Hazwan Faiz, Yana Khairuddin, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Hafiza Hamid, Mira Filzah, Rozita Che Wan, Annas Easkey dan ramai lagi. Dah bertemu selebriti tu, takkan taknak selfie kot? Hehe

Si cantik Anzalna pun adaaa

Disebabkan Yasss Raya 2018 ini bertemakan lampu neon berserta dekorasi trendy dan moden, jadinya sambil shopping tu jangan lupa bergambar sakan kat sana. Cantik weyh, instagrammable sangat! Kalau upload gambar tu jangan lupa letak hashtag #YASSSRAYA2018 #QuillCityMallKL dan tag 3 orang kawan. Mana la tahu boleh menang shopping voucher RM500! Shopping sakan la korang raya tahun ni.

Sekitar mjalis perasmian Yasss Raya 2018

Lokasi Quill City Mall yang terletak di tengah-tengah KL itu sendiri sememangnya sangat strategik sekali. Kalau ofis berdekatan tu, lunch hour boleh lari kejap ke Quill City Mall ni untuk shopping baju raya. Tak perlu nak bersesak-sesak kat tempat lain. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik dan pertandingan sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ni. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh follow social media Quill City Mall.

Thursday, May 31, 2018

LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini

May 31, 2018 8
LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini
Biasa pergi NU Sentral? Pernah dengar tentang butik LOKA Malaysia? Haaa kalau korang selalu lepak atau shopping kat NU Sentral, mesti korang perasan akan kewujudan LOKA Malaysia ni. LOKA Malaysia berada di tingkat 1 NU Sentral, dan betul-betul bersebelahan dengan butik H&M. Saya sendiri memang kerap ke NU Sentral untuk shopping, makan-makan, lepak dan tengok wayang. Almaklum, lokasi NU Sentral tu strategik, berdekatan dengan kebanyakan public transport. Kalau nak jumpa kawan pun biasanya saya selesa berjumpa di NU Sentral. Setiap kali saya ke NU Sentral, memang saya perasan tentang kewujudan LOKA Malaysia ni, tapi saya tak pernah masuk ke butik LOKA Malaysia. Kiranya duk lalu kat depan tu, duk jeling-jeling je. Nak masuk rasa segan sebab tak tahu sangat apa yang dijual kat dalam tu. Ada la nampak baju bergantungan. Tertanya-tanya juga tentang butik LOKA Malaysia ni.


Baru-baru ini saya berkesempatan ke majlis Meet & Greet Bersama LOKA Malaysia. Kebetulan baru balik dari Shah Alam, then member ajak join dia ke majlis tu. Dah alang-alang saya kat sana, saya join jela. Sambil-sambil tu boleh jugak tahu lebih lagi tentang apa yang dijual kat LOKA Malaysia. Awalnya saya sangkakan LOKA Malaysia ni merupakan sebuah butik yang mengeluarkan produk pakaian dibawah jenama LOKA sendiri. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. LOKA Malaysia merupakan hub fesyen yang menggabungkan jenama-jenama tempatan termasuk jenama-jenama dari selebriti popular tanah air kita. Ketika majlis Meet & Greet tersebut, turut diadakan mini fashion show bagi pakaian yang dijual di butik LOKA Malaysia. Sempat saya rakamkan sedikit.


Di LOKA Malaysia, terdapat sekitar 60 jenama fesyen serta gaya hidup tempatan digabungkan di bawah satu bumbung. Banyak kan? Jika tidak salah pemahaman saya, konsepnya lebih kurang macam vendor boutique. Bezanya, LOKA Malaysia berjaya menjalankan operasi butik mereka di pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur. Yela, kebiasaannya vendor boutique lain beroperasi di premis berasingan seperti rumah kedai dan sebagainya.


Turut hadir ke majlis Meet & Greet tersebut ialah beberapa orang artis tempatan yang turut mengambil bahagian dalam menempatkan jenama mereka di gedung fesyen LOKA Malaysia. Antaranya ialah Raja Ilya, Avaa Vanja, Normah Damanhuri, Didie Alias, dan ramai lagi. Apa yang saya suka tentang LOKA Malaysia ialah ianya berusaha mengetengahkan jenama-jenama tempatan sebaris dengan jenama antarabangsa di pasaran pusat beli-belah. Dengar-dengar, di masa akan datang pihak LOKA Malaysia akan turut membawa jenama-jenama tersebut ke peringkat antarabangsa. Bagi saya, ianya satu inisiatif yang bagus bagi menaikkan lagi industri fesyen Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.


Antara jenama yang terdapat di butik LOKA Malaysia adalah Georgeous dan Precious Luxe daripada Rozita Che Wan, WD Exclusive daripada Wak Doyok, Fazbulouscom daripada Fazura, Tumeric Mask daripada Avaa Vanja, Abam Brands daripada Abam Bocik, dan Raja Ilya Edition daripada Raja Ilya. Selain itu, turut mengambil bahagian adalah Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusive by Akma AF, Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wardrobe.IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagi.

 Avaa Vanja dan produk Tumeric Masknya

Selain menawarkan ruang promosi yang serba luas dan teratur, LOKA juga mempunyai satu ruangan yang luas bagi sesiapa yang bercadang untuk membuat sebarang aktiviti di dalam premis berkenaan dengan kadar sewa yang berpatutan. Agak luas juga event space di LOKA Malaysia. Majlis Meet & Greet pun turut diadakan di situ. Lokasi strategi LOKA Malaysia yang terletak di pusat beli-belah di tengah Kuala Lumpur sememangnya salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh LOKA untuk menarik perhatian lebih 2.2 juta pengunjung yang berkunjung ke NU Sentral setiap bulan.



Instagram : @loka.malaysia 
Phone : +603-22764128 / +603-22764129 

Tuesday, May 29, 2018

Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam

May 29, 2018 31
Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam
Hai, selamat hari raya. Eh, terawal pulak hahah. Puasa belum pun separuh lagi, dah tak sabar nak beraya. Sebenarnya persiapan raya untuk diri saya sendiri, sebelum bermula Ramadhan lagi saya dah uruskan. Kenapa? Sebab kononnya malas nak bersesak shopping waktu bulan puasa. Tapi kelengkapan raya untuk mak dan ayah belum beli lagi. Tengok kawan-kawan ramai post kat social media pasal butik Haqqi, macam menarik pulak. Butik Haqqi merupakan hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah, dan fesyen patuh syariah. So hari Ahad yang lepas saya ke butik Haqqi untuk belikan kurta untuk ayah. Gigih betul ke Shah Alam tau, sebab kawan-kawan cakap kat sana banyak pilihan dan harganya berbaloi-baloi.


Plan awalnya memang nak pergi cari kurta semata-mata je. Tapi eh bila dah masuk ke butik Haqqi, tershopping untuk diri sendiri la pulak. Banyak la pulak terberkenan baju-baju kat sana. Serious banyak betul pilihan kat sana dan semuanya lawa-lawa. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Buat seketika saya jadi lupa niat asal saya ke sana adalah untuk belikan kurta buat ayah. Saya jadi lupa bahawasanya saya dah pun beli baju raya untuk diri sendiri. Ralit sangat duk belek-belek baju raya kat sana. Saya sempat fitting beberapa pasang baju raya yang saya berkenan.


Suasana kat sana tak payah cakap la, memang ramai betul orang. Tak henti-henti orang datang beli persiapan raya kat situ. Nasib baik fitting room pun ada banyak, taklah kena tunggu lama sangat untuk fitting baju. Oh ye, selain baju raya, butik Haqqi juga turut menyediakan kelengkapan umrah dan haji. Pakaian raya kat situ pun semua patuh syariah. Terdapat dari saiz XS hingga XXXL.


Lama tau saya kat sana sebab tak boleh nak buat keputusan yang mana satu nak beli. Berjam-jam jugak la. Nak kena beli lagi ke sedangkan baju raya dah beli? Tapi kalau tak beli kang nanti balik rumah teringat-ingat. Lepas dah fitting beberapa pasang baju, end up saya beli yang lain haha. Almaklum banyak sangat, rambang mata jadinya. Fitting yang lain, tapi beli yang lain.


Yang bestnya kat butik Haqqi ni, dekat musim raya macam ni dorang selalu buat jualan happy hour. Meriah sangat-sangat. Masa saya kat sana, sempat tengok dorang buat jualan happy hour. Baju kurung lace yang harga hampir RM300, boleh dapatkan dengan harga RM150 sahaja waktu happy hour. Mahunya tak tergoda kan? Haha. Kurta dan baju melayu pun murah-murah dan banyak pilihan. Kurta dijual serendah RM60 untuk 2 helai. Murah teramat weyh. Untuk ayah saya belikan kurta Izzuexclusive dengan harga hanya RM45 selepas diskaun! Berbaloi sangat sebab material sangat bagus dan design pun cantik. Rasa berbaloi sangat nilai wang.


Baju raya saya? Hmm mana boleh tunjuk lagi. Nanti tak surprise la! Yang saya duk tunjuk kat sini semua bukan baju raya saya tau. Ini semua yang saya fitting semasa dalam proses nak decide beli yang mana. Tak beli pun walaupun berkenan. Saya beli yang lain. Nak tahu, tunggu la raya nanti. Sedikit sebanyak saya rasa menyesal jugak la sebab dah beli baju raya berpasang-pasang sebelum bulan puasa. Kalau belum beli, mesti saya dah sambar baju-baju yang saya fitting kat Haqqi ni. Boleh la beli lebih dari sepasang kat butik Haqqi. Harga pun berbaloi-baloi beli musim raya ni.


Lokasi butik Haqqi kat Shah Alam ni sederet dengan Wisma Jakel. Ini merupakan HQ butik Haqqi. Selain kat Shah Alam, butik Haqqi juga terdapat di TTDI dan di Bangi Sentral. Korang boleh rambang mata kalau ke butik Haqqi ni. Baju-baju raya sekarang ni tengah dilelong dengan kadar harga yang tak masuk akal. Murah sangat! Stress pulak kita yang tengok ni, takut terover beli banyak sangat. Kalau korang tinggal jauh, boleh beli online jugak.

NO 37, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
info@haqqi.com.my
03-5523 6430

Wednesday, February 14, 2018

Asyikin Exclusive kini di Setapak Central

February 14, 2018 22
Asyikin Exclusive kini di Setapak Central
Permintaan yang makin tinggi terhadap pakaian muslimah mendorong pembukaan cawangan baru Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central. Rangkaian pakaian muslimah jenama Asyikin Exclusive sebenarnya tidak asing lagi bagi kaum hawa terutamanya yang tinggal di Melaka. Kedua-dua butik Asyikin Exclusive yang sedia ada bertempat di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan pusat beli belah Mahkota Parade. Kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, akhirnya pemilik Asyikin Exclusive, Puan Nur Asyikin binti Rahmat mengorak langkah membuka cawangan ketiga yang bertempat di Setapak Central.



Memandangkan lokasi Setapak Central tidaklah jauh dari kediaman saya, saya sempat hadir ke sesi ramah mesra dan minum petang antara Puan Nur Asyikin dengan para media serta blogger yang di adakan di butik terbaru di Setapak Central. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai itu dihadiri oleh beberapa orang wakil media. Perwatakan Puan Nur Asyikin binti Rahmat yang merendah diri, peramah dan tidak sombong membuatkan saya selesa bersembang dengan beliau. Puan Nur Asyikin binti Rahmat turut berkongsi pengalaman turun naik beliau dalam usaha merealisasikan jenama Asyikin Exclusive. Seronok pula mendengar kisah kejayaan orang lain. Terus saya merasa bersemangat untuk contohi beliau.

Puan Asyikin dan suami yang menjadi tulang belakangnya selama ini

Konsep pakaian yang diketengahkan oleh butik Asyikin Exclusive merupakan gaya muslimah kontemporari. Ditanya mengenai pemilihan lokasi pembukaan Butik Asyikin Exclusive, menurut Puan Asyikin beliau memilih lokasi di pusat beli-belah kerana katanya pusat beli-belah sememangnya sentiasa mempunyai pengunjung yang tersendiri setiap hari.


Jika ditanya tentang fesyen, setiap individu mempunyai pilihan fesyen tersendiri. Begitu juga saya. Bagi saya, asalkan design pakaian itu terlihat simple dan menutup aurat, ia memadai. Tetapi jika designnya cantik dan memiliki ciri keselesaan untuk saya, lagilah saya suka. Baju-baju dan tudung yang dijual di butik Asyikin Exclusive sememangnya mencuri perhatian saya. Nasib baik waktu tu belum gaji lagi. Kalau tak, saya dah rembat beberapa helai. Harga pun berpatutan, boleh dikatakan sangat mampu milik. Takpe, lepas dah gaji nanti saya ke sana lagi. Bukan jauh pun nak ke Setapak Central. Jujurnya saya sangat suka denga susun atur dan dekorasi butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, nampak tersusun dan selesa. Turut dilengkapi dengan fitting room.


 Turut dilengkapi dengan fitting room





Jangan tak percaya, butik Asyikin Exclusive turut mengadakan kolaborasi dengan artis seperti Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah dan Sherry Alhadad dalam usaha mempromosikan jenama Asyikin Exclusive. Patutlah ada tertera gambar Shila Amzah di butik Asyikin Exclusive. Saya yakin, kalau dah artis tu takdenya dorang main setuju je nak promosikan sesuatu jenama tu sekiranya jenama itu sendiri tidak berkualiti, kan? Nanti tak pepasal fans kecam, tak ke haru kan? Ni dah sampai Shila Amzah pun turut berkolaborasi mempromosikan butik Asyikin Exclusive, tentunya pakaian yang dihasilkan dibawah jenama Asyikin Exclusive ini berkualiti tinggi.

Kemain besar gambar Shila Amzah

Puteri Sarah liyana yang juga turut berkolaborasi dengan Asyikin Exclusive

Sesi beramah mesra dan perkongsian 

Semasa di butik Asyikin Exclusive haritu, saya ada berkenan beberapa helai blouse yang dijual di butik Asyikin Exclusive. Blouse yang style agak kasual tetapi turut sesuai digayakan ke tempat kerja. Palazzo pun cantik-cantik. InshaAllah, dalam masa terdekat ni saya akan ke sana lagi sekali untuk beli beberapa helai blouse.



Korang pun kalau ke Setapak Central, boleh la singgah ke butik Asyikin Exclusive usha mana yang berkenan dihati.

Asyikin Exclusive
Level G, Sebelah Coffee Bean,
Setapak Central Mall, Setapak.