emilinda: althea
Showing posts with label althea. Show all posts
Showing posts with label althea. Show all posts

Friday, December 28, 2018

Jeonghwa & Minsco Turut Mencuba Althea Real Fresh Skin Detoxer di Rancangan TV Get It Beauty!

December 28, 2018 12
Jeonghwa & Minsco Turut Mencuba Althea Real Fresh Skin Detoxer di Rancangan TV Get It Beauty!
Kalau korang perasan, beberapa bulan lepas saya ada kongsikan tentang Althea Real Fresh Skin Detoxer. Jujur saya katakan, saya memang in love sangat-sangat dengan skin detoxer ni. Tersangatlah practical dan berkesan untuk si gadis sibuk macam saya ni. Memandangkan hari tu saya dah ceritakan agak detail tentang skin detoxer ni, so kali ni saya tak nak cerita panjang sangat. Cuma saya nak kongsikan bahawasanya bintang K-Pop dari Korea, Jeonghwa (anggota EXID) pun turut menggemari Althea Real Fresh Skin Detoxer ni.


Jeonghwa mencuba Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose

Dalam satu program TV yang famous di Korea iaitu rancangan TV Get IT Beauty yang menampilkan Jeonghwa dan Minsco (Korean beauty influencer), kedua-dua Jeonghwa dan Minsco telah mencuba sendiri produk skin detoxer keluaran Althea ni. Apa yang bestnya, diorang pun kagum dan suka dengan Althea Real Fresh Skin Detoxer ni. Mana tidaknya, skin detoxer dari Althea ni memang sangat praktikal untuk digunakan dan berkesan. Selalunya kita pakai face mask dalam 20 minit kan? Guna Althea Real Fresh Skin Detoxer ni hanya mengambil masa 10 saat sahaja untuk buat kulit lebih cerah, bersih dan segar! No wonder la Jeonghwa dan Minsco pun suka!


Korang boleh tonton sendiri full video episode Get IT Beauty yang menampilkan Althea Real Fresh Skin Detoxer kat atas ni. Jeonghwa telah mencuba Real Fresh Skin Detoxer Rose, manakala Minsco pula mencuba variasi Green Tea. Kedua-duanya nampak sangat teruja mencuba produk keluaran Althea ni. Katanya boleh rasa kulit lebih lembap dan cerah lepas pakai. Selain itu, Minsco sendiri turut berkongsi beberapa tips tambahan untuk lebih relax ketika memakai face mask.

Selain mencuba sendiri skin detoxer, Minsco turut berkongsi beberapa tips tambahan

Jangan kata Jeonghwa dan Minsco ni, saya sendiri pun memang jatuh cinta teruk dekat Althea Real Fresh Skin Detoxer ni. Ini kalau pagi-pagi rushing nak pergi kerja pun sempat lagi nak pakai kejap. Barulah muka nampak lebih bermaya dan berseri. Dah la siap ada extrak kelopak bunga mawar dan ekstrak green tea dalam skin detoxer ni. Memang fresh habislah! Althea Real Fresh Skin Detoxer ni korang boleh dapatkan terus di https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set .

Tuesday, December 18, 2018

Seronok Pakai Althea Milk Peel Cream Mask.

December 18, 2018 22
Seronok Pakai Althea Milk Peel Cream Mask.
Tak pasti kenapa kebelakangan ni rasa macam muka makin bermasalah. Faktor usia ke? Atau faktor terdedah kepada persekitaran yang tak okay? Atau mungkin sebab tak cukup rehat & terlalu banyak berfikir. Semua tu mungkin faktor penyebab kepada kulit bermasalah saya ni. Mungkin orang lain tengok nampak macam elok je muka saya ni. Tapi sebab kita setiap hari duk belek muka kita, kita dapat rasa la kan perubahan kat muka ni. Muka mula banyak white head, pastu mula kering terlampau sampai menggelupas dan bila pakai foundation/bedak, makin ketara pulak kulit kering tu. Itu belum cakap pasal muka rasa kusam lagi. Confident level makin menurun, isk. Mula rasa risau berlebihan dan rasa stress. Lagi pulak last week saya dapat mimpi seram gila. Mimpi masa tengah belek-belek muka depan cermin semasa bersiap, tiba-tiba nampak muka jadi hodoh gila. Menakutkan betul mimpi macam tu, serious. Bangun je terus ambik cermin tengok.


Tengah susah hati dengan masalah muka sendiri, teringat pulak dekat bungkusan Althea yang diterima sekitar 2 minggu lepas. Dalam bungkusan tu ada salah satu produk terbaru Althea iaitu Althea Milk Peel Cream Mask. So baru-baru ni saya cuba pakai Althea Milk Peel Cream Mask tu. Sebelum saya bagi feedback, saya nak cerita la serba sedikit tentang produk ni.



Kandungan utama Althea Milk Peel Cream Mask ni ialah ekstrak protein susu, Kaolin, AHA & BHA. Ekstrak protein susu tu adalah sangat bagus untuk melembapkan dan menguatkan kulit, manakala AHA & BHA pula membantu menghilangkan sel kulit mati. Barulah boleh dapat kulit yang smooth licin gitu ha. Kaolin berfungsi untuk detoxifies & menarik keluar segala kotoran dari liang pori.



Apa yang best tentang mask ni? Haaa bagi saya, mask ni lain dari yang lain. Althea Milk Peel Cream Mask ni kira macam exfoliating mask. Sebelum guna, basahkan sikit muka. Lepastu apply je clay mask ni bagi rata kat seluruh muka. Sambil-sambil sapu tu, urut-urut sikit dalam gerakan membulat sampai dia berubah texture menjadi whipped cream lather. Serious saya agak impress sebab tak sampai seminit, dia jadi berbuih-buih dengan sendiri kat muka kita. Memang ada rasa geli sikit sebab rasa macam ada benda membiak kat muka time dia berbuih tu, hahahah. Tapi rasa excited pulak. Lepas tu biar kejap dalam 30-60 saat sebelum cuci dengan air suam. I am too lazy to get warm water, so saya guna air paip je lol.

Waktu kita apply macam ni la texturenya, macam clay

Althea Milk Peel Cream Mask ni sesuai untuk kulit jenis kombinasi, kulit yang liang porinya besar, kulit yang kasar tapi sensitif (which needs gentle exfoliation), dan kulit kering yang perlukan lebih lembapan. That is what they said. So saya tergolong dalam golongan yang sesuai pakai produk ni. Muka saya ni banyak clogged sebum & impurities.

Then dalam 30 saat, dah berubah jadi bubbly

close up sikit

muka fresh bila dah bersihkan

I guess it's too early nak bercakap pasal kesan yang diberikan terhadap kulit wajah ni sebab baru tak sampai seminggu guna. I use it almost everyday, and i love it. Dia takde bau-bau pelik, just bau macam bau susu je. Saya suka bau susu, rasa nyaman dan tenang. Another thing is saya suka bila dia dipacking dalam bentuk botol yang picit-picit ni (mostly mask lain adalah dalam bekas yang boleh buka penutup. I don't like mask dalam bekas macam tu sebab nanti senang comot & senang kotor).


This Althea Milk Peel Cream Mask korang boleh dapatkan di Althea dengan harga RM36 untuk 50ml. Murah je, tak mahal pun. Sangat mampu milik. Untuk diskaun 20% bagi pembelian pertama kali di Althea, boleh sign up guna referral link ni : https://share-my.althea.kr/x/xUIOEB .

Thursday, December 13, 2018

10 Produk Kecantikan Wajib Dibeli di Althea

December 13, 2018 20
10 Produk Kecantikan Wajib Dibeli di Althea
Hai korang!

Untuk yang dah selalu sangat membeli produk kecantikan di Althea, rasanya korang memang dah tahu sangatlah apa yang korang nak restock setiap kali buat pembelian di Althea, kan? Setelah bertahun jadi pelanggan setia Althea, saya sendiri pun dah boleh hafal apa produk best yang nak dibeli setiap kali buka Althea. Tapi, lain orang lain keperluan dan keinginan. So artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa item yang saya boleh rekomen kat korang untuk dibeli di Althea. Actually banyak produk best kat Althea ni, tapi saya senaraikan 10 je dulu yang paling saya suka. Mungkin boleh jadi panduan atau idea untuk korang yang masih buntu nak beli apa kat Althea.

#1 Althea Bare Essentials Contour Cleansing 150g - RM23


Dah banyak kali saya restock pencuci muka ni. Saya tak pasti tentang kaum wanita yang lain, tapi saya sendiri memang ada banyak jenis pencuci muka. Kiranya akan ada lebih dari satu pencuci muka. Pastu pakai tukar-tukar ikut suka hati. Ini salah satu pencuci muka kegemaran saya. In fact, kat rumah sekarang ni memang most of the day saya guna yang ni. Ye, rangkaian skincare Althea Bare Essentials ni bukan pencuci muka sahaja. Terdapat juga Fixer Cream dan Primer Water. Semua saya ada. Tapi paling saya suka adalah Contour Cleansing ni. Saya teramat sukakan pencuci muka ni sebab muka rasa bersih sangat bila lepas guna ni. Rasa bersih & segar. Jujur, saya sejenis yang malas nak buang mekap menggunakan make up remover. Ya Allah, tobat malas! Rasa leceh sangat. Kalau boleh nak terus cuci pakai cleanser tanpa perlu makeup remover yang berminyak-minyak tu tapi at the same time nak kesan makeup tu betul-betul hilang. And yes, kalau korang sejenis yang liat nak guna make up remover, memang saya cadangkan Althea Bare Essentials Contour Cleansing ni.

#2 Etude House Drawing Eye Brow New 0.25g - RM11



Ingat lagi dulu-dulu waktu awal-awal beranikan diri melawa dan pakai makeup, saya memang tak reti langsung nak lukis kening. Serious masa tu kalau saya lukis kening, nampak lagi messy. So saya lebih memilih untuk biar je tanpa lukis. Acah confident kononnya kening dah semulajadi cantik, kahkah. Padahal sebab tak reti. Tiap kali lukis kening jadi macam kening shin chan. Itu belum cerita pasal eye brow asyik patah sebab saya tekan kuat sangat. Haha. And few years ago saya diperkenalkan dengan Althea. Duk scroll Althea, nampak Etude House Drawing Eye Brow ni. Macam menarik sebab bentuk pencil nya yang memudahkan kita pakai. Kira sesuai sangatlah untuk yang tak reti lukis kening macam saya ni. Plus, dia ada dual tips. Satu pencil untuk lukis, satu lagi untuk sikat kening. Harga murah pulak tu. Memang saya borong hampir semua warna. Dah banyak kali habis, dan dah banyak kali jugak restock. For those yang rasa tak reti sangat nak lukis kening, you really need this!


#3 Medi Heally Herb Warm Pack - RM13/3pcs OR RM29/9pcs


Ini sangatlah berguna untuk gegadis yang selalu mengalami masalah senggugut teruk bila datang bulan. For those yang memang biasa alami je yang tahu macam mana sakitnya bila senggugut teruk ni. Kadang sampai pitam, half-concious kat atas katil tu, terbaring je berperang dengan sakit. Biasanya apa nak buat bila macam ni? Kalau asyik telan ubat je tak elok untuk jangkamasa panjang. Dulu-dulu saya akan gagahkan diri saya masak air panas, isi dalam botol untuk tuam kat perut. Tak menghilangkan sakit, tapi mengurangkan. Itu kalau kat rumah la. Kalau kat ofis atau kat luar? Memang terganggu la urusan harian kan? Sebab tu bila nampak benda alah ni ada dijual di Althea, tak fikir panjang terus saya beli. Alhamdulillah, lebih convenient & practical untuk saya gunakan. Just buka plastik dan tampal kat bahagian bawah perut. Berkurang sakit. At least boleh la buat kerja. Medi Heally Herb Warm Pack ni memang saya pastikan sentiasa ada dalam beg saya.

#4 CP-1 Raspberry Hair Vinegar 500ml - RM31


Selama ni saya duk pakai shampoo dan conditioner rambut yang biasa dijual kat kedai tu je. Tapi last year salah seorang officemate saya ada beli hair vinegar ni dan katanya memang best, tak menyesal beli. Dari situ saya dah pasang niat nak beli jugak. Tapi tiap kali nak beli tiap kali tu la out of stock. Nampaknya memang laku keras. Akhirnya beberapa bulan lepas saya berjaya beli jugak, hehe. Dari segi kuantiti, memang sangat berbaloi dengan harga. Botolnya besar. Waktu pakai ni untuk kali pertama, saya macam pelik eh kenapa takde buih. Rupanya dia memang tak berbuih. Bukan macam shampoo. Just tuang ke tapak tangan, sapu ke rambut.Wangi gilaaaaa, bau berry kot. Bila siap mandi memang terasa bezanya rambut kita bila guna benda alah ni. Rambut jadi lembut, smooth dan senang nak urus. Selalu lepas mandi memang struggle jugak la nak detangle rambut yang berbelit sesama sendiri tu. Tapi bila guna hair vinegar ni, jadi mudah pulak. Saya target nanti nak beli few bottle of this CP-1 Raspberry Hair Vinegar untuk bagi dekat mak & kakak-kakak. Benda elok harus dikongsi.

#5 Althea Real Fresh Skin Detoxer (150ml each) - RM43 for each OR RM77/set


Actually produk ni masih baru lagi dikeluarkan oleh Althea, sekitar September 2018. Walaupun Althea Real Fresh Skin Detoxer ni masih baru, tetapi memang tak mengecewakan. Saya sendiri dah merasai kedua-dua variasi skin detoxer ni, dan memang terus jatuh cinta bila kali pertama cuba. Didatangkan dalam 2 variasi iaitu Green Tea dan Rose. Skin Detoxer ni sebenarnya berfungsi sebagai pek pencuci 2-dalam-1. Sebagai pencuci muka dan juga untuk detox kulit kita. Pakai sekitar 10 saat je, lepastu boleh terus cuci dan bilas. For me, skin detoxer ni bertindak macam instant fresher. Serious, pakai benda ni sekejap je lepastu muka dah rasa fresh, bertenaga dan lebih berseri. My fav is the Green Tea one, tapi yang Rose pun not bad jugak. Boleh pilih nak beli salah satu je atau dua-dua sekali. Nak lebih berbaloi, beli je dua-dua sekali lagi jimat.

#6 The Face Shop Highlighter Beam 13ml - RM29


The Face Shop Highlighter Beam ni bukan sebarang highlighter tau. Benda alah ni boleh bagi effect glossy and radiant look dekat muka kita. Kira macam pelengkap kepada mekap yang kita duk pakai hari-hari tu, it gives instant radiant & intense glow. This liquid highlighter shining up our face natural volume with moisturizing brightness. Dia bagi effect shining and dewy makeup look. Siapa tak nak muka nampak glowing kan?

#7 Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel 300ml - RM13


Masa awal-awal terjebak dengan Althea dulu, memang ini la antara item yang saya duk repeat beli. Siap promote kat member-member dan kakak-kakak. Sebab soothing gel ni memang best! Dah la best, murah pulak tu. Kalau korang beli kat outlet Nature Republic di Malaysia ni, memang tak dapat la harga macam ni. Apa yang bestnya soothing gel ni adalah ianya sesuai untuk digunakan kat macam-macam bahagian kat tubuh badan kita. Boleh sapu kat rambut untuk buat rambut jadi lembut. Boleh sapu kat muka atau bahagian kulit tubuh badan lain untuk kulit lembut. saya paling suka sapu soothing gel ni dekat bahagian kulit yang gatal-gatal / merah-merah, untuk kurangkan iritasi. Memang berkesan. Selain tu, kalau lepas shave pun saya suka sapu benada alah ni, pun untuk kurangkan iritasi jugak. Produk ni sapu dekat kulit  kanak-kanak pun boleh. If i'm not mistaken, kakak saya bagi anak dia pakai jugak untuk rambut dan kulit. Saya punya dah lama habis, so memang nak kena restock balik Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel ni.

#8 Laneige Water Sleeping Mask 70ml - RM77


Pernah satu ketika tu, saya duk gilakan produk Laneige ni. Almaklum, kat sana sini terpampang muka Song Hye Kyo kat iklan Laneige. Haruslah saya pun tergoda sama. Saya pernah beli Laneige Water Sleeping Mask, dan memang tak mengecewakan. Kulit saya memang jenis yang kering, so apa-apa skincare yang boleh tambah kelembapan kulit ni memang saya suka la. Bangun pagi muka rasa anjal dan cukup lembapan.

#9 It's Skin Power 10 Fomula Effector 30ml - RM30/each


Ini pun salah satu beauty item yang termasuk dalam wishlist saya. Belum pernah cuba, tapi beberapa orang rakan terdekat saya dah pun cuba Power Effector ni. Katanya best, memang berkesan. Ad 9 jenis semuanya. Tak perlu pakai kesemua 9 jenis pun. Almaklum, muka ada satu je, haha. Pakai la yang mana ikut kesesuaian dan keperluan. Kalau baca review, memang ramai yang berpuas hati. Katanya effector ni lightweight, tidak melekit dan senang menyerap ke kulit. Selain untuk perbaiki texture kulit, effector ni juga bagus untuk memudarkan parut dan mencerahkan kulit.

#10 Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop 35ml - RM102 DAN Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask 90g - RM122


Saya tak pernah punyai pengalaman menggunakan produk skincare dari jenama Dear, Klairs ni. Tapi selalu sangat baca review orang lain tentang keberkesanan produk ni. Ya Allah, memang tergoda habis. Tapi tengok harga tu terus terbantut, haha. Yela, banyak item dari jenama ni yang dikatakan best. Kalau semua nak beli, habislah duit kan haha. So saya study sikit review and feedback pengguna and finally i decided to give this one a try. Next purchase from Althea memang saya akan beli Freshly Juiced Vitamin Drop ni, i don't care nak jugak. Dah beli nanti kita review balik kat blog ye.


Saya baca lagi review & feedback orang lain, and they said kalau dah guna Freshly Juiced Vitamin Drop,, it's good to pair it with this Freshly Juiced Vitamin E Mask as well. Kira macam keberkesanan dia tu akan lebih cepat la kot. So yeah, i'm so gonna buy this too. RIP to my bank account. Hehe. Takpe, investment untuk kecantikan diri sendiri. Ayat nak sedapkan hati hahah.


Kalau nak senaraikan memang banyak produk kecantikan yang best kat Althea ni. Bergantung pada diri masing-masing la. Korang pulak apa produk yang korang suka sangat kat Althea tu? Kongsikan kat bahagian komen, kot-kot saya pun boleh terjebak sama suka dekat produk tu. Untuk sesiapa yang kali pertama nak beli di Althea, korang boleh dapat 20% discount untuk pembelian pertama bila korang Sign Up guna link ni : SIGN UP ALTHEA .


Monday, October 16, 2017

Unboxing Limited Edition Althea Beauty Box - Born This Way

October 16, 2017 21
Unboxing Limited Edition Althea Beauty Box - Born This Way

Selama ni saya duk usha je Althea beauty box. Jealous tengok kawan-kawan beli Althea beauty box, pastu duk tayang kat social media. Haha, i'm so jealous! Bila turn saya nak beli mana-mana Althea beauty box, laju je dah sold out. If you're a regular customer or a big fan of Althea like me, then you will understand what i'm talking about. Saya bukan cakap pasal mana-mana produk kecantikan Korea yang dijual kat Althea tu, tetapi saya bercakap tentang beauty box Althea. Yes, every month Althea keluarkan beauty box yang berbeza-beza. By the way, it's limited edition! That's why setiap kali berkenan dan nak beli, kena cepat-cepat dan tak boleh tangguh. Kalau tangguh, esoknya tengok dah sold out. Kebiasaannya setiap bulan ada 2 atau 3 beauty box yang berbeza-beza dikeluarkan oleh pihak Althea.

For those yang tak biasa purchase beauty box, mungkin tertanya-tanya apa itu beauty box. Konsep beauty box ni adalah kita bayar certain amount of money untuk dapatkan beberapa produk kecantikan yang memang dah ditetapkan oleh pihak tersebut. Tak boleh pilih nak produk apa, dia memang dah tetapkan sesiap. Beauty box is not a new thing for me, memang saya dah biasa subscribe beauty box sejak beberapa tahun yang lepas. Cuma yang saya pernah subscribe semuanya dari website lain, bukan Althea. Most of the beauty boxes that i purchased berkonsepkan surprise box. Kita bayar certain amount tanpa kita tahu produk apa yang kita akan dapat, then tunggu bungkusan sampai. Kira tawakkal jela, kalau kebetulan bulan tu diorang kasi produk-produk yang best, then you're gonna be happy. And sometimes, you just get few products yang end up you don't even use it. Itu risiko kalau purchase beauty box dari tempat lain. Oh by the way kebanyakan website yang saya pernah purchase beauty box sekarang ni dah close down or tak lagi meneruskan bisnes beauty box tu. I don't know why, padahal for people like me i don't mind bayar certain amount untuk dapatkan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri.


Oh ye konsep beauty box dari Althea ni lain sedikit berbanding beauty box yang pernah saya purchase dulu. Untuk beauty box Althea, sebelum purchase, kita dah tahu produk apa yang kita akan dapat. Kalau kita rasa produk-produk yang ditawarkan tu best dan berbaloi, we can straight away purchase it. So far kalau dilihat pada beauty box yang telah dikeluarkan oleh Althea setiap bulan, semua berbaloi dengan harga yang kita bayar. Hello, Althea kot! Dah sah-sah Althea memang terbaik bab nak puaskan hati pelanggan. Tak pernah la nak hampakan pelanggan. Sebab tu la setiap kali Althea keluarkan beauty box, laju je sold out. Apa yang saya boleh katakan, beauty box dari Althea ni memang jauh berbaloi berbanding beauty box lain yang saya pernah purchase dulu. Memang boleh jimat berganda-ganda. Jumlah yang kita bayar tu kalau beli kat tempat lain, mungkin boleh dapat 1-3 produk je. Tapi bila beli beauty box Althea, boleh dapat sampai 7 produk!


Ya Allah, dah panjang dah membebel. Haha. Okay, let's skip all those less important part. I finally managed to get myself an Althea beuaty box! It's actually my first beauty box from Althea. Sebelum ni selalu sangat beli produk dari Althea, tapi tak pernah beli beauty box dari Althea. Beauty box yang saya nak ceritakan ni ialah Born This Way Box! Born This Way Box ni merupakan beauty box yang ke 29 dari Althea. Sebelum ni Althea dah keluarkan 28 jenis beauty box lain (semua 28 tu saya tak berjaya beli, lol. I guess i need to be faster next time). Harga Born This Way Box ni hanyalah RM116, tapi nilai sebenar produk-produk yang pelanggan akan dapat adalah RM567! Can you imagine how much we can save our money? Preview Born This Way Box ni cakap ada 7 produk kesemuanya. Tapi bila bungkusan sampai, ada 8 produk! I'm such a happy customer. Maybe 1 lagi produk tu adalah bonus/free gift from Althea. So, let's go through all the products one by one.


Innisfree Green Tea Cleansing Foam


Jenama Innisfree tak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia memang tahu kewujudan jenama Innisfree. Macam yang kita sedia maklum la, produk yang berasaskan green tea sememangnya baik untuk kulit wajah, terutamanya bagi yang mempunyai kulit berminyak. Ini bukan kali pertama saya guna Innisfree Green Tea Cleansing Foam ni. Dulu pernah guna. I love the fresh scent of the green tea.

Beuins Nutrient Emulsion Skin


This brand is totally new to me. I don't even know how to pronounce it, lol. Basically this product is combination of emulsion & toner, to make our skin elastic & moisture. Eh suka la bau dia, not too heavy. 


Texture dia lembut dan tak terlalu melekit. Bila sapu kat muka waktu pagi atau malam, tak rasa terlalu heavy kat muka sebab dia tekstur dia not too thick i guess. Tak reti sangat nak explain, but i it doesn't feel sticky on my skin. 


3CE Back To Baby Pore Velvet Primer


3CE products is always on my wishlist. Tak tahu kenapa tapi memang selalu duk aim nak produk 3CE. Don't you think their small packaging is cute? Haha. So far i only have their concealer (which i bought from Althea as well). I love the concealer, so memang duk fikir nak beli produk lain lagi dibawah jenama 3CE ni. And now i have their primer too. Yeay! 


I thought i'm gonna love this primer, just like i love their concealer. But turn out i don't really fancy their pore velvet primer. Sesuai dengan namanya pore velvet primer, so it gives our skin some velvet touch. Macam mana nak explain ye? Macam ada rasa balmy/silky sikit. I'm not sure if that is the correct term tu use, lol. Tapi ada sikit rasa melekit kat kulit, and i don't like that kind of effect on my skin. Lepas pakai primer ni, bila apply foundation, foundation tu macam tak melekat kat kulit. Or is it something wrong with my foundation? I'm not sure. But i'm not gonna give up on this brand of course! Nanti nak cuba produk 3CE yang lain pulak.



Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral  Sunkill RX


I don't really use powder nowadays (selesa pakai BB cream or foundation sahaja). But i give a try on this product. At first the powder macam susah nak keluar, tapi bila dab over and over again on our skin, baru okay. I like the packaging concept. memang convenient nak guna. And again, it doesn't smell too strong (which is good because when it comes to cosmetic & skincare, i don't like the one that comes with strong smell).


Saiz bedak ni tak terlalu kecil, dan tak terlalu besar. Just nice, standard size. Bedak ni bertindak macam sunblock la sebab dia mengandungi SPF 46 PA+++ protection, mampu menghalang sinaran UV. Bagi yang takut kulit gelap, boleh cuba bedak ni. 


Aritarium Mono Eyes Eye Shadow


Before unbox this box, i didn't expect that i'm so gonna love this Aritarium Mono Eyes eye shadow so much. Nampak macam eye shadow biasa je. Tapi texture dia seriously lembut, dan senang nak pakai. This has been my favorite eye shadow noawadays. Memang sentiasa usung ke mana-mana. Almaklum, kecik. Senang nak bawak. 


And the color, i just love it. Light coral color, and look so natural. Warna lembut, and it is not glitter/shimmer at all. Sangat sesuai untuk kegunaan harian.




Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint - Watermelon Red


Haaa, you will definitely fall in love with the smell of this lip tint. Bau buah tembikai segar weyh, menggoda betul. Saiz kecik berbentuk aiskrim, senang nak bawa. Boleh selit dalam poket je. If i show this to my niece, they're gonna really love it. 



Macam lip tint lain, it is in liquid gel form, and it is glossy. Tengok warna macam agak terang, tapi bila apply kat bibir it is not too red. The color is just nice. But i am not really into lip tint. I prefer lip balm, lipstick, and lip cream. Sebab memang kurang gemar glossy effect on my lips.

This is how it looks like.


Pure Smile Art Point Pack


This is definitely one of my favorite from the box. Art point pack ni fungsi dia lebih kurang macam face mask. Memberi kelembapan pada wajah. Bezanya this art point pack dia didatangkan dalam bentuk yang comel-comel. Kira macam sticker gitu. It have 2 sheets per pack, and it have sweet & fruity smell. Keluarkan dari paket, tarik ikut bentuk yang dia dah cut and then tampal je kat mana-mana bahagian yang kita nak. Boleh letak dekat bahagian yang a bit dry & perlukan lembapan.



Dr. Mind Apot Red Mask

Kalau perasan, dekat dalam gambar ada satu lagi face mask yang paket warna merah. It's actually a free gift from Althea. Belum sempat cuba Dr. Mind Apot Red Mask lagi, but i'll surely try it soon.

Dalam gambar ni saya pakai Beuins Nutrient Emulsion Skin, 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer, Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral  Sunkill RX, Aritarium Mono Eyes Eye Shadow, dan Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint.


Overall, saya berpuas hati dengan Althea beauty box - Born This Way. Dijual pada harga  RM116 sahaja, tetapi boleh dapat produk yang bernilai RM567. Tentu-tentu sahaja berbaloi. Tetapi, harap maaflah. By the time i publish this entry, i'm pretty sure beauty box Born This Way already sold out. Memang cepat habis. But don't worry, Althea sentiasa keluarkan beauty box yang berlainan setiap bulan. So boleh usha beauty box lain pulak dekat Althea. 

Bagi yang tak tahu kat mana nak beli, boleh ke website Althea : http://my.althea.kr/

Monday, August 21, 2017

Review Althea Petal Velvet Powder

August 21, 2017 16
Review Althea Petal Velvet Powder

Sebagai salah seorang pelanggan setia Althea, memang tak ketinggalan la kalau ada something best dekat Althea. Baru-baru ni dapat tahu Althea dah mula keluarkan produk dibawah jenama Althea sendiri. For those yang biasa shopping di Althea mesti tahu, selama ni Althea jual produk kecantikan dan penjagaan diri dari pelbagai jenama Korea. Kira Althea ni sebagai satu medium untuk shopping barangan kecantikan Korea. I am one of the most excited one bila dapat tahu Althea start produce their own range of product. Produk pertama keluaran Althea adalah Althea Petal Velvet Powder



It's pink! At first i thought this powder will be in standard size macam powder lain kat pasaran tu. But i'm totally wrong. It comes in a handy size. Comel sangat, mudah dibawa ke mana-mana. Selit dalam poket pun muat.  I'm so in love with the size, lol. Packaging simple but nice.

See how tiny it is.


I don't really like compact powder because it makes my skin irritated (my skin is too sensitive i guess). So normally i use water based BB cream / foundation and loose powder for my daily make up base. Memang lagi prefer loose powder compared to compact powder. For loose powder, i use the one from Skinfood. Tapi packaging Skinfood loose powder tu sangat tak convenient untuk dibawa ke mana-mana. Senang terbuka dan tumpah. So memang tak bawak pun bila keluar. I guess after this i'll just carry this Althea Petal Velvet Powder around.


Since it is a translucent powder, so normal la memang color dia putih. But i have no issue with that. Apply sikit lepas pakai foundation. Texture dia memang lembut, dan takde bau pelik atau bau yang kuat sangat. Just nice, boleh diterima oleh hidung ni. My concern bila pakai mekap adalah kulit muka jadi nampak berminyak after a few hours. I hate that. That is one of the reason why i choose water based foundation. At first risau jugak in case Althea Petal Velvet Powder ni buat muka jadi cepat berminyak. Tapi bila dah pakai, turn out okay je.


Suitable for all skin types, this powder also keeps the skin away from excessive sebum, without being overly dry. Bahan utama yang digunakan untuk hasilkan bedak ni ialah Althea Flower Seed Extract Oil. 


Isi kandungan Althea Petal Velvet Powder ni 3g, harga RM16 sahaja. My expectation was maybe more than RM30, tapi rupanya sangatlah mampu milik. Terkejut bila tahu harga Althea Petal Velvet Powder hanya RM16. 

Kat mana nak dapatkan Althea Petal Velvet Powder? Tentunya boleh didapati di Althea.