emilinda

Thursday, June 6, 2024

CARA MERAWAT KULIT BERMINYAK DENGAN MOISTURIZER WATER BASED TERBAIK – MENGANDUNGI NIACINAMIDE, KULIT KEMBALI CERAH BERSERI

June 06, 2024 0
CARA MERAWAT KULIT BERMINYAK DENGAN MOISTURIZER WATER BASED TERBAIK – MENGANDUNGI NIACINAMIDE, KULIT KEMBALI CERAH BERSERI

Assalamualaikum korang. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga & anak-anak, saya curi masa juga untuk menulis di blog sekali-sekala. Sejak jadi mak orang ni, memang masa sangat mencemburui saya ye. Rasa macam 24 jam sehari tu tak cukup. Apatah lagi sekarang dah jadi emak anak 2, haaa lagi la tak cukup masa. Kadang geram tau, saya rindu nak menulis secara kerap macam dulu-dulu. Banyak benda nak cerita, banyak topik saya nak kupas. Tapi tu lahhh, banyak juga saya kena korbankan sejak jadi ibu ni. Nak urus diri sendiri pun kadang tak sempat. Sejak lepas bersalin anak kedua hari tu memang rasa agak barai ye. Tidur tak cukup sebab anak kedua saya ni masih dalam fasa berjaga malam. Itu belum part si anak sulung tak sihat, seminggu juga la dekat wad. Diri sendiri dah rasa macam apa dah, tak terurus. Muka dah macam hantu kak limah dah, hahahah. Keadaan kulit muka saya pun belum sempat nak recover sepenuhnya lepas bersalin hari tu, dicampur pula dengan kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak. Muka masih rasa berminyak, menyebabkan diri rasa agak kurang yakin.




Punca Kulit Berminyak

Kulit berminyak berlaku apabila kalenjar sebum kulit bekerja berlebihan dari yang sepatutnya lalu menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Selain menyebabkan ketidakselesaan & kurang yakin diri, kulit berminyak juga boleh mengundang masalah lain seperti bintik hitam, bintik putih, dan jerawat. Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menjadi punca kulit berminyak. Macam saya sendiri bukanlah sejak azali jenis kulit muka berminyak. Sebelum ni okay je. Tapi sejak mengandung terus kulit jadi berminyak sangat-sangat. Faktor perubahan hormon rasanya ni. Perubahan hormon boleh meransang peningkatan pengeluaran sebum. Selain faktor hormon, punca kulit berminyak juga adalah disebabkan faktor pemakanan (pengambilan lemak trans, karbohidrat, gula dan produk tenusu yang diproses dalam jumlah berlebihan), cuaca, genetik, penggunaan pencuci muka secara berlebihan, penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak, serta pengambilan sesetengah jenis ubat.



Cara Merawat Kulit Berminyak


Apa cara terbaik untuk merawat masalah kulit berminyak ni? Masalah kulit berminyak ni memang takkan hilang dalam masa yang cepat, memang makan masa & perlu konsisten. Antara cara merawat kulit berminyak adalah dengan membersihkan wajah setiap pagi dan petang serta sebelum & selepas bersenam. Jangan tak tahu, sebum secara semulajadinya akan bertambah sewaktu kita tidur. Jadi wajib ye bersihkan muka waktu pagi lepas bangun dari tidur. Sebelum tidur pun wajib bersihkan muka dari segala bahan mekap. Sebelum bersenam pastikan muka dibersihkan dan bebas mekap, lepas bersenam pun kena bersihkan. Kenapa ye? Sebab sel-sel kulit mati, bakteria & kotoran boleh berkumpul di muka dalam tempoh korang bersenam tu. Lagipun kita taknak la liang pori muka kita tersumbat lalu mengundang jerawat, kan? Kalau kulit korang berminyak, penting ye untuk korang guna pembersih muka yang lembut dan tidak mengandungi minyak atau alkohol. Ini sangat membantu untuk tidak memburukkan lagi masalah kulit berminyak korang tu. Seeloknya guna pembersih muka yang diformulasikan untuk menghilangkan sebum & kotoran berlebihan dari muka.



Paling penting dalam usaha untuk merawat masalah kulit berminyak ni, korang kena guna produk pelembap muka & kosmetik yang bersesuaian untuk kulit berminyak. Tak boleh main taram je guna mana-mana produk, risau makin teruk nanti. Sesetengah orang fikir penggunaan pelembap muka pada kulit berminyak akan membuatkan kulit makin berminyak. Salah tu! Pelembap muka terbaik untuk masalah kulit berminyak adalah pelembap muka water-based & bebas minyak. Penggunaan pelembap muka bebas minyak boleh membantu melindungi & menghidratkan kulit wajah. Jangan confuse tentang kulit terhidrat dengan kulit berminyak. Kulit terhidrat sama sekali tidak sama dengan kulit berminyak. Kulit terhidrat memiliki kandungan air yang tinggi which is memang baguslah, manakala kulit berminyak pulak dipenuhi oleh minyak & lipid yang boleh mengundang pelbagai masalah kulit yang lain. Penggunaan pelembap muka yang betul untuk kulit berminyak sebenarnya akan meningkatkan kandungan air dalam kulit kita, sekaligus mengurangkan jumlah sebum yang dihasilkan oleh kulit kita. Faham kan peranan kandungan air dalam usaha nak merawat masalah kulit berminyak ni? Nak merawat masalah kulit berminyak, kena pastikan kulit mendapat lembapan air yang mencukupi. Kuncinya kat sini kena guna pelembap muka serta produk kosmetik bebas minyak & non-comedogenic (tidak block liang pori). Untuk kulit berminyak, seeloknya guna pelembap muka yang water-based & mengandungi Niacinamide seperti Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.


Tekstur pelembap muka Aqua Whitening Cream yang ringan & tidak melekit


Apa Itu Niacinamide?

Niacinamide tu apa? Kenapa nak kena pakai moisturizer water based & ada Niacinamide? Okay, jom kita fahamkan pula tentang Niacinamide. Niacinamide (juga disebut nicotinamide), adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting bagi memastikan kesihatan kulit kita.



Fungsi Niacinamide

Secara keseluruhannya, Niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kulit. Memang banyak sangat manfaat Niacinamide ni untuk kulit kita, tapi kali ni saya nak highlight manfaat Niacinamide untuk kulit berminyak. Antara manfaat Niacinamide untuk kulit berminyak khususnya adalah: 

1. Mengawal minyak. Niacinamide yang terdapat dalam moisturizer terbaik ini dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran minyak yang berlebihan. Niacinamide dapat mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah kerana Niacinamide tu sendiri memberi lembapan kepada kulit kita. Apabila kulit mendapat lembapan yang mencukupi, makanya kalenjar sebum kita akan stop menghasilkan minyak untuk protect kulit kita dari kering. Bila kalenjar sebum kurang menghasilkan minyak, makanya muka pun kurang berminyak. Sebab itu lah moisturizer terbaik untuk kulit berminyak adalah moisturizer yang mengandungi niacinamide.

Bare face. Masa ni muka rasa kusam sangat sebab terlampau berminyak.


2. Meminimumkan & menyamarkan penampilan liang pori. Liang pori memainkan peranan penting dalam merawat masalah kulit berminyak. Liang pori ni seboleh mungkin kita nak minimumkan, taknak liang pori besar/terbuka sebab nak kurangkan masalah liang pori tersumbat yang juga penyumbang terbesar masalah kulit berminyak. Bukan aje menyumbang masalah kulit berminyak, tapi liang pori yang besar juga buat kulit muka nampak tak smooth. Muka yang liang porinya besar bila pakai mekap, cenderung nampak cakey & berminyak. Sebab itulah pentingnya pemilihan pelembap muka terbaik supaya masalah ini dapat dikawal. Pelembap muka yang macam mana yang boleh membantu? Semestinya moisturizer water based yang mengandungi niacinamide lah. Niacinamide mengandungi lembapan yang tinggi so ianya boleh mengawal masalah minyak berlebihan sekaligus mengurangkan masalah liang pori besar. Bila kulit mendapat lembapan yang secukupnya, masalah liang pori besar & tersumabt dapat diatasi.

Bila liang pori besar, dah mekap pun tetap nampak tak smooth ye

3. Mencerahkan tona kulit. Kandungan niacinamide dalam penjagaan kulit wajah juga dapat membantu menambahbaik tona kulit kita. Selain membantu agar tona kulit lebih sekata, ia juga mampu mencerahkan tona kulit. Kalau kulit jenis yang ada bitnik-bintik hitam dan jeragat pun sangatlah disarankan pakai skincare yang ada kandungan niacinamide. Sememangnya penggunaan pelembap atau krim siang & malam terbaik yang mengandungi niacinamide sangat membantu untuk menambahbaik tahap kesihatan & kecantikan kulit kita. Kalau korang perasan la kan, kadang-kadang kulit berminyak nib oleh menyebabkan kulit kita nampak kusam, comot dan tak berseri. Masalah-masalah kulit sebeginilah yang boleh membunuh keyakinan diri kita kan? Jangan bertangguh, kena segera usahakan untuk perbaiki tahap kesihatan kulit kita. Makin bertangguh, makin teruk keadaan kulit kita nanti. Salah satu cara mengatasi kulit kusam adalah dengan cara menggunakan pelembap yang mengandungi niacinamide. Penggunaan yang berterusan akan bantu kulit jadi lebih cerah, glowing dan sihat.

Kulit wajah rasa lebih moist bila pakai Aqua Whitening Cream

4. Mekap tahan lama & pigmented. Ye, kalau korang jenis yang suka & kerap pakai mekap, mesti korang faham betapa pentingnya untuk jaga kulit supaya tak berminyak. Macam yang saya pernah bagitahu kat atas tadi, mekap akan jadi tak smooth & cakey kalau kulit kita jenis yang berminyak tau. Segan ye kalau nak jumpa orang kalau mekap tak on point macam tu. Automatik tahap keyakinan diri akan drop. Mestilah saya faham sebab saya sendiri pun pernah lalui. Rasa macam time tu jugak nak lari balik. Nak tahu tak rahsia mekap tahan lama & tak bercapuk? Caranya adalah korang kena pakai moisturizer untuk kulit berminyak yang mengandungi niacinamide dulu sebagai salah satu step untuk prep muka sebelum pakai mekap. Penggunaan pelembap terbaik sebelum pakai mekap bukan sahaja buat mekap jadi lebih cantik, smooth dan tak bercapuk, bahkan ianya akan buat mekap lebih long-lasting dan more pigmented. Sebab apa? Sebab kandungan niacinamide tu la yang mampu kawal penghasilan minyak & kekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. 

Suka sangat sebab rasa mekap lebih smooth & cantik bila pakai Aqua Whitening Cream


Cara Saya Merawat Masalah Kulit Berminyak

Berbalik kepada keadaan kulit wajah saya yang mula berminyak sejak mengandung, lepas dah bersalin ni memang saya berusaha sehabis baik untuk perbaiki tahap kesihatan kulit wajah saya. Untuk merawat masalah kulit berminyak ni, saya gunakan pelembap muka untuk kulit berminyak Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Saya yakin Aqua Whitening Cream ni antara moisturizer terbaik untuk kulit berminyak sebab ianya adalah moisturizer water based & mengandungi Niacinamide. So far nampak makin membaik keadaan kulit wajah saya tapi belum sepenuhnya okay. Macam yang saya cakap tadi la, nak merawat kulit berminyak ni perlu konsisten dan bersabar ya kerana ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk melihat hasilnya. Ambil masa sikit tak apa, asalkan hasilnya bagus & tidak menambah buruk keadaan kulit kita.

Ratakan ke seluruh muka & water drop akan terhasil memberikan lembapan untuk kulit


Korang kalau ada masalah kulit berminyak tak kisahlah berpunca dari faktor apa atau kulit korang jenis kombinasi-berminyak, saya sarankan korang mula bertukar kepada moisturizer yang khusus untuk kulit berminyak. Moisturizer terbaik untuk individu yang mempunyai muka berminyak mestilah moisturizer yang bebas minyak & moisturizer water-based. Ye, pemilihan moisturizer yang betul sangat memainkan peranan dalam merawat kulit berminyak. 


Cara Pakai Moisturizer

Moisturizer atau pelembap merupakan salah satu step basic dalam rutin penjagaan wajah setiap hari. Nak kulit sihat & cantik, wajib pakai moisturizer setiap hari. Pakai mositurizer berapa kali sehari? Seeloknya pakai 2 kali sehari – pagi dan malam selepas korang cuci muka dengan pembersih muka. Penting ye pakai moisturizer ni setiap hari untuk pastikan lembapan kulit kita mencukupi, barulah kulit sihat & berseri. Rutin saya sendiri memang saya pakai moisturizer setiap kali lepas mandi. Waktu mandi kan kebiasaannya memang saya akan cuci muka dengan pembersih muka, so lepas tu memang saya pakai moisturizer. Oh ye, saya memang tak pakai apa-apa krim siang & malam lain ye selain moisturizer dalam rutin skincare saya. Sebab saya yakin moisturizer yang saya pakai ni sendiri dah cukup power untuk turut berfungsi sebagai krim siang & malam terbaik.



Feedback Setelah Pakai Aqua Whitening Cream – Pelembap Muka Water Based Terbaik

Setelah hampir habis satu jar Aqua Whitening Cream ni saya pakai, apa yang boleh saya katakan adalah ianya memang moisturizer terbaik untuk masalah kulit berminyak yang saya alami sejak mengandung & bersalinkan anak kedua saya. Ye, masalah kulit berminyak saya tu berpunca dari ketidakstabilan hormon dek kerana fasa mengandung & melahirkan. Alhamdulillah, keadaan kulit saya makin pulih, dan memang dah banyak improved sejak saya pakai Aqua Whitening Cream ni. Paling suka pakai waktu malam sebelum tidur, sebab bila bangun pagi tu rasa kulit muka kurang berminyak, kurang rimas & rasa lebih selesa dengan kulit muka sendiri. Seriously, perasaan bila kita yakin dengan penampilan diri kita ni lain tau. Kita sendiri automatik rasa lebih gembira & confident. Itulah yang saya rasa bila keadaan kulit saya makin baik ni. Walaupun sekarang ni most of the time saya kat rumah je dengan anak-anak, tapi bila ada keperluan untuk keluar memang saya akan pakai mekap. Sebelum mekap, saya akan pakai Aqua Whitening Cream ni sebagai salah satu step untuk prep muka, and yes mekap saya lebih smooth, tahan lebih lama & tak bercapuk. Berlama-lama kat luar pun tak rasa rimas ye, mekap still on point. Kulit muka saya pun makin glowing, tak kusam dah. Korang please lah ye, kalau korang ada masalah kulit berminyak macam saya ni tak kisahlah apa puncanya, please jangan putus asa dan redha sahaja. Bab muka ni tak boleh main redha je, kena usaha. Muka ni asset penting kita tau. First impression orang terhadap kita biasanya datang dari muka kita. So wajib jaga ye supaya kita lebih yakin dan merasa lebih cantik, gitteww hahah. And please, kalau muka berminyak tolonglah go for water based moisturizer. Even kalau masalah kulit lain selain berminyak pun, it’s always good  & safe to use water based moisturizer macam Aqua Whitening Cream ni. Memang sangat bagus untuk improve keadaan kulit kita. 



Friday, May 10, 2024

Pengalaman Yusuff Terkena Typhoid & Rotavirus

May 10, 2024 0
Pengalaman Yusuff Terkena Typhoid & Rotavirus

Cerita ni dah agak basi tau, kisah bulan Disember 2023. Tapi takpelah, nak cerita jugak. Sebab tiba-tiba rajin nak menaip kan. Tiberrrr, hahah. Takdelah, sebenarnya cerita kat sini supaya next time saya boleh baca balik. Kot bila Yusuff dah besar nanti nak bagi dia baca ke kan. 



Masa tu pertengahan bulan Disember, kebetulan Yusuff duk demam. Tapi demamnya masih terkawal dan kami hanya bagi ubat, dan pantau dirumah. Masa ni Sara baru usia 2 bulan. Yusuff demam dalam 2 hari. Sebaik sahaja demam dia kebah, pagi esoknya dia mula cirit-birit. Sehingga malam, cirit-birit secara berterusan dan disertakan dengan sakit perut. Masa cirit-birit tu kitorang dah dilemma nak bawa ke hospital ke tak? Bukan apa, rasa susah pula kalau kena warded memandangkan tengah ada baby kan. Tapi bila tengah-tengah malam dia sedar menangis sakit perut tu, saya dah mula tak keruan. Dia punya sakit tu sampai nampak macam orang tengah kena period pain yang teruk. Duk menangis, merangkak tahan sakit. Dah la memang masih cirit-birit masa tu. Kerap sangat cirit-birit, sampai punggung dia pedih. Tiap kali nak basuh berak sampai menangis-nangis dia sebab pedih. Bila tengok dia dah merangkak kesakitan & agak mamai menangis minta tolong, terus saya cakap kat suami jom kita bawak dia ke hospital! Sedih sangat, sebab Yusuff tak pernah sakit perut macam tu. Cirit-birit pun tak pernah. So sakit yang sebegitu adalah sakit yang baru bagi dia. 



Dekat nak Subuh saya terus call mak saya maklumkan kitorang nak bawa Yusuff ke hospital, so kitorang nak hantar Sara ke rumah mak minta tolong jagakan dulu. Tapi lepas tu nampak sakit dia agak reda sikit, dia mula tidur kepenatan. So kitorang decide tunggu hari cerah la baru ke hospital, bagi dia rehat dulu. So bila ke KBMC, memang dorang akan tahan la kalau dah kes cirit-birit macam tu. Hasil ujian darah katanya positive bakteria Salmonella. Sementara menunggu keputusan sampel najis, doktor drip air supaya tak dehydrated. Memandangkan Yusuff memang susah makan ubat, so ubat & antibiotik pun doktor drip je terus. Hasil ujian sampel najis menunjukkan memang positive Typhoid. Typhoid ni dalam bahasa mudahnya adalah demam kepialu. Bila dah positive Typhoid, terus pihak KKM daerah call untuk siasat punca jangkitan.



Memandangkan Yusuff memang agak clingy dengan saya & memang jenis tak pernah berpisah dengan saya, so saya sebagai mama ni la yang tunggu dia dekat wad. Suami pula jaga Sara dekat rumah. Nasib baik Sara dari awal-awal memang dah mix formula, so nak tinggal pun tak susah sangat. Siang jari bila suami saya nak ke hospital hantar barang & tolong apa patut, dia akan tinggalkan Sara dekat rumah mak saya. Kebetulan masa tu cuti sekolah, so ramailah rakyat dekat rumah mak saya tu boleh tolong jagakan Sara. Kesian Sara kecik-kecik lagi dah kena berpisah dengan mama. Padahal mama yang lebih-lebih syahdu teringat Sara, haha.


Masa ni dia masih boleh makan sebab belum muntah, hanay cirit. Bila start muntah, air pun taknak.


Struggle ye jaga anak cirit-birit sorang-sorang dekat wad. Cirit-birit yang cair tu ha, asyiklah bocor kena cadar, baju, seluar. Asyik muka saya aje lah tekan bell mintak nurse tukar cadar, tukar selimut. Dengan struggle nak basuh berak dia tak bagi sebab pedih lagi. Hari ke-4 dekat wad, doktor cakap esoknya mungkin boleh discharge sebab dah complet 5 hari dos antibiotik. Cirit-birit masih ada, tapi menurut doktor yang tu memang akan ambil masa sekitar 2-3 minggu untuk betul-betul pulih dari cirit-birit. Dah teruja dah esoknya boleh balik. Sekali petangnya dia start demam & muntah-muntah pula. Minum je muntah, makan je muntah. Dah lah cirit-birit masih ongoing. Sampai lembik ye dia sebab asyik muntah & cirit. Terus doktor  sambung drip air lagi. Berganda rasa susah nak handle sebab makin kerap muntah & najis kena baju/seluar dan cadar. Paling teruk ada sekali tu dia  muntah & cirit dalam masa yang sama. Haaa memang tak sempat nak bawa ke tandas sebab tangan dia masih ada wayar drip air. Dengan mama sekali bau muntah, bau najis hahahha. Ingat balik rasa kelakar. Tapi masa tengah lalui tu memang menangis ye. Saya panggil nurse, nurse datang saya yang menangis panik sebab dia muntah non-stop. Nurse pulak tenangkan saya "Puan, puan jangan panik. Puan nak uruskan dia, puan tak boleh panik. Puan kena kuat. Apa-apa tekan je loceng, kami tolong". Saya sampai kehabisan baju ye sebab kerap sangat dia muntah & cirit. Tengah-tengah malam minta suami datang hantar baju. 


Terbaring lemah dek cirit-birit & muntah-muntah. Time ni minum air sikit pun muntah.


Hasil ujian sampel najis yang terbaru menunjukkan ada Rotavirus. Haaa tu dia. Itulah puncanya muntah-muntah. Masuk hospital sebab Typhoid. Lepastu sepanjang duk hospital, pi kutip rotavirus pula haha. Rotavirus katanya memang takde ubat specific, just rawat demam & pastikan tak dehydrated je. So hari ke 6 baru dapat discharge. Maka sambunglah hadap cirit-birit & muntah di rumah pula. Yeee, memang ambil masa 2 minggu juga la untuk betul-betul sihat. Ya Allah, first time ye hadap anak kena cirit-birit & muntah-muntah yang teruk. Tengok anak macam tu, saya yang menangis sama. Tak sanggup ye tengok anak sakit. Hati kita emak-emak ni rasa lemah dalam situasi macam tu. Suami la jadi penguat semangat. Penghujung 2023 kami memang agak perit kerana diuji dengan anak tidak sihat. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak KBMC atas rawatan & layanan yang sangat baik sepanjang Yusuff warded. Nurse KBMC peramah & baik semuanya.


Pengalaman Bersalin Anak Kedua

May 10, 2024 0
Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Nak kongsi pengalaman bersalinkan anak kedua saya, Sara Alyssa dekat blog ni tapi asyik tertangguh aje. Anak kedua saya tu umur dah nak masuk 7 bulan dah, baru saya sempat nak coretkan kat sini. Terasa rugi kalau tak coretkan pengalaman tu kat sini. Bukan apa, boleh juga saya baca semula lain kali. Ingatan kita ni bukanlah tajam sangat kan, jadi bila diabadikan dalam coretan macam ni boleh dibaca semula berulang kali. Pengalaman bersalinkan anak kedua saya ni alhamdulillah lebih lancar & mudah jika dibandingkan dnegan pengalaman melahirkan anak pertama dulu. Kot korang nak baca pengalaman bersalinkan anak pertama, boleh baca di sini - Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama.

My second born


Untuk kandungan kedua ni, due date sepatutnya pada 23 Oktober 2023. Seperti kandungan pertama, mengandung kali kedua ni pun saya ada GDM juga. Bila dah makin sarat, memang saya selalu duk mengharap supaya baby cepat-cepat keluar bila dah sampai waktu yang bersesuaian. Tak larat nak bawa perut sebenarnya. Sekali haaa baby keluar awal 12 hari ye, haha. Baby keluar 11 Oktober. Seminggu terakhir sebelum bersalin tu memang dah mula kerap rasa Braxton Hicks. Dah la masa tu Yusuff baru baik demam. 


10hb sekitar 9.30 malam saya mula rasa contraction & ada spotting. Bila tengok ada spotting tu, saya yakin dah itu bukan Braxton Hicks. Tapi santai-santai dulu layan Yusuff main, minum milo & makan biskut sikit. Dah la malam tu memang kitorang tak masak apa-apa sebab petang tu dah makan kudap-kudap so kitorang tak lapar sangat. Bila dah ada spotting, risau juga kot tak larat nak meneran sebab takde tenaga bila tak makan makanan berat. Tapi redha jela, nak masak nasi pun tak sempat dah. Kitorang bersiap-siap & gerak untuk hantar Yusuff ke rumah Tokma dia. Nak tinggal Yusuff tu pun berat hati, risau semua ada. Dah la dia baru baik demam. Anak kita, kita faham sangatlah ragam dia yang manja & kuat tantrum tu. Duk pujuk dia sebelum gerak ke hospital pun dah makan masa. Sempat singgah beli air & roti, kitorang sampai hospital sekitar jam 11.30 malam.


Register & tunggu turn segala bagai, sekitar jam 1 pagi baru dorang check bukaan. Bukaan masa tu baru 3cm, dan contraction still manageable. Jam 2.20 pagi check bukaan lagi & masih 3cm. Dorang cakap dorang akan hantar ke wad dulu la. So saya whatsapp suami suruh masuk hantar beg & suruh dia balik dulu temankan Yusuff. Yela, risau kot sebab diberitahu Yusuff menangis non-stop kat rumah Tokma sejak tadi. Maka berjalanlah saya ke wad sambil bawa beg sendiri, ada yang nurse tolong bawa. Jam 2.45 pagi sampai kat wad, saya terus ke tandas untuk kencing & pakai pad. Balik je ke katil, saya whatsapp suami cakap dah masuk wad. Lepas je saya whatsapp, saya baru je nak baring terus bunyi pop ketuban pecah. Yeee, ketuban pecah berbunyi rupanya haha. Anak pertama dulu doktor yang tolong pecahkan ketuban. So sebaik saja ketuban pecah, contraction terus menggila ye. Hangat je rasa air ketuban keluar. Dengan blurnya saya cakap kat patient katil sebelah "Awak, ketuban saya pecah. Nak kena bagitau nurse ke?". Dia pulak yang tolong panik "Eh yela kena la bagitau. Takpe, kejap saya panggil nurse". Terus dia capai tudung & panggil nurse. Nurse check bukaan katanya baru 3-4cm. Tapi saya cakap dah sakit sangat ni. Nurse lagi sorang check bukaan katanya dah 5cm. "Nurse, sakitttt. Saya rasa nak meneran ni, tolong!". Panik dorang "Haaa kalau dah rasa nak meneran, jom lah turun ke labor room balik". Tak sampai 10 minit ye kat wad tu, terus ditolak ke labor room.


Doktor dekat labor room be like "Eh awak bukan yang tadi saya check baru 3cm tu ke?". Masa tu labor room agak lengang, tak macam masa bersalinkan anak pertama dulu. Dulu ramai sangat nurse & doktor pelatih. Kali ni tak, sepanjang proses melahirkan tu hanya dibantu oleh seorang doktor, dan 2 orang nurse sahaja. Punya la sakit nak bersalin tu memang saya tutup mata je sepanjang duk tahan sakit & meneran tu. Awal-awal saya dah bagitahu doktor, "Saya tak reti nak teran ni doktor. Tolong saya please. Tolong guide saya". Doktor tu cakap "Dik, awak sakit nak lahirkan anak ni. Kalau tak teran memang takkan keluar baby awak. Selagi baby tak keluar memang takkan lega sakit awak tu. So bila rasa nak meneran, teran je". Memang kali ni saya lebih bertenang berbanding kali pertama, dan kali ni saya mampu ikut arahan doktor. Dulu doktor cakap jangan teran lagi pun saya keep on teran sampai habis tenaga. Kali ni lebih bertenang & tunggu arahan doktor. Tapi doktor kali ni memang suruh teran je, katanya bila rasa nak teran awak teran je kuat-kuat banyak-banyak kali sampai baby keluar. 

Fresh from oven gitu ha, first day of life.

Alhamdulillah, jam 3.30 pagi selamat melahirkan Sara Alyssa. Keluar-keluar je kemain nyaring suara dia menangis ye. Kali ni sempat merasa skin to skin dengan baby lepas bersalin. Dulu tak merasa sebab keadaan saya masa tu separuh sedar, dan baby pun perlu segera dihantar ke NICU. Kalau dulu saya tak sedar saat baby keluar, kali ni saya sedar & saya rasa saat baby dah keluar. Haha tak reti nak explain tapi memang berbeza. Yela dulu saya tak larat nak teran sampai pitam, dorang terpaksa vacuum untuk keluarkan baby. Kali ni saya yang berjuang push sampai baby keluar, dalam keadaan saya sepenuhnya sedar. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. 

After few days

Saya dan baby dapat discharge pada hari yang sama. Masuk wad beberapa jam je, tak perlu bermalam. Alhamdulillah, pengalaman kali ni sangat smooth dan dipermudahkan. Cuma tu la, kali ni pun suami tak dapat teman dalam labor room sebab labor room HUSM tengah renovation haha. Sedih bethollll. Tapi betul lah orang cakap, pengalaman mengandung & bersalinkan setiap anak itu memang berbeza. Terima kasih untuk doa-doa dari insan terdekat. Mungkin asbab doa dari salah seorang insan terdekat saya, Allah kabulkan. Trauma dengan pengalaman bersalin anak pertama, makanya sejak sebelum pregnant anak kedua pun saya selalu kirim doa agar dipermudahkan & dilancarkan urusan mengandung & bersalin anak kedua saya. Ye, tiap kali ada kenalan nak ke Mekah, inilah salah satu doa yang saya kirim. Terima kasih kepada semua nurse & doktor KK Jelawat, dan HUSM. 

Saya dah nak masuk 7 bulan dah, mama baru nak cerita kat sini kan


Friday, December 1, 2023

Moisturizer Water Based Terbaik Dapat Membantu Masalah Kulit Kering & Berminyak | Muka Jadi Glowing & Makeup Tahan Lama

December 01, 2023 0
Moisturizer Water Based Terbaik Dapat Membantu Masalah Kulit Kering & Berminyak | Muka Jadi Glowing & Makeup Tahan Lama

Assalamualaikum & hai semua yang sedang baca coretan saya ni. Saya baru sahaja melahirkan zuriat kedua saya sekitar beberapa minggu lepas, dan baru saja habis tempoh berpantang. Alhamdulillah, sekarang dah makin sihat & masih lagi dalam usaha mengembalikan diriku yang lama, ewahhh gitu haha. Yela faham-faham jela 9 bulan lebih mengandung, macam-macam perubahan dah tubuh badan ni lalui. Semestinya lepas bersalin dia tak terus kembali seperti asal, nak kena usaha dulu. Saya bukan bercakap soal bentuk badan je tau, tapi juga pasal keadaan kulit muka saya. Seriously sepanjang mengandung anak kedua ni, keadaan muka jadi sangat tak okay. Kulit jadi kering, kusam & berminyak. Jerawat singgah bertandang. Baru je hilang satu, naik yang lain pula. Paling saya stress pasal kulit muka jadi kering tu la. Sangat tak selesa bila kulit muka jadi kering. Nak jumpa orang pun rasa segan. Tahap keyakinan diri drop & asyik pakai face mask je bila keluar. Orang cakap biasanya hal-hal macam ni terjadi sebab hormone kita sewaktu mengandung tu. Now dah selamat bersalin, dah masanya saya all out untuk kembalikan kulit wajah yang sihat & berseri.


Kenali Jenis Kulit Anda


Bila bercerita tentang penjagaan wajah ni, sebenarnya tak ada satu produk pun yang sesuai untuk semua orang. Kenapa? Sebabnya setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza. Sebab tu kita sendiri kena tahu & kenalpasti kulit kita ni jenis yang macam mana, serta kena kenalpasti masalah yang dihadapi oleh kulit kita. Tak boleh main pakai je sembarangan produk hanya kerana produk tu viral & ramai yang pakai. Bila kita dah kenali jenis kulit kita, kita boleh study serba sedikit tentang produk yang berkemungkinan sesuai untuk kita, kemudian kena tengok bahan-bahan yang digunakan dalam produk tu. Elakkan bahan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit kita dalam tempoh masa yang panjang. Siapa je tak sayang kulit wajah sendiri kan? Muka ni nak guna lama kot. Rajin-rajinkan baca feedback pengguna lain sebelum kita ambil keputusan untuk cuba sesuatu produk.


Macam saya sendiri, kulit saya jenis yang cenderung untuk rasa kering bila bare face, tapi kalau pakai mekap & berlama-lama di tengah panas, muka saya akan jadi sangat berminyak. Untuk atasi masalah kulit muka kering ni, saya pilih skincare yang lebih focus untuk mengekalkan lembapan kulit. Kebiasaannya saya akan pilih skincare yang water-based sebab skincare water-based setakat ni paling serasi dengan saya & tak buat kulit saya makin kering. Lagi pun skincare water-based biasanya texture dia lebih ringan, tak melekit & mudah menyerap ke dalam kulit kita. Kiranya toner memang saya pakai yang water-based & pakai banyak layer untuk kekalkan lembapan kulit. Tips pakai toner banyak layer ni saya dapat dari pembacaan berkaitan Korean skincare routine. Sama juga untuk overnight face mask, saya pilih yang water-based supaya bila bangun pagi kulit terasa lebih sihat tanpa rasa kering. Tapi selama ni saya selalu skip tak pakai apa-apa krim dekat muka saya sebab kebanyakan krim yang saya pernah cuba semuanya buat kulit wajah saya jadi terlampau berminyak bila dipakai bersama mekap lain & dipakai untuk jangkamasa yang lama. Rimas sangat bila muka berminyak ye, lagi-lagi bila kita kat luar. Rasa nak cepat-cepat balik rumah & bersihkan mekap.


Masa ni dah sarat mengandung, tapi gagahkan juga diri bawa anak keluar jalan-jalan

Apa Itu Moisturizer Water Based?

Water based moisturizer memang salah satu produk skincare yang ramai sangat suka terutamanya golongan yang mempunyai kulit jenis kombinasi & senang berminyak. Kenapa? Sebab moisturizer ni dibuat berasaskan air untuk memberi lembapan yang kulit kita perlukan secukupnya tanpa buat kulit kita jadi berminyak. Ianya adalah pelembap muka terbaik. Kebiasaannya water based moisturizer juga sesuai dijadikan krim malam yang terbaik. Kulit muka kita ni kalau tak cukup lembapan memang akan jadi kering & bila pakai mekap jadi nampak bercapuk. Kalau tersalah pemilihan krim pelembap pula, silap-silap muka jadi terlalu berminyak.


Moisturizer Water Based Terbaik Hansaegee Nature

Baru-baru ni ada kawan saya suggest untuk cuba krim pelembap dari jenama Hansaegee Nature. Sejujurnya saya dah lama tahu kewujudan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, beberapa tahun yang lepas saya tahu tentang kewujudan krim ni tapi tak pernah cuba. Selalu jugak nampak kawan-kawan post pasal krim ni. Dah tahun 2023 baru beranikan diri untuk cuba, hehe. Macam biasalah sebelum cuba apa-apa produk, memang saya study dulu tentang produk tu & juga feedback pengguna sedia ada. Masa duk baca maklumat tentang pelembap muka ni, saya baru dapat tahu rupanya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni merupakan pelembap muka water-based. So texture dia memang jenis ringan dan tak melekit. Sebab dia water-based la saya jadi lebih yakin untuk cuba. Focus utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah untuk melembap & mencerahkan kulit. Satu lagi perkara yang saya suka berkaitan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni ialah soothing effect dia. Bila pakai dekat kulit yang sunburn atau ada merah-merah tu, lega je rasa dekat kulit. Kalau baru lepas berjemur tengah panas, balik tu pakai je Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni untuk melegakan rengsa & pedih kulit. Lagi satu, sebab dia pelembap muka water-based so bila pakai bersama dengan kosmetik lain dalam jangkamasa yang lama pun dia tak merimaskan & tak buat muka kita jadi berminyak tau. Ini plus point la untuk orang yang selalu pakai mekap berjam-jam lepastu bersidai bawah panas matahari. Takde la muka jadi berminyak.

Kiri – texture krim. Kanan – Effect water drop yang terhasil setelah digosok lembut pada kulit
+

Tekstur pelembap muka water based yang sangat ringan

Faham-faham jela cuaca kat Malaysia ni kan panas, so memang tak selesa kalau muka jadi melekit. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni ada water drops effect tau. Bila kita oles dekat kulit muka & massage lembut untuk ratakan dekat muka, immediately akan terhasil titisan air dekat muka kita. Lembapan dari titisan air tu la yang akan cepat-cepat meresap ke dalam kulit kita. Refreshing je rasa, takde pun rasa melekit. Ingat tak kat atas tadi saya ada mention Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni bagi soothing effect dekat kulit muka kita? Haa adanya soothing effect tu rasanya mungkin disebabkan oleh penggunaan ekstrak herba. 

Bahan Utama Aqua Whitening Cream

Macam yang saya cakap tadi, sepanjang mengandung keadaan kulit wajah saya agak teruk. Now dah lepas bersalin, memang muka jadi lesu, kulit kusam & tak berseri. Dengan kulit terlampau berminyak, kadang saya sendiri rasa rimas. Sebab tu la kawan saya suggest suruh cuba moisturizer untuk kulit berminyak dari Hansaegee Nature ni. Antara kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan krim ini ialah Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide. Camellia Japonica Seed Oil bersifat non-comedogenic, ia tidak menghalang liang pori pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat dan juga berfungsi untuk membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn. Yang penting sekali ianya berupaya mengekalkan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling dalam. Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) pula membantu memperbaiki kulit kusam & tona kulit disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Ia juga berupaya mengawal minyak yang berlebihan pada muka.


Water drop effect lepas dah diratakan sekitar muka

Cara Mekap Tahan Lama Menggunakan Aqua Whitening Cream

Jom saya bagi tips cara mekap tahan lebih lama menggunakan Aqua Whitening Cream. Korang boleh guna moisturizer ni sebagai salah satu step masa prepare muka sebelum pakai mekap. Kiranya Aqua Whitening Cream ni juga berfungsi sebagai primer mekap yang terbaik. Bila prep muka guna moisturizer terbaik ni sebelum pakai mekap, mekap korang akan jadi lebih smooth dan pigment. Penggunaan pelembap muka Hansaegee Nature ni sebelum pakai mekap dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengawal kulit berminyak sepanjang hari. Jadi takdelah mekap korang nampak cakey atau bercapuk kan. Mekap akan tahan lebih lama dan lebih cantik berseri sepanjang hari.



Feedback Saya Setelah Guna Aqua whitening Cream

So far bila dah guna sendiri Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, saya rasa serasi pula dengan kulit wajah saya ni. Texture dia ringan, bila pakai langsung tak melekit & merimaskan. Pelembap muka Hansaegee Nature ni sangat sesuai untuk kulit muka yang kering atau berminyak. Disebabkan Aqua Whitening cream ni water based, jadi dia cepat menyerap ke dalam kulit. Kat situ dah jimat banyak masa sebab tak perlu tunggu lama untuk pakai mekap lepas prep muka dengan pelembap. Nak lagi best korang simpan krim ni dekat chiller. Bila pakai kat muka sejuk je rasa. Sebelum proceed pakai primer, foundation & mekap lainnya, saya pakai krim ni dulu. Kiranya pakai krim ni lepas pakai toner & serum. Muka lepas mekap rasa glowing & anjal pula bila pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Saya tak pasti satu bekas 50g ni boleh bertahan berapa lama, tapi rasanya banyak bulan jugak bergantung pada kekerapan kita guna la. Macam saya skincare routine ni memang saya buat 2 kali sehari (selepas mandi pagi & selepas mandi malam). Penambahan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ke dalam rutin skincare saya setakat ini menambahbaik keadaan kulit saya dimana ianya tidak mengeringkan kulit saya, bahkan memberi lembapan yang mencukupi..dan dalam masa yang sama moisturizer untuk kulit berminyak ini tidak menjadikan kulit saya berminyak bila digunapakai bersama barangan mekap dalam jangkamasa yang lama. Rasanya bila dah habis satu bekas ni, saya akan repeat beli lagi. 



Tuesday, June 20, 2023

5000 Patch Percuma dari Tasneem Naturel

June 20, 2023 0
5000 Patch Percuma dari Tasneem Naturel

Assalamualaikum korang! Tadi tengah scroll Instagram, ternampak story Neelofa. Dia ada tunjuk dia pakaikan patch dekat anak dia si Bilal yang montel tu. Memang suka tengok story Neelofa sejak-sejak dia ada anak ni, sebab boleh cedok tips penjagaan anak & at the same time suka tengok sebab dia selalu suggest produk yang best-best untuk anak dia. Macam yang story terbaru dia tunjuk pakaikan patch untuk Bilal ni pun, laju sis skodeng. Bukan apa, kot memang best boleh la saya guna untuk si Yusuff jugak. Rupa-rupanya pelekat yang dia tampal dekat belakang Bilal tu ialah pelekat Patchure keluaran Tasneem Naturel. Serious baru tahu Tasneem Naturel ada keluarkan pelekat macam ni untuk kegunaan anak-anak kita. 


Sebelum ni memang ada duk guna balm Tasneem Naturel pun. Biasalah, emak-emak kat Malaysia ni memang sinonim sangat dengan jenama Tasneem Naturel ni. Sangat bagus okay untuk sapu dekat anak, ada macam-macam jenis balm yang sesuai. Masa kali pertama jadi emak orang dulu pun memang member-member ramai duk suggest guna produk Tasneem Naturel untuk sapu dekat anak. Memang berkesan ye, sampai sekarang memang duk guna untuk Yusuff. Emak-emak suka guna Tasneem Naturel ni sebab dia guna bahan-bahan semulajadi, so tak risau sangat la nak guna dekat anak. Lagipun memang berkesan. Selalu duk guna balm pun dah elok sangat. Now dorang dah keluarkan dalam bentuk pelekat lagi la mudah nak guna kan. Stick je dekat badan anak. Penggunaan pelekat macam ni memang lebih praktikal terutama untuk anak-anak kecil sebab dia takde bau yang kuat dan gam dia tak melekat terlalu kuat pada badan anak-anak. Paling penting, ianya diyakini bebas toksin dan selamat digunakan untuk anak-anak kerana rumusannya adalah 100% dari herba semulajadi.


Produk terbaru keluaran Tasneem Naturel yang diberi nama Patchure ni didatangkan dalam 2 variasi iaitu Sleep Tight Patch dengan CF-Patch. CF-Patch ni berfungsi untuk melegakan batuk dan selsema, melancarkan pernafasan dan juga menurunkan suhu anak ketika demam. Bila anak tak sihat, sesuai sangat la guna CF-Patch ni untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan yang mereka alami. Cara nak guna pun senang sangat, cuma buka pelekat utama & pelekat berbentuk bulat dan tampal di bahagian belakang dan dada anak. Macam anak saya sendiri bila tak sihat, berperang ye tiap kali nak sapu balm atau minyak untuk kurangkan batuk dan selsema. Memang dia tak suka. So lepas ni boleh cuba tampal CF-Patch ni pula.


Sleep Tight Patch pula sangat sesuai untuk membantu anak-anak tidur dengan lebih mudah dan lena. Anak-anak ni kadang-kadang malam susah betul nak tidur, sudahnya kita yang naik hantu sebab kita dah mengantuk tapi dia masih segar bugar. Bila tidur malam tak cukup & tak lena, siang hari diorang akan mula meragam & resah gelisah. Mood diorang jadi tak okay. So penggunaan Sleep Tight Patch ni boleh membantu anak-anak tidur dengan lebih nyenyak sekaligus membuatkan kitaran tidur mereka lebih teratur. Apabila mereka dapat tidur yang berkualiti dan tidak lagi terjaga malam, inshaAllah dorang akan lebih ceria dan kurang meragam. Siapa yang happy? Mak bapaknya jugak la yang happy & turut sama dapat tidur yang lebih berkualiti. Nak guna Sleep Tight Patch ni ada caranya, tak boleh main tampal kat mana-mana je. Kena tampal dekat titik akupunture iaitu samada di bahu, belakang atau pinggul. Setiap keping Sleep Tight Patch ni boleh diguna sehingga 6-8 jam. 


The best part is sekarang pihak Tasneem Naturel tengah bagi FREE patches ni untuk emak-emak sekalian cuba. Haaa, benda boleh dapat free why not kan? Zasss saya isi details untuk dorang pos dekat saya. Kalau best, lepas ni boleh la beli lagi. Panjang lagi perjalanan saya sebagai seorang emak. Jadi kalau ada produk-produk yang elok dekat pasaran untuk anak-anak, memang saya suka cuba. Lagi-lagi kalau yang berasaskan bahan semulajadi ni.


Korang kalau nak cuba jugak, boleh try isi details korang dekat SINI. Korang klik je, then isi maklumat korang. Ada 5000 patches yang dorang nak edarkan secara percuma. Saya dah isi maklumat saya tadi. Tak sabar rasanya nak cuba pelekat terbaru keluaran Tasneem Naturel ni.

Monday, July 4, 2022

Buat Allergy Blood Test Untuk Yusuff

July 04, 2022 12
Buat Allergy Blood Test Untuk Yusuff

Hai korang! Kali ni nak cerita tentang pengalaman buat allergy blood test. Allergy blood test ni dibuat bertujuan untuk mengesan seseorang tu mempunyai alahan terhadap apa. Anak kitorang Yusuff Althaf memang sejak usia 7 bulan kami dapat tahu dia ada alahan terhadap susu formula. Cuma waktu tu kitorang tak pasti dia alahan terhadap susu formula jenis apa. Masa tu kitorang try bagi dia susu Dutch Baby, sebab konon nak start campur susu badan dan susu formula. Sekali baru 2-3 teguk dia minum, terus ada tindakbalas terhadap diri dia. Muka dia bengkak-bengkak termasuk kawasan mata & mulut (rasanya dalam mulut bengkak jugak sebab dia terus tolak susu & air). Suara dia berubah. Then dia start jadi macam tak bermaya, tertidur kejap. Tapi dia nampak sangat tak selesa, dan kitorang perasan seluruh tubuh badan dia start naik merah-merah yang banyak. Terus bawa ke hospital. Sampai je hospital, merah-merah kat badan dia makin banyak, dan dia start muntah. Dari situ kitorang tahu rupanya Yusuff Althaf ni ada alahan terhadap susu formula. Beberapa malam juga la berkampung di hospital. Disebabkan kejadian tu, kitorang buat keputusan untuk full breastfeed Yusuff Althaf sehingga umur dia 2 tahun.

Kiri : Masa kat rumah, tak sampai 5 minit lepas minum susu. Bengkak mata & mulut
Kanan : Kat hospital, start merah-merah seluruh tubuh termasuk kepala

Kitorang ingat episod alahan Yusuff Althaf hanya setakat itu sahaja. Rupanya eh ada banyak episod ye, hehe. Dia alahan bukan setakat pada susu formula sahaja, tapi banyak lagi benda lain. Antara beberapa kejadian lain yang trigger allergic dia ialah : Nak bagi kelainan kot dia bosan makan bubur nasi, so bagi baby noodle yang organic punya tu. Tapi trigger allergic sampai dia lembik-lembik macam orang pengsan. Bergegas ke hospital, tapi sampai je kat hospital elok je semua merah-merah hilang & dia pun kembali cergas. Doctor pandang kitorang semacam je as if "elok je tu anak awak" haha. Kejadian lain, try bagi dia telur pun sama jugak trigger allergic. Lain-lain kejadian tak teruk sangat trigger allergic, setakat merah-merah bengkak yang hilang setelah 2-3 jam. Ada juga masanya kitorang tak pasti apa yang trigger allergic Yusuff, tahu-tahu je dah merah-merah bengkak-bengkak. Susah hati? Ye, memang susah hati. Rasa macam susahnya la hai nak besarkan anak. Itu belum lagi bila tiap kali balik rumah parents saya, Yusuff gigit botol susu cousin dia. Biasalah budak, tengok botol susu orang lain terliur agaknya. Memang bengkak habis la ceritanya. Bukan setakat botol susu, mainan pun kalau dia masukkan dalam mulut memang akan naik merah-merah sebab bertukar-tukar masuk dalam mulut cousins dia, pastu masuk mulut dia pulak. Kan mulut cousins dia tu lepas minum susu formula. So sikit punya saki-baki susu formula yang melekat dekat mainan tu pun boleh trigger allergic dia. Mahu nya tak stress mama papa Yusuff? Haha. Dugaan nak besarkan anak.


Banyak kali kitorang tangguh untuk buat allergy blood test ni, antaranya sebab pandemic Covid-19 ni la. Tapi bila Yusuff dah masuk usia 2 tahun, kitorang buat juga allergy blood test ni. Untuk pengetahuan korang, allergy blood test ni tak boleh dibuat di fasiliti kerajaan. Kiranya kalau klinik kesihatan atau hospital kerajaan, memang takkan buat allergy blood test ni. Kalau nak buat, boleh tanya dekat mana-mana hospital swasta. Kalau klinik swasta tak pasti buat ke tak, tapi kalau hospital swasta biasanya ada buat allergy blood test ni. Harganya agak mahal sikit. Allergy blood test yang kitorang buat untuk Yusuff Althaf ni harganya RM441, kitorang buat dekat Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Prosedurnya senang je, dorang cuma ambil sampel darah untuk dihantar ke makmal. Sampel darah tu dorang akan uji dengan  36 jenis allergen. 36 jenis yang diuji tu terdiri dari common allergens la. Doktor cakap allergens ada banyak. Kalau nak buat semua memang banyak, tapi biasanya 36 jenis ni la orang buat. So lepas beberapa hari, keputusan ujian darah tu akan keluar. Macam kitorang haritu, assistant pakar kanak-kanak hospital tu yang call kitorang, cakap keputusan dah keluar. Kitorang mintak dia hantar melalui whatsapp. Tapi dalam masa sama kitorang buat appointment dengan pakar kanak-kanak tu untuk review keputusan allergy blood test tu sama-sama. Yela, nak lebih faham benda tu sebab ada term yang kitorang tak faham.


So Yusuff Althaf ni allergic kepada apa? Banyakkkkk hahahaha, stress mama awak anak oiii tengok keputusan ujian darah awak. Kitorang fikir sebab dia allergic susu formula berasaskan lembu, boleh la try susu kambing atau soy based. Tapi susu kambing pun dia allergic jugak, apa-apa yang berkaitan soya pun dia allergic juga. So nampak gayanya struggle jugak la nak wean-off menyusu badan ni, sebab takde susu formula sebagai gantinya. Selain tu, Yusuff allergic terhadap daging, dairy products, kekacang, telur kuning, telur putih, coklat, ikan kod, debu-debu, habuk dan hama. Total Immunoglobulin E (igE) juga menunjukkan very positive, which means tubuh badan dia memberikan tindakbalas yang berlebihan (overreacts) terhadap benda-benda yang dia allergic tu. Apa yang saya faham, immunoglobulin E ni merupakan antibodi yang dihasilkan oleh immune system kita apabila immune system bertindakbalas secara berlebihan terhadap bahan-bahan yang kita allergic tadi tu. Doktor pun cakap, bertabahlah ye nak besarkan anak yang allergic macam-macam ni. Memang kena betul-betul jaga dengan teliti terutama time kecik ni la. Dah besar nanti takpe, pandai-pandai la dia.


Ada 2 soalan saya ajukan kepada doktor. Apa punca terjadinya allergic ni? Faktor keturunan ke? Doktor cakap, faktor keturunan mungkin turut memainkan peranan. Tapi ada banyak je lagi faktor lain yang turut memainkan peranan. Soalan kedua, Yusuff akan allergic selama-lamanya ke? Haa yang ni penting. Kesian la kan kalau allergic sampai bila-bila. Doktor cakap, dia takde jawapan yang tepat untuk soalan tu. Lain orang lain pengalamannya. Ada yang makin besar, allergic makin hilang. Ada juga yang allergic sampai ke tua. So dari semasa ke semasa boleh try buat allergy blood test lagi bila dia dah besar nanti. Mana la tahu kan kot time tu tiba-tiba dah boleh makan daging!


Harap perkongsian kali ni membantu sesiapa yang ada anak allergic, atau diri sendiri allergic. Berbaloi ke buat allergy blood test mahal-mahal ni? Ye, berbaloi sebab kitorang tak lagi berteka-teki Yusuff allergic apa sebenarnya. Sekarang lebih yakin nak bagi dia makan, dan memang sangat membantu dalam pemilihan pemakanan dia (walaupun tak banyak choice sangat sebab mostly makanan ada dairy products, telur, etc). Oh by the way, doktor cakap buat blood test ni insurans tak cover tau. Walaupun buat blood test time dia warded, memang tak cover. Ini doktor yang cakap lah. Saya pun tak try claim dengan pihak insurans. Untuk yang bekerja & company cover perubatan anak, boleh try claim dengan company. Tapi sebelum proceed buat allergy blood test tu, tanya la dulu HR company korang kerja tu, dorang cover ke tak buat allergy blood test tu? Sebab macam company tempat saya bekerja, dorang tak cover for blood test. So the trick is, korang mintak doktor buat surat menyatakan kenapa anak korang tu kena buat allergy blood test. Bukan saja-saja nak buat blood test. Bila ada surat sokongan macam tu, inshaAllah boleh claim dengan company. Itu yang saya buat, saya minta doktor buat surat sokongan. Alhamdulillah, berjaya claim dengan company. 

Monday, January 24, 2022

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

January 24, 2022 0
RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Macam-macam kita semua sebagai rakyat Malaysia lalui pada tahun 2021 kan? Rasanya ramai yang setuju tahun 2021 antara tahun yang sukar bagi kita semua. Pelbagai kisah & cabaran termasuklah pandemik Covid-19 sepanjang tahun dan pada penghujung tahun 2021 ramai pula diuji dengan musibah banjir. Ye, ujian & musibah ini semua agak berat untuk kita lalui, ada yang sampai tahap tertekan teruk. Tapi nak tak nak hidup perlu diteruskan jua.



Cabaran pandemik Covid-19 menimpa tak kira siapa. Kita semua faham ianya sukar. Para usahawan turut tak terkecuali ditimpa ujian ini. Salah satunya adalah pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman. Dr Azizan bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Tapi alhamdulillah, keadaan beliau bertambah baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.



Tidak lama selepas beliau keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan, Dr Azizan terus komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Malah salah satu program Dr Azizan iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.





Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihak mereka tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada para usahawan di bawah bimbingan RichWorks dan daripada pihak RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. Selain itu, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban tahun lalu. Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 bersempena Maulidur Rasul. Seronok kan jadi orang berduit ni? Dapat menyumbang balik kepada masyarakat yang memerlukan

 

.


Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang mereka usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun 2022.


Moga usaha RichWorks untuk membantu ebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Monday, January 3, 2022

After A Long Pause

January 03, 2022 1
After A Long Pause

Assalamualaikum, hai korang!


Rasanya dah agak lama saya tak update blog ni. Memang lama pun. Terlalu lama lost track. Tapi serious rindu nak bercerita kat blog ni macam dulu. I have been away from blog for some time untuk bagi ruang kepada diri setelkan macam-macam hal yang lebih penting. Now I’m back, inshaAllah. Tahun 2022 ni perancangannya nak kembali aktif berblog. Moga istiqamah mencari sedikit waktu dalam kesibukan hidup sehari-harian ni untuk update blog.


Terlalu banyak yang terjadi sepanjang 2 tahun kebelakangan ni. Rasa nak cerita macam-macam, but i just don’t know where to start. It’s been though for each of us for the past 2 years, i know. Sedikit atau banyak, semua orang terkesan dengan pandemic ni. But alhamdulillah we managed to survive & still struggling. Some lost their family, some passed away, some hugely affected, and  some barely surviving. Whatever it is, life must go on. 



Nah, our most recent photo (taken around last week). Kot ada la yang rindu, ehek! I guess this pandemic buat kita lagi appreciate people around us. Buat kita lagi hargai insan-insan tersayang. Hari-hari rasa nak lebih hargai orang-orang yang kita sayang.


Eh tak sukanya type guna ipad ni, ggrrr! I need a new laptop la kot baru rajin nak update blog, hehe. Okay lah for today, nanti i will update again inshaAllah. Till then!



Wednesday, September 22, 2021

Review Bantal Baby - Getha Baby Natural Latex Pillow

September 22, 2021 1
Review Bantal Baby - Getha Baby Natural Latex Pillow

Assalamualaikum korang. Hari ni saya nak review sikit tentang bantal Getha Baby Natural Latex yang anak saya Yusuff guna. Ini bukan review berbayar tau, memang saja nak cerita untuk perkongsian bersama memandangkan kami sendiri memang sangat sukakan bantal ni. Benda elok kan, apa salahnya kita kongsi Mana la tahu ada ibu ayah kat luar sana yang tercari-cari bantal yang berkualiti & selesa untuk anak masing-masing.



Sebenarnya Yusuff mula guna bantal ni masa dia umur 10 bulan haritu. So dah lebih kurang 7 bulan jugaklah dia guna Getha Baby Natural Latex pillow ni. Sebelum guna bantal ni, Yusuff pernah guna beberapa bantal lain yang dibuat oleh emak saya & yang dibeli di shopee. Kitorang mula guna bantal Getha ni untuk Yusuff sebab dia dah makin besar, tidurnya makin lasak. So kalau bantal tu kecil permukaannya, memang belum sampai satu jam tidur, bantalnya entah ke mana kepala Yusuff entah ke mana haha. So kitorang pilih Getha Baby Natural Latex pillow ni salah satu faktor utamanya adalah disebabkan saiz permukaannya yang besar. So kalau Yusuff bergolek-golek berpusing ke kanan kiri pun, kepala dia masih kat atas bantal tu. Actually memang bantal ni yang paling besar saiz permukaannya nak dibandingkan dengan bantal baby Getha yang lain. Selain saiz permukaannya yang besar, kalau dilihat dari segi fizikal bantal ni dia ada lubang-lubang kecil dekat permukaan bantal & ada poket-poket udara kecil untuk memastikan pengudaraan yang baik.



Kalau korang browse bantal-bantal baby dekat website/shopee Getha memang ada banyak jenis bantal baby. Getha Baby Natural Latex pillow ni adalah bantal baby klasik, 100% natural latex & sesuai untuk baby berusia 6 bulan ke atas. Material bantal memang lembut, ringan & breathable. Sarung bantalnya pun best, material tencel nano silver. Ya Allah, memang silky smooth, sejuk je rasa bila pegang. Memang sesuai sangatlah untuk bersentuhan dengan kulit baby. Yusuff memang nampak sangat selesa tidur atas bantal dia yang ni. Sejak ada bantal ni, memang bantal dia yang lain dah terasing dah, tak guna terus. 


Apa yang kitorang perasan sejak guna bantal Getha Baby Natural Latex ni, tiap kali tidur memang sarung bantal tu akan basah lencun dekat bahagian kepala. Awal-awal kitorang macam terkejut jugak, kuat sangat ke Yusuff ni berpeluh waktu tidur? Tapi bila diperhatikan takde berpeluh sangat muka & dahi dia. Tapi kesan basah yang dekat bantal tu basah yang bila kita pegang tak terasa basah sangat pun. Kira dia dah meresap ke dalam bantal kot. So saya baca sikit tentang bantal ni haritu sebab nak tahu kenapa selalu ada kesan basah tu kan. Rupa-rupanya itu merupakan salah satu feature bantal & sarung bantal tu. Ingat tak saya cakap tadi dekat permukaan bantal ni ada lubang-lubang kecil & poket-poket udara kecil? Haaa tujuan dia untuk pengaliran udara yang baik, untuk natural thermal regulation. Ia membuang peluh dan haba dari kepala baby kita tu so that baby kita tak rasa panas waktu tidur. Selain tu, sarung bantal tu sendiri pun memang power in moisture absorption.



Tapi walaupun bantal tu asyik ada kesan basah sebab dia meresap peluh dengan kuat, kitorang perasan bantal Yusuff tak berbau busuk langsung ye. Memang takde bau kepam langsung. Berbeza betul dengan bantal-bantal dia yang sebelum ni. Jujurnya sejak guna bantal ni kitorang tak pernah basuh or jemur pun bantal ni. Sarung bantal baru basuh sekali, itu pun sebab haritu telinga Yusuff berdarah so terkena sarung bantal. Teruk betul mak bapaknya pun hahah. Memang banyak peta ye dekat sarung bantal tu, tapi takde bau pun. Bila fikir balik power jugak takde bau kepam. Logiknya tiap kali tidur memang basah bantal dia dek peluh yang meresap, kalau bantal lain dah kepam teramat dah. Bantal dia yg previous kena basuh at least once every 2 weeks sebab cepat sangat bau kepam. 



Lepas baca details about this pillow, only then i know why dia tak bau kepam walau hari2 Yusuff duk guna. Sebab bantal ni guna teknology nano silver. Lebih kurang konsep dengan teknology yg dekat kain Norwex. Teknoogi nano silver memang bagus sebab dia macam natural antibiotic yang kuat untuk melawan bakteria, virus, fungi & protozoa. Lepas baca description pasal product getha ni, so it make sense la kenapa produk dia best bila guna. Kualiti & teknologi yg dia guna tu memang bagus. Bantal ni anti-microbial & hypoallergenic, waterproof, non-sticky, non-noisy. Memang sangat selesa untuk baby kita.


Tapi, benda2 best macam ni memang biasanya agak leceh sket penjagaannya. Require special care gitu. Tak boleh basuh/dry pakai mesin, handwash only. Tak boleh guna cleaning products yg byk chemical. Tak boleh terdedah haba yg tinggi, takleh direct sunlight, takleh direct heat. Sensitive to direct sunlight, heat, light with high uv content. Lepas dah basuh, air dry or fan dry only. Sounds so much like Norwex, kan? Haha. Sbb teknology yg digunakan pun lebih kurang. If tak jaga bebetul, cepat rosak nanti. But for me okay je, kalau sayang barang memang kita akan jaga elok-elok pun.



Harga bantal ni RM99, sarung bantal RM43. Tapi, kalau nak beli saya sarankan korang beli waktu sale dekat Shopee, make sure beli dekat Getha official store ye. Memang boleh dapat jauh lagi murah waktu sale. Kena selalu check lah harga dia kot ada promo. Sarung bantal tu kitorang dapat belas-belas ringgit je hari tu kalau tak silap. Sangat berbaloi beli waktu sale. So far kitorang rasa bantal baby from Getha ni tersangatlah best & berbaloi for long term. Saya sampai terfikir bila ada promo dekat Shopee, nak beli sesiap untuk bagi gift dekat anak kawan-kawan yang baru lahir. Sebab memang best & berbaloi!


Getha Baby 100% Natural Latex Pillow : https://shp.ee/qs3cps3

Getha Baby Latex Pillow Case : https://shp.ee/aanhni3


Okaylah, itu je nak cerita. Patut boleh mintak komisyen ni dari Getha sebab bagi free marketing hehe :P