Assalamualaikum korang. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga & anak-anak, saya curi masa juga untuk menulis di blog sekali-sekala. Sejak jadi mak orang ni, memang masa sangat mencemburui saya ye. Rasa macam 24 jam sehari tu tak cukup. Apatah lagi sekarang dah jadi emak anak 2, haaa lagi la tak cukup masa. Kadang geram tau, saya rindu nak menulis secara kerap macam dulu-dulu. Banyak benda nak cerita, banyak topik saya nak kupas. Tapi tu lahhh, banyak juga saya kena korbankan sejak jadi ibu ni. Nak urus diri sendiri pun kadang tak sempat. Sejak lepas bersalin anak kedua hari tu memang rasa agak barai ye. Tidur tak cukup sebab anak kedua saya ni masih dalam fasa berjaga malam. Itu belum part si anak sulung tak sihat, seminggu juga la dekat wad. Diri sendiri dah rasa macam apa dah, tak terurus. Muka dah macam hantu kak limah dah, hahahah. Keadaan kulit muka saya pun belum sempat nak recover sepenuhnya lepas bersalin hari tu, dicampur pula dengan kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak. Muka masih rasa berminyak, menyebabkan diri rasa agak kurang yakin.
Punca Kulit Berminyak
Kulit berminyak berlaku apabila kalenjar sebum kulit bekerja berlebihan dari yang sepatutnya lalu menghasilkan sebum yang terlalu banyak. Selain menyebabkan ketidakselesaan & kurang yakin diri, kulit berminyak juga boleh mengundang masalah lain seperti bintik hitam, bintik putih, dan jerawat. Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menjadi punca kulit berminyak. Macam saya sendiri bukanlah sejak azali jenis kulit muka berminyak. Sebelum ni okay je. Tapi sejak mengandung terus kulit jadi berminyak sangat-sangat. Faktor perubahan hormon rasanya ni. Perubahan hormon boleh meransang peningkatan pengeluaran sebum. Selain faktor hormon, punca kulit berminyak juga adalah disebabkan faktor pemakanan (pengambilan lemak trans, karbohidrat, gula dan produk tenusu yang diproses dalam jumlah berlebihan), cuaca, genetik, penggunaan pencuci muka secara berlebihan, penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak, serta pengambilan sesetengah jenis ubat.
Cara Merawat Kulit Berminyak
Apa cara terbaik untuk merawat masalah kulit berminyak ni? Masalah kulit berminyak ni memang takkan hilang dalam masa yang cepat, memang makan masa & perlu konsisten. Antara cara merawat kulit berminyak adalah dengan membersihkan wajah setiap pagi dan petang serta sebelum & selepas bersenam. Jangan tak tahu, sebum secara semulajadinya akan bertambah sewaktu kita tidur. Jadi wajib ye bersihkan muka waktu pagi lepas bangun dari tidur. Sebelum tidur pun wajib bersihkan muka dari segala bahan mekap. Sebelum bersenam pastikan muka dibersihkan dan bebas mekap, lepas bersenam pun kena bersihkan. Kenapa ye? Sebab sel-sel kulit mati, bakteria & kotoran boleh berkumpul di muka dalam tempoh korang bersenam tu. Lagipun kita taknak la liang pori muka kita tersumbat lalu mengundang jerawat, kan? Kalau kulit korang berminyak, penting ye untuk korang guna pembersih muka yang lembut dan tidak mengandungi minyak atau alkohol. Ini sangat membantu untuk tidak memburukkan lagi masalah kulit berminyak korang tu. Seeloknya guna pembersih muka yang diformulasikan untuk menghilangkan sebum & kotoran berlebihan dari muka.
Paling penting dalam usaha untuk merawat masalah kulit berminyak ni, korang kena
guna produk pelembap muka & kosmetik yang bersesuaian untuk kulit berminyak. Tak boleh main taram je guna mana-mana produk, risau makin teruk nanti. Sesetengah orang fikir penggunaan pelembap muka pada kulit berminyak akan membuatkan kulit makin berminyak. Salah tu! Pelembap muka terbaik untuk masalah kulit berminyak adalah pelembap muka water-based & bebas minyak. Penggunaan pelembap muka bebas minyak boleh membantu melindungi & menghidratkan kulit wajah. Jangan confuse tentang kulit terhidrat dengan kulit berminyak. Kulit terhidrat sama sekali tidak sama dengan kulit berminyak. Kulit terhidrat memiliki kandungan air yang tinggi which is memang baguslah, manakala kulit berminyak pulak dipenuhi oleh minyak & lipid yang boleh mengundang pelbagai masalah kulit yang lain. Penggunaan
pelembap muka yang betul untuk kulit berminyak sebenarnya akan meningkatkan kandungan air dalam kulit kita, sekaligus mengurangkan jumlah sebum yang dihasilkan oleh kulit kita. Faham kan peranan kandungan air dalam usaha nak merawat masalah kulit berminyak ni? Nak merawat masalah kulit berminyak, kena pastikan kulit mendapat lembapan air yang mencukupi. Kuncinya kat sini kena
guna pelembap muka serta produk kosmetik bebas minyak & non-comedogenic (tidak block liang pori). Untuk kulit berminyak, seeloknya guna
pelembap muka yang water-based & mengandungi Niacinamide seperti Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
|
Tekstur pelembap muka Aqua Whitening Cream yang ringan & tidak melekit
|
Apa Itu Niacinamide?
Niacinamide tu apa? Kenapa nak kena pakai moisturizer water based & ada Niacinamide? Okay, jom kita fahamkan pula tentang Niacinamide. Niacinamide (juga disebut nicotinamide), adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting bagi memastikan kesihatan kulit kita.
Fungsi Niacinamide
Secara keseluruhannya, Niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kulit. Memang banyak sangat manfaat Niacinamide ni untuk kulit kita, tapi kali ni saya nak highlight manfaat Niacinamide untuk kulit berminyak. Antara manfaat Niacinamide untuk kulit berminyak khususnya adalah:
1. Mengawal minyak. Niacinamide yang terdapat dalam moisturizer terbaik ini dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran minyak yang berlebihan. Niacinamide dapat mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah kerana Niacinamide tu sendiri memberi lembapan kepada kulit kita. Apabila kulit mendapat lembapan yang mencukupi, makanya kalenjar sebum kita akan stop menghasilkan minyak untuk protect kulit kita dari kering. Bila kalenjar sebum kurang menghasilkan minyak, makanya muka pun kurang berminyak. Sebab itu lah moisturizer terbaik untuk kulit berminyak adalah moisturizer yang mengandungi niacinamide.
|
Bare face. Masa ni muka rasa kusam sangat sebab terlampau berminyak. |
2. Meminimumkan & menyamarkan penampilan liang pori. Liang pori memainkan peranan penting dalam merawat masalah kulit berminyak. Liang pori ni seboleh mungkin kita nak minimumkan, taknak liang pori besar/terbuka sebab nak kurangkan masalah liang pori tersumbat yang juga penyumbang terbesar masalah kulit berminyak. Bukan aje menyumbang masalah kulit berminyak, tapi liang pori yang besar juga buat kulit muka nampak tak smooth. Muka yang liang porinya besar bila pakai mekap, cenderung nampak cakey & berminyak. Sebab itulah pentingnya pemilihan pelembap muka terbaik supaya masalah ini dapat dikawal. Pelembap muka yang macam mana yang boleh membantu? Semestinya moisturizer water based yang mengandungi niacinamide lah. Niacinamide mengandungi lembapan yang tinggi so ianya boleh mengawal masalah minyak berlebihan sekaligus mengurangkan masalah liang pori besar. Bila kulit mendapat lembapan yang secukupnya, masalah liang pori besar & tersumabt dapat diatasi.
|
Bila liang pori besar, dah mekap pun tetap nampak tak smooth ye |
3. Mencerahkan tona kulit. Kandungan niacinamide dalam penjagaan kulit wajah juga dapat membantu menambahbaik tona kulit kita. Selain membantu agar tona kulit lebih sekata, ia juga mampu mencerahkan tona kulit. Kalau kulit jenis yang ada bitnik-bintik hitam dan jeragat pun sangatlah disarankan pakai skincare yang ada kandungan niacinamide. Sememangnya penggunaan pelembap atau krim siang & malam terbaik yang mengandungi niacinamide sangat membantu untuk menambahbaik tahap kesihatan & kecantikan kulit kita. Kalau korang perasan la kan, kadang-kadang kulit berminyak nib oleh menyebabkan kulit kita nampak kusam, comot dan tak berseri. Masalah-masalah kulit sebeginilah yang boleh membunuh keyakinan diri kita kan? Jangan bertangguh, kena segera usahakan untuk perbaiki tahap kesihatan kulit kita. Makin bertangguh, makin teruk keadaan kulit kita nanti. Salah satu cara mengatasi kulit kusam adalah dengan cara menggunakan pelembap yang mengandungi niacinamide. Penggunaan yang berterusan akan bantu kulit jadi lebih cerah, glowing dan sihat.
|
Kulit wajah rasa lebih moist bila pakai Aqua Whitening Cream |
4. Mekap tahan lama & pigmented. Ye, kalau korang jenis yang suka & kerap pakai mekap, mesti korang faham betapa pentingnya untuk jaga kulit supaya tak berminyak. Macam yang saya pernah bagitahu kat atas tadi, mekap akan jadi tak smooth & cakey kalau kulit kita jenis yang berminyak tau. Segan ye kalau nak jumpa orang kalau mekap tak on point macam tu. Automatik tahap keyakinan diri akan drop. Mestilah saya faham sebab saya sendiri pun pernah lalui. Rasa macam time tu jugak nak lari balik. Nak tahu tak rahsia mekap tahan lama & tak bercapuk? Caranya adalah korang kena pakai moisturizer untuk kulit berminyak yang mengandungi niacinamide dulu sebagai salah satu step untuk prep muka sebelum pakai mekap. Penggunaan pelembap terbaik sebelum pakai mekap bukan sahaja buat mekap jadi lebih cantik, smooth dan tak bercapuk, bahkan ianya akan buat mekap lebih long-lasting dan more pigmented. Sebab apa? Sebab kandungan niacinamide tu la yang mampu kawal penghasilan minyak & kekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.
|
Suka sangat sebab rasa mekap lebih smooth & cantik bila pakai Aqua Whitening Cream |
Cara Saya Merawat Masalah Kulit Berminyak
Berbalik kepada keadaan kulit wajah saya yang mula berminyak sejak mengandung, lepas dah bersalin ni memang saya berusaha sehabis baik untuk perbaiki tahap kesihatan kulit wajah saya. Untuk merawat masalah kulit berminyak ni, saya gunakan
pelembap muka untuk kulit berminyak Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Saya yakin
Aqua Whitening Cream ni antara moisturizer terbaik untuk kulit berminyak sebab ianya adalah moisturizer water based & mengandungi Niacinamide. So far nampak makin membaik keadaan kulit wajah saya tapi belum sepenuhnya okay. Macam yang saya cakap tadi la, nak merawat kulit berminyak ni perlu konsisten dan bersabar ya kerana ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk melihat hasilnya. Ambil masa sikit tak apa, asalkan hasilnya bagus & tidak menambah buruk keadaan kulit kita.
|
Ratakan ke seluruh muka & water drop akan terhasil memberikan lembapan untuk kulit |
Korang kalau ada masalah kulit berminyak tak kisahlah berpunca dari faktor apa atau kulit korang jenis kombinasi-berminyak, saya sarankan korang mula bertukar kepada moisturizer yang khusus untuk kulit berminyak. Moisturizer terbaik untuk individu yang mempunyai muka berminyak mestilah moisturizer yang bebas minyak & moisturizer water-based. Ye, pemilihan moisturizer yang betul sangat memainkan peranan dalam merawat kulit berminyak.
Cara Pakai Moisturizer
Moisturizer atau pelembap merupakan salah satu step basic dalam rutin penjagaan wajah setiap hari. Nak kulit sihat & cantik, wajib pakai moisturizer setiap hari. Pakai mositurizer berapa kali sehari? Seeloknya pakai 2 kali sehari – pagi dan malam selepas korang cuci muka dengan pembersih muka. Penting ye pakai moisturizer ni setiap hari untuk pastikan lembapan kulit kita mencukupi, barulah kulit sihat & berseri. Rutin saya sendiri memang saya pakai moisturizer setiap kali lepas mandi. Waktu mandi kan kebiasaannya memang saya akan cuci muka dengan pembersih muka, so lepas tu memang saya pakai moisturizer. Oh ye, saya memang tak pakai apa-apa krim siang & malam lain ye selain moisturizer dalam rutin skincare saya. Sebab saya yakin moisturizer yang saya pakai ni sendiri dah cukup power untuk turut berfungsi sebagai krim siang & malam terbaik.
Feedback Setelah Pakai Aqua Whitening Cream – Pelembap Muka Water Based Terbaik
Setelah hampir habis satu jar Aqua Whitening Cream ni saya pakai, apa yang boleh saya katakan adalah ianya memang moisturizer terbaik untuk masalah kulit berminyak yang saya alami sejak mengandung & bersalinkan anak kedua saya. Ye, masalah kulit berminyak saya tu berpunca dari ketidakstabilan hormon dek kerana fasa mengandung & melahirkan. Alhamdulillah, keadaan kulit saya makin pulih, dan memang dah banyak improved sejak saya pakai Aqua Whitening Cream ni. Paling suka pakai waktu malam sebelum tidur, sebab bila bangun pagi tu rasa kulit muka kurang berminyak, kurang rimas & rasa lebih selesa dengan kulit muka sendiri. Seriously, perasaan bila kita yakin dengan penampilan diri kita ni lain tau. Kita sendiri automatik rasa lebih gembira & confident. Itulah yang saya rasa bila keadaan kulit saya makin baik ni. Walaupun sekarang ni most of the time saya kat rumah je dengan anak-anak, tapi bila ada keperluan untuk keluar memang saya akan pakai mekap. Sebelum mekap, saya akan pakai Aqua Whitening Cream ni sebagai salah satu step untuk prep muka, and yes mekap saya lebih smooth, tahan lebih lama & tak bercapuk. Berlama-lama kat luar pun tak rasa rimas ye, mekap still on point. Kulit muka saya pun makin glowing, tak kusam dah. Korang please lah ye, kalau korang ada masalah kulit berminyak macam saya ni tak kisahlah apa puncanya, please jangan putus asa dan redha sahaja. Bab muka ni tak boleh main redha je, kena usaha. Muka ni asset penting kita tau. First impression orang terhadap kita biasanya datang dari muka kita. So wajib jaga ye supaya kita lebih yakin dan merasa lebih cantik, gitteww hahah. And please, kalau muka berminyak tolonglah go for water based moisturizer. Even kalau masalah kulit lain selain berminyak pun, it’s always good & safe to use water based moisturizer macam Aqua Whitening Cream ni. Memang sangat bagus untuk improve keadaan kulit kita.