Monday, March 22, 2021

Membeli Sambil Menyumbang – Beli Barangan Preloved Berjenama di Kedai BLESS.

Korang biasa dengar tak orang cakap dengan membeli juga kita boleh menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan. Ye, kalau nak menyumbang kita boleh je terus menyumbang direct kepada insan tersebut. Memang banyak je cara nak menyumbang. Tapi kalau korang nak tahu kat sekeliling kita ni ada banyak sangat pihak yang buat inisiatif tertentu untuk tolong kita sampaikan sumbangan serta bantuan orang ramai kepada yang memerlukan dengan cara yang agak berlainan. Kali ni saya nak cerita tentang satu kedai ni yang saya kira agak menarik. Kedai ni bukan kedai typical macam kedai lain. Sebenarnya saya sendiri pun baru je tahu tentang kewujudan kedai ni masa jalan-jalan kat Mid Valley haritu. Nama kedai yang saya maksudkan adalah kedai BLESS


Kedai BLESS ni ada banyak cawangan, tapi so far saya pernah berkunjung ke cawangan Mid Valley je. Itu pun secara kebetulan sambal jalan-jalan setelah lama tak jejakkan kaki ke Mid Valley dek kerana pandemic Covid-19 ni. Kedai BLESS ni merupakan kedai yang menjual barangan terpakai (preloved) & rejected items dengan kadar harga yang murah. Antara barangan yang dijual di kedai BLESS termasuklah pakaian, aksesori, dan buku. Apa yang uniknya tentang kedai BLESS ni? Okay, ini yang menarik saya nak cerita ni. 50% daripada setiap hasil jualan di kedai BLESS akan disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti anak pelarian Myanmar, Pusat Pemulihan Dadah, Orang Asli, mangsa banjir dan seumpamanya. Contohnya korang beli RM20 dekat kedai BLESS. RM10 dari duit yang korang bayar tu akan disumbangkan. Kenapa tak sumbangkan 100%? Kedai BLESS ni beroperasi sebagai perusahaan social, makanya pihak BLESS masih perlu bayar kos operasi dan juga bayar gaji pekerja. 50% untuk kos operasi & gaji pekerja, 50% lagi akan disumbangkan.



Satu lagi perkara tentang kedai BLESS yang buat saya rasa impressed ialah, pihak BLESS membuka peluang pekerjaan kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal, orang asli, pelarian, dan juga bekas penagih. How nice is that? Jujurnya saya sangat suka dengan inisiatif sebegini. Mereka juga berhak diberi peluang untuk hidup seperti insan lain, membina kerjaya & menjana pendapatan. 



Dari mana datangnya barangan preloved yang dijual di kedai BLESS? Ianya adalah hasil sumbangan orang ramai. Dekat BLESS ni dorang memang encourage orang ramai untuk dermakan pakaian/barangan yang masih dalam keadaan elok. Tapi kadang-kadang ada jugak yang diterima dalam keadaan tak berapa okay. Yang condition tak berapa elok tu tak dibazirkan, tetap dimanfaatkan juga. Barangan yang condition teruk & tidak boleh dijual akan dihantar ke organisasi-organisasi tertentu.


Barangan yang dijual di kedai BLESS dijual dengan serendah RM3 dan ke atas. Condition? Elok sangatlah lagi, branded pulak tu. Saya sendiri dah tengok sewaktu berkunjung ke sana. Memang condition masih tersangat elok. Berbaloi sangat dengan harga. Kedainya taklah besar sangat, tapi barangan tersusun elok. Even buku & toys pun ada jugak tau dijual kat sana. Kasut & handbag pun ada. Tapi haritu saya just beli beberapa helai seluar. Condition tip top okay! Macam baru. 4 helai seluar preloved berjenama yang saya beli hanya berharga RM100 sahaja. Itu saya dah rasa cukup murah. Rupanya bila ke kaunter untuk buat pembayaran, eh kena bayar RM50 sahaja. Why? Sebab tengah ada promosi 50% discount! Hehe, I’m so happy!


Apa yang buat saya rasa lebih gembira ialah bila saya tahu RM25 dari jumlah yang saya bayar tu akan disumbangkan kepada pihak memerlukan. Membeli sambal menyumbang. Mungkin RM25 tu bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang. Tapi bagi sesetengah indvidu lain, jumlah sebegitu sangatlah memberi erti buat mereka. Korang kalau ada ternampak kedai BLESS ni kat Mid Valley or dekat outlet lain, try lah masuk cuci mata. Mana la tahu kot ada yang korang boleh beli kat situ.

2 comments:

  1. To truly understand the significance of buggy rides in Dubai, it's essential to explore the local perspectives and cultural impact.

    ReplyDelete
  2. The blog showcases a deep understanding of the subject matter, providing readers with a comprehensive and well-rounded view of the topic. Also try https://buggytrailz.com/

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.