EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL - emilinda

Thursday, February 27, 2020

EPHYRA PLUS | KEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN SEMASA HAMIL

Sejak berbadan dua ni, banyak perubahan berlaku pada diri saya. Selain perubahan fizikal, dari segi tenaga pun rasa makin lesu. Jadi cepat penat dan asyik rasa tak bermaya. Biasalah kan sebab perubahan fizikal dan hormone. Tapi disebabkan saya ni seorang yang punya kerja hakiki setiap hari, tak boleh la nak layankan sangat rasa penat dan lesu tu. Takkan asyik nak menghilang dari ofis je kan? Nak tak nak kena jugak hadap kerja setiap hari. Bukan itu sahaja, saya juga mengalami masalah sembelit yang agak teruk, selain masalah penghadaman. Saya perasan masalah ni makin menjadi-jadi sejak masuk trimester ketiga ni. Berjalan nak ke ofis pun rasa mengah, jalan slow macam pingu dah bawak perut yang makin membulat hahah.


Kakak saya suggest suruh amalkan balik minum minuman tambahan Ephyra Premium. Katanya masa dia mengandungkan anak-anak dia dulu memang dia amalkan minum Ephyra selain supplement yang pihak klinik bekalkan. Memang sedikit sebanyak membantu untuk buat kita kekal bertenaga setiap hari disamping manfaat yang lain juga. Rasanya dah bertahun saya tak minum Ephyra Premium tu. Dulu stop consume sekejap atas kekangan kewangan. Kononnya nak start minum balik, tapi asyik bertangguh aje. Ini dah hujung-hujung kehamilan baru saya serious nak minum balik. Lagi pulak kakak saya cakap Ephyra ni kalau diteruskan pengambilannya selepas bersalin dan dalam tempoh menyusu, banyak manfaatnya untuk si ibu dan juga bayi. So saya usha la social media pihak Oceanlife sebab nak beli kan. Tapi rupanya pihak Oceanlife dah rebrand Ephyra Premium kepada Ephyra Plus. Kiranya ia masih produk minuman kesihatan yang sama, cuma ianya diberi nafas baru dan diperelokkan lagi. Packaging pun dah lain tau sekarang! Takde dah yang sekotak 30 sachet tu, semua dia buat 15 sachet je 1 kotak.

Kini dipaketkan dalam kotak lebih kecil

Manfaat baru Ephyra Plus masih juga sama seperti Ephyra Premium yang mengekalkan kombinasi lebih 10 bahan dari sumber semulajadi yang kaya dengan vitamin dan mineral termasuklah bahan tambahan baru iaitu L-cysteine. Yang penting khasiatnya tetap sama dan rasanya pun masih dikekalkan, masih rasa oren sugus yang sedap tu. Saya bagi suami saya minum jugak, dia pun suka sebab rasanya sedap. Apa yang lainnya Ephyra Plus ni berbanding Ephyra Premium? Selain dipasarkan dalam kotak kecil 15 sachet yang mudah dibawa ke mana-mana, saiz sachetnya juga diperkecilkan. Walaupun saiz sachet semakin kecil, tapi kuantitinya tetap sama 15g/sachet. Saya suka sachet kecil macam ni, senang nak selit dalam handbag.

Saiz sachet pun lebih kecil

For those yang tak tahu, Ephyra Plus ni diformulasi dengan lebih 10 bahan terbaik dari sumber semulajadi iaitu L-Cysteine (bahan terbaru), Astaxanthin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry (Cranberry extract, Bilberry extract). Acai Berry, dan Kolagen Ikan Laut Dalam. L-Cysteine yang merupakan bahan terbaru dalam formulasi Ephyra Plus ini merupakan salah satu agen utama antioksida dan ianya diekstrak dari sayur-sayuran hijau seperti brokoli, asparagus, kubis, dan sawi. Fungsi L-Cysteine adalah dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan kadar glutathione dalam badan. Penting ye untuk melindungi tisu badan dan mencerahkan kulit secara semulajadi. L-Cysteine  digabungkan dengan Vitamin C dalam Ephyra Plus menjadikan ianya sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, meningkatkan metabolisma badan serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Ianya juga bagus dalam melawan radikal bebas bagi melambatkan proses penuaan sekaligus memberi keanjalan pada kulit.


Disebabkan Ephyra Plus ni turut sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung, berpantang dan menyusu, makanya saya memang bercadang nak teruskan pengambilan Ephyra Plus ni selepas dah bersalin nanti. Yela, produk Ephyra ni memang tak asing lagi pada saya dan kakak-kakak saya. Kami memang pernah consume Ephyra selama bertahun dan banyak manfaat positif yang kami dapat, so saya memang tak ragu-ragu untuk kembali amalkan minum Ephyra ni semula. Ephyra ni bukan untuk kaum hawa je tau, kaum lelaki pun sesuai juga amalkan.


So far sejak kembali amalkan minum Ephyra ni, saya selalu minum Ephyra pada waktu malam sebelum tidur. Sebenarnya boleh minum samada pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur. 1 sachet Ephyra tu boleh bancuh dengan air sejuk atau air suam. Air panas tak boleh ye, dikhuatiri berkurangan khasiatnya. Tentu-tentunyalah saya suka bancuh dengan air sejuk, hihi. Dah la rasa dia sedap, bancuh pulak dengan air sejuk. Perghhh, segar rasa. By the way bila amalkan minum Ephyra ni, seeloknya kurangkan/jarakkan pengambilan kafein. Air masak memang disarankan minum dalam kuantiti yang secukupnya.



So apa perubahan yang boleh saya rasa sejak kembali minum Ephyra Plus ni? Pertamanya yang paling ketara adalah dah kurang sembelit, yeay alhamdulillah. Tahu sahaja lah, ibu mengandung dengan masalah sembelit memang sangatlah sinonim. Sejak kembali amalkan Ephyra ni, terasa lebih lawas pula. Masalah penghadaman pun makin berkurangan. Satu perkara lagi yang saya suka adalah dari segi tenaga. Pagi bangun dari tidur rasa lebih bertenaga nak teruskan rutin harian. Takdelah lemau dan lesu aje memanjang. Selalunya belum sempat tengahari dah mengadu tak larat kat suami. Now rasa lagi better. Orang kata elok untuk kurangkan morning sickness juga. Yang ni saya tak pasti sebab di trimester ketiga ni memang saya dah takde morning sickness dah. Moga-moga khasiat dari Ephyra Plus ni turut memberi manfaat kepada bayi saya dalam kandungan ni.


Memang sebelum ni saya ada banyak terbaca orang cakap elok minum Ephyra ni semasa mengandung sebagai persediaan untuk perbanyakkan susu badan. Siapa je tak nak susu badan yang banyak untuk si anak kan? Memang niat nak full breastfeed anak at least 6 bulan pertama. Moga-moga dipermudahkan. Masa berpantang pun orang kata elok minum Ephyra ni untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin disamping terus membekalkan tenaga kepada si ibu. Baby pun dapat manfaat jugak sebab kita menyusu baby kan. Bab kulit cantik, tak kusam dan berseri tu memang plus point lah kan. Siapa je taknak jadi cantik, kan? Hehe. Moga-moga saya terus istiqamah minum Ephyra Plus ni setiap hari sampai lah dah bersalin, dalam pantang, dan dalam tempoh menyusu.

Don’t worry, Ephyra Plus ni memang ada kelulusan KKM dan ianya diklasifikasikan sebagai makanan tambahan. Sijil HALAL dari JAKIM pun ada, dan  pernah mendapat anugerah Super Health Brand 2016 – 2018. Harga bagi sekotak Ephyra Plus (15 sachet) adalah RM88. Kalau untuk penggunaan sebulan, beli je 2 kotak terus dengan harga RM176.


Untuk maklumat lanjut :
Website : www.ephyra2u.com
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u / @ephyra.hq
Whatsapp : 0341417889 / 0197521665

12 comments:

  1. Bagus lah jika memakannya dpt atasi masalah sembelit. Cuma sis dulu masa hamil tak berani nak makan apa apa suplemen huhu... anak2 muda skg dah berani ok la tu.

    ReplyDelete
  2. memang best sangat ephyra plus ni,dulu pernah jugak amalkan ephyra ni, badan memang bertenaga.selain tu akak suka rasa minuman ni..sedap...

    ReplyDelete
  3. bagus la dah jumpa produk yang boleh bantu tambah tenaga. Nak menguruskan keluarga ni bukan senang, bila badan lesu nak buat kerja pun jadi tak best.

    ReplyDelete
  4. Tahniah selamat menjadi ibu hehehehe jenama Ephyra ini memang kita dah tahu lama dan sangat bagus berkualiti dulu pernah juga ambil yang khas untuk orang lelaku hehehehe....

    ReplyDelete
  5. waa.. kerap gak nampak iklan Ephyra kat instagram tapi tak dan lagi nak try.. hee~ nanti lah try, nak raya ni kan.. tahniah emi, jaga kesihatan dan baby baik baik ya..

    ReplyDelete
  6. Patutlah Emi masih bertenaga untuk ke event2 walaupun tgh sarat mengandung. Ini rahsianya rupanya

    ReplyDelete
  7. Ephyra ni memang bagus diamalkan. Dulu pun akak minum Ephyra ni. Rasanya memang sedap

    ReplyDelete
  8. Minuman Ephyra ni memang pagus, kalau yang dah lama mengamalkan minumnya, memang nampak perubahan p[ada diri mereka, sebab kawan Sis ada yang minumnya dari mula diperkenalkan sampai sekarang, jauh beza dia sekarang..

    ReplyDelete
  9. aida pernah minum ephyra ni. sedap kalau minum dgn air sejuk. best!
    yes. kena amalkan la utk kesihatan dalaman.
    terutama mcm aida yg dah lebih 40an ni. byk sistem dalaman yg dah nak out kan :) ha ha ha ha
    wajib minum suplemen.

    ReplyDelete
  10. bagus juga produk ephyra ni ya, ibu mengandung pon boleh consume. so memang terbukti selamat la ya.

    ReplyDelete
  11. Produk ni mmg bagus. Rmai yg dah guna berikan feedback positif

    ReplyDelete
  12. Wow baca review ni terasa nakkk sangat cuba! Boleh meningkatkan metabolism mcm best je!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.