Assalamualaikum dan hai korang! Kali ni nak sambung cerita tentang kandungan pertama saya. Sebelum mengandung saya memang kurang ambil tahu tentang jenis-jenis ultrasound scan yang selalu orang duk buat semasa mengandung. Bila diri sendiri dah mengandung ni, barulah saya perbanyakkan membaca pasal scan kehamilan. Yela, nak jadi mak bapak orang ni memang kena banyak membaca, kena banyak gali ilmu yang baru. Hasil pembacaan saya, ada banyak jenis scan yang biasa dijalankan sepanjang kehamilan seperti 2D Growth Scan, 2D Detail Scan, dan 3D/4D/5D Scan. Tapi, kali ni saya nak fokuskan penceritaan kepada Detail Scan. Kenapa? Sebab dalam banyak-banyak jenis scan kehamilan ni, Detail Scan antara ultrasound scan yang paling penting sepanjang kehamilan kita. Kiranya kalau ada rezeki lebih, peruntukkan sedikit bajet korang untuk buat Detail Scan. InshaAllah tak rugi dan berbaloi demi si anak dalam kandungan tu, dan juga untuk persediaan kita nak menyambut si anak tu.
Okay, Detail Scan ni dalam Bahasa Malaysia kita panggil imbasan terperinci. Ianya bertujuan untuk melihat anatomi bayi dan untuk melihat perkembangan serta struktur bayi dalam kandungan. Kiranya bila buat Detail Scan ni kita dapat kesan sekiranya ada perkara yang tidak normal tentang bayi dalam kandungan tu. Antara yang diperiksa semasa buat Detail Scan ni ialah organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati, paru-paru dan lain-lain lagi. Andai kata ada kecacatan pada anggota bayi, boleh dikesan seawal bayi dalam kandungan lagi bila kita buat Detail Scan ni.
Selalu jugak baca kes tentang ibu bapa yang dapat tahu kecacatan pada bayi semasa buat Detail Scan ni seperti bayi mengalami sumbing bibir dan lain-lain. Seboleh mungkin kita nak bayi kita sihat walafiat la kan. Tapi kalau ada sesuatu yang tak kena pada bayi kita, rasanya lagi bagus kalau dapat kesan seawal mungkin. So that kita boleh bersedia apa yg patut, termasuk mempersiapkan mental, fizikal dan kewangan kita. Takdelah bayi dah lahir baru kita terkejut. Terdapat juga sesetengah kes dimana hasil imbasan terperinci menunjukkan masalah kecacatan yang agak serius, dan setelah berbincang dengan pelbagai pihak akhirnya ibu bapa memilih untuk tidak melahirkan bayi tersebut. Waktu yg sesuai nak buat detailed scan ni ialah ketika kandungan 18 - 24 minggu. Kalau dah lebih 24 minggu masih boleh buat Detail Scan, tapi peratusan ketepatan imbasan tu berkuranganlah sebab bayi pun dah makin besar. Kebiasaannya Detail Scan ni dibuat dalam bentuk 2D.
Saya sendiri dah buat Detail Scan pada minggu ke 24 kehamilan, sambil-sambil buat check-up dekat Klinik Myfamily. Nervous tak masa nak buat Detail Scan tu? Sehari dua sebelum buat Detail Scan memang nervous sikitlah, sebab jadi duk terfikir-fikir sihat ke anak dalam kandungan kita ni? Tapi bila dah buat, alhamdulillah lega. Lega sebab hasil imbasan menunjukkan bayi dalam keadaan baik, tiada apa-apa perkara tak normal yang dikesan pada bayi.
Selain buat Detail Scan, haritu ada buat 3D/4D/5D Scan jugak. Teruja sungguh nak tengok baby gerak-gerak. Yang geramnya tiap kali scan mesti dia tidur, dan tangan letak kat mulut. So tak boleh nak tengok dengan jelas sangat muka dia. Tapi dapat tengok macam ni pun hati ni dah berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak tengok in real life, nak peluk cium gomol semua.
Detail Scan ni kitorang buat dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld Ampang. Disebabkan saya memang ambil pakej antenatal check-up kat klinik ni, so Detail Scan semua ni memang dah termasuk sekali dalam pakej antenatal yang saya ambil tu. Tapi kalau nak buat scan sahaja tanpa ambil pakej antenatal check-up pun boleh je kat Klinik Myfamily ni. Memang dah ada beberapa pakej scan yang boleh dipilih, serendah RM50 sahaja. Korang pilih yang mana korang rasa berbaloi dan yang bersesuaian dengan usia kandungan korang. Btw boleh follow Instagram @klinikmyfamily sebab dorang pun selalu kongsi maklumat tentang kehamilan, scan dan seumpamanya.
Okay, Detail Scan ni dalam Bahasa Malaysia kita panggil imbasan terperinci. Ianya bertujuan untuk melihat anatomi bayi dan untuk melihat perkembangan serta struktur bayi dalam kandungan. Kiranya bila buat Detail Scan ni kita dapat kesan sekiranya ada perkara yang tidak normal tentang bayi dalam kandungan tu. Antara yang diperiksa semasa buat Detail Scan ni ialah organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati, paru-paru dan lain-lain lagi. Andai kata ada kecacatan pada anggota bayi, boleh dikesan seawal bayi dalam kandungan lagi bila kita buat Detail Scan ni.
Selalu jugak baca kes tentang ibu bapa yang dapat tahu kecacatan pada bayi semasa buat Detail Scan ni seperti bayi mengalami sumbing bibir dan lain-lain. Seboleh mungkin kita nak bayi kita sihat walafiat la kan. Tapi kalau ada sesuatu yang tak kena pada bayi kita, rasanya lagi bagus kalau dapat kesan seawal mungkin. So that kita boleh bersedia apa yg patut, termasuk mempersiapkan mental, fizikal dan kewangan kita. Takdelah bayi dah lahir baru kita terkejut. Terdapat juga sesetengah kes dimana hasil imbasan terperinci menunjukkan masalah kecacatan yang agak serius, dan setelah berbincang dengan pelbagai pihak akhirnya ibu bapa memilih untuk tidak melahirkan bayi tersebut. Waktu yg sesuai nak buat detailed scan ni ialah ketika kandungan 18 - 24 minggu. Kalau dah lebih 24 minggu masih boleh buat Detail Scan, tapi peratusan ketepatan imbasan tu berkuranganlah sebab bayi pun dah makin besar. Kebiasaannya Detail Scan ni dibuat dalam bentuk 2D.
Tengok tu, tidur aje kerjanya
Selain buat Detail Scan, haritu ada buat 3D/4D/5D Scan jugak. Teruja sungguh nak tengok baby gerak-gerak. Yang geramnya tiap kali scan mesti dia tidur, dan tangan letak kat mulut. So tak boleh nak tengok dengan jelas sangat muka dia. Tapi dapat tengok macam ni pun hati ni dah berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak tengok in real life, nak peluk cium gomol semua.
Geram tengok mulut dia bergerak-gerak
Detail Scan ni kitorang buat dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld Ampang. Disebabkan saya memang ambil pakej antenatal check-up kat klinik ni, so Detail Scan semua ni memang dah termasuk sekali dalam pakej antenatal yang saya ambil tu. Tapi kalau nak buat scan sahaja tanpa ambil pakej antenatal check-up pun boleh je kat Klinik Myfamily ni. Memang dah ada beberapa pakej scan yang boleh dipilih, serendah RM50 sahaja. Korang pilih yang mana korang rasa berbaloi dan yang bersesuaian dengan usia kandungan korang. Btw boleh follow Instagram @klinikmyfamily sebab dorang pun selalu kongsi maklumat tentang kehamilan, scan dan seumpamanya.
Klinik MyFamily By MySonoworld
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002
Instagram : https://www.instagram.com/klinikmyfamily/
Facebook : https://www.facebook.com/klinikmyfamily/
Twitter : https://twitter.com/myf_mysonoworld
Masa mengandung anak first dulu, tak buat detail scan pun. Scan masa check up je. Untuk yang second ni nak try la buat detailed scan macam emi. Macam ok je harga pakej tu.
ReplyDeleteaida x pernah buat scan gini.
ReplyDeletehanya scan kabur kabur di klinik biasa je.
masa tu 3d je. xde 4d or 5d.
Sejujurnya Sis mengandung ketiga anak, Sis takde buat scan pun, kecuali no 2 sebab terjatuh, so nak tengok kedudukan anak..semua anak bersalin surprise gitu heheheh...tapi sekarang dah canggih gile, siap boleh nampak wajah anak tu kan...
ReplyDeletebaru tahu ada detailed scan ni. Bagus juga untuk ibu mengandung. Apa-apa masalah boleh detect awal untuk elak perkara tak elok jadi. Comelnya dia! Geram je tengok hehe
ReplyDeleteWah sampai 5D ya untuk scan baby. Ada pro n cons juga dapat yg tahu awal. Rasanya kalau berit akurang enak, kena kuatkan mental dan sabarlah paling penting. Anyway semoga Emi dan baby sihat dan seterusnya melahirkan.
ReplyDeleteWow!!!!!!! So clear and detail. Btw, Semoga dipermudahkan urusan and take care ya.
ReplyDeleteBagus kan sekarang ni bole tgk baby dlm perut. Dulu mana ada so masing masing teka jantina... bila kuar baru tahu tapi bagis gak excited...
ReplyDeleteMemng best buat detail scan ni.. Dapat tau kesihatan anak kita. Nad tak pernh buat pun, teringin tapi tgk sitausi kewangan, tak dpt buat.. Hehehe.. Thkla aklau ade rezeki dapat baby lagi.. Kot boleh buatvdetail scan ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah ya.. Apa yg baik untuk baby dan selagi mampu, pasti kita nak buat yg terbaik utk tersayang.. Semoga di permudahkan semua urusan ya...
ReplyDeleteComelnya. Terima kasih atas ilmu baru ni. Baru tahu, maklumlah masih bujang hehe.
ReplyDeleteseronoknya dapat tengok baby dalam perut. sekarang ni semuanya dah tak mustahilkan.
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman perjalanan menuju jadi ibu ni. Moga dipermudahkan segala urusan emi sekeluarga
ReplyDeleteBila tengok gambr baby cmni terus teringat tiap kali time pragnent.. prnh try mcm2 scan termasuk yg 4D, nampak jelas sgt2.. moga dipermudahkan segalanya ya.. aamiin
ReplyDelete