Aloha Getha Roadshow – Koleksi Terbaru Aloha Getha Hawaii - emilinda

Monday, February 17, 2020

Aloha Getha Roadshow – Koleksi Terbaru Aloha Getha Hawaii

Kebelakangan ni sejak makin banyak penyakit berjangkit berleluasa, saya dan suami memang kurangkan pergi ke tempat yang ramai orang. Mostly stay indoor sahaja. Weekdays pergi dan balik kerja, weekend kalau takde urusan memang duk rumah je. Tapi bosan jugaklah asyik kat rumah je kan, haha. So Sabtu hari tu saya ajak suami jalan-jalan ke Mid Valley kejap, cuci mata dan beli groceries sikit. Nak pergi jauh memang tak rajin bila dah sarat ni. Mid Valley dekat je dengan rumah, so kita pergi yang dekat-dekat je. Kebetulan masa lalu dekat Centre Court Mid Valley, nampak ada roadshow tilam jenama Getha. Dah alang-alang kat situ, kitorang singgah la kejap tengok-tengok. Rupanya Aloha Getha Roadshow tu dah hamper seminggu berada di Mid Valley, dan haritu merupakan hari kedua terakhir. Tujuan roadshow ni adalah untuk perkenalkan koleksi tilam terbaru dari Getha iaitu Aloha Getha Hawaii Collection.


So masa kat situ, ada beberapa station yang disediakan untuk kita explore tentang elemen-elemen yang diperlukan untuk dapatkan tidur berkualiti. Ada 5 station iaitu Sight (Penglihatan), Scent (Aroma), Sound (Bunyi), Touch (Sentuhan), dan Taste (Rasa). Kat setiap station tu akan ada staff yang beri penerangan tentang setiap elemen ni.

Salah seorang staff Getha tengah explain tentang pentingnya penglihatan yang baik ketika tidur. Well, I’m so impressed with their staff’s knowledge related to quality sleep. I guess I should read more about how to achieve quality sleep.

Spray yang macam ni might really helps us to get better sleep. Takdelah bilik bau kepam, dan bantal pun bau air liur basi kan? Haha

I am so impressed bila cuba pegang sendiri texture material yang digunakan untuk buat tilam dan bantal Getha ni. No wonder their price range is quite pricey compared to other brand, dah dia guna material yang sangat bagus. They use 100% natural latex! 

Entah la, dulu-dulu saya jenis tak kisah sangat tentang tidur berkualiti ni. Tapi sejak umur makin meningkat ni, saya sangatlah tercari-cari tidur yang berkualiti. Untuk diri saya sendiri sejak mengandung ni rasanya agak sukar nak dapat tidur berkualiti, terutama sejak dah makin sarat ni sebab baby asyik menendang je. So mommy pun asyik terjaga je, hehe. Bila melawat ke setiap station ni, I learn that if we have trouble to achieve quality sleep, we may need to try some method in order to help us get a better sleep. Contoh kalau kita selalu terjaga sebab bunyi bising orang berdengkur, why not kita pakai headphone masa tidur & pasang melodi-melodi yang menenangkan? I am seriously considering this method now sebab method ni memang bagus untuk ibu mengandung. Kalau tidur kita selalu terganggu sebab cahaya, kita pakai la eye mask masa tidur. Kalau rasa kita boleh tidur lagi nyenyak dengan adanya aroma yang menenangkan, then go for some aromatherapy scents.  Dua elemen yang saya selalu terlepas pandang adalah sentuhan dan rasa. Yes, dua elemen ni penting tau untuk kita dapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti. Mana tak nya, kalau tidur atas tilam dan bantal yang empuk, tak ke sentuhan lembut di kulit dan rasa selesa yang kita alami ni boleh menyumbang kepada tidur yang lebih berkualiti? Now it makes sense to me.

Test duduk atas tilam dia, mak aii rasa tak nak bangun. Selesa teramat, rasa nak beli je terus tapi tengok harga terus insaf mengenangkan baki dalam akaun bank sendiri haha. Moga-moga saya dan suami direzekikan rezeki yang melimpah ruah supaya dapat beli tilam Getha yang selesa ni.

Eh by the way for those yang pergi ke semua 5 station tu, lepas dah complete semua station then korang boleh redeem goodies bag. Last but not least boleh redeem air kelapa kat Coconut Station. Hilang dahaga minum air kelapa sejuk-sejuk macam tu.


Special promotion dekat Aloha Getha Roadshow ni, kalau buat pembelian RM8888, boleh dapat sepasang Aurum Pass untuk ke Getha Lux Suites bernilai RM300. Pembelian RM10000 ke atas boleh dapat FREE Samsonite luggage bernilai RM1399. Paling best kalau buat pembelian mana-mana tilam dari koleksi Hawaii series semasa roadshow ni, korang berpeluang menang trip percutian mewah 5D4N ke Hawaii, USA. Promotion ni dekat roadshow je tau, online takde promotion ni.

Bila dah rasa sendiri betapa lembut dan berkualitinya tilam dan bantal Getha ni, I am so in love. Masa kat roadshow ni they all ada buat aktiviti Getha Golden Egg Game tau! Cabaran dia kena lompat atas trampoline sebanyak at least 25 lompatan dalam masa 10 saat, then boleh pilih satu golden egg. Dalam golden egg tu ada tulis hadiah apa yang kita menang. I was a bit upset sebab obviously I can’t join this game sebab tengah heavily pregnant kan. Silap-silap tengah melompat boleh terberanak pulak. But then takpe, suami kan ada kat sebelah. Kita buat muka kesian, lepas tu request suruh husband join this game on behalf. Nasib baik suami kita sporting tau!

Para peserta terawal yang join Getha Golden Egg Game tengah tunggu giliran untuk melompat atas trampoline. Can spot my husband there, hehe.

Trampoline tak la besar sangat pun, tapi serious lembut gila trampoline ni sebab kat bawah dia tu guna tilam latex dari Getha. Sebab dia lembut sangat, so agak susah nak balance diri melompat atas tu.

My husband managed to do 33 jumps in 10 seconds! So dah pilih golden egg, tiba masa untuk pecahkan golden egg to see the prize that we win.

Yeayyy! We win a Getha Galaxy Latex Pillow worth about RM260.

A super happy wife sebab dapat bantal yang lembut ni. Lena la tidur lepas ni kann, hahah. Thank you husband, I love you as always!

Itu je nak cerita kali ni. Aloha Getha Roadshow dekat Mid Valley ni dah sampai ke penghujung dah pun. But fret not, dah nama pun roadshow. Roadshow ni akan bersambung lagi di lokasi yang berlainan iaitu :
Bangsar Shopping Centre (26 Feb – 1 March 2020)
1 Utama (24 March – 29 March 2020)

For more information, boleh refer https://www.getha.com.my/sleep/alohagetharoadshow/



So for those yang berdekatan boleh la singgah ke roadshow ni. Mana tahu bila dah tengok dan rasa  tu, korang pun macam saya jugak, terus fall in love dengan tilam dan bantal jenama Getha ni. Tak gitu? Hehe.

Last but not least, I don’t know which one is Getha mascot because both is so chubby bhahahah. 


14 comments:

  1. Wah best yer event ni. Last weekend tak dapat attend event ni sebab ada urusan lain. Best yer dapat bantal mahal tu

    ReplyDelete
  2. Sis ada satu bantal tidurnya, memang yaa harga mahal tapi berbaloi, beli sebab katanya untuk kurangkan dengkuran, sampai sekarang Suami guna...

    ReplyDelete
  3. Quality sleep is always my priority so thank yoy for sharing bout this brand ����

    ReplyDelete
  4. dapatkan tidur yang berkualiti daripada getha. terbaiklah. best la tidur lepas ni kan hehe

    followed here #585

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah. Mahal bantal tu. Mmg berbaloi sbb mng hehe

    ReplyDelete
  6. Tengok tilam nya memngbsedp dan kalau dpt mungkin tak nak bangun. Hahah.. Kuliti dia tu mmg best.. Tapi tu la harga.. Hehehe.. Bestnya aktiviti dia.. Mujur ade suami kan

    ReplyDelete
  7. Seronoknya roadshow getha. Getha ni brand dia memang famous kan. Tahniah menang bantal. Tido lenalah lepas ni

    ReplyDelete
  8. Mesti lena tidur atas tilam Getha ni. Tengok je pun dah tau sedap tilamnya heee. Barang berkualiti memang berbaloi beli walaupun mahal sikit kan ;)

    ReplyDelete
  9. oo getha ni bukan yang ada tilam getah tu? minat sangat tilam dia kalau mampu insyaAllah beli

    ReplyDelete
  10. Macam-macam produk Getha ada sekarang kan. Bagus produk dia untuk tidur yang lena kan. Suka betul dapat tidur malam-malam ni. Boleh Qiss tengok produk dia yang lain juga

    ReplyDelete
  11. Aloha huhuhu Getha ini bukan tilam atau bantal kan hehehe kita pun banyak dengar padal produk ini banyak bagus dan juga selesa.. Ada event macam ni mesti harga murah bestnya lama tak beli bantal baru hehehe...

    ReplyDelete
  12. Jenama Getha ni memang terkenal dengan tilam yg empuk dan eksklusif sepadanlah dengan harganya yg cecah ribuan ringgit.

    ReplyDelete
  13. ala dah terlepas nk tgok roadshow dkt midvalley. minggu ni byk kali jugak pgi midvalley.

    ReplyDelete
  14. comeynya dia skrg ni... hehe.. anyway, produk ni mmg best nmpknya tu.. ada plak event mcm ni... mesti ada tawaran hebat sekali

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.