Belajar Tentang Steak di Tony Roma’s Ribs Expert Seminar - emilinda

Thursday, January 23, 2020

Belajar Tentang Steak di Tony Roma’s Ribs Expert Seminar

Baru-baru ni saya berkesempatan untuk menyertai satu seminar pendek yang dianjurkan oleh pihak Tony Roma’s. Seminar yang diberi nama Tony Roma’s Ribs Expert Seminar ini diadakan secara berkala bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang rib eye steak. Yela, kebanyakan dari kita bila nak makan steak kat mana-mana restoren sekalipun, bukannya kita ada ilmu sangat pun pasal steak bagai ni. Main redah je, main order je yang mana agak-agak sedap kannn. Termasuklah saya. So bila dah join seminar ni, banyak jugak ilmu yang saya perolehi tentang cara penyediaan steak, tahap masak dia, cara terbaik menikmati steak dan seumpamanya.


Jujur cakap, saya memang kurang tahu pasal steak ni. Selalu main order je, yang penting terasa sedap ditekak. Saya tahu bahawasanya tahap masak (doneness) steak ada 5 tahap iaitu Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well, dan Well Done. Selama ni saya selalu duk order yang Well Done je sebab almaklumlah mind set ni duk fikir lagi garing lagi sedap. Dah terbiasa kalau masak daging sendiri pun memang duk pulun kasi dia garing, bhahaha.


So dekat seminar tu dorang ada explain tentang perbezaan tahap masak steak tu. Apa bezanya yang Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well, dan Well Done. Basically cara penyediaannya lebih kurang je, cuma tempoh memasak tu berbeza. Dan untuk masak steak ni, kita kena sukat suhu bahagian dalam steak tu sendiri. Hasil dia kalau yang Well Done memang garing. Tekstur pun dah keras/solid dan warna memang brownish. Alah, macam daging yang korang makan dengan nasi kerabu tu. Berbeza dengan yang Medium, tekstur dia agak firm dan warnanya bila dipotong pun agak pinkish. Kalau yang Rare pulak, tekstur dia memang lembut dan warnanya pun masih kemerahan. Kalau mak saya tengok, mesti dia fikir daging tu tak masak hehehe. Padahal sebenarnya dah masak pun. Cuma tak garing. Tapi yang bestnya dia lebih juicy. Sebab tak garing kan, so memang dia juicy bila digigit.


Kat sana kami juga dihidangkan dengan potongan steak dari tahap masak yang berbeza supaya kitorang dapat rasa sendiri perbezaan tekstur dan rasa untuk steak tu. Surprisingly bila dah ada semua depan mata macam tu, barulah rasa macam eh kenapa nak pilih yang keras kalau ada yang lembut kan? Yela selama ni duk terus order yang Well Done, memang la kita rasa sedap. Tapi bila boleh bandingkan secara terus macam tu, rupanya yang Medium Well dan Medium lebih terasa sedap di tekak saya ni. Yang Rare sedap sebab dia sangatlah juicy, tapi tu la…masih ketara merahnya. Saya lagi prefer yang Medium dan Medium Well.


Oh ye, untuk rasa yang lebih sedap, disarankan makan steak ni dalam potongan yang kecil dan makan bersama side dish seperti kentang putar dan sayur brokoli. Suruh makan dalam potongan kecik supaya kitab oleh hayati rasa tu. So jangan gelojoh potong besar-besar ye! Disuruh makan Bersama side dish pula sebab nak seimbangkan nutrisi dalam portion makanan kita tu.


Banyak ilmu yang saya dapat dalam seminar yang diadakan secara santai dan memakan masa hanya lebih kurang 3 jam itu. Baru saya tahu rupa-rupanya steak yang kita duk makan dekat Tony Roma’s tu, kualiti dagingnya sangatlah elok. Diimport dari slaughterhouse halal di Australia. Sepanjang proses nak transportkan daging tu sendiri pun memang tak dicampur dengan bahan tak halal yang lain. Memang sangat menjaga kualiti. Lagi satu, patutlah steak dekat Tony Roma’s ni lembut kemain tekstur dia. Rupa-rupanya lembu-lembu yang disupply kepada Tony Roma’s adalah anak lembu yang berusia dalam lingkungan 28 hari – 36 hari sahaja! Kira memang yang fresh, bukan daging lembu tua tau.

Okay tu je nak kongsi harini. Btw pihak Tony Roma’s memang kerap buat seminar macam ni. Hampir setiap bulan, dan biasanya ianya diadakan di outlet Setia City Mall. They all buat kat situ sebab outlet yang tu memang ada seminar room. So tak mengganggu daily operation restoran. Seminar ni memang dibuka untuk orang ramai. Korang just perlu alert je bila dorang announce dekat Facebook/Instagram. Nampak je iklan tentang seminar ni, korang boleh whatsapp no telefon yang dorang bagi tu untuk RSVP kehadiran. Seminar ni PERCUMA sahaja. Dah la percuma, lepastu siap ada tasting session. Tak cukup dengan tu, ada reward yang cukup berbaloi untuk para peserta.

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.