Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby! - emilinda

Tuesday, January 7, 2020

Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby!

Pejam celik, pejam celik kandungan saya dah pun menuju ke penghujung trimester kedua. Cepat betul masa berlalu. Sejak awal tahu tentang kehamilan ini, saya dan suami memang takde preference tertentu bab jantina anak ni. Kiranya kalau dapat anak lelaki ke, dapat anak perempuan ke..kitorang okay je. Asalkan anak sihat walafiat. Yela, anak pertama kan. Nama anak pun kitorang dah ada untuk kedua-dua jantina. Bersemangat betul, hehe! Tapi memang duk tak sabar la nak tahu jantina anak, sebab nak beli baju & keperluan dia. Sebelum tahu jantina, kitorang dah start beli barangan baby sedikit sebanyak. Tapi masa tu rasa macam tak syok nak membeli sebab belum tahu jantina. Yela, duk usha barang baby banyak yang cantik. Tapi nak beli rasa macam “eh tapi kita belum tahu lagi jantina anak kita”. Kot la duk beli banyak yang ke arah girl, tetiba keluar boy tak ke haru. Lepastu kalau beli yang jenis unisex, tetiba keluar girl pun rasa macam alahai sendunya baju-baju anak aku bhahaha. So nak selamat, kitorang tunggu tahu jantina dulu.


Sebenarnya saya sendiri tak pasti seawal usia kandungan berapa minggu kita boleh tahu jantina bayi. Hasil pembacaan saya ada macam-macam versi. Saya agak, ianya agak berbeza untuk setiap kandungan. Kalau scan awal sangat pun risau jugak nanti tak nampak jelas jantinanya. Untuk langkah selamat, saya buat appointment dengan Klinik Myfamily untuk scan jantina pada minggu ke 19. Sambil-sambil jumpa doctor untuk routine check-up. Masa on the way ke klinik tu dah cuba bersembang-sembang dengan baby, kejut dia tak bagi tidur. Masa dalam kereta tu rasa kot dia bergerak-gerak. Tapi eh bila sampai masa nak scan, helok je dia tidur siap tutup muka dengan tangan tak bagi kita tengok muka dia. Dah kejut-kejut pun tak nak bangun. Frust jugaklah sebab tak boleh tengok muka dia time tu. Tapi, alhamdulillah nampak je jantina dia. Sejak tu kitorang dah tak tertanya-tanya lagi tentang jantina anak kitorang ni. Dah boleh sambung shopping baju dan segala keperluan dia dengan yakin dah.


Jantina bayi dalam kandungan saya ni biarlah saya rahsiakan dulu buat masa sekarang. Surprise gitu. Biar keluarga dan rakan terdekat je yang tahu. Nanti baby dah keluar, tahu jugak kan.

Alhamdulillah, by now persiapan barangan baby dah banyak jugak yang dah dibeli. Tapi memang tak complete lagi, ada lagi yang belum dibeli. Kitorang beli sedikit demi sedikit, barulah tak terasa sangat duit mengalir bagai air. Bila dah mula beli barang baby ni, kalau duk saja-saja kat rumah mula la “Abang, jom kita belek-belek barang baby yang kita dah beli jom!”. Motip sangat kannnn. Padahal duk belek benda sama je. Belek-belek lepastu masukkan balik dalam kotak untuk disimpan. Nasib baik suami layankan aje.


K itu je nak cerita untuk kali ni. By the way kitorang buat scan ni dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld. 2D growth scan ni memang termasuk dalam pakej antenatal yang kitorang ambil kat Klinik Myfamily. Tapi kalau nak ambil pakej scan sahaja pun boleh jugak. Ada beberapa pakej scan yang pihak Klinik Myfamily tawarkan, pakej scan ultrasound kandungan serendah RM50 sahaja. Nak senang, korang follow Instagram @klinikmyfamily , kadang-kadang they all ada buat promosi jugak.

Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002

15 comments:

  1. bagus ada pakej begini senang nak prepare bajet.. saat macam ni mmg terindah dalam hidup..

    ReplyDelete
  2. Congrats yea atas kandungan tuu..anyway bagus tu amek jenis pakej ultrasound mcm tu kan senang hehe..

    ReplyDelete
  3. bagus jugak buat pakej mcm ni..tahniah for your baby. semoga dipermudahkan urusan. macam ida dulu beli je baju unisex walaupun dh tahu jantina nye..hehe

    ReplyDelete
  4. Mestilah semangat kan nak sediakan barang-barang untuk 1st baby ni. Tahniah ya. Tak sabar kita tunggu sama ada wane pink atau wane biru bajunya nanti. hehe.

    ReplyDelete
  5. Congratulation! Bagus ada pakej camni. Zaman sekarang serba serbi convenient je. Semoga semua di permudahkan.

    ReplyDelete
  6. Wahhh, Alhamdulillah and congrats awak. Semoga awak dan baby sihat.

    Menarik siap ada package lagi, sekarang nampaknya semua dah improve dan user friendly. Jadi senang semuanya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada isi juga hehehe seronoknya dengar cerita orang semua bakal jadi ibu bapa hehehehe.. Kita masih lagi yang menunggu-nunggu hehehe. Pakej Klinik ini boleh tahan juga bagus dan berpatutan....

    ReplyDelete
  8. eeeii eksaitednya nak dapat baby hehehe alhamdulillah tahniah sis! bila dah dapat tahu jantina baby rasa secure la sikit nak shopping barang baby kann hehe

    ReplyDelete
  9. Congrats Emi. Tak tau pulak Emi dah pregnant. Hehhe. InsyaAllah semoga semuanya baik baik je. By the way, not bad jugak harga dekat scanning dekat sini. Murah.

    ReplyDelete
  10. Tahniah emi... Mngandung anak 1st mmg excited dia lain maciam skit.. Teringat masa mngandung anak sulung dlu... Kenangan terindah sangat orang cakap

    ReplyDelete
  11. hamboiiih dah macam macam teknologi scan skrg ni yer... hahha 2D, 4D lah yer... hebat betullah kan .. siap duit jer yer... semua boleh

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah. seronoknya dapat zuriat dan tambah ahli baru dalam keluarga. doakan saya dapat berbuat perkara yg sama in future :)

    ReplyDelete
  13. Wah dah scan jantina baby la... Makin dekat makin mendebarkan emi kan? Alhamdulillah rezeki emi.. Doakn wawa merasai pengalaman pregnancy selepas ini pula...

    ReplyDelete
  14. Congratulations! Kamu akan jadi mama yang baik!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.