January 2020 - emilinda

Friday, January 24, 2020

Lokasi Best untuk Snorkeling di Malaysia

January 24, 2020 13
Lokasi Best untuk Snorkeling di Malaysia
Snorkeling merupakan salah satu aktiviti utama yang paling diminati bagi seseorang yang amat cintakan alam semulajadi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jatuh cinta pada keindahan kehidupan marin. Saya sendiri tidak terkecuali. Bagi saya, snorkel ni aktiviti yang akan bawak korang mengembara ke satu alam yang bukan hari-hari korang boleh tengok. Sesetengah orang merasa takut untuk mencuba aktiviti snokel ini. Tapi percayalah, korang kena beranikan diri mencuba kerana sekali korang cuba memang korang akan jatuh cinta dan teringin nak snorkel lagi.


Jadi hari ni saya nak kongsikan kat korang beberapa lokasi dalam Malaysia yang best untuk korang snorkel dan mengembara sendiri alam hidupan marin ni. Sebenarnya selain snorkel, korang boleh je pilih untuk scuba. Tapi scuba ni dia agak complex dan rumit berbanding snorkel, dan memerlukan bajet yang lebih sedikit. So saya cadangkan korang bermula dengan snorkel je dulu, nanti bila dah minat sangat, baru boleh slowly standby bajet untuk dapatkan lesen menyelam dan beli sendiri peralatan menyelam. Okay?

Back to the point, lokasi menarik untuk snorkel. Banyak yang ada kat Malaysia ni. Korang tak payah pening-pening nak pergi Maldives ke, Phuket ke, Indonesia ke. Memang la laut kat negara orang tu cantik. Tapi kalau bajet tak berapa tinggi, lokasi kat tanah tumpah darah kita ni pun dah banyak yang cantik. Kita explore dulu yang dalam negara ni. Kalau korang nak bahagian Borneo, korang boleh ke pulau-pulau di Sabah. Memang terbaiklah pemandangan laut kat sana. Kalau di semenanjung pula, saya sarankan untuk ke bahagian pantai timur.


Baru-baru ni rakan saya baru je balik dari Pulau Redang, Terengganu. Dia ke sana naik flight. Dari rumah nak ke airport, dia ambik train KLIA Express. Alhamdulillah. Katanya perjalanan sangat mudah dan lancer bila naik train KLIA Express, tak terkejar-kejar. Kalau korang nak naik train ni, boleh dapatkan online tiket di KLIA Express online deals dari Traveloka. Mana tau terkena waktu promo. Save bajet dan masa korang dah. So dia landing kat airport Terengganu and terus ambik airport coach untuk ke jeti menaiki feri dan selamat sampai di Pulau Redang.

Masa kat Pulau redang dia memang banyak habiskan masa dengan snorkel dan pusing-pusing pulau dengan menyewa bot dan secara keseluruhannya boleh dikatakan puas hati jugak. Sebab apa yang bestnya kat Pulau Redang ni, dia ada satu lokasi yang digelar ‘Shark Bay’ di Tanjung Tengah. Kat situ kalau korang snorkel pada waktu yang tepat, sekitar bulan April ke Julai, korang dapat tengok baby shark berenang-renang. Comel betul. Tambahan dengan kulaiti air yang jernih dan biru, korang akan nampak terumbu karang dengan jelas. Dinasihatkan jalan dengan berhati-hati, tolong jangan pijak terumbu karang. Sama-sama jaga hidupan ni okay.

Setel untuk Pulau Redang. Sekarang saya nak share mana lagi lokasi best untuk korang snorkel. Kot la korang dah pernah pergi Pulau Redang kan. Let’s go!

Pulau Sipadan
Pulau ni terletak di Sabah dan antara pulau yang terbaik untuk korang snorkel. Kualiti air dengan visibility yang jelas, saya yakin korang akan puas hati dengan hasilnya nanti. Kalau korang nak tau, pulau ni adalah salah satu destinasi paling terunggul di dunia untuk para-para penyelam professional. Kalau korang ada lesen atau sijil yang diiktiraf untuk menyelam laut dalam, ini adalah lokasi yang korang patut pergi. Kat pulau ni, korang dapat melihat penyu dan jerung sebab kedalamannya yang sesuai menjadikan kawasan laut di sekitar pulau ini sebagai jalan bagi hidupan marin ni.

Pulau Sipadan. Sumber : The Vocket

Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan pulau yang terkenal juga bagi aktiviti snorkelingnya. Struktur muka bumi yang menjadikan pantainya mempunyai kedalaman yang cukup sesuai untuk kawasan pembiakan terumbu karang. Korang akan dapat melihat dengan jelas terumbu karang yang ada di pulau ni. Korang boleh singgah di Coral Island untuk teroka lebih banyak hidupan laut yang ada. Kalau dah puas snorkeling, korang boleh cuba untuk berkayak pula kat pulau ni. Gerenti puas hati.

Pulau Tioman. Sumber : Portal Rasmi Majlis Daerah Rompin

Pulau Mabul
Kalau korang nak kan pengalaman snorkeling yang lebih menarik, korang boleh datang snorkeling kat Pulau Mabul ni. Sebab hidupan laut yang ada kat pulau ni adalah sedikit berbeza dari pulau-pulau lain. Korang akang jumpa hidupan laut yang jarang untuk dilihat. Contohnya tumbuhan batu karang dan hidupan laut eksotik yang lain seperti sotong kurita, udang geragau, rumpai laut, ketam dan banyak lagi. Air laut kat pulau ini juga tidak lah dalam seperti di pulau-pulau lain. Jadi, korang akan dapat melihat terus tumbuhan dan hidupan laut dari permukaan air.

Pulau Mabul. Sumber : Libur.com

Pulau Perhentian
Lokasi yang dimiliki oleh Pulau Perhentian ni menjadi satu kelebihan untuk pulau ni terkenal dengan aktiviti snorkeling. Tidak jauh beza dengan Pulau Redang, cuma apa yang ada di pulau ini ialah ia lebih ramai menerima kedatangan pelancong. Semuanya dengan tujuan yang sama untuk snorkeling dan meneroka terumbu karang. Apa yang menarik lagi ialah pulau ini ada menyediakan kursus menyelam scuba daripada PADI Open Water Diver. Kawasan perairannya di pulau ni juga sesuai untuk korang belajar menyelam dari peringkat beginner.

So macam mana? Ada mana-mana pulau yang dah terlintas tak kat kepala korang? Sebenarnya ada lagi pulau-pulau yang best cuma kalau nak senaraikan kesemua memang banyak. Yang saya mention kat atas ni antara pulau yang saya duk aim untuk pergi snorkeling. Kalau korang ada nak share pulau yang best, dipersilakan. Setakat ni je dulu perkongsian kali ini.

Thursday, January 23, 2020

Belajar Tentang Steak di Tony Roma’s Ribs Expert Seminar

January 23, 2020 0
Belajar Tentang Steak di Tony Roma’s Ribs Expert Seminar
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk menyertai satu seminar pendek yang dianjurkan oleh pihak Tony Roma’s. Seminar yang diberi nama Tony Roma’s Ribs Expert Seminar ini diadakan secara berkala bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang rib eye steak. Yela, kebanyakan dari kita bila nak makan steak kat mana-mana restoren sekalipun, bukannya kita ada ilmu sangat pun pasal steak bagai ni. Main redah je, main order je yang mana agak-agak sedap kannn. Termasuklah saya. So bila dah join seminar ni, banyak jugak ilmu yang saya perolehi tentang cara penyediaan steak, tahap masak dia, cara terbaik menikmati steak dan seumpamanya.


Jujur cakap, saya memang kurang tahu pasal steak ni. Selalu main order je, yang penting terasa sedap ditekak. Saya tahu bahawasanya tahap masak (doneness) steak ada 5 tahap iaitu Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well, dan Well Done. Selama ni saya selalu duk order yang Well Done je sebab almaklumlah mind set ni duk fikir lagi garing lagi sedap. Dah terbiasa kalau masak daging sendiri pun memang duk pulun kasi dia garing, bhahaha.


So dekat seminar tu dorang ada explain tentang perbezaan tahap masak steak tu. Apa bezanya yang Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well, dan Well Done. Basically cara penyediaannya lebih kurang je, cuma tempoh memasak tu berbeza. Dan untuk masak steak ni, kita kena sukat suhu bahagian dalam steak tu sendiri. Hasil dia kalau yang Well Done memang garing. Tekstur pun dah keras/solid dan warna memang brownish. Alah, macam daging yang korang makan dengan nasi kerabu tu. Berbeza dengan yang Medium, tekstur dia agak firm dan warnanya bila dipotong pun agak pinkish. Kalau yang Rare pulak, tekstur dia memang lembut dan warnanya pun masih kemerahan. Kalau mak saya tengok, mesti dia fikir daging tu tak masak hehehe. Padahal sebenarnya dah masak pun. Cuma tak garing. Tapi yang bestnya dia lebih juicy. Sebab tak garing kan, so memang dia juicy bila digigit.


Kat sana kami juga dihidangkan dengan potongan steak dari tahap masak yang berbeza supaya kitorang dapat rasa sendiri perbezaan tekstur dan rasa untuk steak tu. Surprisingly bila dah ada semua depan mata macam tu, barulah rasa macam eh kenapa nak pilih yang keras kalau ada yang lembut kan? Yela selama ni duk terus order yang Well Done, memang la kita rasa sedap. Tapi bila boleh bandingkan secara terus macam tu, rupanya yang Medium Well dan Medium lebih terasa sedap di tekak saya ni. Yang Rare sedap sebab dia sangatlah juicy, tapi tu la…masih ketara merahnya. Saya lagi prefer yang Medium dan Medium Well.


Oh ye, untuk rasa yang lebih sedap, disarankan makan steak ni dalam potongan yang kecil dan makan bersama side dish seperti kentang putar dan sayur brokoli. Suruh makan dalam potongan kecik supaya kitab oleh hayati rasa tu. So jangan gelojoh potong besar-besar ye! Disuruh makan Bersama side dish pula sebab nak seimbangkan nutrisi dalam portion makanan kita tu.


Banyak ilmu yang saya dapat dalam seminar yang diadakan secara santai dan memakan masa hanya lebih kurang 3 jam itu. Baru saya tahu rupa-rupanya steak yang kita duk makan dekat Tony Roma’s tu, kualiti dagingnya sangatlah elok. Diimport dari slaughterhouse halal di Australia. Sepanjang proses nak transportkan daging tu sendiri pun memang tak dicampur dengan bahan tak halal yang lain. Memang sangat menjaga kualiti. Lagi satu, patutlah steak dekat Tony Roma’s ni lembut kemain tekstur dia. Rupa-rupanya lembu-lembu yang disupply kepada Tony Roma’s adalah anak lembu yang berusia dalam lingkungan 28 hari – 36 hari sahaja! Kira memang yang fresh, bukan daging lembu tua tau.

Okay tu je nak kongsi harini. Btw pihak Tony Roma’s memang kerap buat seminar macam ni. Hampir setiap bulan, dan biasanya ianya diadakan di outlet Setia City Mall. They all buat kat situ sebab outlet yang tu memang ada seminar room. So tak mengganggu daily operation restoran. Seminar ni memang dibuka untuk orang ramai. Korang just perlu alert je bila dorang announce dekat Facebook/Instagram. Nampak je iklan tentang seminar ni, korang boleh whatsapp no telefon yang dorang bagi tu untuk RSVP kehadiran. Seminar ni PERCUMA sahaja. Dah la percuma, lepastu siap ada tasting session. Tak cukup dengan tu, ada reward yang cukup berbaloi untuk para peserta.

Tuesday, January 7, 2020

Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby!

January 07, 2020 15
Pregnancy Journey - Dah Tahu Jantina Baby!
Pejam celik, pejam celik kandungan saya dah pun menuju ke penghujung trimester kedua. Cepat betul masa berlalu. Sejak awal tahu tentang kehamilan ini, saya dan suami memang takde preference tertentu bab jantina anak ni. Kiranya kalau dapat anak lelaki ke, dapat anak perempuan ke..kitorang okay je. Asalkan anak sihat walafiat. Yela, anak pertama kan. Nama anak pun kitorang dah ada untuk kedua-dua jantina. Bersemangat betul, hehe! Tapi memang duk tak sabar la nak tahu jantina anak, sebab nak beli baju & keperluan dia. Sebelum tahu jantina, kitorang dah start beli barangan baby sedikit sebanyak. Tapi masa tu rasa macam tak syok nak membeli sebab belum tahu jantina. Yela, duk usha barang baby banyak yang cantik. Tapi nak beli rasa macam “eh tapi kita belum tahu lagi jantina anak kita”. Kot la duk beli banyak yang ke arah girl, tetiba keluar boy tak ke haru. Lepastu kalau beli yang jenis unisex, tetiba keluar girl pun rasa macam alahai sendunya baju-baju anak aku bhahaha. So nak selamat, kitorang tunggu tahu jantina dulu.


Sebenarnya saya sendiri tak pasti seawal usia kandungan berapa minggu kita boleh tahu jantina bayi. Hasil pembacaan saya ada macam-macam versi. Saya agak, ianya agak berbeza untuk setiap kandungan. Kalau scan awal sangat pun risau jugak nanti tak nampak jelas jantinanya. Untuk langkah selamat, saya buat appointment dengan Klinik Myfamily untuk scan jantina pada minggu ke 19. Sambil-sambil jumpa doctor untuk routine check-up. Masa on the way ke klinik tu dah cuba bersembang-sembang dengan baby, kejut dia tak bagi tidur. Masa dalam kereta tu rasa kot dia bergerak-gerak. Tapi eh bila sampai masa nak scan, helok je dia tidur siap tutup muka dengan tangan tak bagi kita tengok muka dia. Dah kejut-kejut pun tak nak bangun. Frust jugaklah sebab tak boleh tengok muka dia time tu. Tapi, alhamdulillah nampak je jantina dia. Sejak tu kitorang dah tak tertanya-tanya lagi tentang jantina anak kitorang ni. Dah boleh sambung shopping baju dan segala keperluan dia dengan yakin dah.


Jantina bayi dalam kandungan saya ni biarlah saya rahsiakan dulu buat masa sekarang. Surprise gitu. Biar keluarga dan rakan terdekat je yang tahu. Nanti baby dah keluar, tahu jugak kan.

Alhamdulillah, by now persiapan barangan baby dah banyak jugak yang dah dibeli. Tapi memang tak complete lagi, ada lagi yang belum dibeli. Kitorang beli sedikit demi sedikit, barulah tak terasa sangat duit mengalir bagai air. Bila dah mula beli barang baby ni, kalau duk saja-saja kat rumah mula la “Abang, jom kita belek-belek barang baby yang kita dah beli jom!”. Motip sangat kannnn. Padahal duk belek benda sama je. Belek-belek lepastu masukkan balik dalam kotak untuk disimpan. Nasib baik suami layankan aje.


K itu je nak cerita untuk kali ni. By the way kitorang buat scan ni dekat Klinik Myfamily by Mysonoworld. 2D growth scan ni memang termasuk dalam pakej antenatal yang kitorang ambil kat Klinik Myfamily. Tapi kalau nak ambil pakej scan sahaja pun boleh jugak. Ada beberapa pakej scan yang pihak Klinik Myfamily tawarkan, pakej scan ultrasound kandungan serendah RM50 sahaja. Nak senang, korang follow Instagram @klinikmyfamily , kadang-kadang they all ada buat promosi jugak.

Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002

Saturday, January 4, 2020

Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead

January 04, 2020 14
Cara Menyediakan Kerepek Ngarku / Arrowhead
Sekitar minggu lepas masa tengah beli groceries kat Tesco, ternampak ada arrowhead/ngarku. Masa tu rasa macam a'ah lah, dah nak dekat Chinese New Year dah. Patutlah pasaraya dah start jual arrowhead. Arrowhead ni kalau tak silap dalam bahasa Melayu nya adalah sengkuang cina, dan kebiasaannya boleh didapati menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina. Saya tak pasti selalunya sengkuang cina ni orang guna untuk masak apa selain buat kerepek. Bila nampak benda alah ni dah start dijual, terus terfikir nak beli untuk buat kerepek ngarku. Sedapnya, terbayang-bayang kerangupan dan kesedapan kerepek ni. Tapi sebab kat rumah takde slicer, so tak beli pun arrowhead ni. Dah balik rumah duk terbayang lagi pasal arrowhead ni. End up beberapa hari kemudian saya mintak suami belikan slicer dan saya singgah Village Grocer sekejap lepas balik kerja semata-mata nak beli arrowhead ni. Gigih tau!


So saja la nak kongsi kat sini untuk sesiapa yang tak pernah buat kerepek ngarku ni, kot lah korang nak cuba buat sendiri kan. Arrowhead ni saya beli kat Village Grocer dengan harga RM5.88/kg. Balik rumah cakap kat husband "Tengoklah kalau rajin buat malam ni. Kalau tak rajin, buat esok malam". Masa tu sebenarnya dah rasa malas dah, kehkeh. Tapi tak lama lepas makan malam, tengok husband dah bawak keluar arrowhead ni dan tolong buang kulit sebelum slice nipis-nipis. Alhamdulillah, rajin suami yang sorang ni tolong isteri.

Ini ha rupa arrowhead bagi yang tak kenal


CARA-CARA BUAT KEREPEK NGARKU/ARROWHEAD

1) Buang kulit. Yang macam tangkai tu tak guna pun, tapi saja biarkan supaya senang nak pegang masa nak slice. 


2) Basuh bersih-bersih, kemudian boleh slice nipis-nipis. Awalnya kitorang guna slicer tu, tapi macam tak cantik pulak hirisannya, dan dia jadi macam berlendir/basah. Tak sure maybe sebab slicer biasa je kitorang beli tu. End up kitorang slice guna pisau je hahaha, lagi elok rupa dia bila potong guna pisau. Alah, macam potong bawang nipis-nipis untuk memasak tu.


3) Panaskan minyak, dan goreng sampai dia keperangan. Masa nak masukkan dalam kuali tu, jangan main campak je kesemua sekali, sebab nanti dia akan jadi melekat antara satu sama lain. Tak garing la nanti kalau macam tu. So apa kitorang buat, kitorang masukkan sikit demi sikit ke dalam kuali. Sepanjang duk goreng tu, rajin-rajinkanlah kacau sesiket taknak bagi hangit ye. 


4) Angkat, toskan. Sedia untuk dimakan. Time tengah goreng tu pun kemain mulut dah start mengunyah, hahah. 


Kerepek ni bila dah sejuk, boleh masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh dijadikan stok kudap-kudap untuk esok hari. Oh ye, memang saya tak letak garam atau apa-apa perasa. Korang nak letak pun boleh. Saya tak letak pun sebab saya lebih suka rasa dia yang dah memang lemak-lemak gitu. By the way, kitorang beli 1kg arrowhead tau. Masa nak slice dan menggoreng tu rasa macam alahai banyaknya. Tapi bila dah siap goreng, sikit je 1kg tu sebenarnya. 2 kali hadap dah habis.