Sedar tak sedar, tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Macam tu je kan tahun 2020 berlalu, tak terasa pun. Banyak masa dihabiskan kat rumah dek kerana wabak yang melanda dunia ni. Takpelah, nak buat macam mana kan, ada la hikmah disebalik semua ni. Dah hujung tahun ni korang tak terjebak shopping macam-macam ke? Almaklum, hujung tahun kan biasa banyak promosi best! Ye, tahu korang takde masa nak pergi ke mall atau kedai sangat sebab berjaga-jaga risau tanpa sedar dijangkiti wabak. Baguslah kalau korang ambil langkah pencegahan macam tu. Macam saya sendiri pun banyak duduk rumah je. Tapi shopping hujung tahun tetap onz! Hahah. Tak boleh ke kedai takpe, kitab oleh order online je. Jangan tak tahu, online pun banyak sangat promosi best-best dihujung tahu ni. Lagi convenient tak payah keluar. Lagipun saya perasan kadang beli online memang boleh dapat harga jauh lagi murah dari kat kedai. Hidup norma baharu, gaya membeli pun dah baru. Kali ni saya nak kongsi beberapa kedai yang saya duk usha untuk shopping hujung tahun ni. Kedai-kedai yang saya nak kongsikan hari ni menggunakan platform PGMall.
Bagi yang tak tahu, PGMall ni merupakan salah satu platform e-commerce no. 1 di Malaysia, ditubuhkan sejak tahun 2017 dan ianya merupakan platform e-commerce tempatan. Iye, support local ye. Ada je platform e-commerce tempatan yang bagus macam PGMall ni. Salah satu cara kita menyokong bisnes-bisnes tempatan adalah dengan cara membuat pembelian melalui platform sebegini. Jom support local! #BarangBaikBarangKita . Kalau korang check dekat Iprice, PGMall ni tersenarai antara top 3 e-commerce site dalam Iprice insight report.