Hari ni saja la nak kongsi resepi kerabu kerang ala Thai yang saya pernah cuba. Sebenarnya saya ni merupakan penggemar tegar kerang. Tak kisah lah masak macam mana pun, memang suka. Sekitar bulan lepas, masa tengah beli barang-barang dapur kat Aeon berdekatan rumah ni, nampak ada jual kerang yang agak segar. Terus convince suami untuk buat kerabu kerang. Gigih tau masa tu google bahan-bahan nak buat kerabu kerang, bhahaha. Mostly bahan memang dah ada kat rumah, cuma nak kena beli sos ikan Thai dan daun ketumbar je. Masa tu beli setengah kilo kerang je sebab husband cakap jangan makan banyak sangat. Bersederhana dalam setiap makanan yang diambil ketika mengandung ni. Yela, lain orang lain penerimaan tubuh badannya terhadap pelbagai makanan. Baiklah! Actually kat pasar malam tepi rumah tu ada je jual kerang, tapi harganya agak mahal dan nampak kurang segar.
Okay resepi ni google je sebenarnya, lepastu main pandai-pandai sendiri letak bahan setakat yang ada. Okaylah kan untuk tekak sendiri. Letak kat blog ni supaya boleh jadi rujukan untuk diri sendiri bila nak buat lagi lain kali.
BAHAN-BAHAN:
- Setengah kilo kerang
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi
- Setengah sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar sos ikan thai
- 1 biji limau nipis
- Daun ketumbar dipotong halus
- 1 biji tomato dipotong dadu
CARA-CARA :
1. Lepas dah bersihkan kerang tu, rebus sampai masak. Sesetengah orang rebus kosong macam tu je. Tapi kitorang letak serai masa rebus. Lepas dah rebus tu toskan macam biasa. Ada terbaca sesetengah orang, lepas dah rebus tu dorang rendam sekejap dalam bekas berisi ais untuk bagi kerang tu kekal segar dan cantik terkupas. Tapi kitorang tak buat macam tu pun.
2. Sementara tunggu kerang yang direbus tu masak, boleh tumbuk cili padi dan bawang putih. Tapi kitorang tak tumbuk guna lesung batu pun, kitorang guna Tupperware turbo chopper tu je. Lagi senang, zas zass terus siap!
3. Masukkan ke dalam mangkuk. Lepastu tambah gula, sos ikan thai, dan perahan limau nipis (buang biji dia). Lepas dah perah limau nipis, jangan buang kulit dia. Korang potong halus-halus kulit limau nipis tu, masukkan sekali. Gaul sampai sebati.
4. Bila dah sebati, masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul lagi.
5. Dah siap, boleh tuang atas kerang rebus tu. Sedia untuk dinikmati.
Kecur pulak air liur ni bila terbayang kerabu kerang ni. Sedapnya, nak buat lagi la nanti!

resepi nampak menarikk.. tapi nisa x makan kerang heheee
ReplyDeleteTupperware turbo chopper? Tak pernah dgr benda ni. Nasib baik u recommend! :D
ReplyDeletekerabu kerang?selalu dgr kerabu mangga je.adohai..suka makan kerang dlm kuetiau..pasni try kerabu kerang la
ReplyDeletemasak kerabu kerang ni tak pernah lagi try.. macam sedap
ReplyDeleteSelalu gak tgk gambar kerabu kerang duk lalu lalang tapi sampai skarang lum buat2 gak lagi. Nanti kena try buat jugak aaa nampak sedapp jer ni.
ReplyDeletePerghhh ini resepi untuk berapa kilo kerang ek... btw, kita pun rebus kerang buh batang serai juga..
ReplyDeleteTak suka sangat makan kerang. Kalau makan pun nak yang betul-betul masak, kembang tekak kalau ada bau. Tapi sekali sekala kena makan juga, baik untuk sumber protein dan zat besi. Nampak sdap kerabu kerang ni, mudah utk Bella cuba nanti.
ReplyDeleteSuka kerang.....selalu makan yang rebus atau bakar ajer. Kerang masakan ni tak pernah try lagi.
ReplyDeleteAduiiii rasa nak cari kerang sekarang jugak. Nampak sedap betul !!
ReplyDeleteMeleleh pulak air lioq kita tengok kerabu ni, sure ada masam2 ni kan..aduhhh sedapnya. Nanti nak buat gak lah..dah lah sis ni hantu kerang..:D
ReplyDeleteAduii sis..pgi2 tengok menu nie trus meleleh air liur. .sedapnye kerabu kerang..bahannya pn senang nak cari..pgi nie nk p pasar la cari kerang..thanks share resepi
ReplyDeleteMenarik resepi ni. Selalu tgk kerang ni buat rebus je dkt kedai2, kadang2 bakar. Ni mesti pedas kn
ReplyDeleteSedapnya. Nanti nak buat la.. makan ngan nasi panas.. perghh
ReplyDeletemudah.
ReplyDeletenampak tomato tu, sgt cantik!
masam-masam yummy!
tapi tu la. payah nak dpt kerang cantik kat sini :(
kecik2 sgt...
Nampak macam sedap la pulak. Masakan thai ni memang fav husband Iza ni. Blh la try nnti. Dia pun suka mkn kerang.
ReplyDeleteNampk sedap laa ni, beliur nampak even dari picture ni. Asam dan pedas always favorite! ��
ReplyDeletesedap ni! lama jugak saya tak makan kerang. teringat dulu2 selalu makan kerang rebus.
ReplyDeleteohhh tidakkkkk!!!!....kerang ni feberet Bonda ni...ni yang rasa nak bwt cuti hujung minggu ni....thanks for sharing.
ReplyDeletesedap dan sihat jugak ni. nnti boleh terei
ReplyDelete