Assalamualaikum. Sebenarnya masa tengah kelam-kabut buat persiapan kahwin haritu memang terfikir nak kongsikan prosedur permohonan perkahwinan di negeri Kelantan. Bukan apa, masa saya nak kahwin haritu pun saya sendiri agak blur & clueless tentang prosedur permohonan yang betul. Bila tanya kakak yang dah kahwin, lain pulak prosedurnya. Almaklum, diorang kahwin dah bertahun yang lepas. So prosedur pun dah berubah agaknya seiring perkembangan teknologi. Jadinya dengan perkongsian saya ni, diharapnya boleh menjadi rujukan untuk bakal pengantin di negeri Kelantan. Lain negeri lain prosedurnya. Prosedur yang saya nak cerita ni adalah prosedur permohonan perkahwinan pasangan dari negeri Kelantan (pengantin lelaki & perempuan kedua-duanya berasal dari Kelantan) pada tahun 2019. Jika pasangan korang dari negeri selain Kelantan, mungkin prosedurnya agak berlainan. Dalam kes saya ni kami berdua bukan sahaja dari negeri yang sama, bahkan dari daerah yang sama.
1) ISI BORANG PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ONLINE
Adik saya kahwin tahun 2018, katanya isi borang secara manual je. Borang tu boleh didapati dari tok imam/tok kadi. Tapi bila giliran saya ni, ayah saya pergi jumpa tok imam untuk dapatkan borang. Tok imam cakap kena isi borang secara atas talian (online), sebab sekarang dah tak guna dah borang manual. So memang kena isi online di laman web e-Qaryah JAHEAIK. Untuk kes saya ni memandangkan kedua-duanya dari negeri yang sama, so hanya perlu isi satu borang je. Tak kisah la lelaki atau perempuan yang nak isi. Dalam borang tu dah ada siap-siap bahagian untuk maklumat lelaki dan perempuan, termasuk maklumat wali & saksi. Untuk bahagian saksi saya kosongkan sebab nanti pihak tok imam/tok kadi yang akan bawa 2 orang saksi. Lepas dah siap isi dan submit, pastikan korang cetak/print borang tu.
2) TANDATANGAN & KEPILKAN DOKUMEN
Dah print, jangan lupa tandatangan dekat borang tu (lelaki & perempuan). Lepas tu pastikan korang sediakan segala macam dokumen yang diperlukan (checklist dokumen ada disertakan semasa kita isi borang tu). Nak bagi tersusun sikit, korang sediakan satu fail untuk letak borang & dokumen-dokumen tu barulah tak tercicir.
3) DAPATKAN PENGESAHAN TOK IMAM
Bakal pengantin lelaki perlu dahulu dapatkan tandatangan dan pengesahan dari tok imam mukim dia. Lepas dah setel dapatkan pengesahan dari tok imam mukim dia, dia kena bagi pula borang tu dekat pihak perempuan untuk proceed dapatkan pengesahan dari tok imam mukim belah perempuan pula (dalam kes saya, tok imam ni la yang akan akad nikahkan kitorang nanti). Sebelum minta pengesahan tok imam tu, pastikan ayah kita sebagai wali dah tandatangan dekat bahagian wali dalam borang tu. Lepas tok imam dah tandatangan dan turunkan cop pengesahan dekat borang tu, tok imam akan pulangkan balik borang tu kat kita. Bab berurusan dengan tok imam ni memang ayah saya yang uruskan.
4) HANTAR BORANG & DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH
Bila borang dan dokumen dah lengkap, boleh pergi hantar borang & dokumen permohonan nikah ke pejabat agama daerah. Macam kitorang memandangkan saya orang Bachok, so kitorang hantar kat pejabat agama daerah Bachok la. Nak hantar borang ni tak semestinya pergi sendiri. Wakilkan keluarga pun boleh. Pihak pejabat agama akan ambil borang dan dokumen kita tu, dan kita dikehendaki membuat bayaran RM126 (upah jurunikah dan kos pengurusan kot tak silap). Katanya dokumen kita tu akan siap dalam masa 3 hari, tapi seeloknya lepas 3 hari tu kita call dulu la tanya dah siap ke belum. Kalau dah siap, boleh pergi ambil. Yang ni saya mintak mak saya je tolong pergi ambil.
5) SERAH DOKUMEN LENGKAP KEPADA TOK IMAM
Dokumen lengkap yang pihak pejabat agama dah bagi kat kita tu, kita kena serahkan semula kepada tok imam yang akan nikahkan kita tu. Tok imam yang akan simpan dokumen tu dan dia akan bawa borang tu masa nak akad nikah.
6) AKAD NIKAH
Masa akad nikah ni, kita bawa apa yang perlu la. Dokumen dah ada kat tok imam. So kita bawa la cincin untuk sesi batalkan air sembahyang nanti. Pihak lelaki bawak la cincin dan mahar/mas kahwin. Pengantin lelaki kena sediakan sedikit duit kalau tak silap masa tu, sebagai upah kepada 2 orang saksi (jumlahnya tak pasti berapa, tapi tak mahal pun). Macam kes saya, tok imam dah bawa saksi sesiap. So kitorang tak perlu sediakan saksi. Lepas selesai akad nikah, tok imam akan bagi semula segala dokumen tu kat kita.
7) HANTAR DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH UNTUK BUAT KAD NIKAH
Lepas dah selesai segala urusan nikah dan majlis kahwin, boleh la ke pejabat agama daerah lagi sekali untuk hantar dokumen pernikahan berserta gambar berukuran passport (suami dan isteri). Tujuannya adalah untuk buat kad nikah. Kalau tak silap kad akan siap dalam tempoh sebulan. Saya berbulan-bulan jugaklah baru pergi ambil kad, sebab kerja kat KL kan. Time balik kampung baru boleh ambil.
Harap dengan perkongsian ni dapat membantu bakal pengantin di Kelantan. Kena ingat, lain negeri mungkin lain prosedurnya. Yang saya terangkan ni adalah untuk pasangan yang kedua-duanya berasal dari Kelantan dan dari daerah yang sama. Apa-apa pun, kalau nak lebih kepastian boleh call pihak pejabat agama daerah masing-masing dulu. Saya pun call jugak dulu untuk dapatkan kepastian tentang proses permohonan nikah tu. Akhir kata, semoga urusan korang dipermudahkan.

Hehe bagus artikel ni utk mereka yang bakal berkahwin di Kelantan heheh tapi mostly prosedurnya sama je kalo lain pun sikit2 je..hehe tp seriously mmg artikel ni sgt berguna utk rujukan
ReplyDeleteMolek sagat Emi up artikel camni. Bakal bakal pengantin boleh baca sini dan hadam bebetul dulu semua prosedur dulu.
ReplyDeleteBagus info ni. Terutama bg mereka yg nak berkahwin di sana - kelantan
ReplyDeleteSesuai untuk dibaca oleh bakal-bakal pengantin yang bermastautin di negeri Kelantan. Mungkin prosedur selalu dikemaskini. So kita pun kena rujuk prosedur yg latest. Thanks share!
ReplyDeletenice sharing lepas ni yang nak kahwin dekat kelantan dengan orang sana boleh refer
ReplyDeleteBagus info ni, mana tau nak kawin dgn orang kelantan nanti boleh share artikel ni kat dia nanti.. hehe
ReplyDeleteBagus info ni. Betul tu tiap negeri lain2… adik saya ada kawen dgn orang kelantan.
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Ramai pasangan sangkut kat dokumen nak submit tak lengkap, kalau kat selangor time saya kawin tu lambat aprove sb sijil nikah mak dah hilang. Mak kita pulak memang lama dah bercerai.. Nasib baik buat semakan ke sekian kali jumpa lagi di pejabat agama tempat mak kita kawin dulu
ReplyDeleteLain negeri lain prosudernya. Tapi masa kak liez kahwin memang senang dan berjalan lancar je. Actually macam first time tu tak boleh buat last mijute sbb if ada urusan yang tertangguh, masih ada masa lg utk diuruskan.. kalau buat last minute itu yang kelam kabut
ReplyDeletePerkongsian yg bagus buat bakal2 pengantin..so diorg akan lebih memahami bila baca entry ni bila nak berkahwin kat Kelantan.
ReplyDeleteBagus info ni. Marina rasa kat Perak ni pon dah guna online. Agak renyah jugak kalau kawen ngan orang negeri lain.
ReplyDeleteNice info , mempermudahkan untuk bakal pengantin settlekan urusan sebelum majlis nikah. Banyak jugak prosesnya.
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Tak sabar pulak nak kahwin hehe. Memang lain prosedur untuk tiap2 negeri eh?
ReplyDeletepenguatkuasaan agama ni ikut negeri, kan.
ReplyDeletepentadbirannya lain di negeri yg berlainan.
kena peka dgn negeri yg nak langsungkan pernikahan tu.
jgn refer prosedur negeri lain :)
so that, on the day, semua berjalan dgn sempurna.
Akk dulu pun ada isi online rasanya... Sushla waktu tu sebb rumah akk takde internet.. Nak kawin pun banyak prosedur.. Hahaha
ReplyDeleteRasanya prosedur dekat negeri lain pn lebih kurang gini jugak. Tp bagus artikel ni senang bakal pengantin nk rujuk.
ReplyDeletebanyak juga ya proceudre nak menikah nie. boleh lah take note. mana tahu jodoh org Kelantan. ahaks ~
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi!
ReplyDeleteKnapa masa submit tu sy xboleh print ye? Dia terus terkeluar. Saya check pon dia ckp rekod tidak ditemui. Ke kena tunggu beberapa hari baru boleh print?
ReplyDeleteEh peliknya, sy punya haritu okay je. Tak pasti pulak.
Deletekalau macam ni biasanya pengguna biar terlalu lama permohonan online tu terbuka. Means awk buka website lepastu biar situ dan pergi mandi, makan.. lepastu kalau nk sambung balik dia akn jdi mcmtu. so penyelesaian dia, ready maklumat yg dikehendaki, buka website, isi dan terus submit
Deleteassalamualaikum, tumpang tanya. alamat yg di minta untuk isi dalam borang online tu alamat kelantan atau alamat tempat menetap skrg ya?
ReplyDeleteWsalam. Alamat kelantan.
Deletebahagian wali takpe ke tinggal kosong n bahagian mas kahwin saya x tahu nk isi berapa ..tolong jawab🥺
ReplyDeleteKalau tak silap saya, wali & mas kahwin memang kena isi.
DeleteKenapa sis bawak saksi sendiri ? Saksi bukan ke tergolong daripada bapa saudara ? Bahagian mas kahwin tu kita kena isi apa yer , isi jumlah duit hantaran ke ?
ReplyDeletesetahu saya la memang jumlah hantaran
DeleteMaafkan saya. Soalan saya kat atas silap tanya. Maksud saya kenapa tok imam bawa saksi sendiri. Kenapa sis tak bawa saksi
ReplyDeleteSesuai untuk dibaca oleh bakal-bakal pengantin yang bermastautin di negeri Kelantan. Mungkin prosedur selalu dikemaskini. So kita pun kena rujuk prosedur yg latest. Thanks
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian sis sebagai rujukan saya. Saya doakan sis & suami bahagia berkekalan hingga ke syurga.
ReplyDeleteSemasa pejabat agama bagi kad nikah, ada x die bg skli sijil nikah
ReplyDeleteAssalam,masa nk dptkan pengesahan imambimam pihak lelaki,kena bawa skali ke hiv test,sijil kursus nikah lelaki, atau bawa borang yg di isi tu sahaja?
ReplyDeleteTrima kasih share..info yg sngt brguna kpda bkal pngantin.
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi share pengalaman. Tp boleh sy tahu, siapa yg kena hantar borang nikah kepada pejabat agama daerah? Lelaki atau perempuan? Atau mana2 je boleh
ReplyDeleteMasa pengesahan tok imam mukim perlu kepilkan sekali borang hiv, gambar, salinan ic tak?
ReplyDeleteAssalam td sy bru call pejabat agama daerah tumpat.. dlm sis pnye info kna dptkn pengesahan tok imam dlu bru serah kt pejabat agama.. mcm sy call td dia suruh hantar dlu kt pejabat agama tuk semakan baru serah kt tok imam tuk pengesahan.. mcm mna tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum sis. Walaupon artikel ni dah lama. Sangat2 membantu bagi saya yg tgh kalut nak nikah lagi dua bulan. Terima kasih banyak2 sis.
ReplyDeleteBursa
ReplyDeleteMersin
izmir
Rize
Antep
G644
0C4F0
ReplyDeleteSatoshi Coin Hangi Borsada
Bursa Lojistik
Çorum Lojistik
Yenimahalle Parke Ustası
Çerkezköy Korkuluk
Nevşehir Şehir İçi Nakliyat
Gümüşhane Lojistik
Luffy Coin Hangi Borsada
Bone Coin Hangi Borsada
B2771
ReplyDeleteantep sohbet chat
görüntülü sohbet canlı
bolu telefonda görüntülü sohbet
isparta sesli sohbet uygulamaları
zonguldak görüntülü canlı sohbet
kütahya mobil sohbet siteleri
canlı görüntülü sohbet
eskişehir mobil sohbet
bartın kadınlarla sohbet
9250E
ReplyDeleteledger live web
arculus
trust wallet
onekey wallet web
ledger
wallet ledger
web trezor
ledger desktop
web bitbox
F3DBF
ReplyDeletegüvenilir kripto para siteleri
binance ne demek
coinex
bybit
bitcoin nasıl kazanılır
btcturk
kripto para telegram grupları
binance referans kodu
referans kimligi nedir