Pregnancy Journey - Trimester Pertama Kehamilan - emilinda

Thursday, December 5, 2019

Pregnancy Journey - Trimester Pertama Kehamilan

Hai, kali ni nak cerita tentang trimester pertama kehamilan saya. Coretan ni saja la untuk saya baca semula dikemudian hari, disamping perkongsian untuk sesiapa yang sudi baca. Masa cuti hari raya Qurban pada pertengahan bulan Ogos haritu kitorang balik kampung. Sebelum balik kampung saya dah perasan asal malam je badan saya jadi panas-panas dan berangin. Tapi masa tu tak fikir apa sangat, mungkin faktor usia bertambah kot hahah. Then masa kat kampung, eh makin menjadi-jadi pulak simptom tu. Start rasa cramp macam nak period, tapi tak jugak periodnya. Masa tu memang dah dekat dengan period cycle la. Angin makin kuat, asyik nak kentut aje. Badan pun duk rasa panas waktu malam. Husband google, simptom apa tu. Katanya itu simptom orang mengandung. Tapi sebab ada rasa cramp macam nak period, so saya fikir mungkin itu cuma tanda-tanda nak period la kot.

Balik KL, esoknya saya terpaksa ambil unplanned leave sebab tak larat sangat malam sebelumnya tu saya rasa cramp yang terlampau kuat sampai tak boleh nak tidur. Macam cramp first day period tu. Tapi tak jugak bleeding. Selalunya kalau dah cramp kuat macam tu memang dah start bleeding dah. Masa tu saya geram je nak buat UPT. Tapi husband cakap buat pagi esok jela sebab dah petang ni. Waktu terbaik untuk buat UPT adalah waktu pagi, menggunakan air kencing pertama. Masa tu hati kitorang memang duk rasa bahawasanya saya dah pregnant, tapi sebab tak nak terlebih mengharap kan so buat biasa jela. Sekitar lepas Asar macam tu tiba-tiba husband cakap “buat jela UPT sekarang”. Dah dapat greenlight tu, so saya proceed buat UPT. Alhamdulillah di minggu ke 4, nampak double line. Mula-mula confuse jugak sebab first time buat UPT kan. Tapi bila tunggu kejap, line dia makin jelas. So of course we’re happy, tapi simpan jela happy tu between ourselves je sebab masih terlalu awal. Tapi masa ni sumpah excited! Perut tak nampak pun lagi, tapi duk usap-usap lah perut tu tiap hari bhahaha.

Positive!

Seminggu lepas tu baru kitorang buat UPT lagi sekali kat klinik swasta. Masa ni kebetulan saya ke klinik sebab demam dan pedih tekak. So sebelum doktor prescribe ubat, saya bagitahu awal-awal nak buat ujian kehamilan dulu just in case saya mengandung sebab period lambat. UPT masa ni pun positive jugak. Masa ni minggu ke 5 dah, tapi doctor tu cakap dah 7 minggu (based on last cycle of period, doktor kira guna online pregnancy calculator). Masa tu rasa tak puashati sebab ikut kiraan baru 5 minggu, haha. By the way minggu ke 5 ni masih ada angin, tapi tak seteruk minggu ke 4. Suhu badan panas waktu malam masih berterusan, tapi cramp dah slowly berkurang. Loya-loya dan pening-pening belum ada masa ni.

Masuk je minggu ke 6 barulah start rasa loya, tapi tak kuat sangat. Bau bahan basah terutama ikan memang tak boleh. So memang masa ni dah stop memasak. Bau tumis menumis dan menggoreng pun boleh buat loya. Suami la yang ambil alih tugas memasak, dan kadang-kadang kitorang tapau dari kedai je. Masa ni cepat rasa penat dan mengantuk, bahagian kaki hingga pinggul selalu rasa lenguh. Kadang-kadang rasa ngilu dibahagian bawah abdomen. Tapi as long as takde bleeding, saya rasa lenguh-lenguh tu masih normal. Loya-loya tu berterusan sampai la habis trimester pertama. In fact, masa trimester kedua pun masih loya dan muntah. Tapi alhamdulillah masa trimester pertama takde pulak pening-pening. Risau jugak saya sebab hasil pembacaan ramai cakap terkena migraine sewaktu kehamilan. Mestilah saya risau sebab sebelum mengandung pun memang saya ada sejarah sakit migraine yang agak teruk. Tapi alhamdulillah tak diuji dengan migraine sepanjang trimester pertama. Cuma mual-mual dan muntah memang teruk sangat. Hari-hari muntah. Makan muntah, makan muntah. Pernah satu minggu berterusan saya hanya berani makan bubur nasi je. Paling susah bila kat ofis, sebab lunch time perut saya memang lapar tapi langsung tak boleh nak jejak kaki ke café dek kerana bau lauk-pauk yang pelbagai tu. Bau makanan yang ditapau pun tak boleh. Masa ni rasa susah sangat. Kerap muntah. Bukan muntah takat keluar balik makanan je tau, tapi muntah keluar asid dari perut tu sekali. Itu yang perit tu, terus hilang segala tenaga. Kalau kat rumah okay lagi boleh jugak baring-baring. Kalau kat ofis, terpaksalah tahankan jugak.

Ni masa first time scan kat KK minggu ke 11

Alhamdulillah suami layankan je morning sickness isteri dia ni. Dalam kereta memang sentiasa spare plastik banyak-banyak sebab selalunya masa otw balik kerja memang saya akan muntah berkali-kali. Awal-awal memang stress sebab makan tak selera, pastu dah makan muntah balik. Dah lama sikit saya perhatikan kalau saya rasa nak muntah, tak payah nak tahan-tahan. Muntah je sampai puas. Dah keluarkan semua yang nak keluar, baru lah ada selera sikit nak makan. So lepas tu memang saya jarang dah tahan muntah. Rasa nak muntah memang saya terus muntah je. Lepastu sambung makan balik. Kalau muntah balik, redha jela. Kalau tak muntah dah, alhamdulillah. Nak kurangkan muntah, pastikan jangan sampai perut masuk angin. Masalahnya tak sempat nak makan lagi dah masuk angin. Dah la selera memang berkurangan dalam fasa trimester pertama ni.

Awal trimester pertama saya memang makan folic acid je, takde vitamin tambahan yang lain. Bila dah start buka buku pink kat KK, barulah saya makan vitamin yang nurse bagi – folic acid, vitamin c, iron tablet, B-complex. Nasib baik kesemua vitamin tu kecil je saiznya, senanglah sikit saya nak telan. Kebiasaannya vitamin ni semua saya amalkan sebelum tidur. Dari segi perubahan secara fizikal, takde beza sangat pun. Mungkin sebab saya ni kecil orangnya, so baby bump tak nampak sangat masa  trimester pertama. In fact masih boleh pakai tshirt & jeans macam biasa. Cuma muka jela break out teruk. Pernah sekali tu naik jerawat besar kat pipi dan dahi. Lepastu kat badan pun start naik bintik-bintik. Bila ke klinik, doktor cakap infection dari rambut. Kiranya hujung-hujung rambut tu mungkin ada bakteria, then bila kena muka dan badan dia jadi naik bintik-bintik.

Time ni memang rasa selekeh gila sebab jerawat banyak naik

Mekap? Serious sejak mengandung rasa malas gila nak bersiap dan mekap. Muka pun jadi extra sensitive, lepastu tak habis-habis muka jadi extra oily. Sangatlah tak selesa. Sebab hormone lah kot.

Mengidam? Masa trimester pertama mostly takde selera so memang takde nak mengidam yang pelik-pelik. Time tu konsepnya redha je apa yang tekak ni boleh telan saya telan. Awal-awal husband agak teliti jugak bab pemakanan saya, sebab tak nak saya makan makanan yang tak sihat. Tapi bila isteri dia asyik tak lalu makan, last-last dia cakap makan jela apa yang tekak boleh terima. Coklat ke, jajan ke, asalkan perut tak kosong. Kesian agaknya isteri dia ni asyik muntah-muntah lembik-lembik. Tapi memang masa trimester pertama ni sebab kurang berselera makan nasi, so saya perbanyakkan makan buah-buahan. Tiap kali pergi pasar malam tepi rumah tu, memang restock buah-buahan (pisang, epal, oren, mangga, jambu batu, buah delima). Orang cakap nak kurangkan loya, amalkan minum jus pati delima Gulsan. Saya pun beli lah 2 botol kat Shopee. Try sekali, mak aii masam campur kelat sikit. Lepas tu tak minum dah. Just amalkan makan buah delima yang dibeli dipasar je. Jauh lagi sedap dari pati delima Gulsan tu. Selain tu husband selalu buatkan air hirisan halia + lemon suam untuk kurangkan mual-mual tu. Nak buat air teh pun boleh, tak payah teh pun boleh. Berkesan jugaklah.

Teh halia + lemon

Buah delima dah letak dalam tupperware sesiap, nak makan senang

Awal-awal tahu mengandung lagi kitorang dah beli pregnancy pillow yang berbentuk U tu. Alhamdulillah, sangat membantu bila nak tidur. Yela, awal-awal lagi dah start sakit belakang lenguh-lenguh. Bila ada pregnancy pillow tu, sangatlah membantu untuk tidur yang lebih selesa dan berkualiti. Cuma saiz pregnancy pillow tu besar, so dah memakan ruang separuh dari katil tu dah haha. Tapi memang selesa. Masa tu beli dekat baby expo kat Mid Valley, harga sekitar RM170 kot? Lupa dah. Masa survey tu ada banyak material rupanya. Ada yang kekabu, ada yang cotton, dan ada yang polyester. Orang cakap yang kekabu elok, tapi sebab saya memang jenis tak suka tidur guna bantal kekabu sebab keras makanya yang tu dah terkeluar dari list. Yang cotton pulak takut cepat penyek. End up kitorang beli yang polyester. Bagi saya pregnancy pillow sangatlah membantu saya mendapatkan tidur yang berkualiti sepanjang tempoh saya mengandung.

Pregnancy pillow - gambar hasil google

Okay, tu je kot nak kongsi tentang trimester pertama kehamilan saya ni. Dari semasa ke semasa akan saya kongsikan lagi hal berkaitan kehamilan saya ni. 

15 comments:

  1. Tahniah! Kalau kak dulu jika tak larat bau ikan goreng tanda anak perempuan. Anak lelaki tak teruk sangat loyanya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah ya.. kena berhati-hati dalam setiap langkah ni..

    ReplyDelete
  3. Tahniah ! Suka baca tau journey orang pregnant. Macam kita memang tak boleh. So bila baca journey pregnancy kekawan rasa happy je. Moga dipermudahkan segalanya ya sis :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah ya buat awak & suami. Take care tau sepanjang proses kehamilan. Macam saya dulu, 2,2 anak morning sickness & teruk jugakla, makan apa pun xlalu & 2,2 kena masuk air. Tapi itulah kenangan manis :)

    ReplyDelete
  5. Jaga kandungan n langkah yea Emi.. Semoga semuanya dipermudahkan n jgn lupa Roger kitaorg lepaking sekali yea.. Love u emi.. ������

    ReplyDelete
  6. tahniah puan. best bila tau orang pregnant ni. semoga dipermudahkan urusan semuanya dan selalu sihat

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...
    moga terus sihat & aktif.
    mengidam tu standard lah. kronik atau tak jer kan :) ha ha ah ha.
    terkenand dulu, anak sulung, seminggu before lahirkan dia aida teringinkan cendol.
    ya Allah seksa nyer nak mencari cendol kat bandar Melaka masa tu. tetiba semua kedai tutup :) ha ha ha ha ha...
    and bantal gitu is so important.
    support perut. support belakang. wow! tau jer lah lenguh badan, sengal badan...
    do take care ye.

    ReplyDelete
  8. Tahniah! bestnya baca sharing orang pregnant ni. Rindu pulak nk pregnant lagi..tp tu lah belum ada rezeki.

    ReplyDelete
  9. Tahniah dik. Biasalah awal pregnancy nak nak first trimester macam macam kita kena hadapkan. Akak pulak dapat rasa pregnant sebab period dah lewat 3 minggu. Sebulan ke dua bulan pertama tak mabuk teruk... Nak masuk bulan ke3 start mabuk teruk sampai bulan ke 5 pastu kena ptialism sekali.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah.. Semoga emi dan kandungan baik2 sahaja. Akk pun masa mula2 memng mual tapi takda muntah teruk.. Memang makan je vitamin yang nurse bagi.. Makan buah pun ye..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah hehehe pengalaman yang sangat berharga dan juga tidak semua orang dapat peluang macam ni hehehe kita pun belum ada peluang nak bekerluarga wakakakak.. Bestnya tahniah sekali lagi moga terus sihat dan juga menjaga kesihatan ibu untuk anak..

    ReplyDelete
  12. Rindunya zaman pregnant lepas dah beranak. Kadang terasa mcm nk repeat balik tpi nk skip bab bersalin boleh tk. Hehe

    ReplyDelete
  13. Congrats. Akak doakan semuanya berjalan dengan baik. Kena jaga pemakanan. And masa bersalin nanti dipermudahkan

    ReplyDelete
  14. Tahniah emi.. harap semua berjalan lancar & dipermudahkan urusan. Tak sabar nak tunggu baby lahir

    ReplyDelete
  15. seingat mek, first trimester mek ada dalam dunia sendiri. macam orang tak terurus. makan tak boleh kecuali mcdonald. tidur tak usah cakap lah, cramp tangan. mandi tak nak. nak tidur aje. allahu. kalau ingat balik tak nak dah pregnant.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.