December 2019 - emilinda

Tuesday, December 31, 2019

Pelancaran Teh Herba Untuk Ibu Menyusu, Olathee Luslimlabeb For Mommies

December 31, 2019 14
Pelancaran Teh Herba Untuk Ibu Menyusu, Olathee Luslimlabeb For Mommies
Korang pernah tak terbaca perkongsian sepasang suami isteri tentang kisah dan perjalanan yang dilaluikan oleh mereka dalam usaha nak turunkan berat badan si isteri? Beberapa tahun yang lepas, saya ada terbaca perkongsian ni dekat Facebook. Betapa struggle si isteri nak kuruskan badan selepas mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas kahwin. Saya faham, bila ditimpa masalah obesiti ni sedikit sebanyak memang boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri kita. Bukan bab berat badan je tau, tapi masalah fizikal lain pun boleh buat kita hilang keyakinan diri. Rasa macam orang sekeliling pandang rendah kat kita, rasa nak buat apa-apa pun tak confident. Macam-macam yang wanita bernama Madam Ell ni buat dalam usaha nak turunkan berat badan, tapi masa tu paling banyak dia boleh turunkan berat badan hanyalah 2-3kg. Waktu tu lah Madam Ell mula terjebak dengan produk kurus yang merapu-rapu kat pasaran, sehinggalah membawa mudarat kepada kesihatan dia.

Bersama founder Olathee, Madam Ell

Sejak dari kes tu, Madam Ell rasa seolah dah takde harapan untuk turunkan berat badan. Suami mana yang sanggup tengok isteri susah hati dan hilang keyakinan diri macam tu kan? So suami Madam Ell ni cuba mencari alternatif semulajadi yang selamat untuk turunkan berat badan. Siapa tak sayang isteri kan? Cari punya cari, akhirnya mereka mencuba amalan masyarakat cina iaitu menggunakan herba asli. Herba asli ni kebiasaannya dijual di kedai herba cina dan ianya memang asli, tidak diproses menjadi pil, jus, serbuk dan seumpamanya.

Madam Ell dan suami di majlis pelancaran Luslimlabeb For Mommies

Akhirnya selepas 2 bulan setengah amalkan minum air rebusan herba (yang direbus menggunakan infuser), Madam Ell Berjaya turunkan berat 18kg dari 74kg tanpa sebarang diet melampau yang boleh membahayakan kesihatan dan senaman berlebihan. Pencapaian yang bermakna ini telah mengembalikan keyakinan diri Madam Ell. Dari situlah Madam Ell mula menghasilkan uncang teh herba yang diberi penjenamaan OLATHEE LUSLIMLABEB, dalam usaha nak bantu orang lain untuk turunkan berat badan macam dia jugak. Yela, herba-herba yang pelbagai ni bukan mudah nak dapatkan dan kebiasaannya agak mahal kerana tak boleh dibeli dalam kuantiti sedikit. Ada banyak jenis pulak tu. Bila dah ada pihak yang campurkan bahan-bahan herba tu dalam satu uncang, kan senang untuk orang lain amalkan juga.


Dari situ la terhasilnya OLATHEE LUSLIMLABEB Morning Boost dan Evening Doze Off. Herba asli ni siap dalam bentuk uncang mudah resap dan hanya perlu menambah air panas sahaja. Teh herba OLATHEE LUSLIMLABEB ini sememangnya mendapat sambutan ramai dan dah ramai juga yang berhasil turunkan berat badan. Tetapi OLATHEE LUSLIMLABEB Morning Boost dan Evening Doze Off ini tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan (kerana terdapat herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu). Macam yang kita tahu, lepas bersalin biasanya wanita akan mempunyai masalah berat badan tapi dalam masa sama perlu menyusu bayi. Atas permintaan ramai, setelah setahun R&D, Madam Ell baru-baru ini turut mengeluarkan variasi terbaru teh herba khusus untuk ibu yang menyusukan bayi (dengan kandungan herba yang bersesuian untuk ibu menyusu). Teh yang diberi nama OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies ini baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas.



Saya sendiri berkesempatan hadir ke majlis pelancaran OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies. Majlis yang diadakan di Bora Ombak Marina Putrajaya ini dihadiri oleh ramai pengguna OLATHEE LUSLIMLABEB. Disamping melancarkan teh herba yang baru, majlis itu juga bertujuan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Madam Ell. Happy birthday Madam Ell! Best bila berkumpul ramai-ramai macam tu, majlis bertemakan pastel pink dan putih.



OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies dibuat khusus untuk membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan oleh ibu yang menyusu. Saya sendiri turut merasa tertarik dengan formulasi teh herba OLATHEE LUSLIMLABEB For Mommies ni. Yela, sekarang saya tengah mengandung. Berat badan memang dah mula naik dengan jayanya. Tak tahu la lepas dah bersalin nanti mesti banyak kg yang perlu saya turunkan untuk dapatkan balik bentuk badan yang langsing seperti sebelum mengandung. Walaupun dah ada anak dan tengah menyusukan anak, kalau boleh nak la jugak nampak slim gittew. Heheh.  Tak naklah jadikan menyusu anak sebagai alasan untuk punyai berat badan terlampau.


Sunday, December 22, 2019

Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi.

December 22, 2019 21
Shopping Barangan Preloved di Jalan Jalan Japan, Kipmall Bangi.
Sejak tahun 2016, nama Jalan Jalan Japan (JJJ) ni memang sangat familiar pada saya. Kenalan Facebook ramai yang duk kongsi pengalaman mereka shopping barangan preloved di Jalan Jalan Japan. Rata-rata perkongsian mereka menunjukkan kunjungan ke Jalan Jalan Japan ni berbaloi dan mereka dapat macam-macam barangan dari situ. Suka baca perkongsian mereka. Tapi saya sendiri belum pernah ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan. Sampai lah baru-baru ni saya ada terbaca di Facebook page Jalan Jalan Japan bahawasanya mereka akan buka cawangan yang ke lima di Kipmall Bangi. Alhamdulillah, rezeki saya dapat pas masuk ke pre-opening party outlet ke lima Jalan Jalan Japan. Memang excited la bila dapat tahu jadi antara orang terawal yang dapat shopping kat Jalan Jalan Japan outlet Kipmall Bangi. Bila dapat tahu pasal ni, suami saya pun tak kurang teruja jugak sebab dia antara peminat barangan bundle. Lagi pulak barangan bundle dari Jepun, kalau pandai cari silap-silap boleh jumpa barang rare dan ada value tinggi.


Untuk yang tak tahu, orang Jepun ni kebanyakannya dorang tinggal dalam apartment yang agak compact, dan dah jadi gaya hidup mereka untuk tak simpan terlalu banyak barang dalam rumah. Kalau korang tengok cerita Jepun, memang mereka lebih sukakan konsep minimalist dalam rumah mereka. Takde terlalu banyak ruang untuk simpanan barang. Barulah tak bersepah. Kira bukan jenis macam orang kita ni, selagi ada ruang kat rumah selagi tu la nak membeli, hahah. Lagi pulak kat sana kan banyak musim. So bila sesuatu barangan tu dah tak digunakan lagi, mereka akan jual kepada syarikat-syarikat tertentu untuk dijual balik kepada orang lain. Instead of buang barangan tu, mereka jual sebab kondisi barangan masih elok. Salah satu syarikat yang aktif membeli barangan preloved dari mereka adalah syarikat Bookoff Corporation Japan (syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk barangan preloved Jepun untuk dijual di kedai Jalan Jalan Japan di Malaysia). Barangan yang dijual di Jalan Jalan Japan ini telah melalui hot steaming process dimana ianya dibersihkan, digosok dan seumpamanya sebelum dihantar ke setiap outlet Jalan Jalan Japan.

Ralit dia memilih




Kunjungan pertama saya ke Jalan Jalan Japan ni, saya cuba seboleh mungkin untuk tak overspend. Sebelum ke sana lagi saya dan suami dah setuju untuk membuat pembelian tak lebih dari RM100. Kiranya ini satu cabaran bagi kitorang. Tapi sebenarnya dah boleh agak dah memang akan terlebih beli punya, kahkah. Saya target nak beli baju untuk dipakai sepanjang mengandung ni. Almaklum, perut makin besar so baju banyak dah yang tak muat. Masuk je dalam kedai Jalan Jalan Japan tu, amboi laki iols menonong je jalannya ke bahagian pakaian lelaki. Lupa terus dia datang dengan isteri ye bhahaha. So saya pun proceed ke bahagian pakaian wanita, tengok-tengok apa yang menarik. Lepas setengah jam, pi cari suami kat bahagian pakaian lelaki. Mak aii, dah banyak rupanya dalam bakul dia. Saya pulak masa tu baru dapat 2 helai baju yang berkenan dihati. Sebenarnya banyak je yang saya berkenan, tapi memandangkan sekarang saya tengah pregnant, so kena la terima hakikat kalau beli pun baju-baju tu tak muat dipakai buat masa sekarang. Pujuk hati untuk beli baju yang muat dipakai je. Lepas bersalin nanti belum tentu boleh kurus macam sebelum mengandung pun kan? Huhu

Fitting room turut disediakan






Luggage pun ada

So yeah, lepas dah masukkan baju-baju yang berkenan dihati ke dalam bakul, kitorang proceed ke fitting room pulak untuk cuba. Don't worry kat situ boleh fitting baju, dan fitting room yang disediakan pun mencukupi. Lepas dah cuba satu persatu baju yang dipilih, end up ada beberapa baju yang saya tak jadi beli sebab tak bersesuaian dengan tubuh badan saya. Tak puas hati, saya round lagi sekali kat rak-rak pakaian wanita. Serious banyak, sampai lenguh tangan ni nak membelek. Susunan baju di rak memang kemas dan disusun mengikut saiz dan kategori, tapi jumlah baju disetiap rak terlalu padat. So memang kena belek satu persatu untuk jumpa baju yang cantik dan sesuai dengan kita. Kasut dan beg pun banyak, tapi untuk kunjungan pertama ni saya pejamkan je mata ni taknak beli beg dan kasut. Banyak kot kasut lawa-lawa dan condition memang baru, tapi mostly bertumit tinggi. Buat masa sekarang memang saya tak pakai kasut tumit tinggi. Beg pun banyak yang cantik, berkenan betul dengan beg dari material rotan tu. Tapi tak beli pun sebab teringat beg kat rumah pun banyak tapi duk guna yang sama je jugak bhahaha.


Miniature & collectibles pun banyak

So lepas dikira-kira, kitorang berjaya beli 11 helai baju (campur baju lelaki dan perempuan), dan jumlah keseluruhan adalan RM115. Memang tersasar sikit dari target, tapi takpelah. Baju perempuan yang saya jumpa ada yang serendah RM3. Yang saya beli mostly berharga RM5 - RM15. Yang bestnya kalau rajin membelek, boleh jumpa baju yang brand new siap dengan tag lagi! Yang bukan brand new pun dah rupa macam baru kot. Kena la rajin membelek.

Blouse RM5 sahaja. Yang ni kalau pakai dengan inner putih memang cantik

Yang ni tak jadi beli sebab rasa macam besar sangat, RM10

Black sleeveless top kat dalam tu RM5, jaket putih tu RM10

Dalam banyak-banyak baju tu, paling saya suka adalah jaket putih kat atas ni. Sekali pandang terus berkenan, nasib baik memang saiz saya. Kondisi baju ni sangatlah elok, memang macam baru dan harganya hanyalah RM10. Sebenarnya dekat bahagian jaket, ada banyak jugak jaket yang saya berkenan tapi mostly tak jadi beli sebab lengannya tiga suku. Kalau lengan panjang, sah-sah saya dah beli. Lagi satu baju yang saya suka sangat ialah baju jalur-jalur dari jenama Forever 21. Lupa tangkap gambar pulak. Yang tu bukan preloved, memang baru sebab masih ada tag lagi.

Hasil tangkapan si suami

Senyum lebar je suami saya bila berjaya dapatkan beberapa helai baju berjenama A Bathing Ape yang boleh dikatakan mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi kalau beli kat kedai bundle lain. For those yang biasa dengan baju bundle mungkin tahu menilai sesuatu baju tu ada nilai atau tak. Macam saya sendiri memang tak reti haha. Suami saya tahu la serba sedikit pasal baju bundle ni. Jauh murah kalau nak dibandingkan beli secara online. Lepas balik dari Jalan Jalan Japan, suami ada tunjukkan baju preloved yang sama kalau online memang harga boleh cecah ratusan ringgit. Kat Jalan Jalan Japan boleh dapat dengan harga RM10 - RM20 sahaja. Sangatlah berbaloi!

Stroller





Car seat

Baby sling

Oh ye, kat Jalan Jalan Japan ni ada banyak jugak barangan bayi, mainan, barangan sukan, perhiasan rumah dan juga kelengkapan dapur. Eh macam-macam la boleh dapat kat sini. Macam yang kita tahu bermula tahun 2020 negara kita wajibkan penggunaan car seat untuk anak-anak. Kat Jalan Jalan Japan ni pun ada jual car seat dengan harga yang sangat rendah tau. Bukan car seat je, tapi stroller, baby sling, pakaian bayi dan macam-macam lagi. Untuk pakaian bayi ni mostly memang brand new. Mainan pun banyak, geram je tengok bear dan mainan yang pelbagai tu. Nasib baik anak kitorang masih dalam perut lagi, hihi.

Jom balik!


Jalan Jalan Japan (JJJ) cawangan Kipmall Bangi akan mula beroperasi pada 28 Disember 2019. Orang sekitar Bangi boleh la ke sana beramai-ramai. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Cawangan Jalan Jalan Japan :
One City Sky Park USJ
1 Shamelin Mall Cheras
Centerpoint Seremban
M3 Mall Taman Melawati
Kipmall Bangi

Tuesday, December 17, 2019

Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Kelantan 2019

December 17, 2019 42
Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Kelantan 2019
Assalamualaikum. Sebenarnya masa tengah kelam-kabut buat persiapan kahwin haritu memang terfikir nak kongsikan prosedur permohonan perkahwinan di negeri Kelantan. Bukan apa, masa saya nak kahwin haritu pun saya sendiri agak blur & clueless tentang prosedur permohonan yang betul. Bila tanya kakak yang dah kahwin, lain pulak prosedurnya. Almaklum, diorang kahwin dah bertahun yang lepas. So prosedur pun dah berubah agaknya seiring perkembangan teknologi. Jadinya dengan perkongsian saya ni, diharapnya boleh menjadi rujukan untuk bakal pengantin di negeri Kelantan. Lain negeri lain prosedurnya. Prosedur yang saya nak cerita ni adalah prosedur permohonan perkahwinan pasangan dari negeri Kelantan (pengantin lelaki & perempuan kedua-duanya berasal dari Kelantan) pada tahun 2019. Jika pasangan korang dari negeri selain Kelantan, mungkin prosedurnya agak berlainan. Dalam kes saya ni kami berdua bukan sahaja dari negeri yang sama, bahkan dari daerah yang sama.


1) ISI BORANG PERMOHONAN PERKAHWINAN SECARA ONLINE
Adik saya kahwin tahun 2018, katanya isi borang secara manual je. Borang tu boleh didapati dari tok imam/tok kadi. Tapi bila giliran saya ni, ayah saya pergi jumpa tok imam untuk dapatkan borang. Tok imam cakap kena isi borang secara atas talian (online), sebab sekarang dah tak guna dah borang manual. So memang kena isi online di laman web e-Qaryah JAHEAIK. Untuk kes saya ni memandangkan kedua-duanya dari negeri yang sama, so hanya perlu isi satu borang je. Tak kisah la lelaki atau perempuan yang nak isi. Dalam borang tu dah ada siap-siap bahagian untuk maklumat lelaki dan perempuan, termasuk maklumat wali & saksi. Untuk bahagian saksi saya kosongkan sebab nanti pihak tok imam/tok kadi yang akan bawa 2 orang saksi. Lepas dah siap isi dan submit, pastikan korang cetak/print borang tu.

2) TANDATANGAN & KEPILKAN DOKUMEN
Dah print, jangan lupa tandatangan dekat borang tu (lelaki & perempuan). Lepas tu pastikan korang sediakan segala macam dokumen yang diperlukan (checklist dokumen ada disertakan semasa kita isi borang tu). Nak bagi tersusun sikit, korang sediakan satu fail untuk letak borang & dokumen-dokumen tu barulah tak tercicir.

3) DAPATKAN PENGESAHAN TOK IMAM 
Bakal pengantin lelaki perlu dahulu dapatkan tandatangan dan pengesahan dari tok imam mukim dia. Lepas dah setel dapatkan pengesahan dari tok imam mukim dia, dia kena bagi pula borang tu dekat pihak perempuan untuk proceed dapatkan pengesahan dari tok imam mukim belah perempuan pula (dalam kes saya, tok imam ni la yang akan akad nikahkan kitorang nanti). Sebelum minta pengesahan tok imam tu, pastikan ayah kita sebagai wali dah tandatangan dekat bahagian wali dalam borang tu. Lepas tok imam dah tandatangan dan turunkan cop pengesahan dekat borang tu, tok imam akan pulangkan balik borang tu kat kita. Bab berurusan dengan tok imam ni memang ayah saya yang uruskan.

4) HANTAR BORANG & DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH
Bila borang dan dokumen dah lengkap, boleh pergi hantar borang & dokumen permohonan nikah ke pejabat agama daerah. Macam kitorang memandangkan saya orang Bachok, so kitorang hantar kat pejabat agama daerah Bachok la. Nak hantar borang ni tak semestinya pergi sendiri. Wakilkan keluarga pun boleh. Pihak pejabat agama akan ambil borang dan dokumen kita tu, dan kita dikehendaki membuat bayaran RM126 (upah jurunikah dan kos pengurusan kot tak silap). Katanya dokumen kita tu akan siap dalam masa 3 hari, tapi seeloknya lepas 3 hari tu kita call dulu la tanya dah siap ke belum. Kalau dah siap, boleh pergi ambil. Yang ni saya mintak mak saya je tolong pergi ambil.

5) SERAH DOKUMEN LENGKAP KEPADA TOK IMAM
Dokumen lengkap yang pihak pejabat agama dah bagi kat kita tu, kita kena serahkan semula kepada tok imam yang akan nikahkan kita tu. Tok imam yang akan simpan dokumen tu dan dia akan bawa borang tu masa nak akad nikah.


6) AKAD NIKAH
Masa akad nikah ni, kita bawa apa yang perlu la. Dokumen dah ada kat tok imam. So kita bawa la cincin untuk sesi batalkan air sembahyang nanti. Pihak lelaki bawak la cincin dan mahar/mas kahwin. Pengantin lelaki kena sediakan sedikit duit kalau tak silap masa tu, sebagai upah kepada 2 orang saksi (jumlahnya tak pasti berapa, tapi tak mahal pun). Macam kes saya, tok imam dah bawa saksi sesiap. So kitorang tak perlu sediakan saksi. Lepas selesai akad nikah, tok imam akan bagi semula segala dokumen tu kat kita.

7) HANTAR DOKUMEN KE PEJABAT AGAMA DAERAH UNTUK BUAT KAD NIKAH
Lepas dah selesai segala urusan nikah dan majlis kahwin, boleh la ke pejabat agama daerah lagi sekali untuk hantar dokumen pernikahan berserta gambar berukuran passport (suami dan isteri). Tujuannya adalah untuk buat kad nikah. Kalau tak silap kad akan siap dalam tempoh sebulan. Saya berbulan-bulan jugaklah baru pergi ambil kad, sebab kerja kat KL kan. Time balik kampung baru boleh ambil.


Harap dengan perkongsian ni dapat membantu bakal pengantin di Kelantan. Kena ingat, lain negeri mungkin lain prosedurnya. Yang saya terangkan ni adalah untuk pasangan yang kedua-duanya berasal dari Kelantan dan dari daerah yang sama. Apa-apa pun, kalau nak lebih kepastian boleh call pihak pejabat agama daerah masing-masing dulu. Saya pun call jugak dulu untuk dapatkan kepastian tentang proses permohonan nikah tu. Akhir kata, semoga urusan korang dipermudahkan.

Sunday, December 15, 2019

Resepi Tauhu Terbalik / Tauhu Bunga

December 15, 2019 19
Resepi Tauhu Terbalik / Tauhu Bunga
Kali pertama saya makan tauhu terbalik ialah sekitar 2 tahun lepas rasanya. Sekali rasa terus jatuh cinta. Masa tu kebetulan salah sorang staf di ofis saya jual tauhu terbalik frozen. Mak dia yang buat rasanya. Lepas staf tu dah resign, terus tak tahu nak order kat siapa dah. Ada yang panggil tauhu terbalik, ada yang panggil tauhu bunga. Tak kisahlah, mana-mana pun boleh. Tercari-cari jugak kot ada sesiapa jual tauhu terbalik frozen, tapi tak jumpa. Kesudahannya saya google cara-cara nak buat tauhu terbalik ni. Senang je rupanya! Sambil-sambil tengok tv pun boleh buat. Rajin dengan malas je nak buatnya.


BAHAN-BAHAN:
- 1 pek tauhu kering
- Isi ayam yang dah dicincang (agak-agak je kuantiti) 
- 1 biji telur
- 2/3 lobak merah dikisar/cincang
- Daun bawang dihiris halus
- 1 biji cili padi dikisar/cincang
- 1 atau 2 biji bawang merah dikisar/cincang (bergantung saiz bawang)
- Sedikit garam
- Sedikit kiub pati ayam
- Sedikit black pepper ground (tak letak pun takpe)


NOTA : Bahan-bahan yang perlu dikisar/cincang tu, saya kisar guna Tupperware Turbo Chopper je sebab kalau guna blender nanti dia jadi terlalu halus/lumat pulak. 


CARA-CARA :

1. Gunting bentuk X di salah satu permukaan tauhu kering tu. Then keluarkan isi tauhu, asingkan dalam satu mangkuk lain. Terbalikkan tauhu tu. Masa terbalikkan tauhu ni, jangan ganas sangat. Takut terkoyak besar pulak. First time buat, tauhu saya tak rupa kelopak bunga sangat sebab confident tersalah gunting bentuk X dekat bahagian bucu instead of tengah permukaan.


2. Dalam satu mangkuk lain, campurkan isi tauhu terbalik yang kita dah asingkan tadi dengan kesemua bahan lain untuk dijadikan inti (isi ayam yang dah dicincang, telur, lobak merah, daun bawang, cili padi, bawang merah, garam, kiub pati ayam, dan black pepper ground). Gaul sebati.


Rupa setelah digaul sebati

3. Masukkan inti yang dah digaul sebati tu ke dalam tauhu yang dah kita terbalikkan tadi. Tekan sikit supaya dia padat.

Tengoklah, kelopaknya tak semenggah sangat. Ni first time buat

4. Masukkan dalam bekas tertutup, dan simpan sekejap dalam freezer supaya adunan inti tu melekat elok dekat tauhu dan tidak terkeluar. 

5. Goreng menggunakan minyak yang panas. Cara menggoreng; kena goreng bahagian kelopak bunga tu dulu, kemudian baru terbalikkan bahagian lagi satu.

Goreng dalam minyak yang dah panas

Maaflah ada yang terhangit pulak bhahahah sebab masa tengah menggoreng tiba-tiba gas habis, panik kejap. Terpaksa tunggu orang kedai hantar gas baru. Tapi first time buat je rupa tak semenggah macam ni. Lepas tu bila buat lagi, kelopaknya pun dah lebih cantik. 


Tauhu terbalik ni kalau dah goreng, sekejap je hadap dah habis. Cicah dengan sos cili pun dah cukup sedap. Rasa rangup kat luar tapi juicy kat dalam. Dah berkali-kali jugak saya repeat buat tauhu terbalik ni, simpan dalam freezer buat stok. Pagi sebelum pergi kerja sempat la goreng sekejap untuk dijadikan bekal ke ofis, hehe.

Resepi Mudah Kerabu Kerang Ala Thai

December 15, 2019 19
Resepi Mudah Kerabu Kerang Ala Thai
Hari ni saja la nak kongsi resepi kerabu kerang ala Thai yang saya pernah cuba. Sebenarnya saya ni merupakan penggemar tegar kerang. Tak kisah lah masak macam mana pun, memang suka. Sekitar bulan lepas, masa tengah beli barang-barang dapur kat Aeon berdekatan rumah ni, nampak ada jual kerang yang agak segar. Terus convince suami untuk buat kerabu kerang. Gigih tau masa tu google bahan-bahan nak buat kerabu kerang, bhahaha. Mostly bahan memang dah ada kat rumah, cuma nak kena beli sos ikan Thai dan daun ketumbar je. Masa tu beli setengah kilo kerang je sebab husband cakap jangan makan banyak sangat. Bersederhana dalam setiap makanan yang diambil ketika mengandung ni. Yela, lain orang lain penerimaan tubuh badannya terhadap pelbagai makanan. Baiklah! Actually kat pasar malam tepi rumah tu ada je jual kerang, tapi harganya agak mahal dan nampak kurang segar.


Okay resepi ni google je sebenarnya, lepastu main pandai-pandai sendiri letak bahan setakat yang ada. Okaylah kan untuk tekak sendiri. Letak kat blog ni supaya boleh jadi rujukan untuk diri sendiri bila nak buat lagi lain kali.

BAHAN-BAHAN:
- Setengah kilo kerang
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi
- Setengah sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar sos ikan thai
- 1 biji limau nipis
- Daun ketumbar dipotong halus
- 1 biji tomato dipotong dadu


CARA-CARA :

1. Lepas dah bersihkan kerang tu, rebus sampai masak. Sesetengah orang rebus kosong macam tu je. Tapi kitorang letak serai masa rebus. Lepas dah rebus tu toskan macam biasa. Ada terbaca sesetengah orang, lepas dah rebus tu dorang rendam sekejap dalam bekas berisi ais untuk bagi kerang tu kekal segar dan cantik terkupas. Tapi kitorang tak buat macam tu pun.

2. Sementara tunggu kerang yang direbus tu masak, boleh tumbuk cili padi dan bawang putih. Tapi kitorang tak tumbuk guna lesung batu pun, kitorang guna Tupperware turbo chopper tu je. Lagi senang, zas zass terus siap!

3. Masukkan ke dalam mangkuk. Lepastu tambah gula, sos ikan thai, dan perahan limau nipis (buang biji dia). Lepas dah perah limau nipis, jangan buang kulit dia. Korang potong halus-halus kulit limau nipis tu, masukkan sekali. Gaul sampai sebati.

4. Bila dah sebati, masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul lagi.

5. Dah siap, boleh tuang atas kerang rebus tu. Sedia untuk dinikmati.


Kecur pulak air liur ni bila terbayang kerabu kerang ni. Sedapnya, nak buat lagi la nanti!


Thursday, December 5, 2019

Pregnancy Journey - Trimester Pertama Kehamilan

December 05, 2019 15
Pregnancy Journey - Trimester Pertama Kehamilan
Hai, kali ni nak cerita tentang trimester pertama kehamilan saya. Coretan ni saja la untuk saya baca semula dikemudian hari, disamping perkongsian untuk sesiapa yang sudi baca. Masa cuti hari raya Qurban pada pertengahan bulan Ogos haritu kitorang balik kampung. Sebelum balik kampung saya dah perasan asal malam je badan saya jadi panas-panas dan berangin. Tapi masa tu tak fikir apa sangat, mungkin faktor usia bertambah kot hahah. Then masa kat kampung, eh makin menjadi-jadi pulak simptom tu. Start rasa cramp macam nak period, tapi tak jugak periodnya. Masa tu memang dah dekat dengan period cycle la. Angin makin kuat, asyik nak kentut aje. Badan pun duk rasa panas waktu malam. Husband google, simptom apa tu. Katanya itu simptom orang mengandung. Tapi sebab ada rasa cramp macam nak period, so saya fikir mungkin itu cuma tanda-tanda nak period la kot.

Balik KL, esoknya saya terpaksa ambil unplanned leave sebab tak larat sangat malam sebelumnya tu saya rasa cramp yang terlampau kuat sampai tak boleh nak tidur. Macam cramp first day period tu. Tapi tak jugak bleeding. Selalunya kalau dah cramp kuat macam tu memang dah start bleeding dah. Masa tu saya geram je nak buat UPT. Tapi husband cakap buat pagi esok jela sebab dah petang ni. Waktu terbaik untuk buat UPT adalah waktu pagi, menggunakan air kencing pertama. Masa tu hati kitorang memang duk rasa bahawasanya saya dah pregnant, tapi sebab tak nak terlebih mengharap kan so buat biasa jela. Sekitar lepas Asar macam tu tiba-tiba husband cakap “buat jela UPT sekarang”. Dah dapat greenlight tu, so saya proceed buat UPT. Alhamdulillah di minggu ke 4, nampak double line. Mula-mula confuse jugak sebab first time buat UPT kan. Tapi bila tunggu kejap, line dia makin jelas. So of course we’re happy, tapi simpan jela happy tu between ourselves je sebab masih terlalu awal. Tapi masa ni sumpah excited! Perut tak nampak pun lagi, tapi duk usap-usap lah perut tu tiap hari bhahaha.

Positive!

Seminggu lepas tu baru kitorang buat UPT lagi sekali kat klinik swasta. Masa ni kebetulan saya ke klinik sebab demam dan pedih tekak. So sebelum doktor prescribe ubat, saya bagitahu awal-awal nak buat ujian kehamilan dulu just in case saya mengandung sebab period lambat. UPT masa ni pun positive jugak. Masa ni minggu ke 5 dah, tapi doctor tu cakap dah 7 minggu (based on last cycle of period, doktor kira guna online pregnancy calculator). Masa tu rasa tak puashati sebab ikut kiraan baru 5 minggu, haha. By the way minggu ke 5 ni masih ada angin, tapi tak seteruk minggu ke 4. Suhu badan panas waktu malam masih berterusan, tapi cramp dah slowly berkurang. Loya-loya dan pening-pening belum ada masa ni.

Masuk je minggu ke 6 barulah start rasa loya, tapi tak kuat sangat. Bau bahan basah terutama ikan memang tak boleh. So memang masa ni dah stop memasak. Bau tumis menumis dan menggoreng pun boleh buat loya. Suami la yang ambil alih tugas memasak, dan kadang-kadang kitorang tapau dari kedai je. Masa ni cepat rasa penat dan mengantuk, bahagian kaki hingga pinggul selalu rasa lenguh. Kadang-kadang rasa ngilu dibahagian bawah abdomen. Tapi as long as takde bleeding, saya rasa lenguh-lenguh tu masih normal. Loya-loya tu berterusan sampai la habis trimester pertama. In fact, masa trimester kedua pun masih loya dan muntah. Tapi alhamdulillah masa trimester pertama takde pulak pening-pening. Risau jugak saya sebab hasil pembacaan ramai cakap terkena migraine sewaktu kehamilan. Mestilah saya risau sebab sebelum mengandung pun memang saya ada sejarah sakit migraine yang agak teruk. Tapi alhamdulillah tak diuji dengan migraine sepanjang trimester pertama. Cuma mual-mual dan muntah memang teruk sangat. Hari-hari muntah. Makan muntah, makan muntah. Pernah satu minggu berterusan saya hanya berani makan bubur nasi je. Paling susah bila kat ofis, sebab lunch time perut saya memang lapar tapi langsung tak boleh nak jejak kaki ke café dek kerana bau lauk-pauk yang pelbagai tu. Bau makanan yang ditapau pun tak boleh. Masa ni rasa susah sangat. Kerap muntah. Bukan muntah takat keluar balik makanan je tau, tapi muntah keluar asid dari perut tu sekali. Itu yang perit tu, terus hilang segala tenaga. Kalau kat rumah okay lagi boleh jugak baring-baring. Kalau kat ofis, terpaksalah tahankan jugak.

Ni masa first time scan kat KK minggu ke 11

Alhamdulillah suami layankan je morning sickness isteri dia ni. Dalam kereta memang sentiasa spare plastik banyak-banyak sebab selalunya masa otw balik kerja memang saya akan muntah berkali-kali. Awal-awal memang stress sebab makan tak selera, pastu dah makan muntah balik. Dah lama sikit saya perhatikan kalau saya rasa nak muntah, tak payah nak tahan-tahan. Muntah je sampai puas. Dah keluarkan semua yang nak keluar, baru lah ada selera sikit nak makan. So lepas tu memang saya jarang dah tahan muntah. Rasa nak muntah memang saya terus muntah je. Lepastu sambung makan balik. Kalau muntah balik, redha jela. Kalau tak muntah dah, alhamdulillah. Nak kurangkan muntah, pastikan jangan sampai perut masuk angin. Masalahnya tak sempat nak makan lagi dah masuk angin. Dah la selera memang berkurangan dalam fasa trimester pertama ni.

Awal trimester pertama saya memang makan folic acid je, takde vitamin tambahan yang lain. Bila dah start buka buku pink kat KK, barulah saya makan vitamin yang nurse bagi – folic acid, vitamin c, iron tablet, B-complex. Nasib baik kesemua vitamin tu kecil je saiznya, senanglah sikit saya nak telan. Kebiasaannya vitamin ni semua saya amalkan sebelum tidur. Dari segi perubahan secara fizikal, takde beza sangat pun. Mungkin sebab saya ni kecil orangnya, so baby bump tak nampak sangat masa  trimester pertama. In fact masih boleh pakai tshirt & jeans macam biasa. Cuma muka jela break out teruk. Pernah sekali tu naik jerawat besar kat pipi dan dahi. Lepastu kat badan pun start naik bintik-bintik. Bila ke klinik, doktor cakap infection dari rambut. Kiranya hujung-hujung rambut tu mungkin ada bakteria, then bila kena muka dan badan dia jadi naik bintik-bintik.

Time ni memang rasa selekeh gila sebab jerawat banyak naik

Mekap? Serious sejak mengandung rasa malas gila nak bersiap dan mekap. Muka pun jadi extra sensitive, lepastu tak habis-habis muka jadi extra oily. Sangatlah tak selesa. Sebab hormone lah kot.

Mengidam? Masa trimester pertama mostly takde selera so memang takde nak mengidam yang pelik-pelik. Time tu konsepnya redha je apa yang tekak ni boleh telan saya telan. Awal-awal husband agak teliti jugak bab pemakanan saya, sebab tak nak saya makan makanan yang tak sihat. Tapi bila isteri dia asyik tak lalu makan, last-last dia cakap makan jela apa yang tekak boleh terima. Coklat ke, jajan ke, asalkan perut tak kosong. Kesian agaknya isteri dia ni asyik muntah-muntah lembik-lembik. Tapi memang masa trimester pertama ni sebab kurang berselera makan nasi, so saya perbanyakkan makan buah-buahan. Tiap kali pergi pasar malam tepi rumah tu, memang restock buah-buahan (pisang, epal, oren, mangga, jambu batu, buah delima). Orang cakap nak kurangkan loya, amalkan minum jus pati delima Gulsan. Saya pun beli lah 2 botol kat Shopee. Try sekali, mak aii masam campur kelat sikit. Lepas tu tak minum dah. Just amalkan makan buah delima yang dibeli dipasar je. Jauh lagi sedap dari pati delima Gulsan tu. Selain tu husband selalu buatkan air hirisan halia + lemon suam untuk kurangkan mual-mual tu. Nak buat air teh pun boleh, tak payah teh pun boleh. Berkesan jugaklah.

Teh halia + lemon

Buah delima dah letak dalam tupperware sesiap, nak makan senang

Awal-awal tahu mengandung lagi kitorang dah beli pregnancy pillow yang berbentuk U tu. Alhamdulillah, sangat membantu bila nak tidur. Yela, awal-awal lagi dah start sakit belakang lenguh-lenguh. Bila ada pregnancy pillow tu, sangatlah membantu untuk tidur yang lebih selesa dan berkualiti. Cuma saiz pregnancy pillow tu besar, so dah memakan ruang separuh dari katil tu dah haha. Tapi memang selesa. Masa tu beli dekat baby expo kat Mid Valley, harga sekitar RM170 kot? Lupa dah. Masa survey tu ada banyak material rupanya. Ada yang kekabu, ada yang cotton, dan ada yang polyester. Orang cakap yang kekabu elok, tapi sebab saya memang jenis tak suka tidur guna bantal kekabu sebab keras makanya yang tu dah terkeluar dari list. Yang cotton pulak takut cepat penyek. End up kitorang beli yang polyester. Bagi saya pregnancy pillow sangatlah membantu saya mendapatkan tidur yang berkualiti sepanjang tempoh saya mengandung.

Pregnancy pillow - gambar hasil google

Okay, tu je kot nak kongsi tentang trimester pertama kehamilan saya ni. Dari semasa ke semasa akan saya kongsikan lagi hal berkaitan kehamilan saya ni.