Thursday, November 7, 2019

Pregnancy Journey - Teruja Kali Pertama Buat 2D Growth Scan di Klinik MyFamily Ampang

Rasanya macam dah lama tak bercerita pasal life progress dekat sini. Bukan tak nak cerita, Cuma kekangan masa tu yang buatkan saya asyik bertangguh untuk update blog. Ditambah pula kebelakangan ni saya agak kurang sihat dek kerana morning sickness. Yes, I am pregnant! Alhamdulillah. Memandangkan ini merupakan kandungan pertama saya, so banyak benda baru yang saya lalui dan perlu saya hadap dan pelajari. Morning sickness saya boleh dikategorikan agak teruk jugak. Sebelum mengandung, serious saya fikir morning sickness ni hanya berlaku pada waktu pagi sahaja. Yela, nama pun morning sickness kan. Tapi bila dah kena kat diri sendiri, baru la sedar bahawasanya morning sickness ni tak kira masa. Pagi, tengahari, petang, bawak sampai ke malam. Bila-bila masa je rasa loya dan mual tu boleh datang. Itu belum campur dengan selera makan yang berkurang. Dah la selera kurang, asyik muntah aje bila dah makan. Awal-awalnya tiap kali muntah tiap kali tu la menangis mengadu kat suami…tapi lama-lama rasa macam takpelah, ini bahagian saya. Bukan semua orang berpeluang rasa fasa sebegini, so patutnya saya bersyukur dan enjoy jela sepanjang tempoh mengandung ni. Btw, time mengandung ni la nak merasa dapat layanan top class dari suami tau! Hehe.


Usia kandungan saya dah masuk trimester kedua dah pun. Suami isteri dua-dua makin excited. Tak sabar nak tahu jantina baby. Tak sabar nak shopping keperluan baby. Tak sabar nak tunggu baby keluar, nak peluk gomol semualah. Dah la dua-dua memang jenis suka budak. Minggu lepas masa pergi buat check-up dekat Klinik MyFamily by Mysonoworld, kitorang ada buat 2D growth scan untuk tahu perkembangan kandungan. Yela, sejak awal mengandung saya memang kerap demam dan selera makan memang kurang. Selalu rasa bimbang entah macam mana perkembangan baby kat dalam tu. Entah membesar dengan elok ke tak ke. Masa trimester pertama dulu pernah la buat scan dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KK), tapi biasalah kat KK dia scan kejap gitu je. Husband pun tak ikut masuk masa tu. Lagipun masa tu kandungan masih sangat awal. So kali ni kandungan dah masuk trimester kedua, kitorang memang sangat teruja nak tahu macam mana keadaan baby kat dalam sana. Ya Allah, excited gila first time tengok baby gerak-gerak dalam perut kita. Tak boleh nak digambarkan perasaan tu. Selama ni saya hanya tahu kewujudan dia dalam perut saya. Now dapat tengok sendiri perkembangan dia kat dalam tu. Rasa teruja, gembira, terharu semua ada. Suami pun tak kurang terujanya. Senyum-senyum sorang dia sepanjang perjalanan balik ke rumah tu. Excited ye tengok anak dia gerak-gerak, hehe.


Ruang menunggu yang sangat selesa

Sebab memang dah buat appointment untuk check-up dekat Klinik MyFamily haritu, so memang tak perlu tunggu lama untuk giliran kitorang. Suasana ruang menunggu pun selesa. Bila dah sampai giliran, staf klinik bawa kitorang ke bilik scanning. Bilik scanning tu pun agak luas dan selesa. Sonographer yang incharge kitorang haritu kalau tak silap namanya Asma (tak pasti ejaan betul ke salah). Manis, sopan orangnya. Cakap pun lemah lembut. Alhamdulillah, hasil growth scan tu menunjukkan kandungan saya dalam keadaan yang baik. Masa scan tu dia check sekali ukuran janin, berat janin, heartbeat dia, air ketuban, dan kedudukan uri. Alhamdulillah, semuanya okay. Saiz baby pun okay bersesuaian dengan usia kandungan. Lega sangat rasa.

Ready untuk scan

Masa awal-awal scan tu kemain ye baby duduk macam-macam gaya dah dalam perut mama. Aktif betul, kejap kaki ke atas, kejap duduk bersila. Tangan letak kat telinga, tak duk diam dia. Mentang-mentang la dia masih kecik, so bebas la dia bergerak pelbagai gaya dalam perut mama ye. Sebab kandungan baru 15 minggu masa tu, so belum nampak jantina lagi. Tapi masa scan tu memang boleh nampak dengan jelas jari-jemari baby yang dah terbentuk elok. Dia siap gerak-gerakkan lagi jari dia nak bagi mama papa tengok ye. Alahai..moga awak membesar sihat dengan elok, sayang. Fizikal baby secara generalnya memang dah terbentuk elok masa ni. Lama jugaklah sesi scanning tu, so memang rasa puashati dapat tengok baby dalam perut tu lama-lama. Bestnya kalau hari-hari boleh tengok si kecil mama ni, hehe!


Lepas dah selesai scan, kena jumpa doktor dekat consultation room pula untuk prosedur check-up yang lain. Doktor yang bertugas haritu adalah Dr Hazwani. Sebelum ke consultation room, kena buat urine test dulu. Nasib baik tandasnya bersih elok. Fasiliti kat Klinik MyFamily Ampang ni memang tip top, mementingkan keselesaan para pelanggan. Paling best bila buat check-up kat sini sebab untuk setiap prosedur, tak perlu tunggu lama macam kat KK. Itu dah tentu-tentunyalah kan sebab kat KK memang sentiasa ramai orang. By the way, kalau buat check-up kat Klinik MyFamily Ampang ni, kita memang akan diperiksa oleh doktor wanita. Staf kat sini semua ramah dan soft-spoken. Dari receptionist, sonographer sampailah ke doktornya. Kita pun rasa selesa dengan layanan macam tu kan. No wonder la ramai yang memilih untuk buat scanning dan check-up dekat Klinik Myfamily Ampang ni. Selain scanning dan check-up kehamilan, ada banyak lagi servis kesihatan yang ditawarkan kat klinik ni.

One with the sonographer

Masa awal pregnant haritu ada tanya kawan-kawan, kat mana yang okay kalau nak scan baby. Mostly suggest buat dekat Klinik Myfamily, katanya servis tiptop! Sebelum buat keputusan untuk ambil pakej antenatal kat Klinik MyFamily ni, memang saya duk survey dan baca feedback orang ramai jugak. Rata-rata memang berpuashati dengan servis kat sini. So saya terus PM Instagram Klinik MyFamily bertanya beberapa soalan berkenaan pakej antenatal tu. They all reply pun sangatlah friendly. Lepas dah confirm semua, terus diorang tolong booking tarikh untuk first appointment. Mudah dan menyenangkan berurusan dengan staf Klinik MyFamily Ampang ni. Btw, social media Klinik MyFamily Ampang ni sangatlah aktif dan selalu kongsi pelbagai tips dan maklumat kesihatan. Follow page macam ni sangatlah memberi manfaat. Korang boleh follow social media klinik ni untuk info-info kesihatan dan promosi yang they all buat.


Klinik MyFamily By MySonoworld 
B-G-14, Residensi Bistaria, Jalan Ukay Bistari,
Ukay Perdana 68000 Ampang, Selangor
03-41622754 / 016-6211002

Okay tu je nak kongsi buat masa ni berkenaan perjalanan kehamilan pertama saya ni. Ada masa nanti saya ceritakan lagi tentang pengalaman sepanjang trimester pertama kehamilan (dari segi alahan, pemakanan dan seumpamanya). Tak sabar nak tunggu next check-up, nak tahu jantina baby! Hehe.

15 comments:

  1. Tahniah! Morning sickness memang lah hadir tak kita waktu tapi selalunya hingga 3 bulan pastu ok. Klinik tu harganya murah ke berbanding klinik lain?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah ya :).
    Sis dh lps alami semua ni. Now turn tunggu cucu je..tp lambat lagi, jodoh anak lom sampai..hehehe.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Sis!! Take care! kita punya morning sickness teruk jugak sampai kena surender kat hospital..haha!

    ReplyDelete
  4. This is a good package. Take care of your health dear. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah puan. Dalam fasa pregnant journey akan mendatangkan pelbagai perasaan dan kenangan. Sebelum ke klinik untuk scan, biasanya saya akan sembang dulu baby dalam perut. Mintak tunjukkan jantina. Ibu nak beli baju ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Take care emi.. Masa mngandung ni mcm2 dugaan.. Kdg2 org yang xrasa ni akan cakap mngada2 la... Biasa la sebab tak kena kan... Apa pun jaga diri baik2 ya

    ReplyDelete
  7. Tahniah bakal menimang cahaya mata. Ena paling suka trimester kedua sebab da rasa tendangan baby, plus makan selera boleh travel lagi. Nnti da trimester ketiga tak larat nk jalan sgt enjoy this moment

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Best klinik myfamily ni. Srlesa.Memamg excitedkan mak dapat baby Semoga selamat melahirkan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah masuk trimester kedua. Anak 2020. Sama la dengan anak akak. Tapi akak nak masuk trimester ketiga dah. Pejam celik pejam celik tinggal beberapa bulan saja nak bersalin. Bila buat scan baby rasa seronok je kan tengok baby gerak2

    ReplyDelete
  10. Taniah.My friend pun tengah nak tahu gender baby. Selalu dia ada morning sickness juga, selera tak menentu. That's why dia selalu tell me about how to be strong nak tangani smua tu. Tapi sngat happy nak tengok dia happy to wait for the baby. Congratulation again!

    ReplyDelete
  11. Tahniah ye emilinda. Kandungan pertama kali ye. Memang excited habis la ni!! Semoga terus sihat sampai hari kelahiran :-)

    ReplyDelete
  12. pernah nampak signboard Klinik Family nih , zaman sekarang cangguh dah scan sampai ada 2D ..zaman akak2 dulu sekali dua jer scan sebab nak tahu jantina jer ...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan bersain nanti yer

    ReplyDelete
  13. Congrats!!! Moga sentiasa diberi kesihatan yang baik2. Memang best kalau dapat guna servis terbaik. Kita pun puas hati

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah tahniah emilinda. enjoy the journey, pastikan makan makanan sihat dan kaya nutrisi, insyaAllah. tahniah again!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... tahniah Emilinda... pengalaman mengandung memang berbeza dari satu kandungan ke kandungan yang lain juga dari seorang individu ke individu yang lain... macam saya, empat-empat pregnancy, sampai nak masuk OT pun masih dok muntah dan morning sickness lagi... yang paling penting, pastikan makan makanan seimbang dan sihat demi kedua-dua ibu dan baby ya... bestkan tengok gambar 2D tu, bagus klinik tu buat pemeriksaan secara menyeluruh... nevertheless, all the best in your pregnancy journey ya...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.