Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM - emilinda

Thursday, October 17, 2019

Usaha Pihak AFY Haniff Untuk Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM

Siapa je yang tak kenal jenama AFY Haniff kan? Jenama ni sangat sinonim untuk bahan pencuci & pewangi rumah. Suri rumah atau emak-emak biasanya memang tahu sangatlah jenama AFY Haniff ni. Boleh dikatakan hampir setiap rumah sekarang ni ada sekurang-kurangnya satu produk AFY Haniff. Rumah mak saya sendiri pun tak terkecuali. Mana tidaknya, produk AFY Haniff terbukti berkesan dalam menghalau serangga. Bukan itu sahaja, baunya pun wangi sangat. AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd yang diasaskan pada tahun 2006 menghasilkan produk detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai sebagai bahan utama. Terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga, produk AFY Haniff kini telah berjaya berada di lebih 2000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.


Dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir, baru-baru ini pihak AFY Haniff telah menghasilkan kerjasama pertama bersama pihak McDonald’s dalam usaha menjayakan aktiviti gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald yang bertempat di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Misi utama pihak AFY Haniff menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati dan bantuan kepada para pesakit dan waris terdekat pesakit di bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Dengan kehadiran pihak AFY Haniff, sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada para pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti yang dijalankan ini sesungguhnya diharapkan dapat menceriakan lagi hati para pesakit dan keluarga pesakit yang terlibat.



Bertarikh 24 September 2019, aktiviti gotong-royong tersebut bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang. Seawal jam 9 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas serta lawatan ke Rumah Ronald McDonald. Seterusnya, pihak AFY Haniff berbelanja barangan keperluan untuk kegunaan para penghuni Rumah Ronald McDonald. Antara barangan yang dibeli adalah perkakasan elektrik, peralatan memasak, stok makanan kering dan juga makanan basah.


Menginjak waktu tengahari, aktiviti diteruskan pula dengan acara memasak beramai-ramai untuk santapan tengahari. Kemeriahan terasa apabila sesekali aktiviti sebegini diadakan. Kemuncaknya adalah aktiviti membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald dengan menggunakan sepenuhnya produk AFY Haniff (termasuk menyapu sampah, mengemop lantai, menyembur fabrik pewangi di langsir dan cadar, mencuci pinggan mangkuk dan seumpamanya). Antara produk AFY Haniff yang digunakan termasuklah pembersih lantai, spray pewangi, pewangi fabrik, pencuci pinggan mangkuk, dan pelbagai lagi produk keluaran AFY Haniff.



Sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff juga turut diberikan kepada para penghuni disana untuk mereka manfaatkan dalam penggunaan seharian. Selain sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff, pemberian sumbangan wang secara ‘kilat’ juga turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian sumbangan wang yang diberikan secara mengejut pada ketika itu diharapkan dapat membantu meringankan beban serta menggembirakan hati keluarga pesakit. Pesakit yang merupakan anak kepada penerima sumbangan ini sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta dikala usianya hanyalah 5 tahun. Kemalangan dalam usia yang sekecil ini, kecederaan yang dialami oleh pesakit agak serius dan diharapnya berkat doa dari semua, pesakit akan segera pulih seperti sedia kala.

Sumbangan wang

Alhamdulillah, inisiatif sebegini mungkin kelihatan kecil bagi kita yang kat luar ni. Tapi sebenarnya memberi makna yang sangat besar untuk para penghuni Rumah Ronald McDonald dalam menghadapi hari-hari berdepan sakit yang dialami oleh mereka. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat dan keriangan dalam diri para pesakit serta keluarga mereka. Tentu sahaja mereka gembira apabila ada pihak yang sudi meraikan mereka. Alangkah bagus jika terdapat lebih banyak pihak yang tampil dengan inisiatif sebegini di masa akan datang.

Berbalik kepada rangkaian produk AFY Haniff. Seingat saya pada awal kemunculan AFY Haniff, rangkaian produknya taklah banyak macam sekarang ni. Tapi dek kerana keberkesanannya dan memang mendapat sambutan menggalakkan dari para pengguna, dari tahun ke tahun jenama AFY Haniff semakin berkembang dan makin mendapat tempat dihati para pengguna. Bukan suri rumah dan emak-emak aje yang duk guna produk AFY Haniff ni. Tapi para pelajar yang tinggal kat asrama pun ramai yang guna. Nak halau serangga dari bersarang dalam bilik asrama, serta nak wangikan bilik memang AFY Haniff la yang jadi pilihan. Harganya pun tak mencekik, memang harga mampu milik.


Akhir kata, saya sebagai orang awam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AFY Haniff atas inisiatif membersih dan mewangikan Rumah Ronald McDonald ni. Ushaa sebegini memang membuka mata masyarakat untuk lebih cakna terhadap golongan yang dalam kesusahan. Untuk maklumat lanjut (dan gambar-gambar) tentang program kebajikan ini yang dianjurkan oleh pihak AFY Haniff, korang boleh rujuk di media sosial AFY Haniff.


3 comments:

  1. Seronok baca perkongsian tentang usaha pihak AFY haniff ni...moga ianya berterusan.

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah. usaha murni yang patut dicontohi. Moga usaha mereka dihargai

    ReplyDelete
  3. Whether you're praising the sunset over the dunes or recommending a hidden gem, your comments contribute to the digital tapestry of VIP desert adventures. Keep engaging, keep sharing, and let your words be a beacon for fellow travelers.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.