Sunday, September 29, 2019

Matxi Corp Kembangkan Sayap Ke Malaysia - Sambutan Ulangtahun Ke-2 Matxi Corp

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah buat Matxi Corp yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-2. Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis gilang-gemilang ini telah dihadiri oleh lebih 2000 pengedar Matxi Corp dari 30 negara. Saya sendiri berpeluang menghadirkan diri ke majlis berkenaan. Kehadiran saya ke majlis tersebut adalah sebagai pihak media. Kerlass betul majlis ulangtahun Matxi Corp ni. Kesemua pengedar Matxi Corp yang hadir memang sporting habis bab pemakaian dan penampilan diri. Cantik merelip kesemuanya. Kita pulak rasa rendah diri, hehe.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, Matxi Corp tu syarikat apa sebenarnya? Matxi Corp yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang sememangnya mengkhususkan dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur. Setelah beroperasi lebih dari 2 tahun, pelbagai pencapaian luar biasa dan membanggakan yang telah dicapai oleh syarikat ini. Sepanjang 2 tahun beroperasi, syarikat ini memfokuskan operasinya di Vietnam dan beberapa negara lagi dengan jumlah pengedar melebihi 20000.

Sambutan yang gilang-gemilang

Antara persembahan yang disajikan kepada para hadirin ketika majlis

Selain memfokuskan kepada bidang yang disebutkan di atas tadi, pihak Matxi Corp juga turut memberi tumpuan kepada bidang-bidang berikut :

  1. Hartanah
  2. Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
  3. Percetakan dan Pembungkusan
  4. Syarikat Penyelenggara Acara
  5. Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  6. Restoren 
Salah satu produk yang dihasilkan oleh Matxi Corp


"Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" - begitulah slogan kata yang digunapakai oleh pihak Matxi Corp dalam usaha membekalkan kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui penghasilan produk dan perkhidmatan. Menjaga kepentingan pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur merupakan matlamat Matxi Corp.

Antara top distributor yang turut diraikan ketika majlis

Oh ye, semasa majlis ulangtahun ke-2 Matxi Corp, pihak Matxi Corp turut mengumumkan bahawasanya pihak mereka sedang melangkah ke pasaran antarabangsa, dan kini sedang memasuki pasaran Malaysia. Tahniah! Nampak gayanya, nama Matxi Corp ni akan lebih kerap meniti di bibir rakyat Malaysia la lepas ni kan? Hehe.

Wahh, boleh tahan jugak ye syarikat Matxi Corp ni. Nampak potensinya untuk berkembang dengan lebih pesat di peringkat antarabangsa. Diharapnya Matxi Corp dapat terus menyumbangkan kebaikan kepada orang ramai.

Matxi Malaysia Sdn Bhd 
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife

17 comments:

  1. Menarik, event dia gempak jugak kan..akak dapat invitation hari tu tapi tak dapat pergi..masih kurang sihat..entah bila nak aktif balik...apapun tahniah Matxi Corp

    ReplyDelete
  2. wahhh meriahnya acara. patutnya nisa join juga tapi ada hal pulak last minute.

    ReplyDelete
  3. Wahh bukan calang-calang programnya ya! Nampak gah betul. Tahniah Matxi Corp Malaysia! Mesti gempak nanti bila masuk pula pasaran antarabangsa kan. Woohoo!

    ReplyDelete
  4. I was there too & what a spectacular grand celebration by Matxi Corp with their exciting traditional performances.

    ReplyDelete
  5. Nampak meriah acaranya ya. Baru tahu tentang matxi corp ni. Apa pun, tahniah untuk matxi corp, semoga mereka dapat berikan sesuatu yang terbaik kepada semua.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada matxi corp. Hebat sangat tu kalau dah boleh masuk pasaran antarabangsa. semoga matxi corp suksess selalu.

    ReplyDelete
  7. oh patot la sebelum ni tak pernah dengar. matxi baru masuk malaysia ye. tapi tahun kedua dh boleh masuk malaysia mknenya syarikat yang kukuh tu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah matxi corp. Meriahnya majlis ulang tahun nampak grandnya. Semoga bertahan Dan success dalam masa akan datang.

    ReplyDelete
  9. nampak meriah event matxi ni. bagus kalau company jenis hargai staff2 stokis dia. baru diorang rasa semangat nak terus buat sales. bestnye dpt join event meriah mcm ni.hehe

    ReplyDelete
  10. Tahniah Matxi Corp ntk 2nd anniversary. Meriah sungguh event ye. Semoga makin success dan dapat lebarkan lagi sayap di peringkat global

    ReplyDelete
  11. bukan main meriah lagi event ni kannnn... tengok opening yang penuh glam pun kita dah boleh bayangkan what else to expect yang sudah tentu akan memberikan impak yang memberangsangkan gitu... tahniah kepada Matxi Corp... semoga terus maju-jaya...

    ReplyDelete
  12. Tahniah Matxi Corp untuk ulangtahun ke 2. Semoga selepaas ini, perniagaan semakin maju jaya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah kepada Matxi-Corp baru sahaja umur 2 tahun tapi dah berjaya dan maju jaya dengan produk serta juga dalam usaha membantu usahawan untuk berkembang menjadi orang yang berjaya juga...

    ReplyDelete
  14. Ramai yang pergi event ni ye..tengok meriah betul event dia.glam sangat ni..siap ade persembhan semua..tahniah Matxi Corp untuk kejyaaan ni

    ReplyDelete
  15. Hebatkan matxi corp. kecemerlangan dalam masa 3 tahun shj. Moga terus sukses ya..di asia dan dunia

    ReplyDelete
  16. meriah event sambutan anniversary matxi corp ni. glamour dan gilang gemilang tengok

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.