Tuesday, August 20, 2019

Sedapnya Minuman Awwa! Mengandungi Khasiat 8 Makanan Sunnah Pulak Tu.

Baru-baru ni dalam duk mencari-cari supplement yang bersesuaian untuk diri, saya diperkenalkan dengan satu jenama produk minuman harian yang saya kira boleh saya jadikan alternatif selain pengambilan supplement. Kenapa saya kata minuman tu boleh jadi alternatif kepada produk supplement? Sebab ianya mengandungi bahan-bahan makanan sunnah yang sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Yela, kadang kalau nak ambil supplement pun risau jugak zaman sekarang ni. Supplement ada pelbagai jenama, dan bahan yang digunakan pun memang pelbagai – mungkin ada yang bersesuaian dengan kita, tidak kurang jugak yang turut mendatangkan kesan sampingan untuk jangkamasa panjang.


Jenama minuman yang saya maksudkan adalah minuman jenama AWWA. Sebut elok-elok ye, AWWA bukan arwah. Hihi. Awwa ni adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud puas, segar, terpenuhi atau menyenangkan. Dalam konteks minuman ni kiranya macam bila kita minum minuman ni, ianya memberikan kepuasan, kesegaran, dan amat menyenangkan si peminum. Minuman Awwa ni didatangkan dalam 3 variasi yang berbeza iaitu Susu Kurma Strawberi, Minuman Coklat Mocha, dan Minuman Coklat Kurma. Minuman Awwa adalah produk muslim keluaran Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan.


Tidak dinafikan sekarang ni memang ada banyak sangat jenama supplement kat pasaran. TAPI, yang specialnya minuman AWWA ni adalah ianya boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga bermula usia 10 bulan dan keatas. Ianya bukan dalam kategori supplement, sebaliknya dalam kategori minuman harian. Alah, sama macam minuman harian yang kita duk bancuh waktu sarapan/makan dengan family tu. Cuma yang menjadikan minuman Awwa ni lain daripada yang lain adalah pada penggunaan bahan-bahannya. Minuman Awwa ni mengetengahkan penggunaan makanan sunnah seperti kurma, madu, habatussauda, kismis, zaitun, delima, dan seumpamanya.


Minuman AWWA tanpa gula putih & Maltodekstrin ini bukan saja sedap dinikmati seisi keluarga, tapi dek kerana penggunaan bahan makanan sunnah, ianya dikatakan dapat memberi fungsi tambahan lain yang tidak di sangka. Innya adalah rendah kalori kerana penggunaan gula putih telah digantikan dengan gula nano. Haaa jom saya ceritakan satu persatu khasiat dan manfaat yang boleh diperolehi dari minuman Awwa ni.

AWWA COKLAT KURMA


Mengandungi 8 makanan Sunnah – delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, dan za’faran. Minuman Awwa Coklat Kurma dikatakan dapat membantu memulihkan penyakit ekzema dan gatal-gatal terutama dalam kalangan kanak-kanak. Kita sendiri sedia maklum, ekzema ni memang antara masalah yang selalu menimpa kanak-kanak. Manfaat lain adalah dapat memberikan tenaga, melegakan sembelit, serta turut berfungsi sebagai penggalak susu / milk booster untuk si ibu. Selain menjadi milk booster, ianya elok diamalkan oleh ibu hamil/menyusu kerana manfaatnya dapat disalurkan kepada si anak untuk meningkatkan IQ.


AWWA SUSU KURMA STRAWBERI


Susu kambing berperisa strawberi yang mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah - delima, madu, habbatus sauda, kismis, zaitun, almanna, dan za’faran. Kita sendiri sedia maklum bahawasanya makanan sunnah mempunyai khasiat yang sangat elok. Vitamin C yang terkandung di dalam susu ini berfungsi mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, serta membantu meningkatkan sistem imunisasi. Khasiat susu kambing pula berupaya mencegah penuaan, imunisasi badan, memberi tenaga, meningkatkan haemoglobin (HB), serta membantu masalah penghadaman antioksidan.


AWWA COKLAT MOCHA


Selain 8 jenis makanan Sunnah, ianya turut mengandungi bahan aktif Garcinia Cambogia yang dipercayai boleh meningkatkan hormone serotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga. Selain itu ianya mempercepatkan proses pengecutan rahim semasa berpantang dan menambah susu badan. Garcinia Cambodia juga mengandungi Asid Hidroksi Sitrik (HCA) yang bertindak sebagai bahan yang merencatkan nafsu makan dan mengurangkan berat badan. Disebabkan itulah minuman tanpa kafein Awwa Coklat Mocha dikatakan bermanfaat untuk mereka yang mengalami masalah kurang lawas, buncit dan seumpamanya kerana ianya turut berfungsi melawaskan perut. TETAPI, harus diingatkan bahawa kerana mengandungi Garcinia Cambogia, makanya Awwa Coklat Mocha tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung dan kanak-kanak.


Dari segi rasa, bagi saya memang sedap. Paling saya suka sebab ianya tidak terlalu manis seperti kebanyakan minuman coklat/susu kat pasaran. Variasi minuman Awwa kegemaran saya semestinya Awwa Susu Kurma Strawberi dan Awwa Coklat Kurma. Suami saya pulak lebih gemar Awwa Minuman Coklat Mocha. Walaupun minuman Awwa ni mengandungi kurma, tapi rasa kurmanya takdelah ketara sangat sampai mengganggu rasa perisa susu itu sendiri. Syok betul bila dapat minum minuman yang sedap tapi dalam masa yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh. Jadi jika korang juga salah seorang pengemar minuman coklat dan susu, jemputlah cuba produk AWWA yang awesome ni sekali. Dengar kata, jualan minuman Awwa ni memang tinggi terutama dalam kalangan ibubapa untuk anak masing-masing.


Hampir lupa pula nak cerita tentang harga minuman Awwa ni. Minuman Awwa dipasarkan dengan harga RM35 (Semenanjung Malaysia) / RM45 (Sabah & Sarawak). Tapi, sekarang ni they all tengah ada promosi. So setiap pek dijual dengan harga promosi RM28 sahaja. Setiap pek mengandungi 10 sachet (10 sachet x 25gm). Cara nak bancuh pun mudah je. Hanya tuangkan satu sachet ke dalam secawan (150ml) air panas, kacau dan sedia diminum.




NOTA PENTING :
1. Minuman Awwa yang bersesuaian untuk kanak-kanak adalah Awwa Susu Kurma Strawberi dan Arwa Coklat Kurma. Untuk kanak-kanak diusia yang masih kecil, disarankan hanya ½ sachet sahaja.
2. Awwa Coklat Mocha tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu mengandung.

20 comments:

  1. menarik.
    semlm pun aida ada baca review pasal ni.
    berkenan aida yg mocha tu. caffein lover kan.
    stroberi tu utk anak-anak dara. sure diorang suka la.
    sebaiknya kita beli produk ni, support produk tempatan.
    then ada makanan sunnah. dpt pahala kita :) in shaa Allah...

    ReplyDelete
  2. Arwa Coklat Mocha looks interesting since I love Mocha so much. The price per pack also quite affordable for me to try this out.

    ReplyDelete
  3. Tadi macam perasan arwa coklat mocha ni kat kedai jamu. Mudah nak dapatkan arwa coklat mocha ni. Boleh kurus.

    ReplyDelete
  4. Hey....... this is something I need for my health. Packaging product dia pun cantik. Thanx for recommending btw.

    ReplyDelete
  5. Wah!!sedapnye tgok awak mnum susu ARWA perisa strwberri tue..murah plak tue..nk try la sekotak dulu..

    ReplyDelete
  6. Kita dari hari tu dah target nak try kurma cokelat bila tengok kat ig hari tu. Sebab nak diet kawal makan, nak minum ni bagi kenyang bagi tenaga banyak before makan. hehe. Sbb both coklat and kurma very good in body combustion, energy lift up semua tu. Memang purrrfect untuk diet~

    ReplyDelete
  7. bagus lah produk baru ni. ada makanan sunnah sekali. nak beli lah, nak bagi anak2 minum , bagus utk kesihatan seisi keluarga

    ReplyDelete
  8. Wah, satu produk yang baharu bagi Naim, Nampak sedap pula di tambah ada makanan sunnah. Ia akan menjadi pilihan utama masyarakat kita. Terima kasih kerana kongsi satu produk sebegini.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya yang coklat tu kita suka rasa coklat memang kegemaran kita hehehe bestnya kalau dapat boleh buat minuman waktu pagi sebelum pergi kerja sangat mudah dan senang nak bancuh...

    ReplyDelete
  10. Tak pernah cuba lagi, tapi boleh le beli untuk anak, sure dia suka,,lagi pun bahan yang terkandung bagus sangat

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap je semua flavour minuman Arwa ni lagi2 strawberi tu. Lia ingatkan mahal tadi rupanya harga sangat berpatutan. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  12. bagus minuman untuk minda ni. bukan sahaja untuk minda namun untuk kecergasan diri juga. boleh amalkan.

    ReplyDelete
  13. macam-macam pilihan perisa ada ye. penuh khasiat untuk seisi keluarga. stoberi tu nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  14. done follow #580. hai emilinda, forst time saya singgah sini. arwa tu menarik lah, murah plak tu serta berkhasiat. untung lah siapa grab, senang buat sarapan or minum oetang

    ReplyDelete
  15. First time dgr produk minuman jenama ARWA. Bagusnya minuman sunnah mcm ni bg kanaj2 tentu suka

    ReplyDelete
  16. Bagus juga ni.. Anak2 mesti suka sbb mcm2 perisa kan.. Packagingnya pun cantik je tgok.. Harga pun not bad murah juga ingat mahal... Terbaikk..

    ReplyDelete
  17. Hey pandai die berguraw arwah ye.Awas!Btw nampak menarik
    minuman sunnah ni. Nak kene try rasa ni. Macam best jer

    ReplyDelete
  18. yeah sis dh tryyyy... mmg sedappp!! puashati.... =D paling suka yg rasa coklat kurma tu

    ReplyDelete
  19. dah minum..memng sedap..lain daripada yang lain minuman dia tau..sedp sangatt

    ReplyDelete
  20. Nampak sedap je semua flavour minuman Arwa ni especially strawberi. Ingatkan mahal tadi rupanya harga sangat berpatutan. Boleh cuba nanti. Thanks.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.