Biasanya kalau kita nak bercuti ke sesuatu destinasi, perkara pertama yang kita akan uruskan adalah tiket penerbangan dan juga penginapan. Bagaimana pula dengan aktiviti, pengangkutan dan makanan sepanjang percutian kita? Haaa disinilah platform Klook memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan percutian kita. Yela, zaman serba canggih ni memang semuanya boleh diuruskan dihujung jari je. Takkanlah dah sampai ke destinasi percutian baru kita nak kalut beli tiket ke taman tema, beli tiket pengangkutan, cari kereta sewa, cari tempat makan dan seumpamanya. Tentu sahaja perkara sebegitu sedikit sebanyak mengganggu kelancaran aktiviti percutian kita, serta agak memenatkan dan time consuming. Alangkah bagus sekiranya perkara-perkara sebegitu boleh kita uruskan sebelum percutian bermula, kan? Disebabkan itulah wujudnya platform Klook untuk memudahkan dan melancarkan setiap percutian kita.
Btw saya baru tahu rupanya KLOOK adalah singkatan bagi Keep Looking.
Bagi mempergiatkan dan memperkembangkan lagi industri pelancongan serta memperkukuhkan lagi operasi Klook di rantau Asia Tenggara, Klook telah mengambil langkah dengan mewujudkan sebuah pejabat bersepadu yang terbaru berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan keluasan melebihi 15,000 kaki persegi, pejabat baru Klook yang terletak di KL Eco City ini menggabungkan fungsi utama organisasi meliputi pembangunan perniagaan, perkhidmatan korporat, pemasaran, dan pengendalian perkhidmatan di bawah satu bumbung.
Yeay dapat peluang explore ofis baru Klook!
Saya sendiri berpeluang melawat ke ruang pejabat baru Klook untuk melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang disediakan disitu. Premis terbaru Klook ini ternyata menempatkan unit perkhidmatan pelanggan yang terbesar di rantau ini. Unit perkhidmatan pelanggan Klook dianggotai lebih daripada 100 staff yang mampu bertutur pelbagai Bahasa (keseluruhan 8 bahasa termasuk English, Mandarin, Cantonese, Thai, Indonesian, Japanese & German) yang bersedia memberi bantuan kepada pelanggan melalui pelbagai saluran siang dan malam. Dengan jumlah kakitangan yang semakin ramai, ruang pejabat terbaru ini mencukupi untuk menampung keperluan kerja mereka.
Ruang pantry berkonsep terbuka yang luas, siap boleh dijadikan event space. Time ni they all buat office warming session
Ruang kerja
Saya sendiri agak impressed dengan ruang pejabat terbaru Klook. Saya kira ianya adalah ruangan yang sangat moden dan selesa untuk kegunaan harian para pekerja. Pantry yang luas, bilik mesyuarat yang pelbagai saiz dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi, ruang rehat, dan pelbagai lagi. Setiap bilik mesyuarat diberi nama berdasarkan nama bandar-bandar utama di Malaysia dan menggunakan kod penerbangan (contoh KUL untuk Kuala Lumpur, PEN untuk Penang, JHB untuk Johor Bahru, BKI untuk Kota Kinabalu dan beberapa lagi). Paling saya suka adalah terdapat Rejuvenation Room untuk para pekerja berehat dan recharge. Rejuvenation Room dilengkapi dengan bean bags dan warm ambient lighting, sangat bersesuaian untuk para pekerja berehat & tidur sebentar. Eh seriously rasanya setiap ofis kat Malaysia ni perlu ada Rejuvenation Room. Sangat membantu untuk para pekerja merasa selesa.
Rejuvenation room
Bilik mesyuarat paling besar
Bilik mesyuarat kecil
Pejabat ini dilengkapi dengan bilik mesyuarat pelbagai saiz
Selain itu, terdapat juga ruangan santai untuk para pekerja mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan untuk meningkatkan kreativiti. Ruangan ini dilengkapi dengan dinding berlumut, buaian dan lampu neon. Lumut yang terdapat didinding ruangan ini adalah lumut hidup. Kagum pulak rasanya sebab they all guna lumut hidup untuk dinding yang terletak dalam ruangan tertutup. Kreatif sungguh! Dah la cantik, very instagramable! Ofis Klook juga mempunyai pemandangan bandar Kuala Lumpur. Penat-penat bekerja, bolehlah chill kejap layan pemandangan Kuala Lumpur, heheh.
Interior design dekat setiap sudut di pejabat ni sangatlah cantik
Ruangan santai
Lumut kat dinding tu memang lumut hidup tau!
Check out my video
Bestnya kalau kat ofis ada phone booth ni
Pihak Klook sentiasa menetapkan matlamat untuk memperkasakan pelancongan dan menawarkan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada para pelancong. Dalam masa terdekat, Klook masih giat mengembangkan industri pelancongan tempatan melalui penganjuran Klook Travel fest 2019 yang bakal diadakan pada 28 dan 29 September 2019 di MiTEC.
wah bestnya ada office camni. bukan setakat selesa tapi setiap hari rasa nak gi kerja. very cool dan sangt friendly. sanggup buat OT kalau dapat office macam ni hahaa
ReplyDeletePertama kali dengar pasal KLOOK ni. Rupanya dah ada dari 2017. Kiranya macam agensi pelancongan yang menguruskan semua aktiviti semasa travel. KL Eco City ni sebelah rumah sis aje. Dekat sangat nak pergi jengah. Besar betul office KLOOK dgn pelbagai kemudahan menarik.
ReplyDeleteCantiknya office dieorang. Warna yang dieorang pakai calming habis. Deko pun simple tapi kemas dan tersusun. Memang sape yang kerja dekat sini mesti rasa seronok
ReplyDeleteada baca dah few review pasal klook ni. kagum nyer dgn ofis klook ni.
ReplyDeletedari sini kita boleh nampak how serious klook is utk berbisnes dan layan customer.
terbaik facilities ofis nyer.
pekerja aman. bisnes pun dpt tarik ramai customer kan. ohsem!
first time dengar dan tahu pasal klook ni. tak sangka dah wujud dri tahun 2017. bolehlah lepas ni nak gunakan khidmat klook untuk bercuti. cantik & efisien pejabatnya. teringin pulak nak kerja dengan klook. haha.. terima kasih share ya :)
ReplyDeleteLove this space alot! Their interior is super warm and comfy, feels like second home for the staff there
ReplyDeleteSekarang ni senang macam ni sebab orang tak perlu nak sewa pejabat besar-besar kerana tak ramai pekerja pun jadi rugi kalau ada satu lokasi yang lengkap macam KLOOK ni lagi untung orang buat business online...
ReplyDeletePernah dengar tapi tak tahu apa. Now baru tahu..hehehe.
ReplyDeleteCantik ya office dia. Macam santai2 aje. Syiok le sape keja kat sini
tau pasal klook ni tapi tak pernh guna..wah dia punya pejabat tu nampak best giler..nak kerja pun selesa je..
ReplyDeleteWow... Klook makin berkembang DI Malaysia. Bagus lah sbb mesti makin banyak product dan promosi yg akan di tawarkan kpd kita nanti sebagai pengguna
ReplyDeleteCantek opis dia. Nampak tersusun kemas dan rapi. Pernah dengar pasal klook. Katanya harga promosi yg ditawarkan mmg kaw kaw
ReplyDeletewahhh cantiknya office KLOOK ni! Bilik mesyuarat kecil dia nampak cantik sangat. Dinding berlumut tu pun cantik! Bila office cantik, rasa semangat nak buat kerja, environment pun ceria
ReplyDeleteBertuahnya dapat masuk office Klook! Dulu Nad pernah masuk office 8share, lawa sangat! Suka office company private camni, happening je. Dapat hilang sikit stress time kerja kan.
ReplyDeleteCantik opis mereka. Ruang yang disediaka. Tu nampak macam sistematik..
ReplyDeleteRuangan kerja tu macam memberi ketenangan.
Terbaik la..
Wah cantik betol pejabat baru diorang ya. Tahniah kat Klook. teringin jugak nak ke sini.
ReplyDeletenak usha jugaklah pejabat diorang sebab tahu KLOOL ni jenama untuk kaki travel seleuruh negara ....mudah dan jimat...
ReplyDeleteMemang best kan ada peluang have a tour at KLOOK new office, i like thier modern design and open concept. Tak sabar nak book travel attractions with KLOOK.
ReplyDelete