Makan Tengahari di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara - emilinda

Sunday, July 28, 2019

Makan Tengahari di Restoren Dapor Terbakor, Kota Damansara

Pagi tadi kebetulan ada urusan dekat belah-belah Kota Damansara. So dah alang-alang kat luar tu why not makan tengahari kat luar je kan? Waktu tu saya bersama suami dan beberapa lagi kawan. Saya memang tak familiar sangat dengan tempat-tempat makan di Kota Damansara sebab jarang ke sana. Ke sana hanya bila ada urusan sahaja. Kawan-kawan ajak try makan dekat Restoren Dapor Terbakor. Nama restoren tu sebenarnya yang menarik perhatian kitorang untuk mencuba. Unik betul nama restoren ni.



Kalau tengok pada menu, macam-macam ada kat restoren ni. Masakan panas ada, nasi putih dan lauk-pauk lain pun ada. Tapi restoren ni bukan berkonsepkan nasi campur. Bila kita order baru dia masak. Tengok dalam menu, asam pedas pun ada jugak. Ya Allah, tergoda betul. Tapi kebelakangan ni perut tak tahan pedas, so batalkan niat untuk makan asam pedas tu.

Chocolate Milkshake & Starwberry Milkshake - RM6 satu

Cuaca kat luar panas betul waktu tu. Yela, tengahari kot. Nasib baik air yang dipesan cepat sampai, boleh lah buat basahkan tekak yang kering tu. Sambil tunggu lauk-pauk siap dimasak, kitorang makan tauhu bakor dulu.

Tauhu bakor - RM5

Kat bawah ni antara menu yang kitorang makan di Restoren Dapor Terbakor. Dijemput menjamu mata ye, heheh.

Siakap 3 rasa - RM25

Set Bakor Utara - Ayam bakor, daging bakor, kambing bakor

Takk dinafikan, ikan siakap 3 rasa kat restoren Dapor Terbakor ni sedap, rasa tak puas pulak makan ikan siakap 3 rasa ni tadi. Set bakor utara tu pulak terdiri daripada kambing bakor, ayam bakor dan daging bakor. Untuk lauk-pauk bakar ni, pengunjung boleh order individual set yang didatangkan sekali dengan nasi. Range harga untuk individual set adalah dari RM9-Rm20 (bergantung pada jenis lauk yang dipilih - samada ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, sotong bakar atau rusuk bakar). Tapi kalau pergi dalam jumlah yang ramai, lebih berbaloi jika order set yang sekali dengan tomyam dan sayur dan beberapa jenis lauk lain.

Ayam Buttermilk & Udang Buttermilk

Tom yam ayam

Sayur Pak Choy masak tiram

Ayam/udang buttermilk kat Restoren Dapor Terbakor ni pun tak kurang sedapnya jugak. Set ayam buttermilk (RM9) dan set udang buttermilk (RM11) turut didatangkan bersama nasi. Sedap masak buttermilk kat sini. Ayam dan udang masak salted egg pun ada jugak, tapi untuk kunjungan kali ni kitorang tak try pun. Lain kali mungkin?

Mee kuah udang - RM20

Mee Kuah Gearbox - RM20

Tak rasa nak makan nasi? Bihun sup, mee kuah, dan maggi kari pun ada jugak. Tadi kitorang try jugak mee kuah gearbox dan mee kuah udang. Kuah dia sedap weyhhh, memang puas hati dan berbaloi dengan harga. Saiz udangnya pun not bad jugak.


Bagi saya kadar harga makanan kat Restoren Dapor Terbakor ni taklah mahal. Memang berbaloi dengan portion yang kita dapat tu. My first expectation ingat harganya lebih mahal sebab lokasi kedainya yang terletak di kawasan yang agak membangun. Tapi rupanya sangat mampu milik. Menu yang ada pun memang menarik.

Restoren Dapor Terbakor
The Strand, 16G, Jalan PJU 5/20D, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

22 comments:

  1. Restoran ni buka sampai pukul berapa ye? Siakap tu murah dan sedap nya nampak.. lama tak makan siakap 3 rasa ni. Dah laa tgh lapar ni tgk menu menceceh ayaq lioq

    ReplyDelete
  2. tengok set bakor utara tu. pergh mengiurkanlah sis. nanti boleh cuba ni, tengok makanan lain pon sedap tu.

    ReplyDelete
  3. saya paling suka makan tohu bakar dan ayam bakar. kekadang susah nak tau sedap ke tak sebab tak pernah cuba. thanks for the review, nanti i nak pergi ngan family lah. nak try udang tuh pulak.

    ReplyDelete
  4. Terlioq tgok mee kuag gearbox dan ayam buttermilk tu. Rugi pulak rasa x pergi semalam. Tak apalah..kalu ada masa sis terjah sana

    ReplyDelete
  5. looks so yummy! I'd love to eat lunch here.. feeling hungry now... all the dishes looks so delicious! slurp!

    ReplyDelete
  6. menarik nyer menu dia. harga pun boleh tahan lah. have have ni :)
    yg gearbox tu aida nak try if dtg makan kat sini.

    ReplyDelete
  7. perghhhh...ayaq lioq aku pula yang terbakor lihat menu tauhu bakor tu. Susah bila kita ni peminat tegar tauhu...nampak je terus kecur air liur. Tak tahu la bila dapat nak ke damansara lagi...tunggu ada meeting lagi la kot baru dapat cuba masakan restoran tu.

    ReplyDelete
  8. OK la not bad harga dia.. Utk ikan siakap yg besaq tu RM25.. Bg sis murah jugak tu kan...

    ReplyDelete
  9. nampak sedap dan menyelerakan! terliur pulak saya. harga pun nampaknya berpatutan. rasanya macam nak kena singgah restoran ni nanti kalau ada urusan dekat kawasan tu. :)

    ReplyDelete
  10. harga pun bersesuian kan. Awat di Selangor. hehe. Jika ada kesempatan ke Selangor, Naim akan pergi kedai ini. Terima kasih bagitau hehe

    ReplyDelete
  11. Aduyai... Memula terliur nengok Set Bakor Utara - Ayam bakor, daging bakor, kambing bakor tu...
    Pastu udang Ayam buttermilk, pastu mee kuah. Huhuuu... Jahatnya! Rasa nak pi sekarang gak..

    ReplyDelete
  12. Terliur pulak tengok set bakar utara. Lengkap 3 jenis sekali. Bila order baru diorang bakar ye? Mesti sedap panas2 , juicy ni. Selalu sini ramai orang tak? Makanan cepat hantar? Nk cuba la weekend ni dengan family

    ReplyDelete
  13. MAK AIH DIA punya set daging bakar tu kemain nampak sedap gila... teringin la nak cuba... nanti nak singgah la dapor terkbakorrr ni... minuman pun nampak juicy habis... nampaknya kena bawa gak husband ni.. dia terima tak cashless... debit kredit ?

    ReplyDelete
  14. wah sedapnya emiii.. eh haarga dia pun takde la mahal mana... mcm okay je harga dgn kuantiti bahan tu... rasa sedap tu paling bagus.. terliur dh kita... hahahhaa

    ReplyDelete
  15. Ya ampun makanan dia semua nampak sedap2 dan menarik. I x pernah makan kat sini tapi dekat bolehlah terjah satu hr nanti

    ReplyDelete
  16. oh my god..menu dia..memnag semua nampak sedap..penuh satu pinggan tu..hasihh..kene pergi ni cuba rasa..ikan bakar dia..adoii..terus lapor

    ReplyDelete
  17. Terliur tengok set utara bakor. Daging bakar tu macam sedap je.

    ReplyDelete
  18. set daging bakor tu bestlah...tauhu bakor pun sama ....aduihhh terliur tengokkk

    ReplyDelete
  19. Wow menu2 dia nampak menyelerakan sungguh. Lagi2 set bakor dia tu.. Wawa terliur tgokenu daging bakor.. Huhu.. Harga menu pun takdela mahal sgt berbaloi la juga kan kalau lunch sini

    ReplyDelete
  20. Wahhh sedapnye menu2 dia. Terliur da ni. Btw sy folower br, jemput follow my blog 🤗

    ReplyDelete
  21. peerhgh.. set terbakar utama tuuu pergh !! sedapnya nampak.
    nak mai ni kena ajak ramai2. baru bleh order banyak2..

    ReplyDelete
  22. aduhai weyyyyyyyy menitik ayaq liur tengok semua menu tu. hahahaha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.