Saya dan tunang (now suami) memang setuju bahawasanya bab gambar ni penting. Sebenarnya kalau ada bajet lebih, allocate sikit untuk videographer pun bagus jugak. Tapi dek kerana kekangan bajet, kami rasa memadai hanya dengan gambar sahaja. Lepas bertunang, kami ada tempoh 5 bulan lebih je untuk setelkan persiapan kahwin termasuk cari photographer dan bridal. So awal Januari saya cakap kat tunang, nak tak nak kita kena all out cari photographer sampai jumpa dalam minggu ni jugak. Dalam tempoh beberapa hari tu memang tak cukup tidur duk discuss pasal ni. Sama-sama survey melalui Facebook dan Instagram. Rasa nak juling mata dua-dua sebab banyak sangat duk scroll tengok gambar kat Instagram. Tengok hasil gambar, yang mana rasa okay saya akan whatsapp minta quotation. Kitorang tetapkan bajet maksima untuk photographer, dan dari situ kitorang shortlist beberapa photographer. Memandangkan majlis kami buat time musim raya, so seboleh mungkin saya nak cari photographer yang dekat sebab kalau jauh risau pulak jalan jammed, makanya photographer pun tak kunjung tiba. Kat Kelantan ramai je photographer tapi sebab orang Kelantan jenis buat kenduri time raya so ramai photographer yang tak available pada tarikh wedding saya tu. Ada satu photographer tu saya berkenan sangat dengan hasil gambarnya, tapi dia tak nak ambil job pada raya ke-2 malam. Masih nak raya katanya. Saya akad nikah raya ke-2, malam. Kenduri saya raya ke-3.
Pemilik M.A Pictures ni namanya Muein, muda lagi orangnya. Rasanya baya-baya adik saya kot. Awalnya saya risau jugak kot la si Muein ni datang lambat ke, atau Muein ni jenis yang serious/skema sangat sampai tahap saya rasa awkward nak posing ke bhahaha. Yela, kita ni bukan biasa posing-posing bagai. Sekali kalau dapat photographer yang jenis kaku & tak mesra, tak ke lagi kaku kita dibuatnya? Nasib baik Muein ni boleh dikatakan jenis yang tepati waktu (memang dia datang awal untuk prepare sebelum majlis), dan jenis yang mesra (so kita tak rasa kekok nak bekerjasama & posing).
Untuk outdoor, kitorang buat sehari lepas setel kenduri belah lelaki. Untuk outdoor ni Muein bawak sekali kawan-kawan dia untuk tolong dari segi prop & lighting. Outdoor buat waktu petang sampai la lepas Maghrib. Bukan senang untuk setiap photographer nak hasilkan gambar yang cantik ye adik-adik. Dah macam-macam gaya dah geng Muein ni time tangkap gambar outdoor ni, demi nak dapatkan hasil gambar yang cantik. Pengantin kepenatan tu takleh nak cakap apa lah kan, nak kahwin kena la hadap semua tu. Tahan je badan kena gigit nyamuk sebab nak remain static masa tangkap gambar, hahah.
Pengantin raya, haruslah main bunga api
Yang time nak tangkap gambar dengan bunga api tu paling struggle. Gigih semua tunggu sampai Maghrib sebab nak tunggu gelap sikit. Lepastu struggle betul geng Muein ni nak hasilkan asap berkepuk-kepuk kat belakang tu. Asap tu bukan semulajadi wujud kat situ, dan setakat bunga api sikit tu memang tak mampu nak hasilkan asap yang banyak macam tu. So they all time tu jugak jadi kreatif, hasilkan asap tambahan kat belakang tu. Demi nak hasilkan gambar yang menarik untuk kita. Dengan nak hasilkan lighting kat belakang tu lagi. Obviously it is not easy. So kat sini ketara tau effort para photographer demi nak hasilkan gambar yang cantik. Masa tu saya dengan husband be like “ooo macam ni cara photographer bekerja ye. Susahnya nak hasilkan gambar yang cantik”.
Softcopy gambar kahwin dah dapat. Tinggal nak tunggu album siap je. Thank you Muein dan rakan-rakan untuk gambar kahwin kami yang cantik. Orang Kelantan kalau nak kahwin atau memerlukan khidmat photographer di Kelantan bagi apa-apa majlis, boleh lah usha pakej dari Muein ni.
M.A Pictures (Muein Adnan)
Instagram : https://www.instagram.com/m.a.pictures__/
Whatsapp : www.wasap.my/60179694179
Bukan nak kata apa lah kan Emi, tapi photographer ni memang pentinggg sangat-sangat bagi Nad untuk wedding. Takkan sama dengan hasil amik guna handphone. Siapa jela yang sanggup amik gambar setiap pergerakan kita kalau tak dibayar hahah. Nak edit pun satu hal. Berbaloi bayar photographer sikit pastu gambar cantik! <3
ReplyDeleteCantiknyaaaa! Photographer memang the main important person for groom amd bride. Kawin sekali je kot, kita naklah moment indah² tu semua dirakamkan dengan baik dan cantik. Betul tak? Cx kalau boleh, nak buat lg sekali wedding photo tau waima anak dah berderet hahaah!
ReplyDeletecongrats on your wedding yeaa hehe! anyway cantik2 jugak hasil gambar photographer tuu, mesti seronok tgk bila dpt wedding album tu kan.
ReplyDeleteWoah gempaknya gambar hujung-hujung tu! Mesti banyak lagi shot lawa-lawa ni. Btw memang setuju bila bab pentingnya gambar-gambar ni semua untuk hari-hari bermakna kita. Itu jelah kenangan yang ada untuk kita main throwback bila dah tua nanti kan. Haha. Btw tahniah atas perkahwinan! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Aminn. :)
ReplyDeleteبَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
ReplyDeletememang cecantik gambar team ni ambik. Betul, gambar tu la boleh buat kenangan. perabih duit kat photographer mmg takpe. huhu
cantiknyaaa semua gambaa! padu!
ReplyDeleteTahniah awak. Dah kahwin dah rupanya. Last jumpa masa review makan dekat Indobowl. Gambar kahwin awak cantik sangat! Bestnya ambil gambar cantik-cantik macam ni! Tetiba rasa nak ambil gambar family. hahha
ReplyDeleteCantiknya semua gambar! Dalam apa2 event photographer and make up bagi I yang paling penting. Sebab kenangan seumur hidup kan. Kena the best quality dan puas hati. Tak kesah la byr mahal pun. Hehe
ReplyDeletesokong.... kalau untuk majlis perkahwinan dan ada budget, jangan berkira sangat untuk photographer. Bila kualiti gambar yang diambil sangat cantik dan berkualiti, pasti kita akan sangat berpuas hati. Lagi lagi tu semua utk kenangan seumur hidup
ReplyDeletecantik betul semua gambar-gambar ni. mesti puas hati giler kan bila dapat gambar kahwin yang cantik dan berkualiti macam ni.
ReplyDeletePhotographer tu penting utk majlis perkahwinan. Mouse mommy suka ambil gambor candid dan capture happy moments,jadi sy pun pilih photographer yang serasi dengan gaya saya. :)
ReplyDeleteMemang memori ketika majlis nie penting. Jika ada bajet lebih, memang best kalau ada videographer. Tapi kalau takde, maka better amik photog yang berpengalaman.
ReplyDeleteYour pictures memang cantik. Confirm album kelak lagi menarik.
Cantik sangat gambar, rasa menyesal pulak tak ambil wedding photgrapher betul2 masa kahwin dulu. Ambil photographer cincai sebab nak videographer. Bila tengok gambar you rasa macam nak reshoot balik gambar kahwin.
ReplyDeletedulu kala aida kawin, masih guna filem.
ReplyDeletedigital masa tu sgt mahal! so tau jer la kan, guna filem.
byk yg out :( sebab amik gambar org lain, bukan gambar pengantin hu hu hu hu...
at the end, utk pengantin tinggal sikit aje.
tak sampai 15 keping pun gambar kami yg elok.
tahniah emi. semoga kekal hingga ke jannah.
dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah. in shaa Allah...
memang hebat lah muien ni, suka sangat outdoor photoshoot. Kalau kena bayar mahal pun memang berbaloi sangat. Soft copy pun dah cantik, tak boleh imagine album nanti. So worth it!
ReplyDeleteCantik2 gbr klu x cantik jgk xtaulah Kan? Upah photographer yg btl2 tau buat keja barulah hasilnya memuaskan.
ReplyDeleteBagus uoah fotogracer. Tapi zaman sekarang ni nak selamat mena ada sign kontrak hitam putih. I dulu kawen dah terkena. Dia janji akan cover wedding kita, last2 dia pergi cover weddi g org lain, dan hantar wakil je untuk cover wedding kita. Padahal kita dah book awal. Fotografer gantian tu pula x pro. Sangat amateur kerja dia. Sedih. Kita bayar based on dia punya skill. 2.5k kot kita upah.
ReplyDeleteThanks for taking the time to discuss this, I feel strongly that love and read more on this topic. If possible, such as gain knowledge, would you mind updating your blog with additional information? It is very useful for me. CT wedding photographer
ReplyDelete