Satu lagi lokasi berbuka puasa secara buffet yang saya nak cadangkan bagi korang yang sangat menggemari masakan kampung adalah di
Silka Hotel, KL.Tahun lepas pun saya sempat berbuka disini. Disebabkan keenakan rasa masakan kat sini, tahun ni saya repeat lagi berbuka kat sini. Serious, saya nak senaraikan beberapa menu yang sangat menambat hati saya di buffet Ramadhan Silka Hotel Maytower.
Telur itik masak lemak
Telur Itik Lemak Cili Padi. Serious, rasa telur itik masak lemak kat sini sebijik macam yang mak saya masak. Paling hampirlah rasa dia dengan masakan mak saya. Banyak buffet kat tempat lain turut menyediakan menu ini, tapi memang tak boleh alwan kesedapan telur itik masak lemak kat sini. Saya memang ternanti-nanti dan sangat mengharap agar menu telur itik masak lemak ni dikekalkan kat buffet Ramadhan Silka Hotel tahun ini. Alhamdulillah, suka betul saya bila menu ini masih dikekalkan pada tahun ini. Dan, rasa dia memang tak mengecewakan! Sebijik rasa macam tahun lepas punya.
Setiap tahun, buffet Ramadhan kat Silka Hotel Maytower ni memang menjadi pilihan ramai. Yela, lokasinya pun strategik sangat. Berdekatan Jakel Mall, so alang-alang nak pergi shopping baju raya boleh lah singgah berbuka disini. Terdapat banyak lagi sajian yang sangat membuka selera di Silka Hotel ni. Kalau saya nak senaraikan satu persatu memang tak habis!
By the way, kalau korang berbuka puasa disini, jangan lepaskan peluang untuk minum air soya. Tak tahu la kenapa, tapi saya secara peribadinya sangat menggemari air soya di sini. Rasanya sangat unik berbanding air soya kat tempat lain. Saya fikir air soya ni memang dibuat sendiri oleh pihak kulinari Silka Hotel kot? Restoran lain biasanya guna air soya kotak aje.
Selera Ramadhan @ La Maison, Silka Maytower Kuala Lumpur
7 May 2019 sehingga 4 June 2019
Harga : RM85/dewasa , RM45/kanak-kanak (6-12 tahun) , RM60/warga emas (60 tahun ke atas)
+60326929298 / +60162011655
sales.maytower@silkahotels.com
P/S: Warna pada gambar agak berbeza sedikit disebabkan pencahayaan.
banyak nya makanan.. adoi.. bahaya tau !!!!!!!!
ReplyDeleteamboii, banyaknya dia pergi buffet ramadan..kenyang perut dia tau..ehhee..kita yang tengok ni terliur tau..hahahaa..bagusla bulan puasa ni banyak org buat buffet kan..senang pilih..ni pun nampak sedp
ReplyDeletesiput sedutlah yang paling sedap, bukan senang nak dapat makan siput sedut time-time bulan puasa ni kan. not bad jugak harganya yer
ReplyDeleteAduhai terliur terus tengok gambar makanan ni semua. Especially telur itik masak lemak cili padi tu, memang favourite dish i lah. Ada lauk tu, mau bertambah makan nasi hehehe
ReplyDeletewahhh ada gulai telur itik dengan siput sedut tu...syok kalau dapat srottt siput tu....biasanya yang lauk tu saya ambik sepinggan dan makan gitu jerrr
ReplyDeleteKita rasa dah cukup sebulan punya buka puasa bila tengok kat sini hehehehe memang banyak makanan dan juga paling win adalah kambing golek tu hehehe murah juga harga boleh tahan untuk orang KL pergi berbuka di sini..
ReplyDeleteSeronok betul tengok buffet ramadan meriah sana sini..sis pun sampai dah tak larat nk pergi dah..hehehe.
ReplyDeleteTapi tengok kat sini menarik jugak hidangan dia..kena pikir ni nak gi ke idok :)
Masyaallah, menariknya menu menu kat sini,rasa nak try cuba minggu depan
ReplyDeleteKita pernah pergi hi tea buffet kat Silka ni dulu. Sedap juga makanan dia. Ni kalau buffer ramadan mesti lagi sedap & menarik ya
ReplyDeletewahhhh meriah betul hidangan-hidangan buffet ramadhan di sini ya. menu2 dia sangat pelbagai dan semuanya nampak sedap. rambang mata dibuatnya. nanti nak bawa satu family berbuka dekat sini lah. macam best je.
ReplyDeletebestnya.. banyak menunya.. memang time bulan puasa tgk makanan semua sedap dan nak makan kan.. tgk dessert dia pun dan best.confrim taktahu nakpilih yg mana satu nakmkn byk..hihihi
ReplyDeletesuka sangat menu telur itik! Desserts dia nampak best sangat nak makan. Air soya dia sedap? Dia buat sendiri kot sis.
ReplyDeletebestnya menu dia. suka kalau buffet ramadan hidang menu2 kampung ni. terubat rindu masakan mak kat kpg esp siput sedut dgn masak lemak telur itik tu 😋
ReplyDeleteWahhh... . Meriahnya pilihan menu yang ada! Kambing golek tu menggoda sungguh. Harga pun not bad, boleh laaa plan bawak family buka puasa sini
ReplyDeleteBestnya berbuka dekat sini. Makanan banyak. Memang asyik bangun duduk lah dok refill makanan hehhe. Tengok gambar pon dah terliur tau!
ReplyDeleteREPEAT UTK KE-2 TAHUN INI,MOSTLY MMG SEDAP SEMUA JUADAH....HARGA BERPATUTAN.KENA CUBA JIKA ADA YANG BELUM...
ReplyDeleteAmnoinya banyak makanan untuk iftar. Macam macam ada. Ish tengok gambar pun dah buka selera tau
ReplyDeleteWah syok yer, dah pergi makan sini setiap tahun. teringin pula nk cuba air soya yang emi cakap sedap lain macam kat sini. air soya kalau freshly made memang sedap
ReplyDelete