Review Buffet Ramadhan 2019 - Juadah Ramadhan @ Cosmo Hotel KL - emilinda

Monday, May 13, 2019

Review Buffet Ramadhan 2019 - Juadah Ramadhan @ Cosmo Hotel KL

Assalamualaikum. Kali ni saya masih nak bercerita tentang buffet Ramadhan. Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan tentang buffet Ramadhan di Cosmo Hotel KL. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Cosmo Hotel. Tahun lepas saya tak sertai sesi preview buffet Ramadhan di Cosmo Hotel ni dek kerana kekangan masa. Tapi untuk tahun ini saya berkesempatan turut serta.

Siput Sedut Masak Lemak


Buffet Ramadhan di Cosmo Hotel yang bertemakan Juadah Ramadhan ini boleh dinikmati bermula 5 May 2019 sehingga 3 June 2019. Kepelbagaian juadah yang disediakan disini sungguh menambat hati saya. Jangan risau, ruang solat yang mencukupi ada disediakan. Kalau nak solat terawih di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pun boleh, hanya 5 minit berjalan kaki dari Cosmo Hotel. 

Nasi Briyani Gam

Sate Ayam

Kari Kepala Ikan Merah

Sambal Udang Petai

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah Nasi Briyani Gam, Sate Ayam dan Sate Daging, Kari Kepala Ikan Merah, Ebor Asam Pedas, Bubur Lambuk, Sup Ekor Lembu, Ayam Masak Merah, Sambal Udang Petai, Lala Masak Paprik, Sotong Masak Kicap, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talapia Sambal Hijau, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bakar, Roti John dan pelbagai lagi.

Ikan bakar

Talapia Sambal Hijau

Ketupat

Aneka kerabu

Ulam-ulaman

Terdapat juga lemang, ketupat palas, aneka kerabu serta ulam-ulaman yang sememangnya menjadi buruan setiap kali waktu berbuka puasa.



Kuih-muih dan pencuci mulut turut disediakan. Memang tak lengkap buffet Ramadhan tanpa kuih-muih dan pencuci mulut. Pencuci mulut yang paling saya suka kat sini adalah Sagu Gula Melaka, sedappp. Saya siap bertambah-tambah.


Kadar harga bagi buffet Ramadhan di Cosmo Hotel adalah RM88/dewasa (50% diskaun untuk kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas). Kalau nak lebih penjimatan, boleh beli voucher berbuka puasa dari Cosmo Hotel ni lebih awal iaitu dari 29 April sehingga 4 May 2019 dengan kadar harga RM65/dewasa. Jadi seeloknya rancanglah lebih awal supaya dapat beli dengan harga yang lebih jimat.

Café Mint, Level 1 Cosmo Hotel KL
Waktu : 6.30 petang – 10 malam

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian +60320301888 ext. 8027 atau boleh email ke chkl.ramadan@cosmohotelkl.com

NOTA : Telekung ada disediakan diruang solat hotel, tetapi jika ingin lebih selesa disarankan bawa telekung sendiri memandangkan jumlah pengunjung yang mungkin agak ramai ketika bulan Ramadhan.

30 comments:

  1. Sedap sedap nampak makanan dieorang ni. Paling suka tengok kuih muih tu. Ya Allah sedap betul tengok. Harga pun OK jugak lah untuk pilihan makanan yang banyak macam ni

    ReplyDelete
  2. shall show my sis in law of this, spotted her favorite food here. Good that you share the nice food here, my sis in law love to eat and this shall be nice to surprise her.

    ReplyDelete
  3. Menu buffet ni sangat menyelerakan.. Harga pun sangat2 berbaloi. Kat penang ni jarang ada pakej buffet yang harga bawah rm70. Kalau ada pun x banyak...

    ReplyDelete
  4. Siput sedut is one of my favorite dishes! The buffet looks great

    ReplyDelete
  5. wow... during this festival season ... all sharing is about whre to have nice food for buka puasa... never visit cosmo hotel before .. i think one day i should pay a visit also.

    ReplyDelete
  6. Wah.
    Rawlins suka harganya bawah RM100.
    Yang penting - gambar siput tu first - mesti ramai terliur tengok tu.
    Rawlins plak terus cari kuih muih dan confirm memang best!
    Nampak gaya kena selit gak hotel nie utk berbuka kelak

    ReplyDelete
  7. Mak aiii, banyak juadah ada di sediakan, dan ada fav akk tu ha siput sedut, kuih lama ..adoiiii lapaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Banyak pilihan kan.. paling suka siput sedut tu haa.. sedapnya lah..

    ReplyDelete
  9. Perghhh... Siput sedut tuuu dah buat kita tak keruan. Sedapnya laaa hai.
    Terliur. Dibuatnya.
    Harga pun amat berpatutan. Boleh war warkan kat kengkawan buka puasa kat sini nanti

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi cuba makanan kat Hotel Cosmo ni, tengok sedap2 jugak ya menu diaorg. Boleh le nanti bawak family ke sna. First sis nak terjah siput sedut tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernh peegi lagi makan dekat sini.. Pergh tgk makanna dia semua menyelerakan.. Terliur tengok.. Harga pun not bad.. Bolehla datang sini sebelun hbis puasa ni

    ReplyDelete
  12. Uish sedapnya tgok siput sedut & daging salai masak lemak..fav kita tu

    ReplyDelete
  13. First time dengar pasal Cosmo Hotel ni. Menarik gak menunya. Sambal udang petai ngan daging salai masak lemak tu menggodanyaaaaa

    ReplyDelete
  14. Sedap sedap tengok semua makannan yang ada. Dagung salai masak lemak cili api tuh memang favourite betul .Kalau makan ni memang tak pandang kiri kanan dah. First time dengar pasal Cosmo Hotel ni. Kategori hotel baru jugak kan

    ReplyDelete
  15. Kari kepala ikan dia mengancam betul. Suka tengok pilihan makanan kat sini semuanya menarik dan sedap. Boleh ajak famili berbuka kat sini nanti

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Menu siput sedut dengan sambal udang petai tu memang rare sangat.. Bikin terliur tengok ada pulak kari kepala ikan.. Memang best.. Terima kasih diatas perkongsian ini.. Nnt boleh kongsikan dgn yg lain

    ReplyDelete
  18. Rarenya ada siput sedut....sedapppp

    ReplyDelete
  19. Jarang menu buffet ada siput sedut. Dan kuihnya pun banyak yg klasik2.

    ReplyDelete
  20. sedap² semua menu kat sini.. buat perut meminta² jerk.. hehe

    ReplyDelete
  21. terliur tengok sambal udang petai dia, dah lama tak merasa, kene singgah ni nanti harga pun murah so tak sabar nak pergi weekend nanti.

    ReplyDelete
  22. Lia pun baru dengar pasal hotel cosmo ni. Banyak juga menu lauk sempena ramadan ni yer. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  23. wah macam menarik je..harga pun boleh tahan..dekat dgn masjid jamek plak tu..kalau teringin nak terawih kat masjek jamek boleh cuba buka puasa kat sini

    ReplyDelete
  24. Wahhhh first photo nampak Siput Sedut Masak Lemak dahhhh hati dah terjebat then ada sambal udang petai pulak, nak ajak my boss buka kat sana la.

    ReplyDelete
  25. Tak pernah lagi pi Cosmo Hotel ni.. fuh menu dia.. dasyat.. haha.. telan liur sat nengok.. hahaha.. eh bahaya tengok lama-lama ni.. puasa.. huhu

    ReplyDelete
  26. Hmmm... Sedapnya siput sedut and bryani gam dah lama tak mkn tau...sana sini mkn buffet Ramadan mmg puas hati

    ReplyDelete
  27. Uihhh awal-awal dah letak gambar siput sedut. Sedapnya. Kalau nak makan siput sedut takleh memalu kan. Hahaha.

    ReplyDelete
  28. Wah sedapnya tengok menu2 yang dihidangkan. Lagi2 siput sedut masak lemak cili apa tu. Boleh try ni. Sedapnya

    ReplyDelete
  29. The food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. :)

    ReplyDelete
  30. Ya Allah! Gambar first tu memang mengundang ye wakkkkkk!haha.... Loni puasa-puasa ni payah nau nak cari siput sedut, last-last beli siap dah je kat bazar. Pastu mahal lak tu, huhu.... Anyway, seronoknya tengok menu-menu dia, meriah uols!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.