Menu Festive Delight Bersempena Musim Perayaan Di Tony Roma's - emilinda

Tuesday, May 21, 2019

Menu Festive Delight Bersempena Musim Perayaan Di Tony Roma's

Kalau korang plan untuk berbuka beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan, korang boleh pertimbangkan untuk berbuka di Tony Roma's. Kenapa? Sebab bersempena bulan Ramadhan dan juga hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, pihak Tony Roma's turut membawakan hidangan istimewa dan eksklusif Festive Delight untuk santapan semua. Yela, bosan jugak kan sebulan berpuasa ni asyik nak hadap juadah masakan kampung aje waktu berbuka. Pergi buffet Ramadhan kat hotel pun sama, kebanyakannya menyediakan hidangan ala-ala masakan kampung. Hello, sesekali nak jugak berbuka ala-ala western kannn. So yeah, kalau nak berbuka ala-ala western korang boleh pertimbangkan untuk berbuka di Tony Roma's.

Selera Iftar

Bersempena musim perayaan kali ini, pihak Tony Roma's membawakan beberapa juadah menarik untuk santapan kita semua. Antaranya adalah set Selera Iftar yang boleh dinikmati oleh 3-4 orang. Menggabungkan Lamb Ribs Roma Rack with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, 2 slabs of beef riblet dengan sos original Tony Roma's, coral mix salad, jagung, 2 hot baguette, 4 mashed potato atau nasi, dan 4 hidangan sup (soup of the day) ini berharga RM168.80

Meriah Meal

Kalau nak makan untuk 5-6 orang, boleh ambil set Meriah Meal yang berharga RM258.80 . Set Meriah Meal ini mengandungi Lamb Ribs Full Slab with honey plum sauce, 1/2 ayam BBQ, 2 slabs of beef riblet dengan sos original Tony Roma's, coral mix salad dengan Kickin' shrimp, 3 hot baguette, 6 mashed potato atau nasi, dan 6 hidangan sup.

TR Original BBQ 1/4 Chicken

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken

Selain itu, beberapa perisa BBQ chicken set turut boleh didapati sepanjang musim perayaan ini. Terdapat 3 pilihan untuk BBQ Chicken Set iaitu Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken, Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken, dan TR Original BBQ 1/4 Chicken. Setiap satunya boleh didapati dengan kadar harga RM30.90/set. Kalau nak take away or delivery, sesuai sangatlah order set yang ni. 

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken

My personal opinion? Hmmm sebenarnya kalau disuruh pilih rasanya memang tak boleh nak pilih sebab i really love all the food here. Dari mashed potato hinggalah ke lamb rib, semuanya memang kena dengan tekak saya ni. Setiap satu mempunyai rasa yang tersendiri. But i really love the Meriah Meal sebab ada Kickin Shrimp tu. Serious udang dia sedap sangat, rasa nak mintak tambah aje. Nak repeat lagi ke makan kan sini nanti? Of course! Sempat lagi ni nak datang makan menu festive delight ni banyak-banyak kali kat Tony Roma's sebab menu Festive Delight ni bermula 1 May sehingga 30 June di semua outlet Tony Roma's.


By the way, am i the only one who thinks that mashed potato dekat Tony Roma's ni extra sedap berbanding mashed potato kat restoren lain? Mashed potato here is the best i ever had! Sedap weyh.

Mashed potato sedap

8 comments:

  1. OMG tony romas punya ribs mmg terabaek! ya Allah craving dh n that set RM168.80 utk 4 org mmg berbaloi!

    ReplyDelete
  2. terliur k mid tengok..idea yang baikkan..asyik makanan kampung aje...sekali sekala tukar selera apa salahnya :)

    ReplyDelete
  3. Memang boleh buat iman tergoda kalau tengok menu TR nie time tengah hari. Nasib Rawlins buka lepas berbuka hahaha. Dah aim nak berbuka kat TR next week. Yeay!

    ReplyDelete
  4. sedap tengok mashed potato dia, nampak macam gebu. Menu dia untuk berbuka nampak sedap, simple je sesuai untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete
  5. Sis paling suka lamb ribs dia, memang sedap. Memang dari dulu kalau nak makan lamb ribs ni, harus ke Tony Romas. Ni rasa nak gi lagi ni..nak berbuka kat sana gan family pulak

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu buffet ramadhan kat sini. Menyelerakan. Tak pernah lagi akak makan kat sin . Nanti ada masa nak datang jugak makan makan kat sini dwngan family

    ReplyDelete
  7. Wow... Dengar je nama Tony Romas confirm terbayang kesedapan makanan dia.. Menu yang ditawarkan sangat menyelerakan dan dapat memikat deria rasa.

    ReplyDelete
  8. Wah best nyer menu baru kat Tony Romas, I like their Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken. Memang sedap giller.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.