Lagipun saya masih belum berkahwin. Tinggal kat KL ni pun menyewa dengan rakan-rakan lain. Nak masak fancy sangat pun rasa tak syok, sebab siapa ajelah yang nak makan nanti kan. Rakan serumah kadang-kadang berbuka kat luar. So memang sekadar untuk santapan diri sendiri sahaja. Walaupun saya jarang memasak untuk juadah berbuka, tapi saya tetap perlu sediakan makanan untuk bersahur. Sepanjang seminggu ni juadah sahur saya memang simple. Bangun bersahur pun bukan awal sangat nak masak fancy-fancy, hehe.
Bihun goreng bujang, dari jenama Berkat
Ini peneman tiap kali sahur. Chocolate malt drink dia sedap weyhh
Antara menu bersahur saya adalah bihun goreng dan hirisan telur ditabur dengan bawang goreng. Ini paling rajin dah ni. Bila tak rajin, saya bakar roti je makan dengan jem atau mentega. Lepastu bancuh air coklat panas, dan makan kurma sebiji dua. Ini menu setakat seminggu yang pertama ni la.
Makan roti dengan jem pun dah cukup sedap. Jem ni saya beli sampai 3 tau untuk bekalan.
Tapi kelengkapan barang dapur untuk Ramadhan ni ada saya beli siap-siap, yang mudah disediakanlah. Contohnya sardin, telur, roti, biskut, jem untuk disapu kat roti, sos, susu, serbuk minuman, bihun dan lain-lain.
Sambal sardin tumis memang salah satu menu yang saya gemari. Esok nak masak sardinlah untuk sahur!
Untuk bersahur memang saya lagi prefer makanan yang simple. Baru berselera. Contohnya sambal sardin dimakan dengan nasi panas-panas. Perghhh, memang boleh makan bertambah. Takpun buat sandwich sardine. Sardin dalam tin pun saya dah beli beberapa tin untuk kegunaan sepanjang Ramadhan ni.
Sehari sebelum puasa hari tu saya sempat pergi shopping barang dapur sikit kat Segi Fresh untuk keperluan bulan puasa. Rancangan awalnya nak beli sikit je, tapi bila dah sampai sana terbeli banyak pulak hahaha. Mungkin sebab tengok harga dia agak murah berbanding kat tempat lain. So takpelah, beli je terus. Benda boleh simpan buat stok kannn. Barang-barang basah macam lauk-pauk, buah-buahan dan sayur-sayuran pun murah-murah kat sana. Tapi sebab saya tahu memang akan jarang masak dibulan Ramadhan ni, so saya pilih untuk shopping barangan dapur yang kering sahajalah. Penting tau barang-barang macam ni untuk orang bujang macam saya ni sebab mudah disediakan. Bangun sahur lambat pun masih sempat makan.
Premix coffee untuk minum lepas terawih
Suka betul bau kopi premix ni
Pada pendapat saya, kadar harga barangan dapur dan runcit di Segi Fresh memang murah berbanding pasaraya lain. Memang sesuai dan berbaloi la untuk golongan peniaga-peniaga makanan dan suri rumah yang memang hari-hari memasak. Eh kalau nak buat kenduri kendara dan makan-makan pun, elok sangatlah beli kat Segi Fresh!
wahhh..... i have bearing about this Segi Fresh lately and surprisingly they are cheap price too.... out of my expectation!
ReplyDeleteYaya jarang pergi Segi Fresh sebab tak ada kat area rumah Yaya. Tapi Yaya pernah nampak masa lalu kat Balakong. Boleh try beli persiapan lauk raya kat sana nanti hee
ReplyDeleteBorong sakan you kat sini. I Ada nampak Hari Tu tapi tak sempat singgah . Next time nak try la. Nampak Barang basah dia fresh belaka.
ReplyDeleteBelum pernah jejak kaki ke Segi Fresh. Tak tahu mana tah branch dia
ReplyDeleteTapi betul la kalau orang bujang nak masak banyak-banyak nanti end up membazir. Masak sekadar kenyangkan perut tapi sekali sekali masak banyak-banyak ok juga. jamu kawan serumah
ReplyDeletewah ramai dah update shopping baru dapur murah di segi fresh. Banyak barang boleh dapat kat sini. Rasa nak pergi sana juga nak try shopping sendiri.
ReplyDeletemenu simple je tapi kalu buat memang rajin betul time bulan puasa ni. Pandai betul emi masak mee goreng tu, lepas tu hidang dengan air lemon + laici tu. tetiba perut terus rasa lapar baca entri ni
ReplyDeleteMemang jimat gilerrr kita pun suka beli kat sini barang banyaks segar dan murah-murah percaya boleh penuh satu troli dengan banyak barang murah dan berkualiti terbaik Segi Fresh Market...
ReplyDeleteBanyak jugak emi shopping di Segi Fresh ye .Ramai cakap jinat gila bila shopping di Segi Fresh ni sebab barangan yang dijual semua murah mirah dan segara kan. Kalau area rumah akak ada segi fresh lama dah akak terjah
ReplyDeleteSedapnya soda. Herbs laici tu.... Buat buka puasa memang asyikkkk!
ReplyDeleteArea rumah Nina pun ada Segi. Suka shopping sini, segar dan fresh. Harga pun berpatutan.
Walaupun bujang tetap rajin masak. Kipidap. Mmg kebanyakan barang di seg fresh murah-murah dan segar
ReplyDeleteWalaupun belum nikah, banyak juga belanja ya kak :-)
ReplyDeleteSelamat berpuasa
Salam kenal dari ayu blogger indonesia :-)
Barang-barang di sini nampak segar dan murah. Saya pun nak pergi buat my grocery shopping kat sini.
ReplyDeleteWah I love grocery shopping, will visit Segi Fresh soon the products looks fresh and affordable!
ReplyDelete