Tuah Promosikan Produk di Facebook Live , Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Bernilai RM500 Ribu - emilinda

Tuesday, April 9, 2019

Tuah Promosikan Produk di Facebook Live , Siti Jamumall Mendapat Tajaan Perkahwinan Bernilai RM500 Ribu

Siapa je yang tak mahukan majlis perkahwinan yang grand dan mewah kan? Kalau tanya saya, saya pun nak. Tapi kena fikir soal kos dan bajet la pulak. Lain kisahnya dengan Siti Suriani atau lebih mesra dikenali sebagai Siti Jamumall. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perkahwinan Siti Jamumall yang pada asalnya dirancang secara kecil-kecilan sahaja akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang grand dan mewah kerana mendapat tajaan perkahwinan bernilai sehingga RM 500 000 dari hampir 100 vendor! Bertuah sungguh Siti Jamumall ni. For those yang biasa duk layan live dekat Facebook, mesti kenal siapa Siti Jamumall ni kan? Kecik molek, manis orangnya. Siti merupakan adik founder JamuMall.Com merangkap host bagi Facebook Live Jamumallcom . Alah, si gadis comel molek yang selalu duk buat live review di Facebook tu.


Ramai artis dan vendor-vendor perniagaan tempatan yang memilih untuk mempercayai Jamumall.com sebagai platform bagi memperkenalkan dan mengetengahkan produk-produk mereka. Kalau korang follow Facebook Jamumallcom , korang tentu terbiasa dengar dan tengok Siti ni berceloteh dekat Facebook live dalam mempromosikan produk-produk yang dipasarkan melalui platform Jamumall.Com . Kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk tersebut, sebaik sahaja Siti mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin, banyak sungguh pihak vendor yang pernah berurusan dengan Jamumall.com menawarkan tajaan untuk perkahwinan Siti.



Sewaktu ditanya berkenaan tajaan yang diterima ini, Siti jelas merasa sungguh terharu dengan reaksi positif dari vendor-vendor yang pernah bekerjasama dengan Jamumall.com . Ternyata usaha Siti selama 3 tahun duk buat live di Facebook bagi membantu mempromosikan produk usahawan tempatan membuahkan hasil dan dihargai oleh para vendor. Merasa sungguh bersyukur, Siti dan pasangannya berharap agar dilimpahkan rezeki bagi pihak vendor yang dah berbesar hati menaja majlis perkahwianan mereka.


Saya sendiri turut dijemput ke majlis perkahwinan Siti dan pasangannya, Syafiq pada hari Ahad yang lepas, 7 April 2019 bertempat di Laman Kayangan Shah Alam. Sebaik melangkah ke dewan perkahwinan, saya merasakan sangat kagum dengan dekorasi dan suasana perkahwinan yang gah itu. Pelamin dia memang idaman sangatlah! Katanya dekorasi pelamin & hiasan dewan adalah hasil creativity pihak Weddings by Emma. Jarang sangatlah saya ke majlis perkahwinan yang serba mewah macam ni. Dah la Siti Jamumall ni seorang yang humble dan tak sombong, dijemputnya semua orang ke majlis perkahwinan dia. Kiranya sesiapa sahaja nak datang pun boleh. Perkahwinan mewah konsep terbuka gitu, takde diskriminasi. Orang ramai memang dialu-alukan hadir.



Kek pengantin yang bertingkat bagai tu adalah tajaan dari Mad About Cake. Serious weyh, kek aje dah lawa gila. Kalau saya, sayang kot nak potong & makan hahah. Persalinan pengantin adalah tajaan dari Dlia Jane Bridal Collection. Lawa teruk weyh! Masa pengantin sampai dan berarak nak ke pelamin, nampak jelas detailing baju pengantin perempuan. Lawaaaa…siap ada beberapa orang bridesmaid tolong angkat gaun yang meleret-leret tu.

Waktu saya melangkahkan kaki ke dewan, saya segera disapa oleh beberapa orang staff Jamumall.com dan diberikan doorgift yang saya kira sangat mewah dan meriah. Yela, biasa kita pergi wedding dapat doorgift satu atau 2 sahaja. Tapi hasil tajaan pelbagai pihak, setiap tetamu diberikan doorgift yang pelbagai. Kat bawah ni antara doorgift yang saya dapat dari majlis perkahwian Siti Jamumall. Jujur saya sebagai tetamu merasa sangat teruja dan gembira bila dapat doorgift meriah macam ni. Sepanjang berlangsungnya majlis, majlis diserikan dengan persembahan muzik live dari  Mata Mata Band.


Antara penaja-penaja lain yang turut menaja perkahwinan Siti adalah Ana Zahra Beauty, Seri Lady Empire Resources, Zacthira Navillioniza, Luxe Essencia Resources, Gallery Bawal, Irahsukri, Pretty Aini, Scarf by Mehrun, Art Creation Printing, dan lain-lain.

Otak-otak dari Azlan Otak-otak (019-2149465)

Pasembor Kambing dari Joker Cendolz


Mi kari dari Chef Nar Kitchens

Dari segi makanan pula memang sedap-sedap. Pelbagai sungguh menu di majlis perkahwinan Siti Jamumall ni. Antara vendor yang terlibat menaja makanan di majlis perkahwinan Siti adalah Aiskrim Viral @noranoor , Aiskrim Colek , Icely Aiskrim Potong, mee kari dari Chef Nar Kitchens , laksa johor dari Rumpun Selera, Pasembor kambing panggang dari Joker Cendolz, Apam balik The Veggiess, Satay Ros , Azlan Otak-otak (019-2149465). Meriah sungguh dengan makanan, tak termakan tetamu dibuatnya.


Selamat pengantin baru diucapkan buat Siti Jamumall dan pasangannya Syafiq. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh onak duri. Moga keduanya saling bertolak ansur dan sayang menyanyangi. Salah satu pakej honeymoon Siti dan pasangan ditaja oleh Arwana Resort.


31 comments:

  1. She's such a fortunate girl. Such a grand wedding

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki dia.. Tahniah pasangan pengantin.. Sweet je.. Mmg lawa sgt

    ReplyDelete
  3. Beruntung badan pengantin. Rezeki dia kan. Siap dapat tajaan macam macam tu.

    ReplyDelete
  4. meriah betul majlisnya. Alhamdulillah, rezeki beliau kan. pelamin pun cantik, suka pilihan warna dia.

    ReplyDelete
  5. Rezeki kedua mempelai dapat penajaan rm500k untuk majlis kahwin .

    ReplyDelete
  6. sedap-sedap semua makanan kat sana kan...fuhhh...mmg best kenduri dah macam karnival dah...hahaha

    ReplyDelete
  7. Meriahnye wedding dia.. Untung badan dpt sponsor kan.. rezeki si cantik manis..

    ReplyDelete
  8. wah meriah sangat majlis kawin siti ni..dah mcm wedding of the year..kalah artis..hihi

    ReplyDelete
  9. Untung die. Rezeki sangat kan sebab die selalu je promote barang orang lain live dekat fb. Bile nak kawen daat rezeki macam ni.

    ReplyDelete
  10. Hai.. untung siti jamumall ni.. semuanya ditaja.. wah wah.. cuci tangan je dia kan.. syok gitu.. tetamu yang hadir pun dapat goodies bag yang barang2 nya awesome sangattt.,.

    ReplyDelete
  11. Tu la rezeki dia, pandai cakap, promote dan orang semua suka terus dpt rezeki tajaan. Memang meriah betul ya. Bagus la semua orang dijemput. Doorgift pun meriah ye

    ReplyDelete
  12. Bertuahnya siti dapat tajaan, murah rezeki dia bnyk pula tu

    ReplyDelete
  13. Wah betul2 grand ni kan.. Untung betul siti dpt tajaan cmni . Tuah badan betul

    ReplyDelete
  14. meriahnya, alhamdulillah murah rezeki dia..semoga perkahwinan siti jamumall berkekalan sampai syurga..Aamiiin

    ReplyDelete
  15. Tu lah orang tua-tua kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau kan. Rezeki betul org nak sponsor mcm ni.. Semoga berkekalan hingga ke syurga buat pasangan pengantin

    ReplyDelete
  16. meriah , pernah tengok jugak live dia tapi memang gempaklah yer wedding dia sebab ramai sponsor ....

    ReplyDelete
  17. tak pernah kenal pengantin, tapi untungnya. rm500k ditaja! mmg wedding of the year :) meriah dan cantik

    ReplyDelete
  18. Serius tak tahu siapa pengantin ni .tau pun sebab majlis perkahwinannya disebut sebut dapat tajaan sampai 500k .Rezeki kedua mempelai diraikan dalam majlis serba mewah dan meriah ni .banyak dapat tajaan dari a sampai z .untungnya

    ReplyDelete
  19. Rezeki Siti dapat tajaan sampai RM500K. Alhamdulillah. Mesti seronok tetamu yang datang majlis tu. Mewah, meriah dan cantik serba serbi. Goodies pun macam-macam ada tu.. bestt

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Bertuahnya pengantin. Rezeki dia tanpa disangka sangka kan.
    Ditaja untuk perkahwinannya.
    Alhamdulillah..semoga penaja nya juga sntiasa dimurahkan rezeki.
    Dan selamat pengantin baru..

    ReplyDelete
  21. wah tak sangka siti dah kahwin dengan syafiq..diam-diam je naik pelamin. BBL pernah tengok siti buat live promote produk dalam live fecebook dia tu. untung betul si siti dapat sponser dari ramai founder produk. semoga bahagia hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  22. Bwetuah snagat siti ni ya.. Dapat tajaan banyak macam tu.. Siapa yang tak suka. .SSelamat pengabtin baru siti. Semoga kekal sehingg akhie hayar bersama pasangan

    ReplyDelete
  23. Untung adik siti ni ramai org taja. Majlis pula berlansung dengan meriah san sempurna

    ReplyDelete
  24. Untung ramai penaja majlis perkahwinan. Konsep ni ramai yang buat lately. Tambahan yang ada platform. Cuma tak dimaklumkan macam Siti ni punya. Semoga terus sukses. Liputan dari blogger pun dah cukup utk sponsor semua diketahui. Selain korang dapat makan kenduri. Haha. Semoga Berbahagia Hingga Anak Cucu Siti & Syafiq

    ReplyDelete
  25. Omg... so meriah this wedding ceremony. Plus with the tajaan rm500k i rasa boleh jadi wedding of the year kot.

    ReplyDelete
  26. Bestnya kena taja gini kan. Sama2 dia boleh share rezeki yg org bagi kat dia. Betul lah, benda baik akan dibalas balik. Bila datang Allah nak bagi rezeki atas keikhlasan buat keje tu, Allah akan bagi belipat ganda yang kita tak sangka boleh dapat kan.

    ReplyDelete
  27. Bertuah sungguh dia kan. Kalau lah sis dapat tajaan banyak ni..fuhh lompat ke bintang sis dibuatnya. Memang seronok dpt ke wedding cam gini, kita yg dtg pun mcm2 dapat

    ReplyDelete
  28. Wow tak jangka hebat mcm ni Wedding dia

    ReplyDelete
  29. Hard work pay off.. well... She indeed a real business generate live influencers... Congratulation to her...

    ReplyDelete
  30. Rezeki dia. Rm500k tu bukanlah satu jmlah yg sikit. Btw sejujurnya daya x knal pun dia sapa. Haha. Hrbat dia dpt tajaan kawim sampai 500k

    ReplyDelete
  31. Selecting the right local SEO services company requires careful consideration of various factors. These include the company's experience, track record, and understanding of local market dynamics. Additionally, the ability to tailor strategies to meet the unique needs of each business is crucial.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.