Sunday, April 21, 2019

Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik

PETALING JAYA, 16 April 2019 – Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).


Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.


Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”


Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”


Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.

15 comments:

  1. Memang bagus they all buat program camni. At least they all can interact with public other than family members.

    ReplyDelete
  2. tahniah Nestle buat program CSR sebegini. Elok tuk create awareness tentang kanak2 autistik. sambil kita guna produk nestle boleh bantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Patutnya lebih banyak badan koporat dan juga NGO atau companya besar macam ni kena buat program untuk golongan yang memerlukan macam ni. Kita suka kalau dapat peluang join acara macam ni...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bagus ya Nestle buat program macam ni, harap banyak lagi company2 yang ikut serta dalam program mcm ni supaya dapat memberi kefahaman tentang kanak2 autistik ni

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada aktiviti macam ni, harap ada lebih banyak lagi aktitivi macam ni untuk golongan2 yang istimewa ni secara tak langsung dapat dedahkan mereka atau lebih dekat dengan masyarakat, bukan hanya kenal keluarga sahaja kan. dan masyarakat pun boleh turut sama beriadah bersama mereka. Mereka pun seperti kita juga perlukan perhatian dan keseronokan.

    ReplyDelete
  6. Bagus nestle buat CSR untuk bantu kanak kanak macam ni. Syarikat korporat lain pun patut cobtohi nestle dalam program csr masing masing

    ReplyDelete
  7. bagus aktiviti csr macam ni...terutama kita as masyarakat ken asama2 prihatin kena bantu mereka yang memerlukan. apatah lagi kanak-kanak, mereka lebih memerlukan perhatian dari kita sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  8. Kudos Nestle for organising such an CSR activities. They have most definitely set an example to other companies out there Great initiative

    ReplyDelete
  9. Program amal yang sangat baik. Memberi peluang untuk support dan beri perhatian kpd mereka yang sgt istimewa. Semoga terus success n usaha berterusan.

    ReplyDelete
  10. bagus aktiviti csr sebegini. kalau tak syarikat2 besar yang buat program mcm nie, sapelah lagi yg nak buat golongan seperti ini gembira. diharapkan lebih banyak lagi program seperti ini di masa hadapan

    ReplyDelete
  11. Baguslah program yg dianjurkan oleh nestle dgn kerjasama NASOM nie.. Dapat masyarakat mendekati dan lebih memahami golongan seperti ini.. Moga ramai pihak yg tampil mengadakan program seumpama ini

    ReplyDelete
  12. Baik nyer activiti macam ni, kerap kan lah buat kerja amal. Kalau tak dapat derma wang ringgit derma masa and tenaga pun bagus juga.

    ReplyDelete
  13. bagusnya ada aktiviti macam ni..sambil kita menyumbang sambil kita bermesra dengan kanak2 autistik ni..

    ReplyDelete
  14. it's good that nestle has this kind of initiatives. I myself have personally worked with autistic children before and most of them are more of a genius than many others normal functioning people.

    ReplyDelete
  15. Bgus ada csr program mcm ni.. At least dpt hiburkan hati knak2 autistik ni kan.. Good job nestle

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.