Thursday, April 11, 2019

Review Buffet Ramadhan 2019 – Nostalgia Sajian Desa di Restoren Rebung Dato Chef Ismail

Hai korang! Kali ni nak kongsikan satu lagi restoren yang menawarkan pakej buffet Ramadhan di Kuala Lumpur iaitu Restoren Rebung Dato Chef Ismail. Rasanya restoren ni tak perlu diperkenalkan lagi bagi warga Kuala Lumpur, rata-rata memang tahu tentang kewujudan Restoren Rebung yang bertempat di Taman Botani Perdana ini. Siapa tak kenal Dato Chef Ismail, kan? Masakan dia memang sedappp! Tema yang dibawa oleh Restoren Rebung Dato Chef Ismail untuk buffet Ramadhan kali ini ialah Nostalgia Sajian Desa.


Tema Buffet Ramadhan : Nostalgia Sajian Desa
Harga : RM84 (dewasa) / RM53 (kanak-kanak 5-11 tahun)
Nama Restoren : Restoren Rebung Dato Chef Ismail
Lokasi : 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525


First round

Saya tak pasti tentang selera korang semua. Tapi kalau saya, bulan puasa memang duk selalu teringin nak makan masakan kampung. Kalau pergi bazaar Ramadhan, memang duk tumpu dekat gerai yang jual lauk-pauk masakan kampung la. So kalau korang pun macam saya juga, saya sarankan korang memilih Restoren Rebung sebagai lokasi berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menu apa yang korang boleh dapatkan kat sini? Saya berkesempatan ke majlis preview buffet Ramadhan di Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni. So saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang menu yang ada disitu.

Siput Sedut Masak Lemak

Terdapat lebih dari 90 menu yang dihidangkan di buffet Ramadhan Restoren Rebung. Antara menu utama yang disediakan adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Telur Itik Masak Lemak, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, dan Siput Sedut Masak Lemak.

Ikan Patin Masak Tempoyak

 Daging Salai Masak Lemak

Telur Itik Masak Lemak

Rebung Masak Lemak

Lauk pauk lain yang turut disediakan adalah Ikan Singgang, Kari Ikan, Ikan Goreng Berlado, Ikan Masak Taucu, Gulai Lemak Ikan, Ikan Bakar, Ayam Masak Merah, Ayam Keturub dan lain-lain lagi. Lauk-pauk ni boleh dimakan bersama hidangan nasi putih, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Ulam, Nasi Oren, Nasi Karot, Nasi Dagang, Nasi Ambeng dan beberapa jenis nasi lagi. Paling saya suka sebab ada Nasi Kerabu! Hello, dah nama pun orang Kelantan, pergi ke mana-mana mesti cari Nasi Kerabu, heheh.


Ayam Masak Merah

Nasi Kerabu

Ikan Goreng Celup Tepung

Ayam Percik


Tak lengkaplah buffet Ramadhan bertemakan sajian desa kalau taka da kuih-muih, kan? Don’t worry, kat sini ada banyak kuih-muih tradisional Melayu seperti kuih Seri Muka, Karipap, Apam Berlauk, Sago Gula Melaka, Dodol, Pulut Kacau, Bubur Cha Cha, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Butir Delima, Tepung Bungkus, kuih Buah Melaka, Roti Jala, Serawa Durian, Pengat Pisang, Bubur Pisang, Lempeng Kelapa, Popia Basah dan pelbagai lagi. Memang betul-betul menggamit nostalgia berbuka puasa di kampung bersama kaum keluarga seperti dahulu kala.

Murtabak

Keropok pun ada

Laksam

Roti Jala

Onde-onde

Rojak Buah



Pengat Pisang

Sambil menjamu selera, para tetamu bakal dialunkan irama Ghazal dari kumpulan Ghazal Sri Nuasa yang dibawa khas oleh pihak Restoren Rebung Dato Chef Ismail.


Lokasi Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni memang strategic sangatlah kalau nak buat makan-makan berbuka puasa beramai-ramai. Mana tidaknya, ada banyak ruangan bilik berasingan yang mampu memuatkan ramai orang. Kemudahan surau, lif, dan ruangan parking juga merupakan antara faktor kenapa setiap tahun ramai yang memilih untuk berbuka puasa di sini.

Pakej bufet Ramadan ini akan bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019. Untuk tempahan, boleh hubungi 03-2276 3535.

22 comments:

  1. restoren chef ismail ni tak salah kalau takde masak lemak kan..tp iols belum berkesempatan lagi lah nak pergi sini..insyallah kalau ada rezeki turun sana bulan puasa nanti boleh lah berbuka di restoran chef ismail..bab2 masakan melayu ni mmg iols punya favourite..yummy

    ReplyDelete
  2. Dato Chef Ismail memang seorang Chef yang sangat terkenal. time kecil dulu selalu tengok rancangan masakan dia kat TV. Banyak-banyak masakan dekat sini, saya sangat tertarik dengan Siput Sedut Masak Lemak.

    ReplyDelete
  3. Allahu. Sedapnya la masakan Chef Ismail nie. Nie yang membuat Rawlins terasa nak terjah kelak kat sana. Cadangnya tahun nie rerakan memang nak berbuka kat sana, so tak sabar.

    ReplyDelete
  4. untunglaa dapat merasa air tangan chef ismail! suka juga makan dekat sini sebab sedap-sedap belaka. hari tu nak pergi tapi fikir mesti ramai gila so tolak. takpe nanti ada peluang nak berbuka dekat sini

    ReplyDelete
  5. Tiap tiap tahun, buffet Ramadhan restaurant Rebung ni mmg menjadi sebutan kan. Dia punya masak lemak tu... adoi... menggiurkan betul.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah mai lagi Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni, Baru tahu Chef Ismail ada Restoran sendiri yea.. wah.. cayalah! tengok menu-menu pun fuhhh... terliur kott..

    ReplyDelete
  7. Uishhh. Restoren Chef Ismail tu. Mesti masakan dia semua sedap-sedap. Nampak ada macam-macam kuih yang sedap kat situ. Terliur pulak tengok gambar2 makanan ni.

    ReplyDelete
  8. Wahhh tak pernah lagi ke sana.. masak lemak tu menu yang sgt sedap tak sangka laksam pon ada. Tu memang favourite ena. Pasti sambar dulu kalau ada.

    ReplyDelete
  9. Wow.. banyaknya makanan yang disediakan. Sedap-sedap belaka nampaknya. Sampai penuh pinggan dengan lauk pauk tu kan hehe. Makanan sampingan lain pun perghhh.. rambang mata nak makan yang mana heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Alaaaa... Jelesnya! Air tangan Chef Ismail memang sedap. Restoran nya full pack bulan ramadhan nanti. Alahai... Terliur nengok siput sedut tu.. Huhuuh

    ReplyDelete
  11. Banyaknya pilihan menu makanan yang ada. Teringin nak makam di restoran Chef Ismail tapi tak berkesempatan. Bestnya emi dapat makan di restoran Chef Ismail

    ReplyDelete
  12. Makanan dia memang nak sedap dan buat kite terliur.. ish kecur air liur dibuatnya!Citarasa masakan kampung memang terigin nak makan dekat restoran rebung ni! Moga ada peluang masa Ramadhan nanti..

    ReplyDelete
  13. Restoran Rebung nie selalu jadi bualan org ramai sebab menu2 dorg sangat sedap. Maklumlah, chef ismail yg masak. Tahun nie xnak ketinggalan untuk berbuka puasa kat sini. Nak bawa satu family ke sini

    ReplyDelete
  14. Juadah di restoran rebung mmg banyak seleksi dari segi makanan melayu. memang sedap2 dan kalau pencinta makanan melayu mmg excited

    ReplyDelete
  15. Mouth watering menu menu ni. Hehhee daging salai masak lemak nampak tempting sangat.Harga not bad. Boleh cuba bufet ni

    ReplyDelete
  16. What a delicious treat have to give Restoren Rebung Dato Chef Ismail a try, I didn't know there's this place in Taman Botani Perdana.

    ReplyDelete
  17. Liez tak berpeluang lg nak rasa masakan chef ismail dekat rebung ni.. madakan dia hmmmm mmg menduga la.. buat rasa membuak nak rasa menu restoran rebung..menu kampung yang wajib mkn bila ramadhan

    ReplyDelete
  18. Kalu ke sini, AM suka masakan daging masak lemak cili padi n siput sedut.. Memang terbaik.. Nanti bulan puasa kita buka puasa beramai2 d sini yea..

    ReplyDelete
  19. Fuh! Merecik tengok hidangan yang disediakan. Memang terbaiklah. Cx dahlah lapar ni. Hahaha memng rasa Oh! Allah! Kenapa ku diuji sebegini? Ahhaha cx blm berkesempatan untuk dpt rasa masakan chef ismail

    ReplyDelete
  20. Terliur tengok semua masakan Chef Ismail. Dish yang i paling paling suka is Siput Sedut Masak Lemak. Biasa i akan ambil satu mangkuk besar and eat slowly

    ReplyDelete
  21. Suka pi Rebung ni. Sebab makanan confirmed sedap. Lepas tu parking banyak. I likeeee. Harga OK sangat tu. Nanti nak booking siap-siap.

    ReplyDelete
  22. Saya dah banyak kali dinner kat sini..memang sedap dan berbaloi sangat2..5 star

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.