Tema Buffet Ramadhan : Nostalgia Sajian Desa
Harga : RM84 (dewasa) / RM53 (kanak-kanak 5-11 tahun)
Nama Restoren : Restoren Rebung Dato Chef Ismail
Lokasi : 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525
Facebook : Restoren Rebung Chef Ismail
First round
Saya tak pasti tentang selera korang semua. Tapi kalau saya, bulan puasa memang duk selalu teringin nak makan masakan kampung. Kalau pergi bazaar Ramadhan, memang duk tumpu dekat gerai yang jual lauk-pauk masakan kampung la. So kalau korang pun macam saya juga, saya sarankan korang memilih Restoren Rebung sebagai lokasi berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Menu apa yang korang boleh dapatkan kat sini? Saya berkesempatan ke majlis preview buffet Ramadhan di Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni. So saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang menu yang ada disitu.
Siput Sedut Masak Lemak
Terdapat lebih dari 90 menu yang dihidangkan di buffet Ramadhan Restoren Rebung. Antara menu utama yang disediakan adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Telur Itik Masak Lemak, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, dan Siput Sedut Masak Lemak.
Ikan Patin Masak Tempoyak
Daging Salai Masak Lemak
Telur Itik Masak Lemak
Rebung Masak Lemak
Lauk pauk lain yang turut disediakan adalah Ikan Singgang, Kari Ikan, Ikan Goreng Berlado, Ikan Masak Taucu, Gulai Lemak Ikan, Ikan Bakar, Ayam Masak Merah, Ayam Keturub dan lain-lain lagi. Lauk-pauk ni boleh dimakan bersama hidangan nasi putih, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Ulam, Nasi Oren, Nasi Karot, Nasi Dagang, Nasi Ambeng dan beberapa jenis nasi lagi. Paling saya suka sebab ada Nasi Kerabu! Hello, dah nama pun orang Kelantan, pergi ke mana-mana mesti cari Nasi Kerabu, heheh.
Ayam Masak Merah
Nasi Kerabu
Ikan Goreng Celup Tepung
Ayam Percik
Tak lengkaplah buffet Ramadhan bertemakan sajian desa kalau taka da kuih-muih, kan? Don’t worry, kat sini ada banyak kuih-muih tradisional Melayu seperti kuih Seri Muka, Karipap, Apam Berlauk, Sago Gula Melaka, Dodol, Pulut Kacau, Bubur Cha Cha, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Butir Delima, Tepung Bungkus, kuih Buah Melaka, Roti Jala, Serawa Durian, Pengat Pisang, Bubur Pisang, Lempeng Kelapa, Popia Basah dan pelbagai lagi. Memang betul-betul menggamit nostalgia berbuka puasa di kampung bersama kaum keluarga seperti dahulu kala.
Murtabak
Keropok pun ada
Laksam
Roti Jala
Onde-onde
Rojak Buah
Pengat Pisang
Lokasi Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni memang strategic sangatlah kalau nak buat makan-makan berbuka puasa beramai-ramai. Mana tidaknya, ada banyak ruangan bilik berasingan yang mampu memuatkan ramai orang. Kemudahan surau, lif, dan ruangan parking juga merupakan antara faktor kenapa setiap tahun ramai yang memilih untuk berbuka puasa di sini.
Pakej bufet Ramadan ini akan bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019. Untuk tempahan, boleh hubungi 03-2276 3535.
restoren chef ismail ni tak salah kalau takde masak lemak kan..tp iols belum berkesempatan lagi lah nak pergi sini..insyallah kalau ada rezeki turun sana bulan puasa nanti boleh lah berbuka di restoran chef ismail..bab2 masakan melayu ni mmg iols punya favourite..yummy
ReplyDeleteDato Chef Ismail memang seorang Chef yang sangat terkenal. time kecil dulu selalu tengok rancangan masakan dia kat TV. Banyak-banyak masakan dekat sini, saya sangat tertarik dengan Siput Sedut Masak Lemak.
ReplyDeleteAllahu. Sedapnya la masakan Chef Ismail nie. Nie yang membuat Rawlins terasa nak terjah kelak kat sana. Cadangnya tahun nie rerakan memang nak berbuka kat sana, so tak sabar.
ReplyDeleteuntunglaa dapat merasa air tangan chef ismail! suka juga makan dekat sini sebab sedap-sedap belaka. hari tu nak pergi tapi fikir mesti ramai gila so tolak. takpe nanti ada peluang nak berbuka dekat sini
ReplyDeleteTiap tiap tahun, buffet Ramadhan restaurant Rebung ni mmg menjadi sebutan kan. Dia punya masak lemak tu... adoi... menggiurkan betul.
ReplyDeleteTak pernah mai lagi Restoren Rebung Dato Chef Ismail ni, Baru tahu Chef Ismail ada Restoran sendiri yea.. wah.. cayalah! tengok menu-menu pun fuhhh... terliur kott..
ReplyDeleteUishhh. Restoren Chef Ismail tu. Mesti masakan dia semua sedap-sedap. Nampak ada macam-macam kuih yang sedap kat situ. Terliur pulak tengok gambar2 makanan ni.
ReplyDeleteWahhh tak pernah lagi ke sana.. masak lemak tu menu yang sgt sedap tak sangka laksam pon ada. Tu memang favourite ena. Pasti sambar dulu kalau ada.
ReplyDeleteWow.. banyaknya makanan yang disediakan. Sedap-sedap belaka nampaknya. Sampai penuh pinggan dengan lauk pauk tu kan hehe. Makanan sampingan lain pun perghhh.. rambang mata nak makan yang mana heee
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Alaaaa... Jelesnya! Air tangan Chef Ismail memang sedap. Restoran nya full pack bulan ramadhan nanti. Alahai... Terliur nengok siput sedut tu.. Huhuuh
ReplyDeleteBanyaknya pilihan menu makanan yang ada. Teringin nak makam di restoran Chef Ismail tapi tak berkesempatan. Bestnya emi dapat makan di restoran Chef Ismail
ReplyDeleteMakanan dia memang nak sedap dan buat kite terliur.. ish kecur air liur dibuatnya!Citarasa masakan kampung memang terigin nak makan dekat restoran rebung ni! Moga ada peluang masa Ramadhan nanti..
ReplyDeleteRestoran Rebung nie selalu jadi bualan org ramai sebab menu2 dorg sangat sedap. Maklumlah, chef ismail yg masak. Tahun nie xnak ketinggalan untuk berbuka puasa kat sini. Nak bawa satu family ke sini
ReplyDeleteJuadah di restoran rebung mmg banyak seleksi dari segi makanan melayu. memang sedap2 dan kalau pencinta makanan melayu mmg excited
ReplyDeleteMouth watering menu menu ni. Hehhee daging salai masak lemak nampak tempting sangat.Harga not bad. Boleh cuba bufet ni
ReplyDeleteWhat a delicious treat have to give Restoren Rebung Dato Chef Ismail a try, I didn't know there's this place in Taman Botani Perdana.
ReplyDeleteLiez tak berpeluang lg nak rasa masakan chef ismail dekat rebung ni.. madakan dia hmmmm mmg menduga la.. buat rasa membuak nak rasa menu restoran rebung..menu kampung yang wajib mkn bila ramadhan
ReplyDeleteKalu ke sini, AM suka masakan daging masak lemak cili padi n siput sedut.. Memang terbaik.. Nanti bulan puasa kita buka puasa beramai2 d sini yea..
ReplyDeleteFuh! Merecik tengok hidangan yang disediakan. Memang terbaiklah. Cx dahlah lapar ni. Hahaha memng rasa Oh! Allah! Kenapa ku diuji sebegini? Ahhaha cx blm berkesempatan untuk dpt rasa masakan chef ismail
ReplyDeleteTerliur tengok semua masakan Chef Ismail. Dish yang i paling paling suka is Siput Sedut Masak Lemak. Biasa i akan ambil satu mangkuk besar and eat slowly
ReplyDeleteSuka pi Rebung ni. Sebab makanan confirmed sedap. Lepas tu parking banyak. I likeeee. Harga OK sangat tu. Nanti nak booking siap-siap.
ReplyDeleteSaya dah banyak kali dinner kat sini..memang sedap dan berbaloi sangat2..5 star
ReplyDelete