Lokasi Makan Sekitar Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam @ DPulze Mall - emilinda

Tuesday, April 23, 2019

Lokasi Makan Sekitar Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam @ DPulze Mall

Kalau korang tinggal sekitar Cyberjaya, saya nak cadangkan satu kedai makan ni untuk korang. Kalau tak tinggal kat sana pun, mungkin korang ke sana atas urusan kerja atau jalan-jalan, korang boleh cuba makan dekat satu kedai makan di dalam DPulze Mall ni. Nama kedainya adalah Restoren Mangkuk Ayam, memang highly recommended. Sebut elok-elok, Restoren Mangkuk Ayam..bukan Mangkuk Hayun, heheh!


Saya sendiri baru kali pertama makan kat restoren ni pada hujung minggu yang lepas bersama beberapa orang rakan. Makan beramai-ramai ni yang bestnya sebab boleh cuba macam-macam menu. Mana tidaknya, setiap orang order menu yang berbeza-beza. Lepastu kongsi-kongsilah, barulah dapat rasa kesemua hidangan. Then lepaklah kat kedai tu sampai berjaya habiskan semua menu yang dah dipesan tu.


Mangkuk dan perkakasan yang digunakan semuanya bermotifkan ayam

Kenapa nama kedai ni Mangkuk Ayam? Haa mula-mula saya tertanya-tanya jugak. Tapi bila dah kat sana, saya perasan mangkuk-mangkuk dan pinggan yang digunakan kan situ memang mempunyai motif ayam. Ada gambar ayam. Kiranya tema kedai ni adalah ayam. Kat dinding pun ada diletakkan pinggan mangkuk bermotifkan gambar ayam. Apa yang saya perasan lagi kat kedai ni, portion hidangan memang besar dan harga setiap hidangan hanyalah maksima belasan ringgit. Bayangkan, mi kari dengan harga RM12.90, portion dia memang besar. Saya makan sorang memang tak habis. Korang tengok sendirilah portion hidangannya kat gambar-gambar kat bawah ni.

Asam Laksa RM11.90 , Mee Kari Ayam RM12.90 , Kuey Teow Sup Ayam RM11.90

Mee Kari Ayam

 Kuey Teow Sup Ayam

Asam Laksa

Kuah asam laksa dia sedap betul, memang pekat dan sedap. Jaranglah saya jumpa kedai yang jual asam laksa sesedap ini. Mi karinya pun memang kaw! Dua menu ni paling saya suka dan paling banyak saya makan. Dah makan banyak pun tak habis-habis jugak sebab portion dia banyak, hahah. Dah la kedai ni tak kedekut bahan. Kiranya memang banyak je isi ayam dan lauk pauk lain dalam setiap hidangan kat sini. Memang bukan jenis kedekut dan berkiralah pendek kata!

Kalau nak makan hidangan nasi pun ada jugak beberapa pilihan nasi lemak yang menarik.

Nasi Lemak Kari Ayam RM12.90

Nasi Lemak Rendang Daging RM13.90

Nasi Lemak Ayam Goreng Panas RM12.90

Nasi Indo Siam Ikan RM13.90

Nasi Lemak Ikan Tongkol RM13.90

Kat atas tu antara menu utama yang ada di Restoren Mangkuk Ayam. Kalau tak nak makan yang heavy sangat pun, boleh jugak order nasi air, bubur ayam, rojak dan seumpamanya. 

Taufu Sumbat RM7.90

Pecal Sayur RM7.90

Kari Bebola Ikan RM7.90

Mee Rojak Ayam RM7.90 , Mee Rojak Sotong RM11.90 , Rojak Buah RM7.90 , Rojak Biasa RM7.90

Nasi Air Special Kelantan RM13.90

Bubur Ayam RM8.90

Pencuci mulut yang ada pun tak kurang menggiurkan juga. Part pencuci mulut ni kalau ke mana-mana kedai sekalipun, saya memang terlebih excited. Lagi pulak kalau pencuci mulut yang berasaskan buah. Meleleh air liur.

Mangga ais RM7.90

Cendol RM6.90

ABC RM7.90

Yang saya frustnya adalah sebab lokasi restoren ni yang terletak di DPulze Cyberjaya. Jauhnya la hai dari tempat saya tinggal. Saya memang jarang ke area Cyberjaya. Sesekali ke Cyberjaya hanya jika ada urusan sahaja. Restoren yang menawarkan hidangan yang sedap dan portion banyak dengan kadar harga berpatutan seperti Restoren Mangkuk Ayam ni memang kesukaan saya la. Kalau dekat, confirm dah jadi salah satu port makan kegemaran saya. Mahunya setiap minggu makan kat sini.

Jus Kedondong Asam Boi RM5.90

Last but not least, saya order jus kedondong asam boi ni dua kali tau. Saya memang penggemar jus kedondong asam boi. Sedappp!


RESTORAN MANGKUK AYAM
P10 (Ground Floor) , Dpulze Shopping Centre
Waktu Operasi : 10am-10pm 
Tel : 03-8322 5656

8 comments:

  1. Tempat ni yang bestnya makanan dia portion die besar. Satu meal boleh share 2 orang. Dessert die mungkin boleh share lebih dari dua orang.

    ReplyDelete
  2. Semua menu diatas amat menyelerakan! Nampak besar portion semangkuk. Bleh share satu menu. Hehe. Kalau ada di KL bg tau eh. Jauh sangat ke Putrajaya nunnnn

    ReplyDelete
  3. nasi lemak tu kenapa nampak sedap sangattt? kalau dekat memang dah pegi kedai makan ni. semua nampak sedap lah senang cite. hehe

    ReplyDelete
  4. Mee Kari Ayam tu nampak sedap je.. rasa nak try pulak.. hehe.. ni tengah hujan-hujan tengok gambar makanan sedap-sedap.. memang terliur dah rasa

    ReplyDelete
  5. sedapnya mee kari ayam tu..mangkuk ayam ni ada cawangan lain tak selain kat cyberjaya tu? rasanya dah banyak kali tengok member facebook duk update gambar makan kat sini. teringin rasanya

    ReplyDelete
  6. Sedapnya semua menu tu menggiurkan kita lah hehehe nak ulang makan lagi kat sini tapi kita suka nasi lemak bungkus daun pisang tu sedap giler hehehehe boleh bawa family makan sini nanti...

    ReplyDelete
  7. Sally pernah makan dekat sini jugak...sedap tau rojak buah dia!

    ReplyDelete
  8. Best nyer semua makanan kat sana, I nak try their Asam Laksa and Rojak buah. Plus harga pun ok juga kan ya.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.