Surprise Delivery di Kelantan? Gunakan servis dari Dada Lavieda Ballon! - emilinda

Wednesday, March 27, 2019

Surprise Delivery di Kelantan? Gunakan servis dari Dada Lavieda Ballon!

Kalau kat KL saya perasan banyak betul kedai yang menawarkan servis surprise delivery. Kiranya memang mudah la bila nak surprisekan orang tersayang. Tinggal cari dan pilih servis dari kedai mana yang saya nak amanahkan untuk laksanakan surprise yang saya rancang untuk insan tersayang tu. Tapi yang jadi permasalahannya bila saya kat kampung. Memang buntu sikit sebab kat kampung saya di Kelantan memang tak banyak kedai yang menawarkan servis surprise delivery bagai ni. Bukan tak ada langsung, tapi tak banyak pilihan. Bila saya google “surprise delivery kelantan”, memang tak banyak kedai yang sediakan servis macam ni kat Kelantan. Boleh bilang dengan jari, kalau ada pun diorang hanya deliver ke sesetengah kawasan sahaja dan mereka tak mempunyai physical store. Hanya beroperasi secara online sahaja. Habistu untuk saya yang tinggal di ceruk Bachok ni macam mana? Tak boleh ke nak surprisekan insan tersayang?




Kesudahannya saya tanya dekat kenalan saya yang memang tinggal di Kelantan. Logiknya mungkin diorang lebih tahu la kan sebab diorang menetap di Kelantan. Salah seorang kenalan saya cadangkan satu kedai surprise delivery & party supply yang terletak di Bachok, Kelantan. Saya pun mula selidik sedikit maklumat tentang kedai ni. Almaklum, kita bila nak ambil servis dari mana-mana pihak, tentunya kita nak pilih yang trusted dan kena dengan citarasa kita, kan? Barulah berbaloi dengan harga yang kita bayar. Hasil saya duk stalk Instagram kedai Dada Lavieda Ballon ni, saya dapat tahu kedai Dada Lavieda Ballon ni memang mempunyai physical store di Bachok, Kelantan. Kiranya bukan home based surprise delivery la.



Walaupun kedai ni terletak di Bachok, tapi ianya menawarkan servis surprise delivery ke seluruh Kelantan. Kalau nak pick up sendiri kat kedai dia pun boleh. Tengok gambar yang dipost di Instagram Dada Lavieda Ballon, ramai juga warga Kelantan yang ambil servis surprise delivery dari mereka. Kira trusted la. Tengok dekorasi bunga/coklat yang dihantar kepada penerima surprise delivery tu pun dalam keadaan yang cantik dan menarik. Gubahannya cantik-cantik. Nampak la pihak Dada Lavieda bukan buat ala kadar je, tapi betul-betul nak para pelanggan berpuashati. Tengok pada gambar para pelanggan senyum sampai ke telinga tu, saya dapat agak servis surprise delivery dari Dada Lavieda ni memang baguslah.




Yang lagi menariknya, Dada Lavieda Ballon bukan sahaja menyediakan servis surprise delivery. Tapi mereka juga turut menawarkan servis dekorasi event. Katakanlah korang nak celebrate birthday insan tersayang dengan cara berkhelah ke, atau makan malam di mana-mana restoren terdekat ke, pihak Dada Lavieda boleh tolong setup & buat dekorasi kat tempat yang korang pilih tu. Untuk birthday party, bridal party, dan baby shower party pun korang boleh ambil servis dari Dada Lavieda Ballon. Memang dorang expert bab party decoration ni.

Nak picnic bersama yang tersayang sambil meraikan ulang tahun?

Dekorasi majlis harijadi oleh Dada Lavieda Ballon

Untuk majlis berendoi bayi / baby shower pun boleh

Dekorasi untuk corporate dinner atau apa-apa majlis pun boleh

Saja la saya kongsikan disini tentang servis surprise delivery & decoration Dada Lavieda disini kot-kot bermanfaat untuk pembaca lain yang tengah pening mencari servis surprise delivery di Kelantan. Nanti bila saya perlukan lagi servis macam ni kat Kelantan, saya sendiri pun boleh refer balik artikel yang saya tulis ni, tak payah susah-susah nak cari yang lain dah. Servis dari pihak Dada Lavieda ni pun cepat. Bila kita whatsapp untuk bertanyakan tentang servis yang mereka tawarkan, memang laju aje dorang reply.

Surprise Delivery & Party Decoration di Sekitar Kelantan
Dada Lavieda Ballon
Lot 2778-A, Kg Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok Kelantan
Call / Whatsapp 0139150610
Instagram : Dada Lavieda Ballon

13 comments:

  1. Wahhh... More and more services available and this bouquet is so beautiful... I can inform my relatives about this... Mom's side are all kelantanese

    ReplyDelete
  2. Bagus la dh ada kat negwri lain. Nnt leh bgtau kat keluarga n kawan² kat sana

    ReplyDelete
  3. wahhh.. syoklah orang yang kena surprise tu kan.. sebab dapat surprise belon yang cantik ni.. syok juga kalau buat surprise macam ni kan.. yang mana dok dekat tu boleh lah order je kat Dada Lavieda Ballon untuk surprise delivery

    ReplyDelete
  4. Cantiknya chocolate bouquet diaorang! Best la yang dapat surprise delivery macam ni lawa je. Airah stay perak jauh sangat nak guna perkhidmatan diaorang

    ReplyDelete
  5. Ingat kat Klang valley Ada service surprise camni.I like the design . Nice and Ada kelas.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya bouquet design dia , dah lama teringin buat kat pantai dengan white theme tu hehe boleh rekemen pd org pntai timur ni

    ReplyDelete
  7. Thank you for this information. I can send surprise deliveries for my friend at Kelantan after this.

    ReplyDelete
  8. Wahh cantik design2 yg diorg buat. Kalau nk bg adiah gan member2 yg dok sana bolehlah sis call tmpt ni, kalau x mmg susah nk bg adiah kat member2 yg dok sana. Tq ya for the info

    ReplyDelete
  9. OMG...i feel so left out, even I have not sent any surprise to anyone even though I am living in KL. Hahahha so ashamed. But that's really good news for kelantenese, since they cover the whole state.

    ReplyDelete
  10. wah orang Kelantan atau sesiapa yang ada someone tu boleh la guna servis dorang untuk buat suprise job. Boleh contact wasap je walaupuan duduk jauh dari Kelantan. Kena bookmark entri ni

    ReplyDelete
  11. ni kena shout out untuk org kelantan nih tapi kalau kita ada kawan kat sana then nak surpisekan diorang pun best jugak kot....jauh2 tapi boleh bagi surprise pada kawan kat kelantan kan...

    ReplyDelete
  12. it's so sweet to receive surprise delivery like this.. great to hv this service to deliver love to ur love ones..

    ReplyDelete
  13. Wow! i like the balloons and chocolate bouquet delivery. Plus their party decorations are so sweet and dreamy, like it.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.