Rumah Mampu Milik Selangorku PKNS - Pangsapuri Idaman Residensi, Cyberjaya - emilinda

Sunday, March 3, 2019

Rumah Mampu Milik Selangorku PKNS - Pangsapuri Idaman Residensi, Cyberjaya

Masuk tahun 2019 ni, rata-rata rakan sebaya ramai yang dah mula membeli rumah sendiri. Rezeki mereka, dipermudahkan dalam hal berkaitan rumah ni. Saya sebagai rakan turut merasa gembira tengok rakan-rakan dah mula ada rumah masing-masing walaupun saya sendiri belum memiliki rumah. Takpelah, rezeki masing-masing. Belum rezeki saya lagi bab beli rumah ni. Lain orang lain rezekinya kan? Hehe. Tapi memang tak dinafikan saya memang teringin nak ada rumah sendiri. Barulah syok nak deko rumah, kan? Hehe. Lagi pulak sampai bila nak menyewa kan? InshaAllah, ada rezeki nanti. Sama-samalah kita doakan.


By the way, tujuan saya menulis kali ini adalah untuk berkongsi tentang inisiatif kerajaan dalam menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah pertama. Tahu sahajalah, harga rumah makin lama makin mahal. Kesianlah bagi yang belum memiliki rumah lagi. Makanya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) begitu komited dalam membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekaligus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri. Salah satu projek pembangunan perumahan mampu milik terbaru dibawah kelolaan PKNS adalah Rumah Selangorku – Pangsapuri Idaman Residensi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley.


Pangsapuri Idaman Residensi, perumahan mampu milik ditengah bandar ICT yang sedang membangun ini menawarkan 864 unit kediaman termasuk 4 unit kediaman khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berada di tingkat bawah. Menarik kan? Siap ada unit kediaman khas untuk golongan OKU. Selain itu, antara kemudahan  awam lain yang disediakan adalah lif, tadika, ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, ruang kedai, taman permainan, tempat letak kereta bertingkat, bilik pengurusan jenazah dan juga pondok pengawal.

Pelan setiap unit kediaman

Selain kemudahan yang disediakan, lokasi Pangsapuri Idaman Residensi ini juga dikatakan amat strategik kerana ianya terletak berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX. Jarak perjalanan dari Pangsapuri Idaman Residensi ini ke Putrajaya adalah 17km, dan 29km untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Antara kemudahan terdekat yang lain adalah pusat membeli belah D’Pulze (7km), Shaftsbury Square (8km), dan Centrus Mall (7km). Lebih menarik lagi, ia turut berhampiran dengan institute pendidikan seperti 4km ke Universiti Multimedia (MMU), 5km ke Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS), 10.5km ke Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, 7km ke Universiti Islam Malaysia, 8km ke Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, 6km ke Sekolah Antarabangsa ELC, 1km ke Sekolah Antarabangsa Korea, 5km ke Kolej FTMS, 6km ke Kolej Antarabangsa Kirkby dan 11km ke Kolej Universiti Mahsa.

Bilik tidur utama

Bilik air di dalam bilik tidur utama

Bilik tidur 2

Dengan keluasan 1000 kaki persegi bagi setiap unit, Pangsapuri Idaman Residensi yang dijangka siap pada tahun 2021 ini menawarkan tiga buah bilik tidur, dua bilik air dan dua parker kereta bagi setiap unit. Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden yang dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar, pangsapuri ini dijangka akan menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC) pada pertengahan tahun 2021. Pangsapuri Idaman Residensi ini dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat). Dengan adanya projek perumahan mampu milik sebegini, kini  golongan B40 M40 boleh memiliki rumah pada kadar harga yang lebih rendah.

Bilik tidur 3

Bilik air 2

Dijual dengan kadar harga RM232,000 seunit (1000 kaki persegi), pendaftaran untuk pembelian Pangsapuri Idaman Residensi telah dibuka bermula 2 Mac 2019. Saya sendiri sempat menhadirkan diri ke Majlis Pelancaran Pangsapuri Idaman Residensi. Kelihatan ramai betul orang awam yang turut hadir untuk mendaftarkan diri. Pelancaran projek ini telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin bin Shari.

Ringkasan kadar harga Pangsapuri Idaman Residensi : RM232,000 seunit (keluasan 1000 kaki persegi)
3 bilik tidur
2 bilik air
Ruang balkoni
2 ruang parker kereta


Bagi orang ramai yang berminat untuk membeli rumah mampu milik PKNS, perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan mendaftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Selain berurusan sendiri di pejabat LPHS, orang ramai juga boleh membuat pendaftaran secara atas talian di http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/ . Good luck untuk korang yang berminat!

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan projek Rumah Selangorku, boleh rujuk :
019-2139991 / 018-2051713 / 014-3361891 / 017-3634821 / 013-5224122 / 019-6994004

24 comments:

  1. 1000 sq ft for less than 300k, so affordable! haihhh...but so far la from Klang Valley area..

    ReplyDelete
  2. bestnya.. kalau dapat sebuah ni.. bahagian.. ada 3 bilik tidur, 2 bilik air.. 2 parker kereta lak tu.. fuh.. terabik.. harga pun berbaloi2.. mana nak dapat harga harga semurah RM232,000 ni kan

    ReplyDelete
  3. Dulu cdgnya nk duduk selangor tp husban pulak tak dapat tukar. Rumah macam nk pun dah ok dh utk org yg baru nk bina family.

    ReplyDelete
  4. tengok pada keluasan rumah tu memang dah ok sangat tu.Sekarang ni payah nak cari rumah harga bawah 250k dengan keluasan rumah cyberjaya ni..yang belum beli rumah tu kena cepat² apply

    ReplyDelete
  5. cantiknyaa rumah contoh tu aawak. sy blom beli rumah lagi. mmg masa sesuai nak usha tgk ape best package yang boleh dpt dari Rumah Mampu Milik ni. Terima kasih awak sebab sharing

    ReplyDelete
  6. mudah2an dpt la kpd org2 yg patut dan perlu, kan.
    Melaka pun sedang trying hard utk penuhi keperluan rumah utk rakyat.
    tak silap aida harga dlm lingkungan rm180k plus plus lah.
    and di Melaka, masih landed property la.

    ReplyDelete
  7. Projek rumah Selangorku ni bawah pentadbiran MPSepang.. dekat jer dengan opis di Cyberjaya.. Selalu lalu dan nampak dari jauh.. tak sangka projek ni hampir siap sepenuhnya. Lawa decoration rumah nih... kalau ada duit lebih boleh beli

    ReplyDelete
  8. Selesa dan sesuai sangat untuk jadi rumah pertama. Rasa memang nak beli je ni. PKNS mmg bnyk tawarkan harga rumah dibawah harga pasarankan. Syarat-syarat pun tak berapa ketat. Boleh start survey2 ni.hehehe

    ReplyDelete
  9. Biar betul murah gilerrr harga rumah ni hanya RM232 ribu sahaja rumah kita pun mahal sama luas jer hehehe boleh lah ni rekmen kat sedara mara kita memang peluang nak beli rumah murah dan besar macam ni...

    ReplyDelete
  10. Ada kediaman utk oku...bgus sgt pstu siap dpt 2 lot pakir keta

    ReplyDelete
  11. Bestnya..mana nak dapat dah rumah harga mcm ni skrg ni, dah lah tu..kemudahan pun banyak dn best. Kiranya beruntung lah sesiapa dapat. Nanti nak suh anak bujang sis apply gak lah..kot2 dia nak duduk kat area sana..:)

    ReplyDelete
  12. Woww besarnya rumah dia.. Ade dua bilik semua. .Nampak selesa sangat rumah ni. .Bgusla buat rumah besar pulak tu murah giler. .kita kena plan, kena ade aset rumahbjuga untuk masa hadapan. Untung siapa dapat ni

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau ada rumah sendiri. Rumah ni nampak besar. Cantik pulak tu. Bestnya kalau ada rumah sendiri

    ReplyDelete
  14. Ada rumah sendiri ni memang best. Best dalam niat nak mendeco la..
    Pangsapuri ni best la.. Nampak ruang dia besar.. Suka macam tu. Lagi lagi dapo

    ReplyDelete
  15. Doakan permohonan Rawlins nak beli satu unit tu diluluskan ye. Sebab harganya memang takkan jumpa di sekitar KL nie. Saiz pun boleh tahan gak tu. Sesuai untuk singleton macam Rawlins.

    ReplyDelete
  16. Affordable sgt la kalau RM232K ke atas utk luas mcm tu siap ada 2 parking kereta lagi. Kalau kat Penang, nak dapat harga macam tu, jenuh la...

    ReplyDelete
  17. Seronok tengok rumah baru. Kawasan pun best. Cyberjaya tu uols. Hahaha. Sekarang ni rumah bertingkat je mampu beli kalau di bandar. Tapi kena tahu sesuai tak untuk duduk sekeluarga dan bila ada tetamu sesuai tak. Ruby suka rumah luas yang boleh meraikan majlis. Suka buat usrah gitu. Hehe. Doakan kita bleh cari rumah idaman. InsyaAllah

    ReplyDelete
  18. Rumah yang mampu milk buat orang ramai, dapat manfaat komuniti ni 😘👍

    ReplyDelete
  19. That is a good move, hopefully there will be more affordable homes in the cities. The houses that they provide also very comfortable and lengkap lah.

    ReplyDelete
  20. wah seronok kalau dapat sbijik rumah mampu milik macam ni..siapa layak tu wajib apply.rugi kalau x apply..area cyberjaya plk tu..best2

    ReplyDelete
  21. menarik tapi alangkah bagusnya jika disertakan sekali jumlah anggaran maintenance setiap bulan supaya pembeli tidak terkejut di kemudian hari

    ReplyDelete
  22. Salam sis, available lg ke rumah ni? Ke dh abis jual?

    ReplyDelete
  23. ALHAMDULILLAH. Saya dah dapat 1 lot. Anda bila lagi? hehehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.