Review Buffet Ramadhan 2019 - Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft KL Sentral - emilinda

Thursday, March 7, 2019

Review Buffet Ramadhan 2019 - Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft KL Sentral

Baru-baru ini saya mendapat jemputan untuk ke preview buffet Ramadhan di restoran Nook, Aloft KL Sentral. Bila dah dapat jemputan preview buffet Ramadhan ni, baru la perasan rupanya dah tak lama dah lagi kita nak berpuasa. Ini merupakan preview buffet Ramadhan yang pertama saya hadiri pada tahun 2019. Gembira? Yesss gembira sebab bulan Ramadhan bulan yang paling dinanti setiap tahun. Makanya bila dah menjelang bulan Ramadhan ni, rasa makin tak sabar. Okay let’s skip the less important part for now. Sebelum saya hidangkan korang dengan gambar-gambar makanan yang serba lazat, terlebih dahulu saya nak highlight beberapa perkara penting tentang buffet Ramadhan di restoran Nook, Aloft KL Sentral ini.

Tema buffet Ramadhan : Joms Buka @ Nook Selera Indonesia
Lokasi : Restoran Nook, Aloft KL Sentral
Tempoh waktu : 7 May 2019 – 3 June 2019 (6.30 petang – 10.30 malam)
Harga (untuk seorang) : 
Normal price RM138 (dewasa) 
Early Bird price (1 April – 3 May 2019) : 
RM105/seorang untuk tempahan 1-35 orang
RM95/seorang untuk tempahan 36 orang ke atas


Okay, disebabkan tema buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral pada tahun ini adalah Selera Indonesia, makanya menu-menu yang diketengahkan kebanyakannya memang menu Indonesia. Tapi, menu-menu Malaysia yang biasanya orang cari di musim Ramadhan pun ada jugak termasuk segala mak nenek kuih dan dessert, hehe. So no worries, bukan juadah Indonesia sahaja yang dihidangkan. Dorang harga yang korang bayar, korang boleh menikmati kepelbagaian juadah yang dihidangkan kat situ. Terdapat 150 juadah yang berbeza dihidangkan di restoran Nook sepanjang bulan Ramadhan, dan menu-menu tersebut adalah based on rotation basis.

Kambing bakar berempah bumbu

Antara menu yang menjadi highlight di buffet Ramadhan disini adalah hidangan seperti Kambing Bakar Bumbu – hidangan kambing yang dah diperap dengan kombinasi rempah ratus seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia, dan serai. Lepas kambing tu dah diperap, ianya dibakar secara  perlahan selama 2 jam untuk mendapatkan texture yang lembut dan juicy. Selain itu, terdapat juga menu-menu Indonesia lain seperti Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempe Goreng Berempah, dan Ikan Bumbu Berempah.


Pembuka selera tradisional Indonesia dan salad pun ada jugak tau seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok Dengan Kuah Kacang, dan kepelbagaian keropok.

Daging Sapi Gongso

Satu lagi menu Indonesia yang korang patut cuba adalah Daging Sapi Gongso yang juga merupakan signature dish untuk buffet Ramadhan kali ini. Daging lembu yang diperap dengan kicap manis Indonesia, cili merah, dan campuran rempah ratus Asia (kayu manis, buah pelage, jintan putih, jintan manis, dan jintan hitam).Daging yang dah diperap tu ditumis dengan api perlahan selama 3 jam untuk mengekalkan rasa perapan dan juga kelembutan daging tu.

Pelbagai sambal

Gulai Daging Tetel

Gulai Ayam Padang

Kalau bercakap pasal hidangan Indonesia, memang tak lengkaplah kalau tak ada segala jenis sambal dorang kan? Macam-macam jenis sambal seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, dan Sambal Bawang ada dihidangkan di buffet Ramadhan ni. Oh ye, seleksi gulai pun ada jugak! Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, dan Gulai Masak Lemak Nangka turut ada bersama Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura, dan Nasi Kuning.


Bakso

Murtabak



Macam yang saya cakap kat atas tadi, no worries la your typical Ramadhan favourites menu pun ada jugak kat sini. Bubur lambuk, sup berempah, murtabak, sate, kuih muih tradisional, dodol dan lain-lain pun ada jugak. Air pulak ada pelbagai jenis air termasuk Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, The Tarik, Nescafe Tarik, dan Kopi Hang Tuah.



Pizza


Pajeri terung

Spicy Chicken Masala

Chinese, Indian, and Western dishes pun ada, such as Wok-fried Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Szechuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Lamb Vindaloo, Gosh Badami Kurma (lamb kurma), Spicy Mutton Masala, pizza, Jade Fish Picatta with Mexican Corn Salsa, Vegetable Lasagna, Pan Seared Fish Fillet dan pelbagai lagi.





Last but not least, dessert. Seriously banyak kot pencuci mulut yang ada. Indonesian, Malaysian, Western dessert semua ada. Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling, Bubur Sumsum, Sago Air Gula dan Kolan Ubi merupakan antara Indonesian dessert. Selain tu ada Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Warm Chocolate Brownies, Warm Apple Crumble, Warm Banana Bread, Butter Pudding, stesen ABC, Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake, Fruit Berries Tart, Aiskrim Potong dan banyak lagi lah.





PENDAPAT PERIBADI SAYA TENTANG BUFFET RAMADHAN SELERA INDONESIA DI NOOK, ALOFT KL SENTRAL :


Juadah yang disediakan memang kena dengan tekak saya dan untuk penggemar masakan Indonesia memang wajib ke sinilah. Walaupun bertemakan masakan Indonesia, tapi menu lain tak dilupakan which is for me is good. Yela let say korang minat masakan Indonesia. Tapi pasangan korang kurang gemar masakan Indonesia. You still can enjoy this buffet spread without upsetting your partner. Yela, dia masih boleh menikmati juadah-juadah lain yang disediakan. Both will be happy. Bab portion makanan tu korang tak perlu risau because they always top up stok hidangan. Another thing is I really love the interior design of this Nook Restaurant. Ini kali pertama saya ke Nook, dan saya jatuh hati dengan interior designnya yang berkonsepkan moden dan selesa. Dari segi seating pun ada banyak pilihan. Kalau datang berdua, ada meja untuk 2 orang, kalau berempat ada meja untuk 4 orang. Kalau datang dalam kumpulan yang ramai pun sesuai. Suasana memang tersangat okay. Susunan meja dan kerusi pun tak terlalu crowded, family-friendly jugaklah. In fact, you can feel the exclusivity here. Dari segi lokasi pun tersangatlah startegik sebab kat tengah-tengah KL. Easily accessible by public transport. So lepas kerja boleh terus ke sini naik LRT (kalau tak nak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas). Kemudahan surau yang selesa pun ada disediakan di tingkat 3.

Top view of Berries Brown Triffle

This is how it looks like bila dah cedok masuk dalam pinggan

By the way, this Berries Brown Triffle is a must try one! Sedap gila! I am not a big fan of dessert because most of the dessert for me sangat manis. But I really fall in love with this one. Bukan manis semata-mata.


Bubur sumsum

This one pun sedap, bubur sumsum. Jangan terpedaya macam saya, At first I really thought this is kuih tepung pelita. So dengan selambanya saya ambik makan macam tu je. Rupa-rupanya sebelum makan kena letak air gula dia dulu. Terpaksalah patah balik ke buffet table untuk ambil air gula. Hehe.

Untuk tempahan buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi (60) 3 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

14 comments:

  1. Ya Allah! Sedapnyaaaa! Seronok bila makanan luar pon pon ada di Malaysia. Senang dah kalau nak makan. Takya nak kena pergi Indonesia. Hehehe harga pon berbaloi. Tgk makanan dia pergh! Ngences! Mmg byk kan buffet ramadhan dah open, Ramadhan dah dekat nampaknya

    ReplyDelete
  2. Uish! Menarik ya menu buffet ramadhan kat sini. Tak pernah lagi makan kat sini. Bulan puasa kalau balik kl boleh pergi la nanti.

    ReplyDelete
  3. belum start puasa tapi dah terliuyr sungguh tengok semua hidangan ...mau kena test jugak nih ....harap dapat rasa betul2 makanan indonesia asli kat sini....

    ReplyDelete
  4. Sedap. Semua makanan diorang sediakan sedap. Sup-sup pun semua sedap. Aku makan sup kambing diorang memang best. Bubur sumsum tu lagilah. 3 kali aku repeat.

    ReplyDelete
  5. Dah la belum sarapan lagi nie. Tetiba tengok gulai tu semua, kuih muih dan desserts, terus Rawlins nak pergi ke pasar cari sarapan sebegitu. Haha. Taknak ajak Rawlins pergi sekali ke?

    ReplyDelete
  6. Ya allah sedapnya !!! Nampak betul2 menyelerakan ya menu-menu buffet di sini. Nanti nak buka puasa kat sini lah. Harga pon berpatutan. Tempat pon cantik dan selesa

    ReplyDelete
  7. Nampaknya macam sangat best lar terutama sekali dessert dia kan? Menu sini memang semua sedap-sedap belaka lar.

    ReplyDelete
  8. Waduhh..tengok gambar pun dah buat sis terlioq tau. Tak sabar lah nak tunggu puasa, nak repeat makan kat sana, banyak yang sis tak cuba lagi tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. Wah! Ramadan review is up and about. I am looking forward to savour more ramadan buffet also. This one looks pretty good especially their Kambing bakar berempah bumbu.

    ReplyDelete
  10. Ya Allahhh mmg meleleh ayaq lioq betul tengok gamabar hidanagn2 ni. Ni kalau bulan puasa mesti lagi lahap ni sbb dah tahan lapar seharian haha

    ReplyDelete
  11. Wah citarasa Indonesia mmg kena lah dengan selera tekak org malaysia. Mesti ada daging tetel dll. Akk klu makan makanan indon mmg suka sambal hijau

    ReplyDelete
  12. Wahh cantik menarik tertarik makanan kat sini heheheh kita memang suka kalau makan kat Aloft ni tak pernah mengecewakan dan harga juga sangat berbaloi dengan rasanya best bangat...

    ReplyDelete
  13. Syoknya dpt gi mkn kat sini, kak xdpt pg ari tu sbb hjn lbt..klu naik mrt dkt jer..blm lg msk ramadan dah rasa mcm bln ramadhan

    ReplyDelete
  14. We have been to Nook, Aloft KL Sentral before. the food there is not bad. I hope to go back for more food one day though. Yummy kan

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.