Review Buffet Ramadhan 2019 – Citarasa Warisan @ PWTC - emilinda

Wednesday, March 13, 2019

Review Buffet Ramadhan 2019 – Citarasa Warisan @ PWTC

Assalamualaikum korang. Hari ni saya nak kongsikan tentang satu lagi port buffet Ramadhan untuk tahun 2019 ni. Kalau korang kat tengah-tengah KL dan mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan, korang mungkin boleh consider buffet Ramadhan bertemakan Citarasa Warisan di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Terdapat lebih dari 250 jenis juadah makanan untuk berbuka puasa akan disajikan di Buffet Ramadhan Citarasa Warisan Restoran Riverside PWTC sepanjang Ramadhan ini.


Promosi buffet Ramadhan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan ianya dibuka bermula jam 6 petang sehingga jam 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah

RM88/pax (dewasa)
RM45/pax (kanak-kanak 7 hingga 12 tahun)
RM75/pax (warga emas 60 tahun ke atas)


Pihak PWTC juga turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan kadar harga bermula RM98/pax untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej persendirian & korporat ini turut menyediakan hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, penyediaan ruang solat khas, serta kadar parker tetap bernilai RM5 bermula jam 6 petang. Selain itu, para tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih secara berjemaah bersama Imam di surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Segala kelengkapan telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas untuk para tetamu.



Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera para pengunjung adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak denngan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Ayam Gulai Minang dan Daun Salam

Kambing Masak Kari Utara

 Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda

Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk

Daging dan Paru Kari Kawah

Siput Sedut Masak Lemak Kuning

Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau

Antara hidangan lain yang turut ditawarkan adalah 13 jenis ulam, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing golek berempah, fried crab salted egg dan oats serta pelbagai lagi.






Tak sah kan kalau takde pencuci mulut kat buffet Ramadhan? Don’t worry, kat buffet Ramadhan PWTC ni ada disediakan 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mousse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan lain-lain lagi. Di warung minuman pula ada disediakan minuman sejuk dan panas seperti air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa aiskrim, kopi tarik, dan teh tarik.









Paling saya suka mestilah kambing panggang dekat Carving Station. Sedappp, saya siap bertambah-tambah. Kambing bakar yang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan kat sini memang betul-betul membuka selera. Selain itu saya suka juga Siput Sedut Masak Lemak Kuning. Memang power! Sambil-sambil makan tu, boleh layan muzik yang dimainkan di pentas yang disediakan.



Kalau nak murah lagi, kena la beli baucer buffet Ramadhan ni sebelum 5 Mei 2019. Kenapa? Sebab untuk promosi early bird (pembelian sebelum 5 Mei 2019), korang hanya perlu membayar RM75/pax sahaja dan baucer yang dibeli tu korang boleh guna sehingga 3 Jun 2019.

Untuk tempahan/pembelian baucer buffet Citarasa Warisan @ PWTC, korang boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2 PWTC yang dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, atau korang boleh hubungi restoran Riverside di talian 03-26146701/6702. Selain itu korang boleh dapatkan baucer buffet ini melalui Fave dan 11Street jugak!

19 comments:

  1. Harga buffet ni not bad. Tak mahal sangat. Pilihan makanan pun banyak. Terliur pulak tengok semua gambar makanan kat sini. Ok boleh masuk list tempat nak berbuka puasa tahun ni. heheh

    ReplyDelete
  2. orang cakap pwtc ni salah satu lokasi berbuka yang sedap dekat kuala lumpur. tahun ni x berkesempatan lagi untuk ke sana. hopefully bulan puasa nanti sempatlah

    ReplyDelete
  3. Perghhhhh! Dengan 250 jenis makanan harga buffet dia memang berbaloi gila emi kan. mudah juga buat warga KL yang mencari tempat berbuka nanti :D

    ReplyDelete
  4. so many yummy food.. i feels hungry d.. can go eat.. hahahahah... nice one..

    ReplyDelete
  5. Terbaik betul chef² dia bila mampu masak lauk pauk yang begitu banyak dan menarik! Harga pon affordable and suitable with the dishes. Dessert pon Ya Allah ! Menggugat iman sungguh!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok hidNgan dia terutama dessert tu..perghh meleleh air liur tengok. Boleh lah nanti berbuka kat sini

    ReplyDelete
  7. Harga buffet ni affordable sangat. Kira semua orang boleh merasa makan kat sini .Menu pun banyak pilihan .Pilih je menu yang kita nak makan kan.

    ReplyDelete
  8. Setiap tahun makanan kat sini tak pernah mengecewakan. I paling suka kambing bakar. Sedap dan juicy. Satay pun sama.. huwaaaa, tetiba teringat plak kesedapannya. Ok, tahun ni nak pergi lagi la..

    ReplyDelete
  9. Yum... yum... raya menu ni! Masakan utama dgn pelbagai manisan yg amat sedapppp!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya hidangan di Riverside Restaurant. Dulu kan saya Ingat tak boleh masuk dalam jika tiada event. Bila masuk, fuhh luas betul restoran ni. Bulan Ramadan kalau pergi sini, anak dan husband mesti suka. Luasssssss dan ada kambing.

    ReplyDelete
  11. semua nampak sedap. dah la harga rate buffet bawah rm100 kira murah la kalu kat kl ni. boleh la datang iftar ramadan kat pwtc nanti. tak sabar nak makan banyak-banyak hehe

    ReplyDelete
  12. Harga yg sangat berpatutan dgn seleksi makanan yang menarik. Memang wajib ke sini nanti

    ReplyDelete
  13. Setiap kali puas tempat makan buffet ni la paling ditunggu. .Ehhee. .Macam-macam ade.. Harga pun not bad.. Okla boleh masuk list utk berbuka puasa nanti. .

    ReplyDelete
  14. Kuih cara! Wajik!
    Oh my. Those are my favorites. And the price is very competitive, below RM100 for a buffet in KL is definitely tempting!
    Now I want to eat kuih cara. hahaha

    ReplyDelete
  15. Nom nom nom... makanan semua sedap-sedap dan tambahan pula, saya memang foods lover. Saya suka makanan Melayu (I'm not a Malay) terutamanya makanan pedas-pedas. :)

    ReplyDelete
  16. Meriah betul preview buffet ramadan pwtc ni. Mampu tengok dari jauh je kita. Tahun ni memnag xde plan nak buat ramadan review. Tp tgoklah nnti mcmana.

    ReplyDelete
  17. I want that Siput Sedut and kambing kari so badly. Really miss those two dishes. Unfortunately, only can find these dishes cooked heavily and deliciously during puasa month..wouldn't it would be better if we can find them all year round?

    ReplyDelete
  18. TB pun fikir macam ruby komen atas ni.. dulu ingat kat dalam tu takde apa kalau takde apa2 event dan tak boleh masuk dalam tu.. rupa2 nya ada restoran dalam tu.. rasa macam pernah makan situ tapi ingatan tak kuat nak ingat bila.. hahaha

    ReplyDelete
  19. Murah jugak buffet Ramadan kat sini. Compare dengan hotel lain, kat sini harga lebih murah. Dah lah mudah nak pergi. Public transport pun dekat. Paling penting menu dia pun best. Tasabar nak try. Yummeh

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.