Pengalaman Menjadi Mystery Shopper - emilinda

Wednesday, March 13, 2019

Pengalaman Menjadi Mystery Shopper

Korang pernah dengar term Mystery Shopper tak? I learn about this term few years ago. Masa tu lupa pulak kat mana saya tahu tentang Mystery Shopper. Mystery Shopper ni adalah orang yang dilantik oleh sesuatu organisasi/jenama untuk jadi spy kat premis perniagaan dia, bertujuan untuk improve kualiti perkhidmatan mereka. Kira macam Mystery Shopper ni perlu melawat ke premis berkenaan, pergi sebagai pelanggan. Dan kemudiannya kita provide feedback about our shopping experience semasa kunjungan kita ke premis berkenaan. Kalau kat negara barat, program Mystery Shopper ni memang dijalankan secara meluas dan orang awam siap boleh buat income dengan menjadi Mystery Shopper. Kiranya mereka turut dibayar untuk servis mereka sebagai Mystery Shopper. Tapi kat Malaysia ni tak banyak kedai/jenama yang buat program Mystery Shopper ni.


Saya rasa berminat, so saya google kedai apa kat Malaysia ni yang ada buat program Mystery Shopper ni. Then I found out that Popular Bookstore ada buat Program Mystery Shopper ni. So I applied (like 2 or 3 years ago, if I’m not mistaken). But I didn’t received any feedback from them until October 2018. That is the first time I received their email saying that the Mystery Shopper Programme will be re-launced, and they’re inviting me to be one of the Mystery Shopper. Rasanya sebab saya pernah apply, so yeah they have my details in their database. I am all excited!


So I started my first month as Popular Bookstore Mystery Shopper on November. Program Personal Shopper untuk Popular Bookstore ni berlangsung selama 3 bulan for each season. For the first time they ask me to choose kita nak jadi Mystery Shopper for which outlet. Pihak mereka akan assigned kita kat salah satu cawangan mereka. And yess, I was assigned to the outlet that I choose (that’s the nearest to my place). As a token, they will provide me a RM50 Popular’s Gift Voucher for each visit. Memandangkan program ni berlangsung selama 3 bulan, so at the end of the program I will have 3pcs of RM50 voucher.


Macam mana nak join jadi Mystery Shopper untuk Popular Bookstore?
Just fill in the form HERE , and you may read the details HERE. Kalau terpilih, mereka akan contact kita melalui email.


So sebagai Mystery Shopper, apa tugas kita kena buat?
Untuk setiap bulan tu, korang perlu membuat satu kunjungan ke cawangan tersebut. Kunjungan tersebut adalah sebagai pelanggan. So selama 3 bulan berturut-turut, korang perlu ke cawangan Popular Bookstore tersebut dan membuat pembelian (any amount). Kos pembelian tu memang pihak Popular tak tanggung. 100% duit kita. Tapi takde minimum amount, so korang nak beli sebatang pen pun boleh. Jangan lupa simpan resit pembelian korang tu sebagai bukti. Semasa kat sana korang kena perhatikan suasana dan cara kerja staff kat situ. Jangan obvious sangat, pandai-pandailah. Buat-buat cari barang ke, buat-buat tanya sesuatu ke. Sebab kita kena observe diorang punya layanan terhadap customer, etika kerja diorang apa semualah. Selain buat kunjungan ke cawangan tu, korang jugak kena buat satu phone call ke kedai tersebut untuk nilai cara mereka menjawab panggilan dari pelanggan. Nanti dah setel call, korang screenshot je sebagai bukti. Dah setel buat kunjungan dan call, korang kena fill up form untuk provide feedback. Jangan lupa attach sekali bukti-bukti yang korang ada tu. Gamabr resit dan screenshot phone call tu adalah WAJIB.



Then pihak Popular akan pos voucher tu ke alamat korang. Senang kan? I have completed my first season of becoming Mystery Shopper for Popular Bookstore. So for now saya baru ada 3 keping voucher Popular. Jumlah total RM150. Voucher tu akan luput setahun selepas dorang issue voucher tu kat kita. Menurut email terakhir dari mereka, program ni akan bermula semula pada pertengahan 2019 ni, and the choosing of Mystery Shopper is random. Kiranya dorang pilih je secara random dari senarai personal shopper yang ada dalam database mereka. So kalau nak join, boleh isi form dekat SINI.


Seronok pulak jadi Mystery Shopper ni. In a way kita menyumbang kepada improvement in their service. But please be honest in giving your feedback. If their service is good, jangan pulak cakap tak bagus. Kesian pulak kat staff diorang kerja penat-penat tapi kena sabotaj macam tu. Highlight jugak la the good side of their service. Macam saya, pernah je dalam feedback form tu saya puji one of the staff sebab attitude & servis yang dia bagi tu memang bagus. But if the service is bad, just be honest and give some suggestion for improvement. As far as I know, Mcdonalds pun ada buat benda alah ni tapi caranya sedikit berbeza. For Mcdonalds, they have the mobile apps which kalau kita provide feedback for their service via the mobile apps, they will give us small reward like free ice-cream, free fries, etc. And everyone can install that apps. I really hope other brands pun will start doing their own Mystery Shopper programme because this is a very good initiative to improve their service. And, I started to love the idea of becoming mystery shopper.

23 comments:

  1. Baru tau ada program macam ni. Voucher tu nak guna kena beli certain amount dulu ke?

    ReplyDelete
  2. Uisss ni baru tau tentang hal ni.. Tak sangka popular ada buat semua ni...

    ReplyDelete
  3. Orang putih ada bhat.. Akk selalu tengok.. Wah emi buatvke.. Menarik siap dapat voucher.. Huhu.. Senang je nengoknyaa

    ReplyDelete
  4. I pun pernah jadi mystery shopper sekali sekala, ok fun tapi kadang dapat job yang agak challenging juga.

    ReplyDelete
  5. menarik ni, emilinda. sgt la mencuri perhatian aida.
    tak pernah plak aida tau pasal mystery shopper gini.
    yg tau, dlm jabatan aida bekerja, kami memang mystery shopper.
    masuk kedai, jabatan bagi duit, cek samada harga betul tak, ada x gst (dulu kala), ada x naikkan harga, compare harga...
    mystery shopper rasmi la gitu, utk rakyat :)

    ReplyDelete
  6. Best juga ye jadi mystery shopper ni eh. Tp dalam jabatan kerajaan pun ada jugak. Kat jabatan akak oun ada kitorang panggil mystery shopping .Buat penyamaran tengok cara anggota di balai buat kerja

    ReplyDelete
  7. wow bestnya, nanti nak try la. Yang saya tau, kat Watson ada juga mystery shopper.

    ReplyDelete
  8. Okay saya terus tekan klik nak jadi mystery shopper. Bestnya pernah try tapi xpenah dapat. Mcm kerja spy spy gitu. Haha. Rasa2 kredit depa tanggung jugak tak?

    ReplyDelete
  9. weiii thank u share benda ni. hahaha memang japgi aku pon pegi try gak jadi mystery shopper. pernah baca kat thread twitter orang tu jadi mystery shopper utk apa tah, pastu beribu2 dia collect voucher la apa la, thanks for sharing bebeh! :)

    ReplyDelete
  10. Wahh kita selalu tahu pasal spy jer wakakak ada juga misteri shopper ini yer cuma kat Malaysia tak macam luar negara mereka memang dibayar sangat berbaloi dengan kerja yang mereka buat kat sini sekadar baru nak belajar kot tak apa mungkin boleh buat pendapatan sampingan ok juga tu...

    ReplyDelete
  11. pernah dgr tapi kat Malaysia tak byk buat sbb usually exec yg akan turun padang as "normal people"...kalau McD, selalunya store akan dpt kunjungan surprise...yg kita treat mcm customer tp rupanya dia bos...kalau masa tu roti senget, fries lembik ke...mmg nasib laa

    ReplyDelete
  12. Bagus mcm ni... Saya selalu kena mastery shopper ni melalui panggilan telefon.. Biasalah yg jaga helpline dijabatan harus dan wajib di uji setiap tahun ada beberapa kali diaudit samaada menjawab call masuk dengan baik atau tidak.. Ada pemarkahan dibuat untuk jabatan dipanggil "star rating" macam tu.. Jadi harus waspada dan sentiasa aleart :)

    Tapi yg ni menarik.. Boleh dapat voucher hu hu hu

    ReplyDelete
  13. so far yg kite tau restauran fast food ada buat program mcm ni. rupanya popular bookstore pun ada buat. Quite challenging juga task dia sebab kita kena bagi feedback. kalau ada bad review abis laa 😅

    ReplyDelete
  14. Yup, mystery shopper memang bagus dan neutral utk judge perkhidmatan yang diberi oleh kedai tu. Tiada bias dan jugak blh komen secara jujur utk pengetahuan pihak pengurusan terus supaya mesej tersampai. Dengan ini, pihak pengurusan dapat mengubahsuaian apa2 yang sepatutnya ataupun tukar strategi pengurusan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Saya belum pernah mendapat job mistery shopper tapi ada teman sy yg pernah mendapat job ini. Seru juga ya tantangannya sebab bisa juga di kata detektif hehehee

    ReplyDelete
  16. Wahh kira macam spy le ni ek? Best gak kalu dapat jadi mystery shopper ni..sis ni jenis jujur so no prob nak gitahu benda yang betul or tak. Bagus jugak diaorg buat cara cam ni, atleast tahu mana yang perlu diperbaiki

    ReplyDelete
  17. Memang best jadi mystery shopper sometimes dapat tasks yang simple and senang buat but sometimes the tasks are quite challenging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, may I know most of the tasks they paid you cash as reward or voucher?

      Delete
  18. Wow.. Menarik juga program macam ni kan. Yes, memang menarik.
    Dari situ juga pihak mereka dapat menilai tahap prestasi pekerja mereka.
    Simple je kan. Dah macam jawab survey je.
    Cuma memang kena jujur la bagi pendapat tu kan.

    ReplyDelete
  19. macam menarik je jadi misteri shopper ni tapi ikut kan hati banyak benda tak leh nak catch up sebab kena setelkan banyak benda pula... tapi best pula kalau dapat task yang ringkas... cepat je nak siapkan tapi kalau yang jenis mencabar memang berjalan otak dibuatnyaaaaa

    ReplyDelete
  20. Wah lia baru tahu lah pasal ni. Rasa menarik plak nak apply juga lah jadi Mystery Shopper. Mana tahu kan boleh improve kita punya skills dengan tengok cara orang lain bekerja.

    ReplyDelete
  21. Honestly memang first time onie tahu benda ni. Bagus jugak sebenarnya ada Mystery Shopper ni sebab dia boleh tengok sesuatu company tu dan belajar macamana dorang create their business kan :D

    ReplyDelete
  22. Search kt google ape maksud mystery shopper, dan jumpa maklumat kt sini. Tq sgt2 sbb share kt your blog.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.