Gambar sekadar hiasan
Ujian saringan HIV untuk tujuan berkahwin ni korang kena buat dekat klinik/hospital kerajaan sahaja. Saya dan tunang saya bersetuju untuk sama-sama buat ujian sarinagn HIV di Klinik Kesihatan Tanglin memandangkan klinik tu yang paling dekat. Perkara pertama saya buat adalah saya google untuk dapatkan no telefon Klinik Kesihatan Tanglin. Tujuan saya call adalah untuk memastikan prosedur yang betul (kena buat appointment dulu ke tak, kena datang pukul berapa, hari apa boleh buat ujian saringan HIV, kena bawak apa, etc). Yela, melalui pembacaan saya di internet, lain klinik lain cara dan prosedurnya. Pihak Klinik Kesihatan Tanglin cakap tak perlu buat appointment, terus datang je. Tapi untuk ujian saringan HIV, Klinik Kesihatan Tanglin hanya buat dari jam 2 petang sehingga jam 4 petang (kaunter dibuka seawal jam 1.45 petang). So ambil second half day leave pun dah memadai. Tapi saya lupa nak tanya tentang dokumen yang perlu dibawa.
Saya tanya kawan & kakak saya, katanya kena bawa kad pengenalan diri sahaja. Saya tak puas hati sebab saya pernah terbaca di internet, katanya kalau nak akad nikah di Kelantan tapi nak buat ujian saringan HIV di luar Kelantan, kena bawa satu borang lain. Google punya google, saya jumpa Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Untuk langkah berjaga-jaga, saya print 6 keping. Semangat betul, hahah. Tak perlu print sampai 6 pun. Print sekeping seorang je. Boleh download borang tu di SINI.
Ini haa rupa borang tu
Sekitar jam 1.30 saya dan tunang dah pun sampai di Klinik Kesihatan Tanglin. Sampai je terus register. Masa nak register, akak yang jaga kaunter tu tanya “Nanti nak akad nikah kat negeri mana? Sebab kitorang hanya sediakan borang untuk negeri Selangor je. Negeri lain kena bawak sendiri”. Nasib baik kitorang dah bawak siap-siap. Lega. Dah register, tunggu giliran. Sebelum medical assistant (MA) ambil darah kita untuk check, kena pastikan borang tadi siap diisi dan ada kena tulis nama di satu buku log yang disediakan kat situ. Setel MA ambik darah, kena tunggu sekitar 10 minit untuk dapat result. Bila result dah keluar, dia akan mintak kita ke bilik doctor untuk doctor sahkan keputusan ujian tu. Overall siap dalam 1 jam. Tepat jam 3 petang dah setel.
Tapi memandangkan kitorang tak biasa sangat, so macam terpinga-pinga jugak la. Nak kena tunggu kat mana, nak kena buat apa lepastu. Kalau tak pasti, tanya je mana-mana nurse yang ada. Biasa saya baca ramai yang cakap kena bayar RM1 untuk ujian saringan HIV ni. Tapi waktu kitorang register, dia takde minta suruh bayar pun. So lepas dah setel semua, kitorang pergi balik ke tempat register tadi tanya akak tu “Ni kira dah setel la ye? Ada kena bayar pape tak?”. Dia cakap “Aah setel dah, tak payah bayar pape”. Hihi, lega dah setel satu perkara. Sebab setel awal, so kitorang terus ke Mid Valley untuk tengok movie Captain Marvel.
Pastikan keputusan ujian tu ditanda dengan jelas
Oh by the way, tolong pastikan keputusan ujian ada dinyatakan dengan jelas didalam borang ujian saringan HIV korang tu. Bukan apa, nak pastikan urusan berjalan lancar nanti. Saya pernah terbaca dekat satu blog ni, katanya bila balik Kelantan dia terpaksa ke hospital kerajaan untuk buat ujian saringan lagi sekali hanya kerana dekat borang tu doctor tak specify betul-betul keputusan ujian. Tak ke menyusahkan tu? Kiranya doctor tak bulatkan keputusan di bahagian Reaktif/Tidak Reaktif. Dekat borang saya pun doctor tak bulatkan, tapi dia just potong perkataan Reaktif, dan tulis semula TIDAK REAKTIF di bahagian tepi. Moga baik-baik sahaja, hehe.
Alhamdulillah dah selesai satu step kan. Moga dipermudahkan urusan u & tunang ke jinjang pelamin, Aaminn.
ReplyDeleteBaru tau step dia macam tu. Sah untuk 6 bulan je ke? Nak kena ade tarikh dulu la baru boleh buat ujian ni. Ape-ape pun moga dipermudahkan urusan emi. Kalau orang tak biasa buat ujian ni mesti taktau ape yang kena sediakan.
ReplyDeletewah terus teringat 10 tahun lepas buat ujian ni..hihi
ReplyDeletewow this ujian saringan HIV pra perkahwinan is interesting. it's good to have such test before marriage for safety. good one!
ReplyDeleteSenang ada sharing macam ni yang tengah prepare nak kahwin tu boleh refer.airah dulu pun nasib semua buat dekat negeri sendiri je senang sikit
ReplyDeleteKalau macam kita dulu kawin tahun 2013 di ipoh,
ReplyDeleteKalau nak buat ujian HiV ni, borang disediakan. Borang tu dia kepilkan bersama borang nikah. Kiranya masa ambik borang nikah dapat sekali la.
Tapi zaman sekarang ni tak sure la pulak.
Lagi lagi sekarang kena isi online.
Maybe kena print sendiri la kot.
Saya buat dulu tak ingat lah dekat mana tapi bukan dekat klinik kesihatan lah. bayar berapa ringgit pun tak ingat tapi tak mahal pun.
ReplyDeleteAlhamdulillah moga dipermudahkan segala urusan untuk meneruskan majlis bahagia hehehehe kita pun masih mencari lagi kalau pada yang sudi.... Lama membujang ni hehehehe...
ReplyDeletetahniah emi. lagi beberapa step sebelum jadi isteri orang. mesti berdebar nak countdown hari berbahagia kan..moga-moga dipermudahkan segala urusan nanti. tak sabar nak makan nasi minyak
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai satu stel kan .Lega rasa. Akak dulu ambil ujian hiv dekat klinik kesihatan port dickson. Alhamdulillah urusan dipermudahkan .Sebagai bakal penga tin memang kita kena semak betul betul details pada borang lengkap dan jelas supaya tak timbul masalah kemudian hari kan
ReplyDeleteWah tahniah dah dekat tarikh la ni. Pentingkan ujian ni sebab tu mmg kena plan awal. Kadang2 penting utk google segala info sebelum pg biat
ReplyDeletemasa zaman akak ujian ni tak wajib lagi ...tapi bagus'kan ..at least buat persediaan awal if ada2 apa masaalah takderlah nak salah menyalahkan mana2 pihak.....
ReplyDeleteStep dia mudah je sebenarnya kan.. Cuma nak tak nak je. Tp kalau nk kwen kenalah buat juga.. Hahaha..
ReplyDeleteYes we really need to be responsible adults to ensure that everyone will be free from HIV before we talk about marital bliss and wedding bells. Better be safe than sorry right?
ReplyDeleteUjian saringan HIV dan kursus Pra-perkahwinan adalah sgt penting sebelum kahwin. Semoga pasangan baru dapat menguruskan kesejahteraan hidup selepas berkahwin.
ReplyDeleteOhhh begini rupa-rupanya prosedur ujian saringan HIV. Agak cepat juga ya boleh settle. Saya ingatkan lama hehe
ReplyDeleteJika dah buat test hiv (negatif) kena tunggu 6bulan dulu baru boleh ke mcam mana? Maaf kurang faham.
ReplyDeletekalau bak check hiv saja2 bole ke? atau mmg kene check bila nk kahwin je?
ReplyDeletekawan saya buat guan borang ni di KL, tp once balik kelantan borang tu dikatanya tak valid, so kena buat lagi sekali di hospital kerajaan di kelantan menggunakan borang dari Klinik kesihatan dan bukan borang Jahaeik.
ReplyDeleteDekat borang sy nk no siri test hiv. Takde pun dlm paper dia tulis apa2 no.. mcmana ye
ReplyDelete