Hai semua yang tengah membaca. Hari ni saya nak cerita serba sedikit tentang penginapan saya semasa
percutian singkat 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City bersama rakan-rakan baru-baru ini. Percutian singkat kali ini, kami
menginap di Everia Villas yang merupakan salah satu penginapan di dalam Bukit Gambang Resort City (BGRC). Kat dalam BGRC ni kalau korang nak menginap dekat studio apartment pun ada je. Tapi untuk kali ini, kami pilih untuk menginap di villa. Secara keseluruhannya Everia Villa ni ada 126 unit, tapi kesemua unit ni dibahagikan kepada 3 jenis yang berbeza mengikut ciri-ciri binaan villa tersebut. 3 jenis
villa eksklusif yang dimaksudkan adalah
San Francisco, Amsterdam, dan Venice. Sebenarnya bahagian dalam semua lebih kurang je, cuma seni bina bahagian luar villa je yang membezakan. Kami semua menginap di Everia Villa - San Francisco.
Nampak tak ada tram yang akan lalu dalam kawasan Villa Everia untuk mengambil penumpang?
Semasa kami sampai untuk check-in, saya memang rasa impressed sangat-sangat sebab kawasan sekeliling Everia Villas memang cantik gila. Walaupun kami menginap di
Villa San Francisco, tapi sempat la jugak lalu kawasan villa Amsterdam dan Venice. Cantik weyh, setiap satu memiliki ciri-ciri tersendiri yang menggambarkan namanya. Patutlah diberi nama San Francisco, Amsterdam, dan Venice. Rupa-rupanya
nama yang diberi adalah bersempena rekabentuk binaan villa itu sendiri yang bercirikan rumah-rumah di bandar-bandar tersebut. Memang rasa macam duduk kat luar negara. Walaupun lokasi BGRC ini adalah dalam ceruk hutan, tapi mampu menghasilkan kediaman yang cantik macam tu. Terfikir jugak, idea siapa agaknya yang nak buat konsep macam ni? Kreatif betul!
Bilik tidur saya
Posing sebegini adalah perlu ye
Bilik air di dalam setiap bilik
Setiap unit villa di sini mempunyai samada 3 bilik atau 4 bilik. Kiranya masa nak booking tu korang boleh booking ikut kesesuaian dan keselesaan korang. Nak yang 3 bilik atau 4 bilik. Villa yang kami diami selama 3 hari 2 malam ini mempunyai
3 bilik dan setiap bilik dilengkapi bilik air sendiri. Kesemua bilik terletak di tingkat atas. Ditingkat bawah pula terdapat satu lagi tandas, bilik menggosok baju, dapur, dan ruang rehat.
Setiap unit villa dilengkapi dengan parkir untuk 2 buah kereta. So tak perlu nak risau kat mana nak parking. Bahagian depan villa tu pun memang luas. Kami siap buat barbeque di hadapan villa pada waktu malam. Oh ye, perkhidmatan tram memang disediakan dalam kawasan BGRC ni. So korang boleh park kereta korang diam-diam kat depan villa, dan naik tram untuk explore segenap BGRC.
Ketiga-tiga bilik tidur adalah di tingkat atas
Dari tangga tingkat atas, boleh nampak pintu utama
Posing dekat tangga aje la, hahah
Setiap unit villa dapat memuatkan 6 orang (3-bedroom villas) atau 8 orang (4-bedroom villas) pada sesuatu masa. Tapi yang bagusnya pihak BGRC ni jenis flexible. Let say korang datang satu keluarga seramai 10 orang, korang boleh je booking 1 villa. Senang cakap, walaupun villa ni untuk 6 atau 8 orang, tapi korang nak masuk ramai-ramai pun boleh, dorang pejam mata je. Korang bawak la toto tambahan, boleh bentang kat ruang tamu. Actually kalau nak bentang toto dalam bilik pun muat je lagi. Villa ni memang luas, so muat je nak masuk ramai-ramai. Baru happening kalau the whole family tinggal dalam 1 villa. TAPI, breakfast hanya disediakan untuk 6 atau 8 orang sahaja (bergantung pada jenis villa yang korang booking, 3 bilik atau 4 bilik). So untuk tambahan orang tu, korang kena add on breakfast la.
di tingkat bawah
Dapur yang dilengkapi keperluan basic
Iron room di tingkat bawah
Extra toilet bersebelahan iron room
Selain Everia Villas, terdapat juga penginapan style studio apartment di BGRC yang diberi nama
Arabian Bay Resort dan
Caribbean Bay Resort. Boleh pilih dari 2-Bedroom Suites. Studio Suites, Deluxe Suites, Junior Suites, Arabian Suites dan Penthouse Suites. Setiap satunya ada keunikan yang tersendiri. Sesuai untuk percutian keluarga, family day ofis, honeymoon dan sebagainya. Saya dan rakan-rakan sempat juga membuat lawatan singkat ke Arabian Bay Suites dan Caribbean Bay Suites sebelum kami pulang ke KL. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni untuk dapat sedikit gambaran tentang suites dekat Arabian Bay Resorts dan Caribbean Bay Resorts.
Pendapat saya tentang Everia Villa setelah menginap selama 3 hari 2 malam :
Memandangkan mostly pengunjung yang pergi ke BGRC ni akan ke sana secara berkumpulan atau dengan keluarga, saya rasa
menginap di Everia Villa adalah satu pilihan yang bijak. Suasana kat Everia Villa memang sesuai untuk percutian keluarga, terutama bagi keluarga besar. Ruangan dalam setiap unit villa memang luas dan selesa. Bilik air di setiap bilik tidur, dan siap ada extra bilik air di tingkat bawah. Pengalaman saya menginap di sini memang selesa sangat. Malam lepas dah setel aktiviti luar, boleh berkumpul kat ruang tamu sambil layan movie beramai-ramai. Kemudahan wifi pun ada disediakan di setiap unit villa. Dari segi kebersihan pun okay. Setiap hari ada room service selepas kita dah keluar dari villa untuk berjalan-jalan. Suasana kat sekeliling villa tu memang tenang je, cantik pulak tu. Oh ye, untuk yang jenis kerap lapar waktu malam, better sediakan makanan untuk kudap-kudapan. Yela, kalau dah lapar waktu tengah malam memang takla nak keluar cari kedai kan? Rasanya tak ada sebarang kedai dalam kawasan Everia Villa. Kalau nak ke convenient store memang kena keluar dari kawasan Everia Villas. Andai kata lain kali saya dan keluarga memilih untuk bercuti di BGRC, rasanya memang saya akan pilih untuk bermalam di Everia Villa. Lebih berbaloi memandangkan jumlah ahli keluarga saya yang ramai.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Bukit Gambang Resort City, boleh rujuk laman sesawang
https://bgrc.com.my/